Posts

Showing posts from October, 2007

Beringat lah kita

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia. 1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)? Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Setrusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia. Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut. PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www. bluemosquefater nity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja. 2) Bagaimanakah kita bol

Lihat

Image
Assalamua'laikum warahmatullah hwabarakatuh. Baru-baru ini tersentuh hati melihat iklan yang dibuat oleh Petronas. Mari sama-sama kita menghayati seketika iklan yang ana lampirkan ini.. sajak dari bapa : Kuangkat yang berat tidak sikitpun kukatakan penat, ku timba yang sukar tiada pun aku berhenti, ku lihat yang senang namun aku terpaksa bersusah hanya untukmu ku mahu lihat anakku setia bersamaku, kasihku padanya tidak sikitpun aku susutkan, jiwa, hati, dan tanggungjawabku memimpin kejalan yang benar, jumpa kita di laman syurga.. Kasih sayang seorang ayah yang tak berbelah bahagi. adakah kita membalasnya dengan setimpal? Tepuk dada tanyalah iman.