<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=35179712&amp;blogName=Nur+Of+Islam&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLACK&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fnurofislam.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en_US&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fnurofislam.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>
  
  
  
  
  



Thursday, September 17, 2009

Salam Eidulfitri.

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Tapi Islam tak pernah meninggalkan kita.

Pada minggu lepas, aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama bekas pelajar semasa menuntut di SEMENTAS. Majlis ini diuruskan oleh Aimi dan rakan2 nya yang lain. Rasa lama sangat tak jumpa semua ni. Kali terakhir adalah pada tingkatan 5 dahulu. Tapi yang sama, sifat kebudak budakan masih tertanam didalam diri semua yang hadir. Mungkin kerana teringat kembali zaman persekolah suatu masa dahulu. Pelajar cina pun turut hadir bersama berbuka puasa walaupun dorang tak puasa. "Kau orang buka puasa ni dah baca niat puasa tak semalam?" Tanya aku dengan nada gurau.. he.

Dalam gambar tersebut dari kiri ialah hafiz. Dia ni dah bernikah dah. Tapi nampak muda lagi. Dia datang bersama zaujahnya. Sebelah dia yang berkacamata tu namanya Nasrun. Aku tak sangka yang dia ni anak kepada wartawan melodi iaitu Nas Ahmad. Yang berjanggut tu pula Nasir. Dia ni dari tadika sampai la ke sekolah menengah sama dengan aku. Yang badan besar sikit tu namanya Azrizal. Aku suka usik dia masa sekolah dulu. Haritu pun aku usik lagi. hehe. Yang terakhir yang duduk tu aku lupa namanya. Dia lah antara chinese yang hadir.

************************************************************************************

Aku merasakan bulan Ramadhan pada tahun ini lebih baik dari tahun lepas. Tapi aku rasa masih banyak lagi yang perlu diperbaiki. Aku paling rasa rugi bila miss solat terawih berjemaah. Kalau aku kerja sebelah malam, memang tak dapat lah nak terawih jemaah mahupun sendiri.

Selamat hari raya eidulfitri diucapkan kepada semua umat Islam. Maaf zahir dan batin. Tamatnya Ramadhan menandakan bahawa kerja2 aku yang telah ditangguh sementara sebelum ini, akan di sambung semula. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehNya.. Pekerjaan juga adalah satu ibadah selagi ia tidak melanggar hukum syara'.





Wednesday, September 09, 2009

Ilmu baru

Animasi 3D merupakan satu industri multimedia yang berada di tahap teratas sekali dalam elemen2 yang diterapkan. Seperti yang kita ketahui, elemen multimedia mengandungi imej, animasi dan bunyi. Gabungan ke-3-3 elemen ini bakal membentuk suatu produk multimedia yang hebat. Inilah yang aku pernah pelajarai semasa di bangku kolej suatu masa dahulu. Kita telahpun terpikat dengan satu multimedia drama UpinIpin dan movie Geng yang dihasilkan oleh Team las copaque. Oleh itu, industri ini semakin mendapat perhatian oleh semua pihak. Jika ianya diteruskan, kita tidak lagi dapat menonton artis2 berpakaian seksi dan juga bersentuhan bukan mahram.

Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernama Autodesk maya 3DS. Namun pelajaran sekerat jalan berikutan komputer aku tidak mampu menampung untuk memproses perisian tersebut. Pada kali ini, aku sudah menyediakan keperluan komputer yang mencukupi untuk meneruskan cita2 ini. Cuma pada kali ini aku menggunakan perisian yang terkini supaya sesuai dengan keperluan masakini.

Tengoklah apa yang aku lukiskan tadi. Walaupun tidak menyerupai kepala paip seperti diingini, percubaan pertama ini bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan2 dimasa akan datang. InsyaAllah sedikit demi sedikir pelajaran akan dilanjutkan bagi melancarkan penggunaan perisian ini. Semoga segala urusan kita dipermudahkan olehnya.

Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Raihlah nikmat di malam lailatul qadar yang berada di 10 malam terakhir ini. Semoga kita mendapat tempat di syurga kelak. InsyaAllah...





Sunday, August 30, 2009

Merdeka dalam erti kata


Penggeledahan berlaku di laman wikipedia sebentar tadi. Tercari-cari erti kemerdekaan yang sebenarnya. Adakah erti merdeka itu sesuatu yang pasif? dengan erti kata bebas dari penjajah. I said no kata orang putih. Itupun sudah mengambil bahasa penjajah.

"Merdeka is a word in the Malay language meaning independence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands."

Secara ringkas, cuba perhatikan satu kotak di dalam rumah. Kotak yang bergambar dan bersuara itu dipanggil Televisyen atau TV. Perkataan Television sendiri telah mengambil perkataan inggeris iaitu Television. Penjajahan bahasa terus berleluasa sehingga kini. Memetik dari syarahan Encik Azrin sewaktu di kolej suatu masa dahulu, setiap tahun kamus bahasa Melayu telah mengalami proses evolusi kearah kebaratan dan sering kali mengalami gangguan oelh pengaruh dan budaya dari sana. Bahasa Kebangsaan dalam semester 6 tersebut banyak mendidik akan betapa pentingnya mempertahankan bahasa yang satu-satunya ada di dunia ini.

Dari aspek kehidupan pula, remaja masakini banyak mengambil satu budaya yang kurang sihat dengan cedukan dan ramuan terkini mengikut kesesuaian ketimuran. Tidak ketinggalan dengan budaya ciptaan Malaysia sendiri iaitu rempit. Seolah budaya nonsense bergini amat gemar di serap oleh belia2 yang rata2 merupakan tunjang negara di masa hadapan.

Jangan biarkan hidup anda diselubungi, pengaruh kurang sihat...

Selamat hari kebangsaan kepada semua rakyat Malaysia!

************************************************************************************

Aku merasakan yang kini rakyat Malaysia tidak lagi patriotik atau cintakan tanah air. Di masa bangku sekolah dahulu, apabila tiba hari kebangsaan penuh bendera satu kampung. Hampir setiap rumah di pasang bendera. Apabila ke sekolah, aku lekatkan di beg dan juga songkok. Tapi kini tidak lagi, bendera lain pula berkibaran. Mengibar bendera Malaysia kini seolah seperti menyokong kerajaan. Adalah tidak adil jika di hukum sebegitu. Mungkin ada mengatakan, tidak semestinya mengibarkan bendera tanda tidak cintakan tanah air. Harap tak sekadar bercakap kosong. Politik gila kuasa kini menghantui negaraku..

Masa jalan2 di facebook tadi, aku terjumpa gambar keratan akbar masa aku sekolah dulu. Tak sangka ada lagi yang menyimpannya. Sedikit fakta yang dapat dikongsi. Sekolah aku bernama Sekolah Menengah Taman selayang. Antara sekolah terawal di mukim Batu. Sekolah ini merupakan sekolah yang mempunyai pelajar berbilang bangsa. Bilangan pelajar Melayu, Cina dan India lebih kurang sama jumlahnya. Manakala pelajar berbangsa Singh merupakan minoriti dalam sekolah ini. Aku bersekolah disini dari tingkatan 1 hinga 5. Banyak kenangan pahit manis sepanjang berada disini. Paling pahit, Basikal hilang. Paling manis, banyak tak tertulis. Walaupun berbilang bangsa, perpaduan kami tetap utuh sehingga kini.


Masa ni aku tingkatan 4, iaitu tahun ke-45 negara kita mencapai kemerdekaan dari penjajah inggeris. Projek melukis jalur gemilang terpanjang ini dicetuskan oleh Allahyarham Cik Tahir. Beliau juga seorang yang sangat patriotik. Aku masih ingat lagi masa ni aku mewarna sambil bergurau senda dengan rakan2 sekolah lain. Alahai teringat pula kenangan sekolah dahulu. Sebab aku sekadar mewarna?, kerana aku tak pandai langsung melukis pada masa tu. Cuba cari aku dalam gambar tu. Klu : bersongkok.





Friday, August 28, 2009

Harini Ini dalam sejarah

BUAT PERTAMA KALINYA dalam sejarah aku bekerja selama lebih 2 tahun, inilah hari pertama pc yang aku gunakan di pejabat tidak ada sambungan internet. Walhal kerja aku adalah untuk memastikan talian trafik internet bergerak lancar setiap MASA!. Sehinggakan email yang merupakan alat perhubungan formal diantara pelanggan dan syarikat juga terputus. Betul2 sejarah. Sebenarnya, bukan aku je takde tenet. Satu pejabat takda internet. Semuanya buntu kehulu kehilir mencari ilham. Hoh, mencari ilham dengan bersembang tentang memancing, bolasepak, pasal kampung, pasal raya dan pelbagai lagi. Bukan curi tulang, tapi kerja kami memang perlu talian internet!. Aku?, dengan selambanya aku bermain game ni walau bos ada duduk kat sebelah..
Sejarah lagi satu inilah dia, bermain game depan bos dalam waktu kerja.

Oleh kerana tiada kerja, mereka pulang lebih awal dari biasa iaitu pada jam 3 petang. Tapi aku tak boleh balik awal berikutan kerja aku adalah standby sehingga jam 8.30 malam.

Di bulan Ramadhan ni kalau aku kerja sebelah siang, aku akan membeli juadah berbuka puasa di Pekan serdang. Harini tak ramai orang berbanding pada 1 Ramadhan yang lepas. Nak jalan pun susah. Sekadar membeli nasi lemak dan murtabak juga kuih muih untuk 2 orang makan. Alhamdulillah.

Sebelum sampai ke rumah, aku singgah di Danau Kota sebentar untuk bertemu rakan. Sedang enak bersembang dengan rakan dapat panggilan telefon dari mak.
Mak : Kau kat mana?
Aku : Kat Setapak(kawasan danau kota) mak. Kedai makan kat sini.
Mak : Kenapa balik lambat? Pukul Berapa kau nak balik.
Aku : Jumpa rakan niaga kejap. Sekejap lagi balik..
Mak : Kenapa makan?, mak da masak roti jala ni ha.(nada hampa).
Aku : Ye mak. Poji pun minum air kosong jer kat sini sebab tau mak ada masak.
Mak : Ok..

*Biasalah orang melaka bahasa rock sikit...

Aku pun mengundurkan diri dengan meninggalkan kawan aku dan juga segelas air kosong yang aku order tadi. Sampai je rumah aku buka tudung salji nampak ada roti jala. Alhamdulillah, aku pun makan dengan rasa syukur..






Pengunjung :          

Rekabentuk oleh adeq_fauzy| Untuk Nurofislam © 2007 : Perjalanan Di Ufuk Dunia