Posts

Showing posts from June, 2010

Pembaharuan

Tanggal 12 Jun 2010 merupakan tarikh yang agak istimewa dalam hidup aku. Pada hari tersebut juga bermulanya satu pekerjaan "makan gaji' yang baru bagi diri aku. Sebab aku katakan makan gaji kerana kerja tersebut memang aku dah lakukan secara part time diluar waktu kerja. Cuma berbezanya adalah rakan kerja, dan juga pelanggan. Rakan kerja rata2 professional, tak perlu nak disebutkan jawatan. Bermacam ragam perihal manusia dapat aku kenal. Mungkin agak pelik, kenapa aku mengatakan bahawa kerja baru yang agak memenatkan ini adalah suatu pekerjaan yang aku anggap istimewa. Ia sangat istimewa kerana aku sering dan perlu berinteraksi dengan setiap orang tanpa mengira pangkat. Aku boleh jalan2 kesana kemari dan juga dapat meluaskan lagi ikatan ukhwah. Kerja pada kali ini adalah sebagai support desktop utk lebih kurang 600 user. Masa pandu kereta pulang dari serendah tadi, aku terfikir sejenak tentang pekerjaan baru aku ni. Dahulu aku support untuk server. Tetapi pada kalini, support