Posts

Showing posts from January, 2008

Ini bukan gurauan

Image
Bismillah.. PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SEMUA. "Negara beli kapal selam pada masa rakyat tenggelam". Terngiang lagi akan petikan khutbah jumaat lepas yang cukup membuatkan saya ini tersentak akan kerealitiannya. Dimanakah Islam yang diketengahkan oleh pemimpin yang kerap kali mengungguli carta kemenangan pada setiap pilihanraya? Cara hidup Islam apa yang dipraktikkan? Islam telah disusun atur setiap aspek kehidupan seharian. Tiada cacat celanya lagi. Tapi dengan bangga di ubah sesuka hati. Itu munafik namanya. Hanya Islam tetapi tidak ikut apa yang telah diperuntukkan. Adakah kita perlu tunduk kepada kanun keseksaaan? Bunuh rujuk kanun keseksaan, zina rujuk kanun keseksaan, mencuri kanun keseksaan? dimana hukum Islam? adakah ia wujud atau ditenggelamkan bersama kapal selam yang dibeli? ataupun dikepil di dalam buku nota yang sudah berlapuk? HAH!, akibatnya sudah ada yang berani membawa kes MURTAD ke mahkamah. Beraninya... Kebelakangan ini kes murtad yang makin menjadi-j

Tahun yang meniggalkan cerita

2007 meninggalkan seribu kesan keatas diriku pada hari ini. Aku menamatkan apa yang cuba digapai sepanjang tahun. Aku menamatkan pengajian diploma seawal januari tiba, kemudian mula tidak teratur dengan tujuan yang bakal dikejar lagi. Melihat kembali bulan diwaktu malam, tidak selalunya terang untuk kekal bersama menemani aku. Aku menganggur selama enam bulan dengan keadaan terhoyong hayang. Sebaik bangun tidur aku sering memikirkan apa langkahan seterusnya untuk aku meneruskan kehidupan di alam nyata setelah melalui mimpi-mimpi yang caranya seperti bulan, tidak selalunya indah. Pengangguran membuatkan diri aku serba tak kena. Aku mula terputus dengan dunia maya, kerana tiada akses internet dirumah. Buntu sepanjang masa. Sehinggalah aku berfikir dengan waras, itulah masanya aku perlu mendekati Allah. Selepas rumahku dipasang kelengkapan untuk berinternet, aku kembali aktif di halaqah.net. Aku sudah mula merancang untuk memperluaskan lagi dakwah IT. Jadi aku buat pelbagai latihan untuk