Posts

Showing posts from June, 2011

Bersih atau kotor

Aku bukan pro-gov mahupun pro-pembangkang malah aku bukan orang tengah. Sejauh mana yang kita faham dengan kebersihan. Adakah jasmaninya, adakah rohaninya. Ada yang menyifatkan perhimpunan "bersih" adalah satu jihad. Apakah betul faham dengan erti jihad. Atau sekadar menyombongkan diri untuk lebih mengetahuinya. Rata-rata, suka mengikut-ikut. Dah berapa ramai aku jumpa dengan penyokong fanatik pembangkang. Kutuk bukan main. Tapi bab solat hampeh. Asas tu, belum hal lain lagi. Cerita bukan main lagi itu salah ini salah. Isu keruntuhan akhlak tak sebut. Yang suka sebut, TAK adil Rasuah Penipu wang rakyat Kerajaan tamak haloba Kerajan gelap duit. Kerajaan kikis duit rakyat. Kerajaan letakkan banyak beban kepada rakyat. Kerajaan zalim Kerajaan pembelit Kronisme Yang menarik, siap bagi bukti. Kononnya, abang/kakak dia kerja dengan agensi kerajaan. Banyak tahu selok belok semua penipuan itu. Terutama rasuah. Sepatutnya kita memikirkan, bagaimana ingin memantapkan individu seterusny

Obor-obor cinta Bahagian-3

Mesti aku dah lupa yang aku telahpun mencipta tajuk ini sebelum ni. Rentetan itu, aku berhasrat untuk menyambungnya semula. Obor-obor cinta mukadimah Obor-obor cinta Bahagian-2 Selepas selesai berkursus dan ujian HIV, kini fokus seterusnya adalah persiapan atau proses pernikahan. Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti jika dirujuk pada borang. Tidaklah sesukar mana, tambahan pula amat mudah apabila berurusan dengan pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Semua mesra-mesra belaka. Teringat satu petikan kata-kata dari daurah baitijannati pada awal tahun haritu. "Perkahwinan adalah ibadah, amal ibadah menjadi lebih fokus, lebih tenang dan lebih enak". Oleh kerana pada masa itu tidak semuanya masih bujang, jadi pemahaman dari sisi aku nampaknya agak kurang sedikit tetapi kesan kata itu amat mendalam kerana menyentuh akan hal-hal ibadah. Di usia muda ini, pelbagai ujian perlu ditempuhi. Ibadah sering terganggu dan kurang fokus serta lemah dalam penghayatan. Menjadi pemuda

Nama Jalan, Lorong Berlian 6

Image
Kampung Melayu Wira Damai Setibanya di rumah pada hari rabu minggu lepas, aku ternampak satu papan tanda berwarna biru. Sedikit musykil dan sedikit mempersoalkan. Nama jalan ini sebenarnya sudah lama di cadangkan, cuma pada harini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selepas ini mudah bagi orang ramai dari luar untuk mencari rumah di sekitar Kampung Melayu Wira Damai. Namun, terdapat satu lagi masalah. Masalah nombor rumah yang masih tidak di gunapakai. Hanya beberapa rumah dari ratusan biji rumah disini tidak mempamerkan no rumah. Keadaan ini masih menjadi satu masalah kepada penghuni sediada yang tidak mempamerkan nombor rumah. Pekerjaan Untuk hari ke-3 aku berkeseorangan di pejabat. Hari jumaat yang lepas aku pergi ke pameran minyak dan gas Asia. OGA 2011. Teringat aku yang pc fair juga dibuat disini. Cuma beza pada kali ini adalah syarikat yang membuat pameran semuanya besar2 belaka. Bermacam teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang aku tidak tahu disini. Sedikit demi sedikit

Persoalannya..

Iman turun, iman naik. Iman turun, Iman turun. Ombak besar dunia yang sering melanda kita, seakan pesta yang berleluasa. Sedikit dari kita, tidak memikirkan. Apakah yang terbaik bila berada "disana". Sementara sihat. Sementara kuat. Sementara... Bernafas.. Pulang dari kerja tadi, seperti biasa keletihan. Sempat dengar azan. Tapi rasa tak larat untuk ke rumah Allah. Aku pun memutuskan untuk bersolat di rumah. Masa sedang tilawah, aku dengar azan. "Aih, da masuk waktu isyak ker. Awat cepat beno yeop." Bisik hati kecil aku. Aku pun memalingkan biji mata ke arah jam dinding. Oppss, terlupa yang jam dinding aku hanya menunjukkan jam 11 sahaja setiap hari semenjak kehabisan bateri tempoh hari. Ku lihat jam di telefon. Baru pukul 8.05mlm. Kenapa azan cepat. Lepas duk dengar azan tu betul2, rupanya ada kuliah kat masjid. Sedap semacam alunan suara dia. Lain macam je aku rasa. Bergegas aku g masjid. Masuk masjid, aku tengok ada seorang sheikh arab tengah bagi ceramah. Sebela