Posts

Showing posts from July, 2011

Senarai Laman Web Islami

Image
Assalamualaikum wrt. Mungkin ramai di luar sana tercari-cari dimana atau apa alamat laman web Islami di Malaysia. Saya mengerti, kerana pada mulanya beginilah yang terjadi kepada saya. Mencari-cari dimana kebenaran, mencari jalan permulaan, mencari satu destinasi yang abadi. Dengan sifat Allah yang maha penyayang, dipermudahkan urusan untuk terus menjejaki jalan ke taman-taman syurga. Seperti mana firman Allah swt : Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maiidah : 93) Disini saya kumpulkan Laman Forum/Portal Islami yang ada di Malaysia dan bertahan sehingga ke harini. Halaqah.Net - sejak 2006 Al-Ahkam - tak pasti Hanan.Com - sejak 2003 I Luv Islam - sejak 2007 U

Obor-obor cinta Bahagian 4

Kini, setiap hujung minggu diisi masa bersama emak membeli belah keperluan untuk majlis perkahwinan nanti. Setiap minggu jugalah, aku menemani emak untuk memilih apa sahaja kehendaknya. Makan, minum, singgah melihat barang. Sebagai seorang lelaki dewasa dan pada masa yang sama amat menitik beratkan penggunaan masa, kasih ibu memadamkan segala rungutan yang cuba membelenggu diri. Aku harus membiasakan diri, belajar erti kasih sayang. Lebih-lebih lagi kasih ibu yang tak pernah kenal penat lelah mengasuh dan mendidik aku. Sebesar kebaikan mana aku buat untuk ibu, tidak sesempurna ibu mendatangkan kebaikan untuk diriku. Ingin aku menjadi anak soleh agar memberi kebaikan yang haq untuk ibu bapa ku di akhirat kelak. Untuk menjadi suami yang soleh, bermula dengan perhubungan dengan ibu dan bapa. Baik hubungannya, tercermin akhlak mulia untuk isteri dan keluarga sendiri. Seringkali kita idamkan sebuah keluarga yang bahagia. Ada pula inginkan isteri yang baik, yang solehah sedang diri masih lag