Posts

Showing posts from April, 2008

Pembentukan kasih sayang penguat jiwa

Pernah mendengar suara ibu memanggil, katanya mahu minta di bantu, pernahkah kita berfikir dengan baik, adakah panggilan itu hanya untuk dibantu, itu adalah panggilan KASIH SAYANG dari seorang ibu. Tiap kali ingin pergi kerja, minuman susu pengalas perut sudah tersedia, tidak pernah aku meminta untuk membuatnya, Apa entah lagi pikul tanggungjawab sedia ada, hanya KASIH SAYANG yang memaksanya.. Pandanglah kebahumu, tapi aku bukan sentiasa ada disisi. Harini, sebuah hari yang agak merunsingkan. Kerana yang penat hanyalah otak pemikiran aku. sedangkan fizikal aku masih lagi mampu untuk membuat kerja. Adakah aku sedang mengelamun tidak tentu hala? Aku kerap memikirkan rancangan. Di suatu sudut, cuma tersenyum jika semuanya berjalan dengan baik. Namun senyuman ku bukan untuk aku, tetapi untuk semua. Ayuh mengusahakannya. Adakalanya ianya dirahsiakan, sambil melayani keindahan serta kehijauan pemandangan di UPM. Aku dan kerjaya, bukan sesuatu yang asing. Cuba menjadi diri sendiri juga bukan

Buat apa ni?

Image
Inilah yang boleh diklasifikasikan sebagai "malapetaka" kepada golongan yang bakal menerajui Agama, bangsa dan negara di masa hadapan. Tarian yang menghiburkan memecah kesibukan kota dengan pemandangan dan tingkah laku yang tidak sihat. Walaupun kita hanya melihat situasi begini dengan biasa, pemikiran pemiliknya adalah lebih kepada menyinonimkan kehidupan dengan budaya2 yang disangkal sebagai hebat ini. Diucapkan terima kasih kepada negara2 barat yang mempengaruhi minda mereka dengan mudah dan berkesan tanpa kompromi dengan mengetengahkan aktiviti2 yang NON-FAEDAH ini. Pembangunan negara sepatutnya selari dengan pembangunan sahsiah anak-anak muda masakini. (baru semalam saya nampak pelajar2 laki dan perempuan sekolah menengah bercampur membuang masa bersembang dan gelak ketawa di tasik semasa pulang dari makan tengah hari). Inilah dikatakan peringkat awal pergolakan minda sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari pagar sekolah. Didikan bukan hanya disekolah, malah dari rumah

Cerita Basikal

Image
Bila wujud komplikasi dalam perhubungan, pelbagai cemuhan akan berlaku. Begitu juga dengan perngorbanan, betapa sukar pun akan dikerjakan asalkan kembali kepada niat. Baru-baru ini aku cuba untuk menyelesaikan sesuatu yang hampir buntu. Buntu kerana sikap. Dan sikap itu kembali membuntukan segala usaha yang telah di fikirkan(berikutan tidak berlaku perlaksanaan yang sewajarnya). Aku termenung seketika, melihat pemandangan kampung wira damai. Batu caves tidaklah jauh untuk dicapai. Hanya lebih kurang 100 meter sahaja dari pintu rumah. Ku lihat kehijauan yang sungguh menenangkan walaupun pokok2 hidup di bahagian atas macam rambut manusia. Cuma hukum alam di puncak bukit itu mempunyai tanah yang subur membuatkan aktiviti tumbuhan menjadi rancak. Dan di dindingnya rata, licin dan keras yang memustahilkan tumbuhan untuk hidup. Melainkan jika ada sedikit kelopak yang rata pada dinding itu walau sebesar tapak tangan untuk tumbuhan terus berdikari. Pandangan ku tundukkan akibat dari tarikan su

Fardhu Kifayah dalam Konteks Pembangunan Negara

Image
Disusun oleh: Panel Penulis JAKIM Kifayah dari segi bahasa bermaksud 'mencukupi' dan 'memadai'. Dari segi istilah ia membawa maksud kewajipan yang difardhukan ke atas seluruh umat Islam dengan tujuan untuk menegakkan agama Islam seperti menuntut ilmu al-Quran, ilmu Hadith, menyempurnakan jenazah dan mengajak kepada amar ma’ruf nahi mungkar. Imam an-Nawawi pula menyatakan bahawa perlaksanaan fardhu kifayah itu dituntut atau dikenakan ke atas semua orang Islam yang mukallaf. Apabila seorang atau sebahagian umat Islam melaksanakannya maka terlepaslah tanggungjawab itu dari seluruh umat Islam. Menurut Ibn Khaldun manusia tidak dapat hidup sendirian sebaliknya memerlukan kepada satu organisasi kemasyarakatan di mana mereka dapat bekerjasama dalam menjalani kehidupan. Sebagai contoh, manusia memerlukan makanan untuk hidup dan makanan tersebut tidak dapat dihasilkan tanpa melalui beberapa proses yang melibatkan pengemblengan tenaga kerja sesama manusia dan alat-alat tertentu.

Demi pemerintah yang di berkati

Image
Ana berkongsi sedikit ilmu pada tazkirah di masjid an-nur semalam. Semalam tak sempat pos sebab penat terus tidur lebih awal. Ustaz tu suruh baca ayat ini semasa wirid lepas solat. 26. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai Tuhan Yang mempunyai Kuasa pemerintahan! Engkaulah Yang memberi Kuasa pemerintahan kepada sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang mencabut Kuasa pemerintahan dari sesiapa Yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga Yang memuliakan sesiapa Yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah Yang menghina sesiapa Yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya Segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Doakan perjuangan pemimpin kita moga sentiasa berada di jalan yang benar dan diredhaiNya.

Halau Yahudi

Image
Kesibukan bukan menidakkan aku untuk terus mengambil tahu akan cerita-cerita serta kisah hangat masakini yang kian rancak serancak kemerosotan akhlak. Terkini(tak boleh nak sebut terkini sebab sentiasa ada aja kisah baru) sibuk diperkatakan pasukan Chelsea akan menjejakkan kaki untuk jelajah asia nya ke Malaysia. Sedarkah kita yang pasukan nya mempunyai pemain Israel aka yahudi laknatullah. Bukan 2 sahaja iaitu pengurusnya Avram Grant dan juga pemain pertahanan Tal Ben Haim. Sebenarnya ada lagi pemain pasukan simpanannya. Tak berapa ingat nak sebut nama.. Akhbar utama tempatan menyirkan berita tergempar(hanya untuk orang yang betul2 sedar akan kegemparannya) dengan mengatakan kehadiran warga Israel itu tidak patut dijadikan satu bentuk kekangan politik. Lebih halus katanya politik tidak sihat jika dicampur aduk dengan sukan. Adoi. Bayangkan jika mereka ni hadir, tentu layanan nya seperti raja. Maklumlah pasukan Chelsea cukup terkenal. Fikirkan, layakkah untuk kita memberi layanan yang

Boikot William of Oranjeee

Salam para sahabat, rasa tidak perlu diperpanjangkan lagi. Isu mengenai filem Fitna yang diterbitkan oleh seorang Ahli Parlimen Belanda, yang bernama Geert Wilders telah sekali lagi cuba mencucuh api kemarahan umat islam diseluruh dunia. Hamba disini cuba meletakan beberapa list syarikat serta barangan yang berakar umbi dari negara kincir angin itu. List ini hamba ambil dari wikipedia. Jangan terkejut kerana ada barangan belanda ini adalah terdiri daripada barangan keperluan yang kita selalu kita gunakan seperti, 1) Friesland Foods, bapak kepada produk Appelsientje, Bonnet, Chocomel/Cécémel, Completa, CoolBest, Debic, DubbelFrisss, Dutch Lady, Extran, Frico, Friso, Foremost, Friesche Vlag, Frisian Flag, Fristi, Milli, NoyNoy, Peak, Pöttyös Túró Rudi, Rainbow, and Taksi 2) TNT N.V. ni company kurier iaitu pesaing kepada fed ex, ups 3) ING ni kompany fernando alonso, syarikat yang berasaskan insuran yang sedang pesat melebarkan pengaruh kekawasan rantau asia 4) Philips ni pulak kalau ti