Posts

Showing posts from June, 2008

Kerja membina web dan grafik

Image
Yang berbahagia, tuan pengerusi majlis. Nampaknya tuan pengerusi majlis sahaja yang bahagia. Saya yang duk mendengar ni duk mengangguk aja apa yang diucapkan oleh mc tu.. Sebenarnya kisah kerja didalam kerja. Sebagaimana saya cuba memaksimumkan diri dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu yang terbentang luas. Kali ini cuma ingin senaraikan kerja-kerja yang saya sedang lakukan pada masa ini. - Laman web DataOne Asia - Laman web Narsqo termasuk la department2 nye. - Laman web Pemuda PAS Kuala Terengganu Kerja mengemaskini : - Laman web BALADI - Laman web MyMMC Kerja-kerja grafik : - Iklan Narsqo - Kelab Kereta Barracuda Saya seorang yang amat cerewet dalam menghasilkan lukisan. Jadi selalu akan ambil masa untuk siap sempurna. Sebenarnya tak la berapa sempurna pun.. Masa yang sama sedang memonitor wireless network kampungwifi. Masa yang sama jalankan perniagaan. Selalunya pada sebelah malam. Itupun kalau tak kerja malam. Dah 2 minggu aku tak ke masjid (kecuali jumaat). Pastu tadi tadi aku

Lukisan banyak makna

Image
Mungkin segelintir dari kita memikirkan sesuatu yang mampu membuatkan kita menyebut "wah" apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan. Boleh jadi kita akan merasa kurang senang dengan tindakan yang dicerminkan dirinya. Boleh jadi juga kita akan merasa geli hati dan bercampur geram. Mudah saja, jika kita melihat lukisan disebelah ini, ia mencerminkan sesuatu yang lucu. Itu pada anda, tetapi tidak saya. Cuma sekurang-kurangnya saya sudah memberi peluang kepada anak-anak buah saya menyerlahkan bakat mereka dengan mencoret sebuah lukisan cetusan dari imaginasinya di almari pakaian saya. Saya baru bangun tidur kerana bekerja sebelah malam sebelum itu. Celik mata yang kekaburan dek taik mata melihat rangka-rangka bewarna merah. Kemusyikilan hanya terjawab selepas membesarkan kelopak mata. Cuma anak mata tidak turut serta, kerana hari yang agak terang. Mulanya teringat bagaimana manusia di zaman paleolitk yang wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM. Pada dinding gua terdapat gambar

Kehebatan Atom Petanda Kekuasaan Tuhan

U dara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitujuga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkansegala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom.Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalahproton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam matakita. Bagaimana pula dengan benda yangkita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia kerasataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanyaterdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atompada setiap objek-objek itu. Banyak orangmengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruhpelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun merekamungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsurpaling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’. Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang palingsempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, seti

Ulang Tahun Pertama

Image
Bismillah.. Alhamdulillah... Pintu rezeki yang di kurniakan oleh Allah SWT, bermula disini. Hari ini 18 Jun 2008 genaplah setahun saya bekerja dalam bidang saya iaitu kena mengena dengan sistem perkomputeran, cuma penekanan lebih kepada teknologi rangkaian dan pangkalan data. Apa yang saya rasakan sesuatu yang manis sepanjang kerja tidak pernah stress atau pening kepala kerana tiada apa yang memeningkan pun disini. Apa yang menjadi dugaan adalah destinasi kerana saya perlu mengharungi lebih kurang 80km untuk sehari pergi dan balik dari tempat kerja dan juga pejabat saya.(sekarang base saya di UPM, serdang). Begitu juga masa kerja selama 2 jam satu sesi. Terdapat juga kelebihan disini seperti bekerja tidak lebih 20 hari setiap bulan. Lantas dapat mengurangkan kos penggunaan petrol. Penjadualan 2 hari siang, 2 hari malam dan 2 hari cuti juga amat kompetitif dengan komitmen yang saya perlu berikan. Semenjak saya bekerja disini, banyak yang telah saya pelajari bersama-sama rakan kerja yang