Posts

Showing posts from 2009

Berpindah

Projek baru.. sesiput

Salam Eidulfitri.

Image
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Tapi Islam tak pernah meninggalkan kita. Pada minggu lepas, aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama bekas pelajar semasa menuntut di SEMENTAS. Majlis ini diuruskan oleh Aimi dan rakan2 nya yang lain. Rasa lama sangat tak jumpa semua ni. Kali terakhir adalah pada tingkatan 5 dahulu. Tapi yang sama, sifat kebudak budakan masih tertanam didalam diri semua yang hadir. Mungkin kerana teringat kembali zaman persekolah suatu masa dahulu. Pelajar cina pun turut hadir bersama berbuka puasa walaupun dorang tak puasa. "Kau orang buka puasa ni dah baca niat puasa tak semalam?" Tanya aku dengan nada gurau.. he. Dalam gambar tersebut dari kiri ialah hafiz. Dia ni dah bernikah dah. Tapi nampak muda lagi. Dia datang bersama zaujahnya. Sebelah dia yang berkacamata tu namanya Nasrun. Aku tak sangka yang dia ni anak kepada wartawan melodi iaitu Nas Ahmad. Yang berjanggut tu pula Nasir. Dia ni dari tadika sampai la ke sekolah menengah sama dengan ak

Ilmu baru

Image
Animasi 3D merupakan satu industri multimedia yang berada di tahap teratas sekali dalam elemen2 yang diterapkan. Seperti yang kita ketahui, elemen multimedia mengandungi imej, animasi dan bunyi. Gabungan ke-3-3 elemen ini bakal membentuk suatu produk multimedia yang hebat. Inilah yang aku pernah pelajarai semasa di bangku kolej suatu masa dahulu. Kita telahpun terpikat dengan satu multimedia drama UpinIpin dan movie Geng yang dihasilkan oleh Team las copaque. Oleh itu, industri ini semakin mendapat perhatian oleh semua pihak. Jika ianya diteruskan, kita tidak lagi dapat menonton artis2 berpakaian seksi dan juga bersentuhan bukan mahram. Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernam

Merdeka dalam erti kata

Image
Penggeledahan berlaku di laman wikipedia sebentar tadi. Tercari-cari erti kemerdekaan yang sebenarnya. Adakah erti merdeka itu sesuatu yang pasif? dengan erti kata bebas dari penjajah. I said no kata orang putih. Itupun sudah mengambil bahasa penjajah. "Merdeka is a word in the Malay language meaning independ ence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands." Secara ringkas, cuba perhatikan satu kotak di dalam rumah. Kotak yang bergambar dan bersuara itu dipanggil Televisyen atau TV. Perkataan Te

Harini Ini dalam sejarah

Image
BUAT PERTAMA KALINYA dalam sejarah aku bekerja selama lebih 2 tahun, inilah hari pertama pc yang aku gunakan di pejabat tidak ada sambungan internet. Walhal kerja aku adalah untuk memastikan talian trafik internet bergerak lancar setiap MASA!. Sehinggakan email yang merupakan alat perhubungan formal diantara pelanggan dan syarikat juga terputus. Betul2 sejarah. Sebenarnya, bukan aku je takde tenet. Satu pejabat takda internet. Semuanya buntu kehulu kehilir mencari ilham. Hoh, mencari ilham dengan bersembang tentang memancing, bolasepak, pasal kampung, pasal raya dan pelbagai lagi. Bukan curi tulang, tapi kerja kami memang perlu talian internet!. Aku?, dengan selambanya aku bermain game ni walau bos ada duduk kat sebelah.. Sejarah lagi satu inilah dia, bermain game depan bos dalam waktu kerja. Oleh kerana tiada kerja, mereka pulang lebih awal dari biasa iaitu pada jam 3 petang. Tapi aku tak boleh balik awal berikutan kerja aku adalah standby sehingga jam 8.30 malam. Di bulan Ramadhan ni

Fakta Tangisan

Image
Duk semak posting satu persatu kat halaqah tadi, aku tertarik dengan posting yang dihantar oleh ummi. Ia berkenaan menangis. Oleh sebab itu aku memutuskan ingin meletakkan ia disini. Marilah kita sama2 menghayatinya. Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: # Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. # Menangis kerana rasa takut. # Menangis kerana cinta. # Menangis kerana gembira. # Menangis kerana menghadapi penderitaan. # Menangis kerana terlalu sedih. # Men

Ahlan Ya Ramadhan

Image
InsyaAllah, esok aku dan semua umat Islam di muka bumi ini akan mula berpuasa. Jadi, istilah madrasah digunakan di dalam banner ini bermaksud dimana bulan Ramadhan adalah tempat kita mengasah skill kita untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah taala. Umpama sekolah adalah tempat kita belajar. Dengan erti kata lain ialah Ramadhan adalah tempat untuk kita meningkatkan iman dan juga taqwa. Seperti mana firman Allah swt di dalam surah Al-baqarah ayat 183 : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" Oleh itu marilah kita sama2 memanfaatkan kehadiran bulan ramadhan yang penuh bermakna pada tahun ini. Moga amalan pada kalini lebih baik dari sebelum2 nya. Seperti yang aku rancang pada sebelum ini, aku telahpun meninggalkan kerja2 tambahan atau kerja sambilan aku buat sementara waktu bagi merasai kemanisan pada tahun ini. Kerja2 aku hanya akan disambung selepas Ramadhan insyaAllah. Jadual

Minggu lepas

Image
Oleh sebab sibuk menau, tak dapat nak catat aktiviti minggu lepas. Pada 1 hb ogos 2009, aku dan rakan2 kolej diundang bagi jemputan walimah anak ustaz ismail Jabbar di Melaka. Kami pergi 2 kereta. Pada waktu tu aku terpaksa tumpang kereta kawan sebab kereta aku bagi kawan pinjam. Jom tengok gambar. Walau sudah 2 tahun lebih tidak berjumpa, tapi kami masih ceria bersama. Aku tengok ustaz sama je macam dulu. Cuma ketayap dia je kot yang baru. hehe. Oleh sebab Ustaz ni pekerja TM, maka semua warga kerja di jemputnya. Ha, apa lagi Pak Bakar kesayangan aku tu pun turut hadir memeriahkan majlis. Pak Ayub juga ada bersama. Mereka berdua ni berkepit jer dari dulu sampailah sekarang. Kemudian jumpa Pensyarah matematik(subjek yang paling aku tak suka) pulak. Tapi kitorang tak sembang lama dengan dia. Tak tahu lah naper.. Dalam gambar tu dari kiri, Hidayah, Aku, Ustaz dan Azrul atau lebih dikenali sebagai Tok penghulu sebab dia penghulu asrama dulu. Dia senior aku aka bisnes partner aku ketika in

Tahun yang berulang

Image
Tik tok tik tok. Tepat jam 12 tengah malam, aku sudah mulai rasa semakin berusia. Pada hari ini 4 Ogos 2009, genap 23 tahun aku berada di dunia ini. Masa yang begitu pantas meninggalkan kita. Aku sering terfikir yang zaman sekolah dulu yang penuh dengan warna warni keriangan. Kini, tanggungjawab semakin besar juga disusuli dengan cita2 melakar sesuatu yang bermanfaat di dunia ini selagi mampu menghembuskan nafas untuk bekalan akhirat. Gambar diatas semasa di pejabat. Saja tunjuk kasut baru. hehe. Dengan umur yang baru ini, aku ingin terus mengusahakan apa yang telah aku usahakan sehingga aku memutuskan untuk berehat.

Bahaya betul..

kelmarin (rabu, 22 Julai 2009). Harini aku nak ke Pejabat bhgn sumber manusia dia Petaling Jaya sebab nak ambil surat pengesahan jawatan. Aku memutuskan untuk menggunakan jalan Lebuhraya Damansara-Puchong sebab ianya lebih mudah dan cepat kerana tak perlu masuk ke KL. Dari Batu caves, aku memulas pendikit dengan kelajuan sekitar 80km/h menuju ke destinasi. Semasa melalui Kepong, aku teringat seseorang iaitu kawan aku yang tinggal dikawasan ini. Di atas MRR2 tu aku dapat melihat KLCC, Menara KL dan bandaraya kerana jalan tersebut tinggi dari tanah. Lebih kurang 200 meter sebelum susur LDP, jalan tiba2 sesak. Kereta dari Kepong yang memasuki jalan utama membuatkan trafik bergerak perlahan kerana kepadatan kenderaan. Aku pun memutuskan untuk menggunakan lorong kanan berikutan lorongnya luas sedikit bagi aku yang menunggang motosikal. Jalan yang agak licin membuatkan aku lebih berhati2. Pagi ini, aku merasa tidak sedap hati entah mengapa agaknya.. Sedang aku menyusuri jalan itu, tiba2 kelu

Reda buat seketika

Image
Tarik nafas, hembus... Tarik.., hembus.. Alhamdulillah.. Aku masih lagi mampu bernafas dan berharap mampu meneruskan ibadah didunia ini. Ku lihat jam, sentiasa kedepan. Cukupkah masa yang ingin dikejar? wallahualam. Sebaik sahaja server(seperti gambar disebelah), aku mula memikirkan adakah mampu aku lakukan sehingga ianya sempurna. Mungkin sebelum ini aku berpengalaman mengendalikan server, namun aku hanya menceburinya dengan agresif pada awal tahun ini. Dan pengalaman aku hanya mengendalikan user tak lebi h dari 20 orang berbanding halaqah.net sekarang yang mencecah sehingga 400 user pada satu2 masa. Mustahil adalah subjektif, kerana ianya perlu di susuli dengan doa, usaha, tawakal dan istiqamah. Server ini adalah kepunyaan halaqah.net yang disumba ngkan oleh seorang hamba Allah swt bagi meneruskan halaqah.net terus berada di alam maya sebagai platform perkongsian ilmiah yang mudah dan santai. Dengan kehadiran server ini diharap dapat menampung pengguna halaqah yang kian bertambah dar

Makan, makan dan makan...

Semenjak kebelakangan ni. SELERA MAKAN AKU BERTAMBAH. Aku pun kurang pasti kenapa. Kebelakangan ni juga aku mengamalkan 2 biji sehari pil minyak ikan kod. Mak aku nasihat, amalkan makan vitamin untuk kesihatan badan. Ye lah, keadaan sekarang seperti cuaca, pe makan an dan perkara2 lain yang boleh menjejaskan kesihatan semakin membimbangkan. Oleh itu langkah pencegahan perlulah diambil. Semalam, pagi2 lagi aku dah makan 4 sausage dan dibaluti dengan 4 keping roti. Aku bukan gelojoh, tetapi selera makan tu terlalu kuat. Selepas makan banyak tu pun aku tak mengah atau mencungap, siap aku boleh mengecat rumah dan setup server lagi. Kemudian makan tengah hari aku makan nasi penuh pinggan. Petang pula mak buat kuih "Akok" Kuih tu agak besar tapi aku makan 4 ketul jer. Aku nak makan lagi tapi teringat yang abah aku masih belum makan lagi kuih tu. Lalu aku beredar dari pinggan yang mengalas kuih tersebut sebelum menjadi makan anku. Sebelah malam, aku makan nasi dan lauk sot

Bersiap sedia

Nampaknya aku tak dapat nak sambung kisah lalu. Sebab dah berlalu.. InsyaAllah, bermula selasa ini hingga ahad depan aku akan melalui satu suasana yang getir dan kesibukan yang agak serius. Sebaik sahaja aku melibatkan diri bersama Top Tiara Sdn Bhd, aku mulai fokus untuk pengembangannya dimasa kini dan akan datang. Boleh jadi setiap hari aku ke pejabat. Tapi masuk ni dah 2 hari aku tak ke sana. Cuma mesej2 ajer. Berikut merupakan kerja yang perlu disiapkan : Cat Rumah, pasang lampu. Bermula kelmarin, aku sudah mula mengecat bahagian tengah rumah iaitu disekitar tangga. Sebentar tadi aku sempat menyiapkan separuh ruang tamu berikutan kekurangan cat. Esok dan akan datang aku perlu menyiapkan seluruh tingkat bawah, dan ke tingkat atas. Kerja mengecat ini nampak mudah tetapi sebaliknya ia amat sukar seperti mengecat di celah dinding dan sudut. Kemudian perlu menampal lubang dan mengikis bahagian yang tidak rata. Bertambah sukar lagi apabila terpaksa mengeluarkan paku dari lubang dan wayar

Cerita silih berganti

Mula dari hari Rabu. Aku pergi ke bank CIMB buka untuk tunaikan cek berpalang. RM118.00 sahaja. Aku tak pernah buat sebelum ni, mujur customer service dia baik hati dan banyak membantu. Minggu lepas, aku buka akaun baru pun dilayan semacam kanak2. Semua dia beri tunjuk ajar. Dikesempatan itu, aku pergi naik tingkat atas untuk mendapatkan maklumat mengenai pinjaman perumahan. Aku jumpa dengan cik Marina. Dia ceritalah itu dan ini. Kemudian dia minta aku ambil gambar rumah yang aku ingin beli itu. Lepas tu aku menuju ke Plaza Lowyat di KL. Tujuan aku kesana adalah untuk mencari router baru bagi projek Kampungwifi yang aku bangunkan. Sekejap sahaja aku berada disitu kerana aku perlu bekerja sebelah malam. Aku menuju ke tempat aku meletakkan motosikal, aku ternampak seseorang yang seperti aku mengenali dirinya. Rupanya Johari. Itupun dia yang bagitahu nama dia. Tapi dia mengenali diri aku. Sekarang dia dah berisi, bulat dan sudah bekerja. Masa sekolah dulu kurus sahaja. Aku mengenali dia s

Finalis

Image
Ape pasal pulak aku ke kelab golf ni? adakah aku bermain golf? Atau pun saja lepak2 makan angin kat sana. Golf la sukan yang paling aku tak suka sebab nama je sukan, tapi tak berpeluh. Sama je macam snuker. Aku nampak ada sorang tu, dah pukul bola, pastu naik kete yang kecik tu apentah namenye pergi kat bola. Malas sungguh, apa la salah jalan kaki senam sikit. Sebenarnya aku kira terpaksa pergi sana. Sebab nak berjumpa peguam atas urusan jual beli rumah. Rumah second hand jer. Pemilik rumah ni pengurus bank, jadi dia nak jumpa lawyer yang juga kawan dia nak bantu uruskan hal ni. Eloklah pakcik tu ada kawan dengan lawyer. Macam aku lagi ramai kawan yang keje dia laoyer buruk jer. Jumpa ni sain2 agreement tu je lah. Ada ke patut dia tanya aku selalu ke datang sini. Aku ni tak reti tendang bola kecik. Bola besar reti lah tapi pakai kaki. Masa aku masuk tengok kereta hebat2. Merz, BMW, Jaguar, Rolls Royce, Mitsubishi Evo dan juga kancil. Ha, kancil tu lah kete aku. haha. Aku kalau nak buat

Jerebu dan tambah lagi jerebu dalam paru-paru

Image
Adalah satu pagi ni. Tiba-tiba aku terasa perlu aku memakai topeng kerana jalan semakin bergabus. Jangan disangka gabus yang indah dan dingin, tetapi itulah ASAP. Oleh itu aku pun terpaksa mengambil keputusan segera bak kata omputih as soon as possible kerana kualiti udara di KL ketika ini dalam keadaan tidak sehat. Indeks Pencemaran Udara (IPU) merupakan salah satu cara untuk mengetahui tahap teruknya jerebu. Ia melibatkan pengukuran kuantiti zarah halus merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon . Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: Nilai IPU Kualiti udara 0 - 50 Baik 51 - 100 Sederhana 101 - 200 Tidak sihat 201 - 300 Sangat tidak sihat 301 - 400 Berbahaya 401 - 500 Sangat berbahaya Lebih 501 Darurat Oleh kerana berita kata KL catat pada paras lebih 100, maka aku kena bertopeng walaupun agak janggal. Bila aku fikirkan semula, dinegara China lebih teruk dari Malaysia. Disana pejalan kak

PEPSI - Apa maksudnya

Masa jalan2 kat halaqah tadi, jumpa satu artikel menarik. Kau orang bacalah. Sebenarnya hal ini bukan berita baru dalam kalangan umat Islam sejak tercetusnya fatwa dan idea boikot terhadap produk-produk yang mendukung dan memberi bantuan ke negara Zionis Israel. MEMRI (Middle East Media Research Institute) baru-baru ini mengeluarkan sebuah transkrip berbahasa Inggeris yang mereka dapat dari sebuah ceramah seorang ulama Mesir pada bulan Februari lalu dan baru dikutip oleh media-media Israel baru-baru ini, pada ceramah itu menyebutkan bahwa PEPSI adalah kepanjangan dari "Pay Every Penny to Save Israel" (Bayar setiap sen untuk membantu Israel). Ulama yang bernama Hazim Abu Ismail mengatakan dalam sebuah stesyenn TV Al Nas (sebuah saluran khusus untuk keagamaan) di Mesir, menyerukan untuk setiap Muslim memboikot minuman ringan Pepsi, kerana menurutnya setiapwang yang kita gunakan untuk membeli Pepsi sama saja dengan membantu Israel. Minuman ringan Pepsi sendiri, termasuk dari daf

Selamat semua

ULANGTAHUN ke-2! Pejam celik, pejam celik. Harini, 18 jun 2009 genap 2 tahun aku membina kerjaya di Sapura. Kenangan manis? dapat bonus kot. he.. Dalam masa 2 tahun ni, aku sudah belajar tentang banyak perkara. Terlalu banyak meliputi pelbagai aspek lebih2 lagi menyentuh bab kehidupan dan semasa. Sejak akhir2 ni aku sering teringat kisah lampau yang meninggalkan seribu kenangan. Aku teringat masa aku menjadi pelajar suatu masa dahulu yang penuh dengan masa terluang. Aku kepingin masa yang terluang itu wujud pada ketika ini. Tahun ini juga aku banyak berhabis duit, dan juga banyak menghasilkan duit. Manusia tak pernah cukup. Lagi besar periuk, lagi besar keraknya. Sebabnya, aku terlalu banyak belajar, dan terlalu banyak melakukan kajian dan terlalu banyak memenuhi permintaan orang lain. InsyaAllah aku akan bukukan hasil kajian yang telah aku jalankan selama ini berkenaan teknologi wireless. Kini aku semakin hampir untuk kembali normal. Cuma ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan s

Berkifir kecil

Semalam aku mendengar radio sinar FM tak silapnya ada kata2 hikmah dari dr Mohd Hj Fadzilah kamsah. Time tu aku baru je sampai pam minyak dan nak parking. Oleh kerana beliau seorang pakar motivasi, aku tak keluar kereta sampai dia abis cakap. Antara ucapannya : "Jika kita berfikiran rendah, maka hasilnya juga rendah. Jika kita berfikiran sederhana, maka hasilnya juga sederhana. Jika kita berfikiran Cemerlang, insyaAllah hasil kita juga cemerlang." Walaupun kata2 nya ringkas, aku berfikir kenapa perlu kita berfikiran kecil. Tak lain dan tak bukan adalah wujudnya perasaan takut dan bachul dan mudah berpuas hati. Orang2 sebeginilah sukar untuk membangunkan nilai jati diri kerana kurang bermotivasi. Aku dengan pantas menulis disini sekarang kerana baru sahaja mendapat berita tentang sahabatku yang menghadiri sesi temuduga pada pagi tadi. Berikut ialah dialog : Aku : Macamana interview pagi tadi? Sahabat : Aku rasa macam aku kena marah dengan dia jer.. Aku : Kenapa kena marah pula

Tiada tajuk khas lah!

Image
Sabak Bernam. Adalah destinasi yang menjerihkan. Ditambah lagi dengan ketiadaan jalan hiway. Takpela, dah pergi dah pun.. Nak cerita lagi pun tak larat dah. Letih semalam pun dah hilang. Cuma tapak kaki ni rasa lenguh sikit sebab kerap tekan clutch kerete. Balik dari kerja, mak minta bawakan dia ke kedai jahit. Nak pergi ambil baju kurung untuk kakak iparku. Sebab dia nak balik kelantan esok. Masa tengah tunggu nyonya tu bagi baju, anak buah aku panggil. Rupanya dia nak tanya cantik ke tak letak bunga kat telinga. haiyo.. Abis bising nyonya tu. Baru je pokok tu nak berbunga.. "paktam2.., cantik tak?". Suka betul nak jadi princess.. Baru je plan nak tanam bunga kat laman rumah. ************************************************************************************* Lepas ambil baju, kami menuju ke kedai menjual peralatan dapur. jarak hanya 2 kedai sahaja dari kedai jahit tu. Walaupun barangannya tak banyak, tapi harganya agak berpatutan. Itu yang mak suruh singgah. Beli kuali, pi

Tempahan kejayaan melalui derita

Image
Sejenak aku berfikir, adakah mustahil untuk aku meneruskan kajian dengan menggunakan peralatan baru. Adakah mustahil untuk aku berjaya memudahkan kesemua yang aku perlu tempuhi. Adakah mustahil untuk aku menggarapnya. Yang hanya aku perlu katakan ialah TIDAK . 3 hari yang lalu, aku dan sahabatku pergi ke Plaza Lowyat di KL. Dengan harapan ingin mencari router baru yang jauh lebih murah dari router yang aku gunakan sebelum ini. Dengan kos yang rendah, aku terdedah kepada risiko mutu dan kebolehupayaan router tersebut. Dan dengan jaminan yang lebih pendek, iaitu setahun sahaja apa2 kemungkinan boleh terjadi. Ditambah lagi dengan kurangnya kajian dan pengalaman dari orang lain untuk dijadikan bahan rujukan, bakal menyukarkan lagi kajian aku pada kalini. Namun, hanya aku perlu katakan ialah YA , Aku mesti teruskan. Aku pasti boleh buat. Alhamdulillah, setelah 2 jam berhempas pulas, pada ianya selamat di "flash" kan perisiannya dengan menggunakan perisian pihak ketiga iaitu DD-WRT

Bukan gila kini, masa untuk berubah

Pada suatu masa dahulu, kita mungkine digelakkan jika bercita2 untuk menjadi seorang yang hebat. Ia mudah dikategorikan oleh masyarakat sebagai sesuatu yang "gila". Tetapi pada hari ini, ianya 100% tidak mustahil. Kini setiap pelbagai peluang terhidang, yang perlu dibuat hanyalah menggarapnya sahaja dengan cara berhemat. Bukannya gelojoh. Sebabnya, kegolojohan bakal mengundang padah dan ianya bersifat sementara atau hangat2 tahi ayam. Mungkin idea Tun Dr Mahathir pada suatu masa dahulu dianggap "gila" kerana ingin mempunyai kenderaan nasional sendiri. Lihatlah sekarang.. Lagu dibawah ini memberi semangat atau motivasi untuk kita semua untuk lebih berdaya saing. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh cepat berpuas hati dan berserah 100% kepada Allah SWT tanpa meletakkan usaha yang dilipatgandakan. Ianya mestilah seiring untuk terus melakar kejayaan. InsyaAllah sesuatu yang diniatkan untuk kebaikan mendapat keredhaanNya... Tajuk Lagu : Menawan Dunia(Khas versi Proton ex

Komunikasi tergeliat

Pada sabtu lalu, rakan kerja ku mohd ridzuan telah kembali ke rahmatullah selepas hari diberikan rawatan di hospital. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Pemergiannya meninggalkan seorang isteri tercinta yang baru dinikahinya tidak sampai setahun. Selepas tamat pengkebumian jenazah di kajang, aku terus pulang kerumah. Dalam perjalanan pulang, aku rasa tergamam dan sedih kerana aku merasakan dekat dengan kematian. Sekali lagi aku diuji semasa melalui jalan di hadapan bangunan Sapura di The Mines. Seorang penunggang motosikal maut dan di selimuti oleh plastik hitam. Kelihatan darah merah masih mengalir ke bahu jalan.. Innalillah wainnailaihirojiun.. ************************************************************************************** Baru-baru ni aku mendapat seorang lagi pelanggan wireless yang baru. Namanya Bagher, seorang warga Iran yang menuntut di UIA peringkat PHD. Dia baru 3 bulan disini, dan perlu menghabiskan 5 tahun untuk tamat pengajian. Dia tinggal menyewa di sini b

Aku dan digit 100

Sudah 5 hari berlalu aku menanggung rasa derita yang seringkali mengganggu kehidupan aku. Kesakitan geraham sebelah kanan membuat aku merasakan amat kurang selesa. Tambahan lagi aku mula rasa lesu dan tidak bermaya. Pada malam ini, kemuncak tubuh aku semakin lemah dan kudrat ku semakin lumpuh. Semuanya semakin dirasai kerana aku kini sedang bekerja, pada sebelah malam.. Mungkin posting yang ke-100 membuatkan aku bermuhasabah kepadaNya akan kesibukan yang melampau aku dalam mengejar duniawi. Mungkin Allah mahukan aku berehat sebentar, dan seimbangkan antara dunia dan akhirat(ni aku terfikir masa basuh pinggan tadi). Aku semakin terlupa, terlupa yang semua ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tak lama lagi mungkin esok akan ku pulangkan kesemuanya... Bak status YM azrul sahabatku "overclocking myself, its hurt" . Pada posting yang keseratus ini, aku lebih banyak memikirkan "Jangan melebihi jangkaan sesuatu yang dijangka" atau orang putih nya "do not exceed expectat

Paintball

Image
Sabtu lepas, Mymmc.net iaitu laman portal untuk bekas pelajar Telekom menganjurkan aktiviti paintball bersama ahli-ahlinya. Permainan ini memerlukan kepantasan dalam setiap gerakan. Latihan perang juga merupakan satu sunnah dimana zaman nabi dulu berperang untuk menegakkan ajaran ISLAM. Oleh itu, latihan perang dapat mengurangkan debaran dan ketakutan kepada kita dalam mengendalikan senjata untuk berhadapan dengan musuh. Cuma bezanya dulu tak pakai pestol dan senapang mcm sekarang. Itulah antara hikmahnya. Bila kena tembak tu memang sakit. Ada tu sampai lebam kena kat tangan, leher, peha dan lain2 tempat. Mujur aku tak kena tembak sepanjang permainan. Aku main pun berhati2, menyorok dengan kerap, cuba menembak dari posisi yang selamat dan bergerak dengan sepantas yang boleh. Jam 3 petang, aku sampai dirumah. Dengan keletihan baru balik dari kerja dan terus ke Shah Alam untuk main paintball ni, aku amik keputusan untuk duduk dirumah dan berehat. Kemudian dapat call dari kawan ajak main

Diluar pagar

Image
Inilah yang dikatakan bak pepatah "Buah Cempedak diluar pagar". Ni aku jumpa masa pergi kajang semalam. Memang betul2 luar pagar. Subhanallah. Kalau mak aku dapat mesti petang tu dia buat cempedak goreng. Tapi apakan daya hanya mampu melihat. hehe. Sebelum tu aku duk cari la rumah. Punya la pusing2.. Pening kepala cari. Akhirnya jumpa.. Ok jugak rumah tu kaler kuning. Tak renovate apa2 lagi. Suasana dia yang paling aku suka sebab sunyi dan tenang. Membuatkan aku rasa bahagia jer berbanding tinggal di KL yang penuh dengan kesesakan setiap hari. Kalo lah aku ada kuasa veto, memang aku nak rumah ni. Sebab kurang dari 10 km sahaja dari ofis. Berbanding sekarang perlu ulang alik ke ofis sepanjang 40 km SEHALA. Restu ayah bonda perlu aku utamakan. Aku akur keputusan mereka untuk tidak menzahirkan niat memiliki rumah tersebut. Pasti ada hikmahnya. Masa duduk2 kat sekitar depan rumah tu, aku tengok tayar kete pancit. Aku tak rasa terkejut. Cuma rasa malas nak kotorkan tangan tukar ta

H1N1

Image
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penyakit baru yang di gelar selsema babi atau bahasa omputihnya swine flu. Selepas dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini selesema babi menjadi ancaman terbaru penduduk negara ini. Allah SWT telah tunjukkan bahawa ada hikmahnya kenapa Babi itu diharamkan bagi orang2 Islam. Ada diantara dari kita mungkin tidak perasan akan hal ini. Virus merbahaya ini menjadi ancaman kesemua penduduk di dunia. Sekaligus mesej tentang keburukan babi itu disampaikan. Mesir telah mengarahkan untuk membunuh kesemua babi yang kira-kira 250,00 ekor didalam negara mereka. Tindakan berani ini tiada belas kasihan kerana ia melibatkan ancaman kepada manusia. Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut. Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan ya

Percubaan untuk beberapa kali

Image
Pada 21 april yang lepas, huh lama dah. Aku pergi bermain futsal bersama kawan2 opis. Memang saat ini dinantikan sebenarnya sebab dengan aktivit begini la dapat kita orang suma berkumpul bersama meninggalkan cerita kerja kat pejabat. Kita orang shift, jadi jadual tak sama maka tak dapat nak bersama masa kerja walaupun sama tempat kerja. 2 hari sebelum, aku ada undangan bolasepak padang di Karangkraf Templer bersama pasukan masjid an-nur. Time tu aku rasa 90% cergas sebab aku kerap juga buat senaman ringan seperti joging. Aku yakin tu antara persembahan terbaik walaupun tanpa menjaringkan gol. Peluang banyak terhidang, itulah namanya takda rezeki. Aku memang dah buat yang terbaik pada waktu tu. Aku juga dikritik oleh kawan2 kerana tidak memanfaatkan peluang. Bagi aku, kritikan tu amat perlu kerana aku rasa segalanya masih kekurangan dan perlu tunjuk ajar dari semua yang mengkritik. Tima kasih semua. 1 hari sebelum, aku buat latihan ringan sebab aku dah rasa macam otot kaki lemah. Sepert

Hari yang kosong.

Image
Dengan rasa kecewanya, hari ini aku telah memutuskan yang harini sebagai hari "Aku takda apa menda pun". Tulisan kat dalam gambar ni tak sesuai sebenarnnya untuk aku yang tiap hari ada je kerja nya. Takda istilah tiada kerja dalam sehari. Cuma harini memang aku betul2 berehat. Walaupun dalam masa yang sama aku masih merancang apa yang perlu aku buat lepas ni. Selepas membuat perhitungan, ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku dah tak boleh berehat ketika saat genting begini. Perjuangan harus diteruskan. Antaranya ialah : 1. Selesaikan sistem hotspot menggunakan wifidog. Sebenarnya dah hampir jadi, cuma ada beberapa keperluan yang tak cukup. Berkaitan server yang berkomunikasi dengan client. Semalam aku baru je selesaikan upgrade versi baru. Alhamdulillah, dalam tergedek2 cari cara nak buat akhirnya jumpa. 2. Upgrade coverage untuk wireless dalam projek Kampungwifi yang aku buat tu. Ada user dan bakal user. Sasaran berikutnya adalah di kawasan penduduk apartment saujana.

Mencipta atau mengabaikan potensi?

Image
Semalam aku membaca sebuah posting mengenai kerjaya selepas belajar. Seorang sahabat saya ini telah saya syorkan mengambil kursus khas atau profesional. Memandangkan pengajian kami suatu masa dahulu dalam bidang sains komputer terlalu am, maka ia sangat tidak kompetitif untuk bersaing bersama orang lain yang berada dalam bidang perkomputeran. Kenapa istilah SANGAT saya tulis disini. Ia merujuk kepada perlambakan bukan sahaja bidang IT, malah semua bidang. Tanya saja siapa yang sedang menganggur ketika ini. Mereka adalah segelintir dari graduan yang telah mencipta potensi tetapi kemudian mengabaikannya. Perkara ini wujud kerana kurangnya kesedaran diantara kita tentang pentingnya persaingan sekarang, dan masa-masa akan datang. Saya lampirkan perbualan sedetik kami : sipulan, elok kau amik kursus profesional. macam Syah, dia dapat jadi programmer java. dasat tu. aku syorkan kau buat cmtu. sebab sn comp ni terlalu am. so kena la amik yang fokus macam java training program yg Syah buat se