Posts

Showing posts from February, 2010

Ingin bermula berdikari

Jam 10.30 tadi aku bersiap untuk ke Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pada mulanya, dalam pemikiran aku Subang Jaya merupakan tempat yang sibuk atau aku suka menggelarkan sebagai "Super Sibuk". Tanggapan aku meleset sama sekali kerana sepanjang perjalanan, trafik bergerak lancar. Semasa melalu jalan Persekutuan, aku masuk ke lorong motor. Sudah sekian lama tidak menggunakan lorong tersebut kerana kali terakhir ialah pada tahun 2003. Lorong motor tidak seperti dahulu lagi. Permukaan jalan lebih rata dan lebar. Cuma di beberapa kawasan masih lagi berlekuk. Dahulu lebih teruk, disetiap lorong pasti jalan berlekuk dan sempit. Setiba aku disana, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan. Maklumlah, satu apa tak reti. Aku terpaksa datang kesini kerana penukaran nama cukai pintu perlu dibuat dalam kawasan kerajaan tempatan. Selepas selesai, aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Sampai dirumah aku tertidur...

Aktiviti masa lapang

Image
Pada hari sabtu lepas, aku pergi ke Pusat pertuturan Kiu di Kampung Pandan. Sekolah khas untuk kanak-kanak yang kurang pendengaran. Kehadiran aku disana adalah untuk membantu mengecat bangunan sekolah tersebut. Pada hari tersebut, seramai 3 muslimin hadir bagi kerja-kerja mengecat dinding. Terdiri daripada Rahman, Hadi dan aku sendiri. Tidaklah cat untuk keseluruhan. Lebih kurang 40% bangunan ini di cat oleh Halaqian pada minggu lepas dan sambungannya pada kali ini. Aku tidak dapat menghadirkan diri pada program gotong royong yang lepas kerana hari tersebut jatuh pada hari aku bekerja. sukarelawan HALAQAH.NET sedang melakukan kerja kerja mengecat adik adik dari sekolah ini yang sedang tuisyen sebelum selepas sebelum selepas sebelum selepas calon-calon UPSR...doakanlah kejayaan mereka keseluruhan bangunan sekolah yang telah di cat Kredit to Rahmanw yang ambil gambar ni.

Latihan tanpa wayar

Image
Dari tajuk memang tak pasti apa maknanya. Sebenarnya pagi tadi aku pergi kursus mengenai Wireless LAN. Aku sedikit rasa kecewa sebab kursus itu lebih kepada pengenalan produk dan peluang perniagaan dalam rangkaian internet tanpa wayar. Aku suka berniaga, tapi aku kursus sebagai anak majikan. Jadi tetapan minda(mindset) tu aku ubah sekejap. hehe. Ada juga sedikit pendedahan mengenai teknologi terbaru yang sudah pun di lancarkan, cuma masih baru lagi di Malaysia. Ia adalah 802.11n. Kebiasaan wireless router yang kita beli di kedai komputer adalah berprotokolkan A,B dan G sahaja. Jika ada N pun itu merupakan versi belum dikemaskini atau pun lebih dikenali sebagai Draft. Protokol N mampu mengendalikan data 10 kali ganda dari biasa iaitu sehingga 600Mbps. G hanya 54Mbps sahaja. Network port pada komputer kita pun hanyalah 100Mbps. Pada program tersebut lebih banyak diterangkan bahawa suatu hari nanti wifi akan mengambil alih sistem rangkaian internet berwayar di komputer kita semua. Hurm, m