Posts

Beringat lah kita

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia. 1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)? Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Setrusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia. Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut. PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www. bluemosquefater nity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja. 2) Bagaimanakah kita bol...

Lihat

Image
Assalamua'laikum warahmatullah hwabarakatuh. Baru-baru ini tersentuh hati melihat iklan yang dibuat oleh Petronas. Mari sama-sama kita menghayati seketika iklan yang ana lampirkan ini.. sajak dari bapa : Kuangkat yang berat tidak sikitpun kukatakan penat, ku timba yang sukar tiada pun aku berhenti, ku lihat yang senang namun aku terpaksa bersusah hanya untukmu ku mahu lihat anakku setia bersamaku, kasihku padanya tidak sikitpun aku susutkan, jiwa, hati, dan tanggungjawabku memimpin kejalan yang benar, jumpa kita di laman syurga.. Kasih sayang seorang ayah yang tak berbelah bahagi. adakah kita membalasnya dengan setimpal? Tepuk dada tanyalah iman.

We are we?

Image
The first cry: oh, Mother…Don’t die... You said you would prepare dinner….You were worried that I may get killed .Don’t die, Mother… Take my heart, my head, my blood, my life….. It is too soon to die Heartbroken Mother …. I die for you (to live) Crying for his mother The second cry: Mother’s breath falters and she says to her son: Don’t cry… I sacrifice for your life . The boy’s heart breaks with agony: Oh Lord, Oh Lord….Return me to her womb or to you, let us die together or let me die alone. My Lord, you willed to create me through her womb so that I grow up and see what I see…..Is it her blood or mine? Mother, hold fast It is not now (time of departure) You were to prepare dinner for me (Suddenly) the roar of fighter planes and explosions resound. Everything is shaking. The street gives out the odor of death and rubbles fly around, and bodies and shrapnel. Where is the nation of Laelaha Ellallah? Where are the Arabs? Where are they? The last cry: Voices no longer heard ...

Menjana Kehebatan Dalam Pergaulan

Image
Tazkirah dari email. Assalamualaikum wbrt Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya. Seterusnya.. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain. Kaedah Mengikis Benci Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebel...

Rapatkan Saf! Jangan Kedekut Sejadah

Image
Fenomena semakin asingnya Sunnah dapat kita saksikan di dalam kehidupan seharian kita. Kita dapat saksikan di dalam sholat kaum muslimin di mana beberapa Sunnah telah dilupakan. Hal ini adalah Sunnatullah apabila kaum muslimin semakin malas untuk menuntut ilmu Syar’i. Oleh kerana itu, maka kebodohan akan menguasai mereka. Salah satu sunnah yang sering dilupakan adalah masalah Shaff sholat berjamaah. Kita dapat saksikan bersama kebanyakan Shaff kaum muslimin renggang dan tidak rapat. Padahal tidak jarang sebelum sholat Imam sudah mengingatkan agar shaff diluruskan dan dirapatkan. Mereka seringkali menganggap remeh di dalam masalah ini. Jangan Kedekut Sejadah

Kedamaian

Image
Hari Pertama di bulan Ramadhan menyaksikan seluruh umat islam mengerjakan ibadah puasa. Hari pertama ini juga kelihatan orang ramai berpusu-pusu pergi ke masjid bagi mengerjakan solat sunat tarawih. Masing-masing dengan niat yang sempurna untuk menambahkan amalan dibulan yang dijanjikan Allah untuk dilipat gandakan ganjaran pahala bagi mereka yang beribadah. Janji Allah sentiasa benar. Kita bercerita tentang "attitude". Nampaknya ada sebuah masjid di tempat ini menganjurkan tazkirah. Walaupun tazkirah ini pendek, tetapi ia penuh dengan ilmu yang padat. Yang menyedihkan, masa tazkirah inilah segelintir jemaah sedikit-demi sedikit meninggalkan masjid. Seolah-olah mereka ini macam terpaksa sahaja memakmurkan masjid atas niat tarawih berjemaah. Wallahua'lam.. Ustaz bercerita tentang kebesaran Allah. Kenapa bulan puasa di cipta oleh Allah? ia sebagai mengingatkan hambanya yang sering lupa akan tanggungjawabnya di dunia. Dan inilah masanya orang yang sekadar ambil berat tapi ta...