Posts

Showing posts from August, 2011

Suara Hati - TV Al Hijrah

Bulan yang penuh dengan rahmat ini, terpaut aku pada satu rancangan yang waktu siarannya menghampiri waktu berbuka. Sangat ringkas ucapannya dalam menceritakan perkara-perkara yang baginda nabi Muhammad SAW lakukan. Pasti yang menjumpai blog ini tidak dapat mencari dimanakah videonya. Website Al-Hijrah setakat ini pun belum lagi memaparkan maklumat tentang video ini. Oleh itu aku ingin berkongsi. Taip perkataan ini di Youtube : Fattabiouni Semoga kita dapat menonton dan berusaha untuk kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW. http://www.youtube.com/watch?v=5fl8Gr-0sM0

Ramadhon yang penuh warna warni

Lagi beberapa hari, selesai kita menjalani sebuah jalan, sebuah titian tarbiyah. Persoalannya, adakah kita tidak sabar untuk tiba di penghujung ataupun tidak sanggup untuk melepaskannya. Sepanjang bulan yang mulia ini, ada beberapa aktiviti yang aku turut serta. Sekadar ingin berkongsi, moga semua dapat melakukan yang lebih baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan seperti para sahabat. Iftar di Pusat Pertuturan KIU, Pandan Indah Sekolah ini merupakan sekolah khas yang cacat pendengaran untuk belajar bertutur. Mereka diajar bercakap beserta dengan isyarat tangan. Program ini merupakan program mini Halaqah.net. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menziarahi sekolah khas ini. Cuma pada kali ini berbeza dari tahun lepas(atau aku dah lupa). Sebaik sahaja tiba disana pada jam 6.30 petang, aku didengarkan dengan bacaan kalam suci oleh adik-adik khas yang menuntut di sekolah tersebut. Sungguh aku tertarik dengan bacaan mereka, biarpun tidak sempurna makhraj hurufnya nya