Posts

Showing posts from November, 2010

Susah nak nafas

Baru habis buat proposal. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Sesungguhnya memang aku cukup tak reti nak sediakan proposal ayat berbunga-bunga ni. Nak bagi pula kat syarikat well established. Bab kerja admin ni lemah gemalai. Kalau tak buat, melepas. Mana pembantu yang sudi? Terkedek-kedek juga la buat. Satu persatu ayat. Paling sensitif bila buat kontrak. Aku renung satu persatu walau mata dah kelabu. Hamba duit kah aku ni? Sesungguhnya aku dah takda minat nak makan gaji. Serebelum, sereberum serta medula oblongata dah memberontak nak kan suatu perubahan. Nak tak nak, aku kena teruskan dengan apa yang aku buat sekarang. Aku kena kuat. Sesekali mesti aku terfikir, "Kan best aku tak buat suma ni. Boleh lepak dengan aman.." Aku rasa tu bisikan syaitanlah. Tadi bincang dengan Abangah. Maybe dia akan sertai aku membangunkan Tunas. Aku impikan sesuatu yang indah. "Jumpa di puncak kejayaan!," dia tersenyum bila aku cakap begini. Tadi pula aku fikir nak bagi Fahmi atau Zi

Diberi peluang

Image
Syukur, alhamdulillah. Aku masih diberi peluang. Jawapan "boleh" biarpun singkat, amat bermakna bagi aku. Ungkapan itu perlu aku terima dan kendalikan dengan cermat, agar dapat memelihara hati yang sentiasa berubah-ubah warnanya. Terkadang, merah . Terkadang, hitam .. Mungkin inilah peluang untuk aku memperbaiki apa yang telah rosak. Berbekalkan air siraman nur cinta dan keihkhlasan, moga dapat kembali menjadi sang putera yang menemani puteri di taman hati. ************************************************************************************* "Cek, kecekk..!! " "Bukan main lagi kau orang bergaya yer depan kamera". Kata aku kepada 3 orang anak buah ku yang comel dan riang. Bantal hilang, selimut renyuk, tak lupa bantal peluk terlipat dua akibat dilanyak oleh mereka. "Ok dah amik gambar, semua pergi turun bawah". Ujar aku sambil menuding jari ke anak tangga. "Amiklah lagi sekali pak tam. Tak best la amik sekali je.." Kata Qila, adik kepa

Kecantikan, yang mana satu cantik?

Balik dari kerja tadi, sahabat lama aku Idan menjemput aku ke dewan untuk makan malam. Majlis perkahwinan adiknya adalah pada esok hari, aku ni kira yang terawal makan. hehe. Malam ni tiba2 rindu kat blog. Dah cat baru, jadi bila fikir2 semula kena kembali istiqomah menulis macam dulu. Tengah makan2 tadi, duduk pula depan pelamin. Cantik betul pelaminnya. Sofa putih ala inggeris tinggi dari ketinggian aku yang tinggi ini. Ditambah pula dengan pasu ala inggeris. Tembakan lampu malap2 romantis gitu. Pendek kata, semua ala keinggerisan dan menyedapkan mata. Aku suka cantik. Seorang pereka design macam aku perlu lah ada sifat sebegini. Kalau tak, sukar nak tawan hati si pembeli. Duduk belek sana sini, sesaat tidak terfikir ia perlu. Sampai harini aku masih mencari apakah penting peranannya. Ditambah dengan otak bisnes aku. Kos pelamin sebegitu dijadikan modal untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan aku adalah sesuatu yang sangat baik. Bila perniagaan sudah berkembang, pasti memerlukan pe

"Symptom" of the broken heart

Apakah yang akan terjadi sekiranya, Allah swt menarik sifat kesabaran yang ada dalam diri... Pastinya, porak perandalah dunia. Pasti manusia menjadi bengis. Pasti manusia menjadi kejam. Pasti manusia menjadi tamak haloba. Pasti manusia menjahamkan satu sama lain. Pasti dan pastinya segala kemungkaran akan terjadi jika sifat ini ditarik. Tertinggal satu, PASTI tiada lagi perasaan kasih sayang.. Bersyukurkah kita? Dengan rasa kasihan Allah kepada hambaNya, dikurniakan sifat yang mampu membawa manusia berada di landasan syurga. Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan. Kasih sayang penyubur kesabaran..

Ekspressi aka warkah buat kejiranan

Image
"Wira Damai." Difahamkan kepada saya, ia diambil sempena "wira dah mai" dalam loghat Kedah yang bermaksud wira sudah datang. "Wira" di definisikan sebagai status bekas tentera yang telah bersara dan tinggal di kawasan kampung yang tercinta ini. Loghat tersebut begitu kerap didengari di kampung ini kerana majoriti pesara tentera disini berasal dari utara semenanjung. Kesemua penduduk kampung ini terdiri daripada bangsa melayu yang beragama Islam. Cuma kebelakangan ini sudah mula dihuni oleh orang Indonesia. Kampung Bahtera, Kampung Seri Tanggang, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Laksamana dan Pinggiran Seri Gombak merupakan jiran terdekat Kampung Ini. Kampung Seri Tanggang merupakan Kampung yang paling unik kerana penempatannya didirikan di lereng-lereng bukit Batu Caves. Pernah saya singgah sebentar di sebuah rumah yang terdapat disitu, dimana ketenangan, redup dan dingin dapat dirasai kerana berjirankan batu kapur. Namun Kampung ini telahpun dirobohkan keran

Mindset

Harini, semalam, lusa dan tulat. Lama sungguh tak menyambung tulisan kat sini. Sekarang dah establish syarikat sendiri. Lihat harini, indah khabar dari rupa. Itu harini, untuk 12 bulan akan datang wallahualam. Tiap perkara yang kita lakukan harini, menjadi penyebab apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kesimpulannya, lakukan dengan istiqomah dan cuba berjalan tanpa mempedulikan noktah. Dipermikiran lain, seringkali aku agak berbelah bagi. Komitmen dengan pekerjaan sekarang atau perniagaan yang sedang dijalankan. Selepas 3 tahun bersama dan memakan gaji, aku mula berkira-kira. Apakah yang aku dapat pada harini dari tindakan aku sepanjang 3 tahun yang lepas. Selepas buat kira2, aku merasakan motivasi aku semakin berkurangan. Aku tidak bekerja semata-mata kerana wang. Langsung tidak ia sebagai matlamat utama. Cukup bulan bayar hutang bukanlah prinsip kehidupan aku. Yang aku cari keredhaan, keberkatan, dan nilai2 yang berfaedah. Mujur ada buat kerja diluar sedikit. Sedikit sebanyak