Posts

Showing posts from 2008

Fening

Image
Semalam aku pergi melaka menziarahi kawan2 aku yang sama2 belajar kat kolej dulu.. Suma aku tengok tak berubah. Macam tu jugak.. Cerita pasal mengecat. Aku ni da masuk 2 minggu mengecat rumah. Tak siap2 sampai la sekarang nih. Sebab aku buat bila ada masa lapang jer. Nak upah orang buat kos dia mahal lak. Dengan cara berjimat aku cat sendiri jer la. Sambil tu boleh la nak asah2 bakat mengecat. Yang sebetulnya nak cerita mengenai otak. Kebelakangan ni aku kerap sakit kepala. Kelmarin semasa main futsal aku terduduk sekejap sebab pening. Dulu aku penat macamana pun takkan pening. Sekarang kalo penat je terus rasa pening. Kadang taka penat pun leh pening. Kenapa yer. Esok la aku nak g klinik g cek apa yang berlaku dalam kepala aku ni... Susah.. Aku kadang tak berasa selesa disebabkan otak yang tersekat pening sebab menghalang aku dari buat kerja termasuklah mengecat. Tapi semua perkara ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah nak suh aku rehat sikit dan kuatkan beribadat dari buat kej

Proses kematangan

Image
Balik dari kerja malam aku bersiap dan terus menuju ke hq di mines. Memang memenatkan kena datang kursus yang mula jam 9 pagi. Oleh kerana aku keluar jam 8.40pg, maka aku la orang terakhir yang sampai kat bilik kursus. Masuk je aku tengok takde la ramai pun. 18 orang jer.  Aku, Zul dan din sahaja wakil dari datacenter. Lain2 yang ada ialah dari MIS dan Call Biz. Dorang ni meman hebat bersalji english nya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tkedek2 lagi ni.. Diorang ni memang petah bercakap dan banyak idea. Sebenarnya lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang program 2 hari tersebut adalah pemikiran. Program2 yang sebegini aku anggap sebagai twist kita punya pemikiran dan cuci sikit apa yang kotor2 tu. Aku pun da lama tak sertai program2 gini. Sebab sebelum ni tiada pun yang sudi jemput. Aku tertarik kepada soalan yang fasi tanya kepada aku. "apakah beza orang dewasa dan budak?". Aku jawab, mentaliti. Betulkah? sebenarnya jawapan nya adalah keperluan. Jadi jawapan aku kuran

Hidup ceria itu satu kemestian yang perlu di cari

Image
Have a nice day. Mungkin bermaksud sesuatu yang menenangkan dan membahagiakan jiwa kita. Alhamdulillah dikesempatan ini saya mengambil sedikit masa pada jam 1 pagi untuk bercerita sedikit tentang kehidupan seorang lelaki berstatus bujang.. adoi.. hehe Selepas balik kerja haritu(lama dah tak update blog ni) terus menuju ke majlis berinai kawan saya dari kecil iaitu Faizal. Walaupun agak penat tetapi menjadi kuat untuk berkongsi kemeriahan majlis tersebut. Masa tu kena la sandang beg laptop walaupun berat takut pula nak tinggal dalam kereta. Malam tu juga ada paluan kompang dan selawat. Siang keesokannya iaitu hari ahad majlis kemuncak perkahwinan kawan saya ni. Ceria betul wajah dia. Maklumlah sudah mula merasa kemanisan dalam kehidupan dunia bersama isteri tercinta. Tengok je la sapa atas pelamin tu.. he.. Nak kata cemburu, rasanya ada sikit. Ye la, kawan baik da selesai. Tuan punya blog ni pula asik dapat jemputan ke majlis kawin rakan2 jer..hehe. InsyaAllah.. Yang hairannya, isteriny

Syukran suma!

Image
Alhamdulillah, hari yang dinantikan menjelma jua setelah beberapa persiapan dijalankan. Semua nya dengan sederhana menyediakan juadah kepada para tetamu selebihnya ialah riang tawa sanak saudara dan juga sahabat2 yang datang berkunjung kerumah. Terima kasih sumer! Pagi2 lagi aku dah tolong mak mengemas rumah, angkat meja, angkat kerusi, basuh pinggan, sapu dan mop lantai, angkat kuali periuk dan sebagainya. Mula2 aku ingat satu menu jer, rupanya mak nak buat macam2. Adoi, aku rasa macam menyusahkan mak aku je kena masak banyak2. Tu yang aku buat je ape keje yg ada selain memasak sebab tak reti. hehe. Menu yang tersedia adalah Laksa melaka, roti jala, ketupat dan juga maccaroni. Punya kalut maccaroni tu terpekat sikit dari biasa. Takpela, habis juga akhirnya. Eh, ada lampe beger pula kat seblah kuih raya. Aku letak oil jenis ocean untuk rasa segar di ruang makan.. Tetamu pertama sampai ialah N. Sebenarnya aku kira dah lama tak jumpa dia ni. Kebetulan semalam dia ada dirumah. Aku pun je

Jemputan ke rumah terbuka

Image
Assalamualaikum wrt.. MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Sekarang kita telah berada di bulan Syawal, di mana umat Islam merayakan Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira dengan kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Di kesempatan inilah kita mengambil peluang untuk saling bermaaf-maafan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu. Dengan amalan tersebut akan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita umat Islam. Kalau di bulan Ramadan yang baru lalu kita telah menampakkan peningkatan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka sayugia ianya dapat diteruskan sehingga ke bulan-bulan berikutnya sepanjang masa. Janganlah setelah kita berjuang berhabis-habisa

LAMP vs WISA

These day, human thought is unacceptable because too many influence from others who believe their opinion/needs/idea is the best way to create before implement. So selfish. As IT personal, so i decide to share my knowledge with people who confuse to choose between : LAMP - Linux, Apache, MySQL, PHP WISA - Windows, IIS, MsSQL, ASP As we know LAMP stands for Linux, Apache, MySQL, PHP, an alternative dynamic web platform, WISA is no doubt another good choice. WISA stands for Windows, IIS (Internet Information Services), MS SQL, and ASP. The OS is platform on which all the other components run. Windows is easier to use, however, advanced controls needed to administer a dynamic web-site are often buried or only available by modifying configuration files. For small websites, the hosting server is not allowing us to access to OS level controls. For large websites, you have your own dedicated machine, or located in-house. So the choosing is based on other components we prefer. The web server

Sedih

Image
S edih = sad Dikala aku kembali mengingati nostalgia di zaman persekolahan, semuanya sesuatu yang indah dan tidak mahu meninggalkannya. Bagaimanapun, semua sekadar memori yang terpahat di sanubari. Kebelakangan ni pula aku dengar lagu lama macam Francisca Peter dan Uji Rashid. Sebenarnya aku sekadar ingin berhibur dalam menenangkan apa yang tersirat di minda. Ingat lagi zaman sekolah dulu, semua nya rajin. Beg tak payah kate la macam bawak bakul isi durian kat belakang. Berat2 pun pikul juga. Makin besar, makin malas nak bawak berat2. Bila da sampai sekolah menengah, pernah aku bawak buku sekeping sahaja. Tujuannya, buku tu akan mencatatkan apa yang dipelajari sepanjang hari persekolahan. Memang hebat, tapi bila suruh hantar buku, pastinya aku terpaksa lari kejap sebab buku ada sekeping kalo hantar karang nak tulis kat mana pula. Yang pastinya, aku bukan lah budak baik. Diwaktu petang masa zaman sekolah dulu, padang bola menjadi destinasi untuk menendang bola dan bergaul bersama kawan2

Detik Syawal

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, walilla ilham. Pada malam sebelum menyambut ketibaan Syawal, aku dan sekeluarga berkumpul bersama selepas solat isyak untuk bersama-sama melaungkan takbir raya di rumah. Inilah kali pertama dapat bersama walaupun ada 2 beradik lagi tak dapat hadir sebab berada di perantauan. Inilah syoknya aku rasa Ramadhan pada kali ini berbanding sebelum ini. Aku dapat merasakan kemanisan ukhwah sesama mak ayah dan juga abang2(atas aku suma laki) pada tahun ini. Alhamdulillah, ku syukuri nikmat pemberianMu ya Allah.. Malam tu juga semua sibuk lah kemas rumah, Mak dan adik perempuan aku berada di dapur. Yang lain2 buat kerja rumah kemas sikit. Di pagi Syawal, aku bersiap. Malam sebelum tu aku tidur awal dengan niat nak kumpul tenaga nak bawak kete ke Pahang sebab bali kahri je tak tidur sana. Tapi pejam punya pejam, tak boleh pejam. Asik tersedar jer. Pejam la lagi tak boleh jugak. Pastu tengok jam da pukul 4.30 pagi. Lalu aku berniat nak g masjid solat subuh. Ah h

Imbasan Ramadhan

Image
2 hari lagi eidulfitri bakal menjelma menandakan tamatnya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Dan Aku rasa tahun ini baik sikit dari tahun lepas. Mungkin kerana aku lebih bijak mengatur masa pada tahun ini. Ok, mula imbas balik aktiviti yang dilalui sepanjang bulan ramadhan. Kalau tak tulis nanti tak ingat yer tak. Di petang yang agak mempunyai masa lapang ni akan mengeluarkan semua isi kerana tidak berapa berkesempatan untuk menulis sebelum ini. Ramadhan kali ini juga merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di KLIA. Ni masa hantar abang aku la ni. kemudian tahun ni aku tengok fahmi adik aku sorang ni rajin pulak buat kerja rumah. Kena suruh agaknya. Ada la sikit gambar dia tengah kipas ikan. Seb baik tak hangus. Ni pun kadang aku tak kerja aku join kipas. Tapi tolong kejap2 ajer.. Ramai orang kata kuih kat KL ni mahal.. Hurm, aku rasa lebih kurang sama je macam tahun sebelum ini. Percaya atau tidak, aku masih lagi beli kuih pada harga RM1 untuk 4 biji. Namun tak semua tempat dap

Untuk kali kedua

Image
Mengeluarkan Zakat Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya. Gambau kat sebelah ni merupakan 2 keping tiket ke syurga. Tahun ini merupakan kali kedua aku bayar zakat fitrah dengan menggunakan hasil pendapatan sendiri. Sebelum ni tak kerja abah je yang bayar. Tahun ni kadar bagi negeri selangor ialah RM5.20. Sama seperti tahun lepas. "Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103) HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah: Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berad

The secret of the leaves

Image
When it striking my eyes by it's own unique with harmonic color, but it still as a leaves, nothing special. When ahead to the place, we will see a little insect playing around on the top and bottom. It's just played, not hiding as you think. It only left when rain falling down, but still comeback again. But when the leaves disappear, it lookin for another leaves. Oh, some people thought that i was did something that they feel it as a worse thing in their life. Ok, my fault. So what XX want me to put the best thing in her life. May i know it? ACTUALLY, i'm not interested at all for that question. So the answer like i'm grabbing a piece of paper and throw it into the dustbin beside me. Welcome, welcome as i'm joining the zig zag game aka YOYO to be a part of fool partner that always think life is about caring, sharing, spending, crying, this is what i can call "ING(i'm not insured my life at this company)" ON HER life. Hey, I'm not putting my foot an

Seorang ayah

Image
Balik dari kerja jam 8 pagi aku terus bergegas pergi mengambil adik perempuanku di Uniten untuk mendapatkan IC nya di JPN serdang. Nak kata mengantuk, memang mengantuk. Sebab aku belum tidur lagi. Seperti yang dirancang, perjalanan ke KLIA memang agak memenatkan mungkin faktor aku baru balik kerja. Jalan yang begitu lapang. Ini adalah kali kedua aku pergi ke KLIA semenjak 1998. Pada masa itu aku sekeluarga menjemput abang sulung iaitu mohd faizal yang baru pulang belajar di us. Mana la nak ingat jalan lagi da lama dah... Sepanjang hidup aku belum pernah lagi menaiki kapal terbang. Macamana yer rasanya.. Alhamdulillah.. Dengan izin Allah akhirnya abang aku no 2 ni dapat juga pergi ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Disaat terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan 2 anaknya, dia menguatkan semangat untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Aku sentiasa mendoakan keselamatan dan dipermudahkan lah segala urusan abangku ni. Rasa terharu pun ada masa tu.. Abang aku sudah bekerj

Sihat

Alhamdulillah... keceriaan jelas terasa di hati dapat juga berjemaah menunaikan solat isyak dan terawih di rumah Allah pada hari ini. Harini cuti kerja jadi mempunyai ruang waktu untuk turun ke masjid bersama rakan2. Pagi tadi pergi servis kereta. Kena RM139. Ades, airbag punya lampu belum selesai lagi. Apa ler, dah tegur tapi tak buat. Dah kena pergi lagi hari selasa pula. Paling sedih ada pula calar kat bumper depan dengan pembuka pintu. Nape la dia tak buat cermat2... Tadi dah potong rambut. Selesa sikit kalau tak rimas dah. Tukang gunting pula bertongkat. Nak buat camana, dah takda calon lain yang sesuai. Fakta Menarik. Sebelum ni aku sentiasa gantung dan campak2 baju dalam bilik. Bukan sengaja sepahkan, cuma akan dikemaskan kemudian. Ironinya, bilik aku sentiasa kemas. Setelah disiasat, rupa-rupanya tukang kemas adalah anak buah ku nama aina. Tak sangka pula dia rajin. negatifnya - oleh kerana terlalu rajin, abes semua barang2 perkakas komputer(bilik aku ni da macam bengkel komput

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Image
Kemusykilan Agama Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) SOALAN Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal? JAWAPAN Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya. Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya. Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. In

Isutzu terjemah al-Quran ke bahasa Jepun

Harini nak kongsi satu cerita menarik tentan perkembangan ISLAM kini. Petikan ini terbaca pada tempoh hari. Adanya artikel ini disini ialah untuk berkongsi bersama rakan2 blogger yan tak berkesempatan baca surat khabar utusan. Saya semakin berminat cerita2 begini kerana kebelakangan ini saya banyak mendengar ceramah tentang kebangkitan ISLAM di barat. MasyaAllah... APABILA menyebut tokoh-tokoh dan ilmuwan Jepun, apa yang terlintas tentulah kecanggihan dalam kemajuan teknologi pembuatannya yang kini telah menguasai kehidupan seluruh warga penduduk dunia. Yang jarang, malah langsung tidak diperkatakan umum mengenai ketokohan warga negara matahari terbit itu ialah dalam pengkajian serta keilmuan Islam. Sebaliknya warga Jepun diketahui terlalu kuat berpegang dengan spiritual warisan budaya tradisi yang berasaskan anutan agama Buddha (zed Buddha). Toshihiku Isutzu (1914-1993) adalah nama agak asing untuk dikait atau diletak dalam senarai nama-nama sarjana dan ilmuwan Islam pada abad i

Pengalaman

Image
Dugh!!, dughh..!, duughh..!!.. bunyi Genset yang berfungsi malam tadi. Sebaik sahaja pintu enjin dibuka, bunyinya semakin kuat sehinggakan membingitkan gegendang telinga saya. Ini adalah kali pertama saya masuk kedalam kawasan Genset. Genset adalah merujuk kepada "electrical generator" yang berfungsi menghasilkan tenaga elektrik sebaik sahaja bekalan utama dari TNB putus. Lebih kurang generator di pasar malam cuma saiznya lebih besar kerana perlu membekalkan tenaga elektrik secukupnya untuk segala peratalan elektrik terutamanya server client yang terdapat di pejabat saya. (gambar merujuk kepada Genset. Tapi yang ni yang kecik punya.) Agaknya saya seorang yang terlepas dengan peringatan tentang gangguan elektrik pada malam tadi. Saya diberitahu sebaik sahaja sampai di pejabat jam 8.00 malam. Dan pada masa yang sama Saiful dari shift lain turut hadir bagi mengendalikan Genset tersebut. Kira malam tadi saya tidaklah keseorangan seperti hari2 sebelum ini. Maklumlah, semenjak seta

50 panggilan telefon

Agak kalut sedikit pada hari ini kerana banyak permintaan terhadap saya pada harini. Pagi-pagi lagi dah tak dapat pergi keje. Kena berkejar ke Shah Alam sebab lepastu tak lama kena ambil abang di hospital Selayang nak selesaikan hal dia dengan doktor2 kat situ. Oleh kerana dia takleh jalan saya kena pimpin atau tolak kerusi roda dia. Pagi sahaja lebih kurang 20 call masuk tanya itu ini. Antaranya :- soalan : fauzy kat mana? jawapan : pejabat. komen saya : alasan bila ada di pejabat, orang tidak akan menyuruh saya buat sesuatu perkara seperti memerlukan bantuan. Tetapi pada masa sama akan bertanya hal tersebut untuk menilai keutamaannya jika saya buat yang tu, tangguh kan yang lain kejap. Macam keep safe la. Bukan tak mahu tolong, takut tak mampu nak laksanakan tugas yang beratur nak kena siapkan. Hari ni je da delay projek nak kena design system sebelum masuk fasa analisa. Tips ni saya minta dari pengurus tempat saya bekerja semalam. Sebab saya dah mula terasa beban sedikit demi sediki

Dan sesuatu, Blueberry Tea

Image
Harini balik keje awal sedikit tidak seperti biasa. Sepanjang jalan teringat akan panggilan untuk temujanji mengambil sesuatu. Sesuatu yang menggembirakan. Lagi nak cepat, lagi pula tiba2 jalan jem semacam. Dugaan suma tu.

Macamana kalau kita..

Image
Selepas menunaikan solat fardhu Zuhur, bawa keluarga pergi melawat abang sulung saya yang berada di hospital Selayang. Harini dia dia menghadapi pembedahan buku lali kirinya kerana terdapat keretakan yang serius akibat daripada kemalangan jalanraya minggu lepas. Sementara menunggu abang saya, kebetulan rakan sekolah rendah dan juga menengah saya berada di katil sebelah. Dia juga cedera agak teruk pada peha kirinya. Matanya kemerahan. Akibat yang sama, kemalangan semasa menunggang motosikal. Masing2 baru keluar bilik pembedahan dan sedang menahan sakit kerana kehabisan bius agaknya. Anak abang saya, Aina dan juga Qila takut dengan situasi disana. Lagi2 nampak darah yang berada disalur air masuk ketangan tu. he.. Pastu lama2 ok sikit. Hampir sejam tunggu abang saya keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, semuanya selamat. Saya cuba membayangkan jika saya berada di tempat tersebut. Saya sering menunggang motor pegi dan balik kerja. Sepanjang setahun ulang alik dari batu caves - Serda

Merintis dengan bermula

Image
Alhamdulillah... Syukur kehadrat ilahi dengan keizinannya dapat kami semua berkumpul bersama mengeratkan lagi ukhwah. Biarpun hanya beberapa sahaja yang dapat hadir, namun apa yang dirasakan adalah satu permulaan yang sangat baik dari pelbagai sudut memandangkan ini adalah yang kali pertama diadakan secara rasmi biarpun agak santai. Dimana disini mula titik tolak untuk program seterusnya yang bakal dijalankan bagi mengisi jiwa dengan sifat2 mahmudah. Walaupun bermula agak lambat, tapi semua setia menunggu ketibaan Ustaz Din iaitu selaku admin web halaqah.net. Sungguh saya kagum dengan seorang ustaz yang tiada latar belakang pelajaran Komputer mampu menghasilkan sebuah laman web yang bermanfaat hasil gabungan ilmu agama yang dipelajarinya. Itulah sebahagian kesempurnaan gabungan ilmu kurniaan Allah taala.. InsyaAllah, jumpa lagi dimasa akan datang. Syukran.. Setelah tamat program, bawa adik berjalan pusing KLCC. Penatnya alahai baru balik kerja pagi tu. Buat kuat je jalan ikut kehendak

Ulantahun hari lahir ku ke 22

Akhirnya aku berkesempatan juga menulis pada hari ulangtahun kelahiran aku sendiri. Biarpun agak sibuk dengan kerja dan juga tugas, namun berkesempatan juga melayani rakan2 yang setia mengekalkan ukhwah. Tak lupa juga kepada kawan lama yang da lama tak contact. Macam tak caye je. Berikut adalah list yang sudi wish kat aku. dayah nurul darwies enor niza iwan kupol siti kak zaiti kak faseh kak za kak wani hanif marlina zul hannah maryam ain alin (kawan dak atul) hawa mak andak nadira sapid jana alin aleyya hafiq eppy ani aiza nazrul nadia Nama di kumpulkan mengikut kumpulan tertentu kerana aku ni ada macam2 kawan. Tahun ni rasa wish makin berkurangan tak macam tahun2 lepas. Berduyun mesej masuk bila jam 12 tgh malam. Tapi skrg tak. Tu maknanya da semakin berusia. Semuanya ucap lebih kurang "selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur dan dipertemukan jodoh". adeh, bab jodoh ni lemah seket.. he. semenjak masuk umur 22 tahun ini, aku sudah mulakan satu cara hidu

Akhirnya Wajah Baru dengan cendawan

Image
Setelah lama menyepi akhirnya saya membuat keputusan untuk mengubah sikit wajah blog saya ni. Ini semua adalah gara2 mempunyai sedikit masa terluang dan kehadiran komputer baru untuk pejabat saya ni. Saya hanya menggunakan 2 perisian utama iaitu illustrator dan juga Photoshop.. Dimasa yang sama sedang giat membuat design konsep dan menu makanan untuk restoran buger untuk sebuah syarikat bumiputera. Yang lemahnya, klien saya tu nak suruh saya sediakan menu sekali. Apa yang aku tau makan ajer.. Lepas doa2 dapat ilham nak buat beger berkonsepkan perisa cendawan. Kiranya cendawan adalah menu tulang belakang mereka. Nama Restoran ini adalah KOJEK. Lalu tercetus la sloga, Kojek - When mushroom meet burger. (Curi idea dari web grafik Deviantart - when art meet application). Kiranya selepas ini menunya berasaskan cendawan. Tak sangka dapat kerja macamni. Ingatkan lukis kan ajer.. huhu.. Oleh kerana pemiliknya memang suka berniaga, jadi saya pun turut suka untuk memberi idea. Kerana saya tak ak

Gathering Halaqah.net

Image
Assalamualaikum wrt.. Kepada semua yang membaca harap dapat menghadirkan diri di perhimpunan halaqian yang pertama kali dianjurkan sepanjang 2 tahun lahirnya forum halaqah.net. Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya... berikut adalah butiran agenda yang ingin dijalankan. TARIKH: 17 OGOS 2008 TEMPAT: MASJID AS-SYAKIRIN KLCC MASA: 10-PG TENTATIF PROGRAM: 10.00pg - Pendaftaran + Ucapan Mudir Halaqah + Suai Kenal - Muslimin sama muslimin begitulah muslimat.(asing) + Pelantikan Rasmi AJK Halaqah + Brainstorming ringkas tentang Matlamat dan tujuan Halaqah. Dan perancangan masa depan. + Memperkenalkan AJK Halaqah yang baru dilantik. Penukaran akan dimaklumkan. Datang bawa bersama teman dan juga ahli keluarga bagi menjayakan perhimpunan yang penuh makna ini. Ini adalah kali PERTAMA dalam hidup saya mengendalikan dan berhimpun dengan sahabat2 yang berada di alam maya cyber ini. Sesuai dengan tema halaqah "ISLAM UNTUK SEMUA". jom layari : http://halaqah.net/v10/index.php

Inilah dunia hari ini

Saya tidaklah pandai berbicara tentang politik tanah air. Tetapi menjadi kewajipan saya untuk mengambil tahu tentang senario yang berlaku sekarang. Apa yang kita dapat lalui, seolah peperangan moden sedang berlaku dengan rancak masa ini dengan masing-masing fitnah menfitnah, membuka pekong dan memburukkan orang lain. Pada pendapat saya, perkara macamni tidak seharusnya berlaku dalam pemikiran moden yang lebih matang dan profesional. Namun, isi durian kadangkala tidak sama. Mungkin itu adalah suatu kepuasaan cuma yang tersiratnya, mahu menjatuhkan orang lain. Perkara ini akan berbalik, jadi tak siapa pun akan terlepas. Jawablah dengan tuhan kelak. ************************************************************************************* Hari ini di pejabat tiba2 je ada buat penilaian prestasi. Mujur ada bos yang baik hati mudah hendak berbicara. Seorang demi seorang keluar masuk bilik meeting. Bila tiba turn saya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun agak ketakutan pada mulanya. S

Proses daripada niat

Saya rasa harini la balik rumah paling lewat oleh sebab berbincang bisnes dengan rakan busines dan juga rakan2 saya yang lain. Harini juga saya banyak berkongsi pandangan dengan leader saya iaitu cik Erli. Seorang wanita yang kuat bekerja, yang perjalanan dia dalam bisnes ini adalah sama sahaja seperti yang sedang saya lalui sekarang. Dan tidak hairan jika diizinkan Allah, saya bakal berada ditempatnya. Juga saya amat senang hati untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa dalam bisnes ini. Walaupun saya kurang meletakkan komitmen didalam perniagaan ini kerana saya mempunyai pekerjaan lain, saya masih lagi mendapat sokongan dari rakan2 seperjuangan saya yang hari2 tidak putus memberi saya semangat untuk terus berjaya. Saya selalu berasa agak lemah jika berkeseorangan. Mujur ada sebuah komuniti yang wujud dalam hidup saya dan membantu saya dalam mencapai matlamat hidup. Tadi banyak berbincang tentang kesungguhan dalam perkara yang kita niatkan. Kalini kami di seru untuk mendoublek

Kerja membina web dan grafik

Image
Yang berbahagia, tuan pengerusi majlis. Nampaknya tuan pengerusi majlis sahaja yang bahagia. Saya yang duk mendengar ni duk mengangguk aja apa yang diucapkan oleh mc tu.. Sebenarnya kisah kerja didalam kerja. Sebagaimana saya cuba memaksimumkan diri dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu yang terbentang luas. Kali ini cuma ingin senaraikan kerja-kerja yang saya sedang lakukan pada masa ini. - Laman web DataOne Asia - Laman web Narsqo termasuk la department2 nye. - Laman web Pemuda PAS Kuala Terengganu Kerja mengemaskini : - Laman web BALADI - Laman web MyMMC Kerja-kerja grafik : - Iklan Narsqo - Kelab Kereta Barracuda Saya seorang yang amat cerewet dalam menghasilkan lukisan. Jadi selalu akan ambil masa untuk siap sempurna. Sebenarnya tak la berapa sempurna pun.. Masa yang sama sedang memonitor wireless network kampungwifi. Masa yang sama jalankan perniagaan. Selalunya pada sebelah malam. Itupun kalau tak kerja malam. Dah 2 minggu aku tak ke masjid (kecuali jumaat). Pastu tadi tadi aku

Lukisan banyak makna

Image
Mungkin segelintir dari kita memikirkan sesuatu yang mampu membuatkan kita menyebut "wah" apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan. Boleh jadi kita akan merasa kurang senang dengan tindakan yang dicerminkan dirinya. Boleh jadi juga kita akan merasa geli hati dan bercampur geram. Mudah saja, jika kita melihat lukisan disebelah ini, ia mencerminkan sesuatu yang lucu. Itu pada anda, tetapi tidak saya. Cuma sekurang-kurangnya saya sudah memberi peluang kepada anak-anak buah saya menyerlahkan bakat mereka dengan mencoret sebuah lukisan cetusan dari imaginasinya di almari pakaian saya. Saya baru bangun tidur kerana bekerja sebelah malam sebelum itu. Celik mata yang kekaburan dek taik mata melihat rangka-rangka bewarna merah. Kemusyikilan hanya terjawab selepas membesarkan kelopak mata. Cuma anak mata tidak turut serta, kerana hari yang agak terang. Mulanya teringat bagaimana manusia di zaman paleolitk yang wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM. Pada dinding gua terdapat gambar

Kehebatan Atom Petanda Kekuasaan Tuhan

U dara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitujuga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkansegala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom.Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalahproton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam matakita. Bagaimana pula dengan benda yangkita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia kerasataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanyaterdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atompada setiap objek-objek itu. Banyak orangmengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruhpelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun merekamungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsurpaling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’. Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang palingsempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, seti