Posts

Ijab Kabul yang bakal tiba

Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 10 bulan masa berlalu. Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang suami. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini. Bulan syawal lepas, bukanlah bulan yang sesuai untuk kembali kesini. Program tersusun rapat. Ditambah pula dengan pekerjaan yang sudah lari dari tajuk. Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya. Isteri - isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuila...

Beralih kerja atau hangin

4 Bulan yang lalu.. Semasa sedang memandu kereta melalui hadapan surau Mahyon Kg Bahtera, aku menerima panggilan telefon dari supervisor "Fauzy, En ..... Nak jumpa" Katanya. "Bila, harini ker?. Harini saya cuti. Kalau nak jumpa saya, Jumaat boleh la." Jawab aku. "Nanti aku try set dengan dia" Jawab Supervisor aku. Maka, hari Jumaat pun tiba. Sampai je di pejabat terus aku pergi berjumpa dengan GM. Susah aku nak cerita sebab pejabat aku ni hierarki dia berselirat. Atas bos ada bos, ada bos lagi, senior bos, bos besar pula. Oleh itu, aku pendekkan cerita.. Akhirnya aku bertemu dengan GM bagi unit komunikasi korporat kumpulan Sapura, perempuan. Aku yang selebet terasa macam salah masuk kandang. Dari tempat wayar, skru, cd bersepah, komputer tecabut dan pemandangan jalan raya yang sarat ke tempat yang bersih, kemas, cantik, teratur, pekerja ber'slang' inggeris melayunya serta ada pemandangan tasik Mines resort yang indah. Apa yang dia nak ialah : 1. Ja...

Suara Hati - TV Al Hijrah

Bulan yang penuh dengan rahmat ini, terpaut aku pada satu rancangan yang waktu siarannya menghampiri waktu berbuka. Sangat ringkas ucapannya dalam menceritakan perkara-perkara yang baginda nabi Muhammad SAW lakukan. Pasti yang menjumpai blog ini tidak dapat mencari dimanakah videonya. Website Al-Hijrah setakat ini pun belum lagi memaparkan maklumat tentang video ini. Oleh itu aku ingin berkongsi. Taip perkataan ini di Youtube : Fattabiouni Semoga kita dapat menonton dan berusaha untuk kita mengikuti sunnah Rasulullah SAW. http://www.youtube.com/watch?v=5fl8Gr-0sM0

Ramadhon yang penuh warna warni

Lagi beberapa hari, selesai kita menjalani sebuah jalan, sebuah titian tarbiyah. Persoalannya, adakah kita tidak sabar untuk tiba di penghujung ataupun tidak sanggup untuk melepaskannya. Sepanjang bulan yang mulia ini, ada beberapa aktiviti yang aku turut serta. Sekadar ingin berkongsi, moga semua dapat melakukan yang lebih baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan seperti para sahabat. Iftar di Pusat Pertuturan KIU, Pandan Indah Sekolah ini merupakan sekolah khas yang cacat pendengaran untuk belajar bertutur. Mereka diajar bercakap beserta dengan isyarat tangan. Program ini merupakan program mini Halaqah.net. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menziarahi sekolah khas ini. Cuma pada kali ini berbeza dari tahun lepas(atau aku dah lupa). Sebaik sahaja tiba disana pada jam 6.30 petang, aku didengarkan dengan bacaan kalam suci oleh adik-adik khas yang menuntut di sekolah tersebut. Sungguh aku tertarik dengan bacaan mereka, biarpun tidak sempurna makhraj hurufnya nya ...

Senarai Laman Web Islami

Image
Assalamualaikum wrt. Mungkin ramai di luar sana tercari-cari dimana atau apa alamat laman web Islami di Malaysia. Saya mengerti, kerana pada mulanya beginilah yang terjadi kepada saya. Mencari-cari dimana kebenaran, mencari jalan permulaan, mencari satu destinasi yang abadi. Dengan sifat Allah yang maha penyayang, dipermudahkan urusan untuk terus menjejaki jalan ke taman-taman syurga. Seperti mana firman Allah swt : Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertakwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Maiidah : 93) Disini saya kumpulkan Laman Forum/Portal Islami yang ada di Malaysia dan bertahan sehingga ke harini. Halaqah.Net - sejak 2006 Al-Ahkam - tak pasti Hanan.Com - sejak 2003 I Luv Islam - sejak 2007 U...

Obor-obor cinta Bahagian 4

Kini, setiap hujung minggu diisi masa bersama emak membeli belah keperluan untuk majlis perkahwinan nanti. Setiap minggu jugalah, aku menemani emak untuk memilih apa sahaja kehendaknya. Makan, minum, singgah melihat barang. Sebagai seorang lelaki dewasa dan pada masa yang sama amat menitik beratkan penggunaan masa, kasih ibu memadamkan segala rungutan yang cuba membelenggu diri. Aku harus membiasakan diri, belajar erti kasih sayang. Lebih-lebih lagi kasih ibu yang tak pernah kenal penat lelah mengasuh dan mendidik aku. Sebesar kebaikan mana aku buat untuk ibu, tidak sesempurna ibu mendatangkan kebaikan untuk diriku. Ingin aku menjadi anak soleh agar memberi kebaikan yang haq untuk ibu bapa ku di akhirat kelak. Untuk menjadi suami yang soleh, bermula dengan perhubungan dengan ibu dan bapa. Baik hubungannya, tercermin akhlak mulia untuk isteri dan keluarga sendiri. Seringkali kita idamkan sebuah keluarga yang bahagia. Ada pula inginkan isteri yang baik, yang solehah sedang diri masih lag...

Bersih atau kotor

Aku bukan pro-gov mahupun pro-pembangkang malah aku bukan orang tengah. Sejauh mana yang kita faham dengan kebersihan. Adakah jasmaninya, adakah rohaninya. Ada yang menyifatkan perhimpunan "bersih" adalah satu jihad. Apakah betul faham dengan erti jihad. Atau sekadar menyombongkan diri untuk lebih mengetahuinya. Rata-rata, suka mengikut-ikut. Dah berapa ramai aku jumpa dengan penyokong fanatik pembangkang. Kutuk bukan main. Tapi bab solat hampeh. Asas tu, belum hal lain lagi. Cerita bukan main lagi itu salah ini salah. Isu keruntuhan akhlak tak sebut. Yang suka sebut, TAK adil Rasuah Penipu wang rakyat Kerajaan tamak haloba Kerajan gelap duit. Kerajaan kikis duit rakyat. Kerajaan letakkan banyak beban kepada rakyat. Kerajaan zalim Kerajaan pembelit Kronisme Yang menarik, siap bagi bukti. Kononnya, abang/kakak dia kerja dengan agensi kerajaan. Banyak tahu selok belok semua penipuan itu. Terutama rasuah. Sepatutnya kita memikirkan, bagaimana ingin memantapkan individu seterusny...

Obor-obor cinta Bahagian-3

Mesti aku dah lupa yang aku telahpun mencipta tajuk ini sebelum ni. Rentetan itu, aku berhasrat untuk menyambungnya semula. Obor-obor cinta mukadimah Obor-obor cinta Bahagian-2 Selepas selesai berkursus dan ujian HIV, kini fokus seterusnya adalah persiapan atau proses pernikahan. Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti jika dirujuk pada borang. Tidaklah sesukar mana, tambahan pula amat mudah apabila berurusan dengan pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Semua mesra-mesra belaka. Teringat satu petikan kata-kata dari daurah baitijannati pada awal tahun haritu. "Perkahwinan adalah ibadah, amal ibadah menjadi lebih fokus, lebih tenang dan lebih enak". Oleh kerana pada masa itu tidak semuanya masih bujang, jadi pemahaman dari sisi aku nampaknya agak kurang sedikit tetapi kesan kata itu amat mendalam kerana menyentuh akan hal-hal ibadah. Di usia muda ini, pelbagai ujian perlu ditempuhi. Ibadah sering terganggu dan kurang fokus serta lemah dalam penghayatan. Menjadi pemuda ...

Nama Jalan, Lorong Berlian 6

Image
Kampung Melayu Wira Damai Setibanya di rumah pada hari rabu minggu lepas, aku ternampak satu papan tanda berwarna biru. Sedikit musykil dan sedikit mempersoalkan. Nama jalan ini sebenarnya sudah lama di cadangkan, cuma pada harini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selepas ini mudah bagi orang ramai dari luar untuk mencari rumah di sekitar Kampung Melayu Wira Damai. Namun, terdapat satu lagi masalah. Masalah nombor rumah yang masih tidak di gunapakai. Hanya beberapa rumah dari ratusan biji rumah disini tidak mempamerkan no rumah. Keadaan ini masih menjadi satu masalah kepada penghuni sediada yang tidak mempamerkan nombor rumah. Pekerjaan Untuk hari ke-3 aku berkeseorangan di pejabat. Hari jumaat yang lepas aku pergi ke pameran minyak dan gas Asia. OGA 2011. Teringat aku yang pc fair juga dibuat disini. Cuma beza pada kali ini adalah syarikat yang membuat pameran semuanya besar2 belaka. Bermacam teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang aku tidak tahu disini. Sedikit demi sedikit ...

Persoalannya..

Iman turun, iman naik. Iman turun, Iman turun. Ombak besar dunia yang sering melanda kita, seakan pesta yang berleluasa. Sedikit dari kita, tidak memikirkan. Apakah yang terbaik bila berada "disana". Sementara sihat. Sementara kuat. Sementara... Bernafas.. Pulang dari kerja tadi, seperti biasa keletihan. Sempat dengar azan. Tapi rasa tak larat untuk ke rumah Allah. Aku pun memutuskan untuk bersolat di rumah. Masa sedang tilawah, aku dengar azan. "Aih, da masuk waktu isyak ker. Awat cepat beno yeop." Bisik hati kecil aku. Aku pun memalingkan biji mata ke arah jam dinding. Oppss, terlupa yang jam dinding aku hanya menunjukkan jam 11 sahaja setiap hari semenjak kehabisan bateri tempoh hari. Ku lihat jam di telefon. Baru pukul 8.05mlm. Kenapa azan cepat. Lepas duk dengar azan tu betul2, rupanya ada kuliah kat masjid. Sedap semacam alunan suara dia. Lain macam je aku rasa. Bergegas aku g masjid. Masuk masjid, aku tengok ada seorang sheikh arab tengah bagi ceramah. Sebela...

Turun Padang Semula

Image
Setelah 6 bulan, aku kembali kesini semula. 6 bulan ini juga pelbagai kisah telah berlaku. Dari saat manis, hingga ke pahit. 1001 kisah, mungkin sukar untuk ditulis kembali. Minggu lepas aku dikejutkan, pemergian sahabat yang paling hampir dengan diri aku. Muda, 24 tahun dah bertubuh seorang ahli sukan. Namun, ajal itu lebih tepat masanya tanpa mengira apakah yang ada pada jasadnya. Meninggal ketika sedang bermain bola sepak yang baru sahaja 2 minit bermula. Diatas padang itu juga, nafas terakhirnya yang terakhir. Begitulah janji Allah, sangat tepat yang tercatat didalam Al-Quran. Setiap yang bernafas PASTI akan mati. Mati itulah penamat segalanya. Satu noktah yang menjadi penanda amal di padang mahsyar. *Tengah feeling menulis kawan dah panggil g makan. Adoi.. Ok bersambung semula. Peribadi : Sepanjang 6 bulan ini, berlaku beberapa bibit penting dalam hidup. Paling ketara ialah selepas bertunang pada 1 Januari lalu. Sebaik sahaja selesai urusan ini, aku terus memikirkan apakah persiap...

Pengalaman Bukit Broga, Semenyih

Image
Posting kali ini saya akan menggunakan ayat pasif. Pemandangan pada waktu Subuh.. Tentu ramai yang menjumpai laman ini jika ingin mengetahui apa yang menarik di Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih. Pada posting kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang 14 jam disana berada disana. Perjalanan kami bermula jam 11 malam bermula dari Gombak. Kami menaiki kereta Perodua Myvi milik salah seorang dari anggota ekspedisi kami iaitu Norizwan atau nama manjanya ialah Kutik. Saya duduk didepan bersamanya manakala Sharidan dan Faizul duduk di bahagian belakang. Sebenarnya, kami ingin menaiki Bukit Batu Caves untuk mencari Cicak Otet. Tetapi menukar haluan secara drastik kerana inginkan lebih cabaran. Antara kami, tiada seorang pun tahu jalan mahupun keadaan di Bukit Broga. Namun dengan perasaan bersemangat dan "never say no", kami nekad untuk merasai suasana bukit yang sering menjadi bualan orang ramai itu. Tips laluan. Selepas anda melalui depan Kolej N...

Susah nak nafas

Baru habis buat proposal. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Sesungguhnya memang aku cukup tak reti nak sediakan proposal ayat berbunga-bunga ni. Nak bagi pula kat syarikat well established. Bab kerja admin ni lemah gemalai. Kalau tak buat, melepas. Mana pembantu yang sudi? Terkedek-kedek juga la buat. Satu persatu ayat. Paling sensitif bila buat kontrak. Aku renung satu persatu walau mata dah kelabu. Hamba duit kah aku ni? Sesungguhnya aku dah takda minat nak makan gaji. Serebelum, sereberum serta medula oblongata dah memberontak nak kan suatu perubahan. Nak tak nak, aku kena teruskan dengan apa yang aku buat sekarang. Aku kena kuat. Sesekali mesti aku terfikir, "Kan best aku tak buat suma ni. Boleh lepak dengan aman.." Aku rasa tu bisikan syaitanlah. Tadi bincang dengan Abangah. Maybe dia akan sertai aku membangunkan Tunas. Aku impikan sesuatu yang indah. "Jumpa di puncak kejayaan!," dia tersenyum bila aku cakap begini. Tadi pula aku fikir nak bagi Fahmi atau Zi...

Diberi peluang

Image
Syukur, alhamdulillah. Aku masih diberi peluang. Jawapan "boleh" biarpun singkat, amat bermakna bagi aku. Ungkapan itu perlu aku terima dan kendalikan dengan cermat, agar dapat memelihara hati yang sentiasa berubah-ubah warnanya. Terkadang, merah . Terkadang, hitam .. Mungkin inilah peluang untuk aku memperbaiki apa yang telah rosak. Berbekalkan air siraman nur cinta dan keihkhlasan, moga dapat kembali menjadi sang putera yang menemani puteri di taman hati. ************************************************************************************* "Cek, kecekk..!! " "Bukan main lagi kau orang bergaya yer depan kamera". Kata aku kepada 3 orang anak buah ku yang comel dan riang. Bantal hilang, selimut renyuk, tak lupa bantal peluk terlipat dua akibat dilanyak oleh mereka. "Ok dah amik gambar, semua pergi turun bawah". Ujar aku sambil menuding jari ke anak tangga. "Amiklah lagi sekali pak tam. Tak best la amik sekali je.." Kata Qila, adik kepa...

Kecantikan, yang mana satu cantik?

Balik dari kerja tadi, sahabat lama aku Idan menjemput aku ke dewan untuk makan malam. Majlis perkahwinan adiknya adalah pada esok hari, aku ni kira yang terawal makan. hehe. Malam ni tiba2 rindu kat blog. Dah cat baru, jadi bila fikir2 semula kena kembali istiqomah menulis macam dulu. Tengah makan2 tadi, duduk pula depan pelamin. Cantik betul pelaminnya. Sofa putih ala inggeris tinggi dari ketinggian aku yang tinggi ini. Ditambah pula dengan pasu ala inggeris. Tembakan lampu malap2 romantis gitu. Pendek kata, semua ala keinggerisan dan menyedapkan mata. Aku suka cantik. Seorang pereka design macam aku perlu lah ada sifat sebegini. Kalau tak, sukar nak tawan hati si pembeli. Duduk belek sana sini, sesaat tidak terfikir ia perlu. Sampai harini aku masih mencari apakah penting peranannya. Ditambah dengan otak bisnes aku. Kos pelamin sebegitu dijadikan modal untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan aku adalah sesuatu yang sangat baik. Bila perniagaan sudah berkembang, pasti memerlukan pe...

"Symptom" of the broken heart

Apakah yang akan terjadi sekiranya, Allah swt menarik sifat kesabaran yang ada dalam diri... Pastinya, porak perandalah dunia. Pasti manusia menjadi bengis. Pasti manusia menjadi kejam. Pasti manusia menjadi tamak haloba. Pasti manusia menjahamkan satu sama lain. Pasti dan pastinya segala kemungkaran akan terjadi jika sifat ini ditarik. Tertinggal satu, PASTI tiada lagi perasaan kasih sayang.. Bersyukurkah kita? Dengan rasa kasihan Allah kepada hambaNya, dikurniakan sifat yang mampu membawa manusia berada di landasan syurga. Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan. Kasih sayang penyubur kesabaran..

Ekspressi aka warkah buat kejiranan

Image
"Wira Damai." Difahamkan kepada saya, ia diambil sempena "wira dah mai" dalam loghat Kedah yang bermaksud wira sudah datang. "Wira" di definisikan sebagai status bekas tentera yang telah bersara dan tinggal di kawasan kampung yang tercinta ini. Loghat tersebut begitu kerap didengari di kampung ini kerana majoriti pesara tentera disini berasal dari utara semenanjung. Kesemua penduduk kampung ini terdiri daripada bangsa melayu yang beragama Islam. Cuma kebelakangan ini sudah mula dihuni oleh orang Indonesia. Kampung Bahtera, Kampung Seri Tanggang, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Laksamana dan Pinggiran Seri Gombak merupakan jiran terdekat Kampung Ini. Kampung Seri Tanggang merupakan Kampung yang paling unik kerana penempatannya didirikan di lereng-lereng bukit Batu Caves. Pernah saya singgah sebentar di sebuah rumah yang terdapat disitu, dimana ketenangan, redup dan dingin dapat dirasai kerana berjirankan batu kapur. Namun Kampung ini telahpun dirobohkan keran...

Mindset

Harini, semalam, lusa dan tulat. Lama sungguh tak menyambung tulisan kat sini. Sekarang dah establish syarikat sendiri. Lihat harini, indah khabar dari rupa. Itu harini, untuk 12 bulan akan datang wallahualam. Tiap perkara yang kita lakukan harini, menjadi penyebab apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kesimpulannya, lakukan dengan istiqomah dan cuba berjalan tanpa mempedulikan noktah. Dipermikiran lain, seringkali aku agak berbelah bagi. Komitmen dengan pekerjaan sekarang atau perniagaan yang sedang dijalankan. Selepas 3 tahun bersama dan memakan gaji, aku mula berkira-kira. Apakah yang aku dapat pada harini dari tindakan aku sepanjang 3 tahun yang lepas. Selepas buat kira2, aku merasakan motivasi aku semakin berkurangan. Aku tidak bekerja semata-mata kerana wang. Langsung tidak ia sebagai matlamat utama. Cukup bulan bayar hutang bukanlah prinsip kehidupan aku. Yang aku cari keredhaan, keberkatan, dan nilai2 yang berfaedah. Mujur ada buat kerja diluar sedikit. Sedikit sebanyak...

Not actually my last post

I got so many story to write down here. For me, is not really must. I think peoples nowadays have a better choice in their life. I'm just received show cause letter from the management of company 2 days ago. I dont have a choice, must take it or leave the company. Now its time to reply the letter. I'm not afraid. Yes really i'm not totally afraid if i'm losing my job. But deep in my heart, i'm afraid if peoples around me especially my family effected by this matter. So i decide to doa to Allah. This 4th paragraph no need "i" to rectify all those thing. Really thanks and syukur, my N still with me and she never said no to keep show her hand. What's next.

Kemampatan waktu

Jika hendak diikutkan, semakin hujung Ramadhan, semakin sibuk kita sebagai manusia mengumpul harta. Bekerja keras hingga tidur pun tak cukup. Dibezakan, sibuk mengumpul harta dunia vs harta akhirat. Sibuk dunia Apabila penyakit wahan melanda umat akhir zaman ini, semuanya serba tak kena. Tertarik saya pada berita bunuh diri dan kes murtad dikalangan umat Islam untuk dikaitkan pada posting kali ini. Akhbar semalam "jadi jutawan Ramadhan". Seorang peniaga menjual kuih dan kek. Diceritakan 3 bulan sebelum menjelang Ramadhan, sudah sibuk2 menyiapkan makanan untuk dibungkus dan dijual khas pada bulan Ramadhan. Kalau kita ambil kisah para sahabat, 3 bulan yang mendatang itu, mereka menjalani latihan dan mempersiapkan diri untuk menempuhi bulan Ramadhan yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun. Bunuh diri, pun sebab terlalu duk fikirkan dunia. Mencintai manusia yang bersifat sementara melebihi cintanya kepada Allah. Jika tidak pun, mengalami kerugian dalam perniagaan dalam seke...