Posts

Showing posts from 2011

Ijab Kabul yang bakal tiba

Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 10 bulan masa berlalu. Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang suami. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini. Bulan syawal lepas, bukanlah bulan yang sesuai untuk kembali kesini. Program tersusun rapat. Ditambah pula dengan pekerjaan yang sudah lari dari tajuk. Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya. Isteri - isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuila

Beralih kerja atau hangin

4 Bulan yang lalu.. Semasa sedang memandu kereta melalui hadapan surau Mahyon Kg Bahtera, aku menerima panggilan telefon dari supervisor "Fauzy, En ..... Nak jumpa" Katanya. "Bila, harini ker?. Harini saya cuti. Kalau nak jumpa saya, Jumaat boleh la." Jawab aku. "Nanti aku try set dengan dia" Jawab Supervisor aku. Maka, hari Jumaat pun tiba. Sampai je di pejabat terus aku pergi berjumpa dengan GM. Susah aku nak cerita sebab pejabat aku ni hierarki dia berselirat. Atas bos ada bos, ada bos lagi, senior bos, bos besar pula. Oleh itu, aku pendekkan cerita.. Akhirnya aku bertemu dengan GM bagi unit komunikasi korporat kumpulan Sapura, perempuan. Aku yang selebet terasa macam salah masuk kandang. Dari tempat wayar, skru, cd bersepah, komputer tecabut dan pemandangan jalan raya yang sarat ke tempat yang bersih, kemas, cantik, teratur, pekerja ber'slang' inggeris melayunya serta ada pemandangan tasik Mines resort yang indah. Apa yang dia nak ialah : 1. Ja

Suara Hati - TV Al Hijrah

Bulan yang penuh dengan rahmat ini, terpaut aku pada satu rancangan yang waktu siarannya menghampiri waktu berbuka. Sangat ringkas ucapannya dalam menceritakan perkara-perkara yang baginda nabi Muhammad SAW lakukan. Pasti yang menjumpai blog ini tidak dapat mencari dimanakah videonya. Website Al-Hijrah setakat ini pun belum lagi memaparkan maklumat tentang video ini. Oleh itu aku ingin berkongsi. Taip perkataan ini di Youtube : Fattabiouni Semoga kita dapat menonton dan berusaha untuk kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW. http://www.youtube.com/watch?v=5fl8Gr-0sM0

Ramadhon yang penuh warna warni

Lagi beberapa hari, selesai kita menjalani sebuah jalan, sebuah titian tarbiyah. Persoalannya, adakah kita tidak sabar untuk tiba di penghujung ataupun tidak sanggup untuk melepaskannya. Sepanjang bulan yang mulia ini, ada beberapa aktiviti yang aku turut serta. Sekadar ingin berkongsi, moga semua dapat melakukan yang lebih baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan seperti para sahabat. Iftar di Pusat Pertuturan KIU, Pandan Indah Sekolah ini merupakan sekolah khas yang cacat pendengaran untuk belajar bertutur. Mereka diajar bercakap beserta dengan isyarat tangan. Program ini merupakan program mini Halaqah.net. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menziarahi sekolah khas ini. Cuma pada kali ini berbeza dari tahun lepas(atau aku dah lupa). Sebaik sahaja tiba disana pada jam 6.30 petang, aku didengarkan dengan bacaan kalam suci oleh adik-adik khas yang menuntut di sekolah tersebut. Sungguh aku tertarik dengan bacaan mereka, biarpun tidak sempurna makhraj hurufnya nya

Senarai Laman Web Islami

Image
Assalamualaikum wrt. Mungkin ramai di luar sana tercari-cari dimana atau apa alamat laman web Islami di Malaysia. Saya mengerti, kerana pada mulanya beginilah yang terjadi kepada saya. Mencari-cari dimana kebenaran, mencari jalan permulaan, mencari satu destinasi yang abadi. Dengan sifat Allah yang maha penyayang, dipermudahkan urusan untuk terus menjejaki jalan ke taman-taman syurga. Seperti mana firman Allah swt : Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maiidah : 93) Disini saya kumpulkan Laman Forum/Portal Islami yang ada di Malaysia dan bertahan sehingga ke harini. Halaqah.Net - sejak 2006 Al-Ahkam - tak pasti Hanan.Com - sejak 2003 I Luv Islam - sejak 2007 U

Obor-obor cinta Bahagian 4

Kini, setiap hujung minggu diisi masa bersama emak membeli belah keperluan untuk majlis perkahwinan nanti. Setiap minggu jugalah, aku menemani emak untuk memilih apa sahaja kehendaknya. Makan, minum, singgah melihat barang. Sebagai seorang lelaki dewasa dan pada masa yang sama amat menitik beratkan penggunaan masa, kasih ibu memadamkan segala rungutan yang cuba membelenggu diri. Aku harus membiasakan diri, belajar erti kasih sayang. Lebih-lebih lagi kasih ibu yang tak pernah kenal penat lelah mengasuh dan mendidik aku. Sebesar kebaikan mana aku buat untuk ibu, tidak sesempurna ibu mendatangkan kebaikan untuk diriku. Ingin aku menjadi anak soleh agar memberi kebaikan yang haq untuk ibu bapa ku di akhirat kelak. Untuk menjadi suami yang soleh, bermula dengan perhubungan dengan ibu dan bapa. Baik hubungannya, tercermin akhlak mulia untuk isteri dan keluarga sendiri. Seringkali kita idamkan sebuah keluarga yang bahagia. Ada pula inginkan isteri yang baik, yang solehah sedang diri masih lag

Bersih atau kotor

Aku bukan pro-gov mahupun pro-pembangkang malah aku bukan orang tengah. Sejauh mana yang kita faham dengan kebersihan. Adakah jasmaninya, adakah rohaninya. Ada yang menyifatkan perhimpunan "bersih" adalah satu jihad. Apakah betul faham dengan erti jihad. Atau sekadar menyombongkan diri untuk lebih mengetahuinya. Rata-rata, suka mengikut-ikut. Dah berapa ramai aku jumpa dengan penyokong fanatik pembangkang. Kutuk bukan main. Tapi bab solat hampeh. Asas tu, belum hal lain lagi. Cerita bukan main lagi itu salah ini salah. Isu keruntuhan akhlak tak sebut. Yang suka sebut, TAK adil Rasuah Penipu wang rakyat Kerajaan tamak haloba Kerajan gelap duit. Kerajaan kikis duit rakyat. Kerajaan letakkan banyak beban kepada rakyat. Kerajaan zalim Kerajaan pembelit Kronisme Yang menarik, siap bagi bukti. Kononnya, abang/kakak dia kerja dengan agensi kerajaan. Banyak tahu selok belok semua penipuan itu. Terutama rasuah. Sepatutnya kita memikirkan, bagaimana ingin memantapkan individu seterusny

Obor-obor cinta Bahagian-3

Mesti aku dah lupa yang aku telahpun mencipta tajuk ini sebelum ni. Rentetan itu, aku berhasrat untuk menyambungnya semula. Obor-obor cinta mukadimah Obor-obor cinta Bahagian-2 Selepas selesai berkursus dan ujian HIV, kini fokus seterusnya adalah persiapan atau proses pernikahan. Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti jika dirujuk pada borang. Tidaklah sesukar mana, tambahan pula amat mudah apabila berurusan dengan pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Semua mesra-mesra belaka. Teringat satu petikan kata-kata dari daurah baitijannati pada awal tahun haritu. "Perkahwinan adalah ibadah, amal ibadah menjadi lebih fokus, lebih tenang dan lebih enak". Oleh kerana pada masa itu tidak semuanya masih bujang, jadi pemahaman dari sisi aku nampaknya agak kurang sedikit tetapi kesan kata itu amat mendalam kerana menyentuh akan hal-hal ibadah. Di usia muda ini, pelbagai ujian perlu ditempuhi. Ibadah sering terganggu dan kurang fokus serta lemah dalam penghayatan. Menjadi pemuda

Nama Jalan, Lorong Berlian 6

Image
Kampung Melayu Wira Damai Setibanya di rumah pada hari rabu minggu lepas, aku ternampak satu papan tanda berwarna biru. Sedikit musykil dan sedikit mempersoalkan. Nama jalan ini sebenarnya sudah lama di cadangkan, cuma pada harini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selepas ini mudah bagi orang ramai dari luar untuk mencari rumah di sekitar Kampung Melayu Wira Damai. Namun, terdapat satu lagi masalah. Masalah nombor rumah yang masih tidak di gunapakai. Hanya beberapa rumah dari ratusan biji rumah disini tidak mempamerkan no rumah. Keadaan ini masih menjadi satu masalah kepada penghuni sediada yang tidak mempamerkan nombor rumah. Pekerjaan Untuk hari ke-3 aku berkeseorangan di pejabat. Hari jumaat yang lepas aku pergi ke pameran minyak dan gas Asia. OGA 2011. Teringat aku yang pc fair juga dibuat disini. Cuma beza pada kali ini adalah syarikat yang membuat pameran semuanya besar2 belaka. Bermacam teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang aku tidak tahu disini. Sedikit demi sedikit

Persoalannya..

Iman turun, iman naik. Iman turun, Iman turun. Ombak besar dunia yang sering melanda kita, seakan pesta yang berleluasa. Sedikit dari kita, tidak memikirkan. Apakah yang terbaik bila berada "disana". Sementara sihat. Sementara kuat. Sementara... Bernafas.. Pulang dari kerja tadi, seperti biasa keletihan. Sempat dengar azan. Tapi rasa tak larat untuk ke rumah Allah. Aku pun memutuskan untuk bersolat di rumah. Masa sedang tilawah, aku dengar azan. "Aih, da masuk waktu isyak ker. Awat cepat beno yeop." Bisik hati kecil aku. Aku pun memalingkan biji mata ke arah jam dinding. Oppss, terlupa yang jam dinding aku hanya menunjukkan jam 11 sahaja setiap hari semenjak kehabisan bateri tempoh hari. Ku lihat jam di telefon. Baru pukul 8.05mlm. Kenapa azan cepat. Lepas duk dengar azan tu betul2, rupanya ada kuliah kat masjid. Sedap semacam alunan suara dia. Lain macam je aku rasa. Bergegas aku g masjid. Masuk masjid, aku tengok ada seorang sheikh arab tengah bagi ceramah. Sebela

Turun Padang Semula

Image
Setelah 6 bulan, aku kembali kesini semula. 6 bulan ini juga pelbagai kisah telah berlaku. Dari saat manis, hingga ke pahit. 1001 kisah, mungkin sukar untuk ditulis kembali. Minggu lepas aku dikejutkan, pemergian sahabat yang paling hampir dengan diri aku. Muda, 24 tahun dah bertubuh seorang ahli sukan. Namun, ajal itu lebih tepat masanya tanpa mengira apakah yang ada pada jasadnya. Meninggal ketika sedang bermain bola sepak yang baru sahaja 2 minit bermula. Diatas padang itu juga, nafas terakhirnya yang terakhir. Begitulah janji Allah, sangat tepat yang tercatat didalam Al-Quran. Setiap yang bernafas PASTI akan mati. Mati itulah penamat segalanya. Satu noktah yang menjadi penanda amal di padang mahsyar. *Tengah feeling menulis kawan dah panggil g makan. Adoi.. Ok bersambung semula. Peribadi : Sepanjang 6 bulan ini, berlaku beberapa bibit penting dalam hidup. Paling ketara ialah selepas bertunang pada 1 Januari lalu. Sebaik sahaja selesai urusan ini, aku terus memikirkan apakah persiap