Posts

Showing posts from August, 2007

Aku melihat dari aspek kemerdekaan

Image
Merdeka kah kita? Ya, kita merdeka dari jajahan kolonial dan sebagainya. Kita berbalik kepada zaman penjajahan, pelbagai perkara dijajah dan dibentuk untuk kita ikuti. Kehidupan di bumi sendiri menjadi seperti kehidupan di negara orang. Saat kemerdekaan, pelbagai perkara baru telah digubal bagi menyesuaikannya dengan masyarakat Malaysia yang asal. Maka Lahirlah perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat. Kita lihat pada aspek pendidikan, begitu kuatnya penentangan terhadap penggunaan bahasa rasmi di sekolah Tanah Melayu dalam memperjuangkan bahasa melayu sebelum kemerdekaan. Sehingga takut bangsa-bangsa lain mahu mempertikaikannya lagi setelah ia bentangkan. Lalu dengan rasmi bahasa melayu diANGKAT dan Di PRAKTIKKAN penggunaannya di seluruh negara. Namun, setinggi mana di julang ia bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan. kemudian, bagaimana dengan Bahasa Melayu sekarang? ia hanya di tabalkan secara rasmi sebagai bahasa rasmi negara Ma

Berilah..

Image
Klik terus untuk derma. Sila baca dahulu butiran di : Lebih lanjut Blog Islamic Relief Malaysia web Islamic relief Malaysia

MENGAPA OH MENGAPA?

Image
MENGAPA OH MENGAPA? Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. .. ... tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas? Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya... ... tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan? Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. .. ... tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!" Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan... ... tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti? Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ... tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna? Mengapa bila seseorang Kri

Amalan minum air panas

Image
Terima kasih kepada siapa yang sudi mengirimkan artikel ini di kala saya yang dalam kesibukan. Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik.

Detik ditegur bersujud

Image
Semasa ana sedang membaca hadith-hadith, ana terjumpa sebuah hadith yang mengingatkan ana kepada pesanan ayah ana kepada abang ana masa ana umur 8-9 tahun. Ayah hanya berkata, semasa bersujud, jangan jadi seperti anjing. Seperti kasar bunyinya, dan baru hari ini ana dapat tahu apa yang menyebabkan ayah berkata begitu. Mungkin ayah sudah jelaskannya, dan ana terlupa. Ana kongsikan kepada pembaca kenapa ayah ana berkata begitu : Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: ”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).” (hadith riwayat Muslim) Huraian Sebahagian daripada disiplin solat adalah melaksanakan setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat ya

Masjid di Alicante

Image
Penulis meneruskan jelajah ke negara Sepanyol dari Palestin. Pada mulanya ingin menuju ke Lahsa di Tibet bagi kajian Muslim disana. Kajian telah melalui skop bagi negeri Kham dan Amdo yang terletak di utara dan timur Tibet. Tetapi bila difikirkan, seperti ada panggilan penting umat Islam di Sepanyol. Penulis tiba di Alicante airport pada jam 4 petang(waktu Malaysia). sebaik sampai sahaja, penulis diberi kunci kereta oleh seorang pemandu yang diberikan oleh rakan penulis. Penulis terus menuju ke tempat letak kereta. Baru sahaja sampai, penulis terpaksa melaburkan EURO 15 bagi menanggung bayaran letak kereta. Selepas itu, penulis memulakan perjalanan.. Muslim di Alicante, Sepanyol, tidak dapat melakukan lagi solat jamaah di masjid. Satu-satunya masjid milik mereka, Masjid Alicante, bakal ditutup oleh pihak tertentu di Sepanyol. Alasan penutupan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh pihak berkuasa tempatan. Dua pekan ini didiami Muslim telah menghantarkan surat permohonan penundaan

Perasmian blog peribadi

Assalamualaikum warahmatulah.. Sekadar cerita yang penulis lalui hari demi hari. Sebab rasanya tak sesuai jika pamerkan hal peribadi disini kerana objektif Nur Of Islam adalah membuka tirai kisah umat Islam di serata dunia dengan pengisian cara hidup, keamanan, kehidupan dan politik. Moga apa yang di hajati menjadi kenyataan. InsyaAllah... ok, penulis mahu meneruskan penjelajahan seterusnya.

Penemuan bernilai

Image
Kali ini penulis terbang secara maya ke negara Palestin, bumi yang sering ditindas oleh rejim zionis. Penulis melawat sekitar masjid Al-Aqsa(harap tak keliru dimana sebenarnya masjid itu(boleh rujuk posting terdahulu)). Sedikit maklumat yang penulis dapat dari seorang teman yang berjuang menentang musuh Islam. Saat ini, semua pihak menyadari bahwa Rejim Zionis lambat laun akan menghancurkan Baitul Maqdis. Rejim Zionis mendakwa, langkahnya itu bertujuan untuk membangunkan kembali Kuil Sulaiman yang berabad-abad lalu berdiri di bawah bangunan Masjid Al-Aqsha. Dalam pandangan kelompok radikal Yahudi, kerosakan itu merupakan syarat munculnya penyelamat utama. Namun hingga kini, rejim Zionis tidak mempunyai maklumat yang kukuh atas dakwaannya itu. Bahkan, kelompok Yahudi Ortodoks Baitul Maqdis beberapa waktu lalu menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsha adalah milik ummat Islam. Di samping itu, mereka juga mengecam kerosakan yang dilakukan Rejim Zionis terhadap masjid ini. Secara umum, sejumlah be

Simpulan Sampul

Bismillah.. Lalu aku mendapat ilham, datangnya dari Allah. Agaknya dari doaku setiap hari.. Dengan ini, bermula la karya baru dari ana yang akan disiapkan dengan kudrat yang ada. InsyaAllah. Doakan ana. Sunggguh misteri cerita "Simpulan Sampul" ini. isinya, hanya akan diketahui kemudian apabila siap kelak. InsyaAllah. doakan ana yer.. Ada rakan bertanya kenapa "Simpulan Sampul"? sebab sampul itu adalah penutup segala isi-isi yang penting yang tersimpul didalamnya. Selagi ia tidak dibuka, ia kekal misteri. Jika ia hilang, lenyaplah apa yang diharapkan... sajak ku untuk Simpulan Sampul didalam satu simpulan: Pergi belayar menyelami isi hati, hati melayang mengingati kenangan yang indah, Bukan khayal yang merosakkan, Bukan lalai yang sentiasa rugi, Cuma sebuah jalan dari semua jalan. Bukanlah ku kejarkan sekadar keuntungan, Aku pilih demi mencari kebenaran, Ia adalah peringatan, untukku yang sentiasa alpa, di dunia yang sentiasa leka zamannya, dalam mengejar cinta Haki