Posts

Fening

Image
Semalam aku pergi melaka menziarahi kawan2 aku yang sama2 belajar kat kolej dulu.. Suma aku tengok tak berubah. Macam tu jugak.. Cerita pasal mengecat. Aku ni da masuk 2 minggu mengecat rumah. Tak siap2 sampai la sekarang nih. Sebab aku buat bila ada masa lapang jer. Nak upah orang buat kos dia mahal lak. Dengan cara berjimat aku cat sendiri jer la. Sambil tu boleh la nak asah2 bakat mengecat. Yang sebetulnya nak cerita mengenai otak. Kebelakangan ni aku kerap sakit kepala. Kelmarin semasa main futsal aku terduduk sekejap sebab pening. Dulu aku penat macamana pun takkan pening. Sekarang kalo penat je terus rasa pening. Kadang taka penat pun leh pening. Kenapa yer. Esok la aku nak g klinik g cek apa yang berlaku dalam kepala aku ni... Susah.. Aku kadang tak berasa selesa disebabkan otak yang tersekat pening sebab menghalang aku dari buat kerja termasuklah mengecat. Tapi semua perkara ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah nak suh aku rehat sikit dan kuatkan beribadat dari buat kej...

Proses kematangan

Image
Balik dari kerja malam aku bersiap dan terus menuju ke hq di mines. Memang memenatkan kena datang kursus yang mula jam 9 pagi. Oleh kerana aku keluar jam 8.40pg, maka aku la orang terakhir yang sampai kat bilik kursus. Masuk je aku tengok takde la ramai pun. 18 orang jer.  Aku, Zul dan din sahaja wakil dari datacenter. Lain2 yang ada ialah dari MIS dan Call Biz. Dorang ni meman hebat bersalji english nya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tkedek2 lagi ni.. Diorang ni memang petah bercakap dan banyak idea. Sebenarnya lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang program 2 hari tersebut adalah pemikiran. Program2 yang sebegini aku anggap sebagai twist kita punya pemikiran dan cuci sikit apa yang kotor2 tu. Aku pun da lama tak sertai program2 gini. Sebab sebelum ni tiada pun yang sudi jemput. Aku tertarik kepada soalan yang fasi tanya kepada aku. "apakah beza orang dewasa dan budak?". Aku jawab, mentaliti. Betulkah? sebenarnya jawapan nya adalah keperluan. Jadi jawapan aku kuran...

Hidup ceria itu satu kemestian yang perlu di cari

Image
Have a nice day. Mungkin bermaksud sesuatu yang menenangkan dan membahagiakan jiwa kita. Alhamdulillah dikesempatan ini saya mengambil sedikit masa pada jam 1 pagi untuk bercerita sedikit tentang kehidupan seorang lelaki berstatus bujang.. adoi.. hehe Selepas balik kerja haritu(lama dah tak update blog ni) terus menuju ke majlis berinai kawan saya dari kecil iaitu Faizal. Walaupun agak penat tetapi menjadi kuat untuk berkongsi kemeriahan majlis tersebut. Masa tu kena la sandang beg laptop walaupun berat takut pula nak tinggal dalam kereta. Malam tu juga ada paluan kompang dan selawat. Siang keesokannya iaitu hari ahad majlis kemuncak perkahwinan kawan saya ni. Ceria betul wajah dia. Maklumlah sudah mula merasa kemanisan dalam kehidupan dunia bersama isteri tercinta. Tengok je la sapa atas pelamin tu.. he.. Nak kata cemburu, rasanya ada sikit. Ye la, kawan baik da selesai. Tuan punya blog ni pula asik dapat jemputan ke majlis kawin rakan2 jer..hehe. InsyaAllah.. Yang hairannya, isteriny...

Syukran suma!

Image
Alhamdulillah, hari yang dinantikan menjelma jua setelah beberapa persiapan dijalankan. Semua nya dengan sederhana menyediakan juadah kepada para tetamu selebihnya ialah riang tawa sanak saudara dan juga sahabat2 yang datang berkunjung kerumah. Terima kasih sumer! Pagi2 lagi aku dah tolong mak mengemas rumah, angkat meja, angkat kerusi, basuh pinggan, sapu dan mop lantai, angkat kuali periuk dan sebagainya. Mula2 aku ingat satu menu jer, rupanya mak nak buat macam2. Adoi, aku rasa macam menyusahkan mak aku je kena masak banyak2. Tu yang aku buat je ape keje yg ada selain memasak sebab tak reti. hehe. Menu yang tersedia adalah Laksa melaka, roti jala, ketupat dan juga maccaroni. Punya kalut maccaroni tu terpekat sikit dari biasa. Takpela, habis juga akhirnya. Eh, ada lampe beger pula kat seblah kuih raya. Aku letak oil jenis ocean untuk rasa segar di ruang makan.. Tetamu pertama sampai ialah N. Sebenarnya aku kira dah lama tak jumpa dia ni. Kebetulan semalam dia ada dirumah. Aku pun je...

Jemputan ke rumah terbuka

Image
Assalamualaikum wrt.. MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat. Sekarang kita telah berada di bulan Syawal, di mana umat Islam merayakan Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira dengan kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Di kesempatan inilah kita mengambil peluang untuk saling bermaaf-maafan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu. Dengan amalan tersebut akan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita umat Islam. Kalau di bulan Ramadan yang baru lalu kita telah menampakkan peningkatan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka sayugia ianya dapat diteruskan sehingga ke bulan-bulan berikutnya sepanjang masa. Janganlah setelah kita berjuang berhabis-habisa...

LAMP vs WISA

These day, human thought is unacceptable because too many influence from others who believe their opinion/needs/idea is the best way to create before implement. So selfish. As IT personal, so i decide to share my knowledge with people who confuse to choose between : LAMP - Linux, Apache, MySQL, PHP WISA - Windows, IIS, MsSQL, ASP As we know LAMP stands for Linux, Apache, MySQL, PHP, an alternative dynamic web platform, WISA is no doubt another good choice. WISA stands for Windows, IIS (Internet Information Services), MS SQL, and ASP. The OS is platform on which all the other components run. Windows is easier to use, however, advanced controls needed to administer a dynamic web-site are often buried or only available by modifying configuration files. For small websites, the hosting server is not allowing us to access to OS level controls. For large websites, you have your own dedicated machine, or located in-house. So the choosing is based on other components we prefer. The web server ...

Sedih

Image
S edih = sad Dikala aku kembali mengingati nostalgia di zaman persekolahan, semuanya sesuatu yang indah dan tidak mahu meninggalkannya. Bagaimanapun, semua sekadar memori yang terpahat di sanubari. Kebelakangan ni pula aku dengar lagu lama macam Francisca Peter dan Uji Rashid. Sebenarnya aku sekadar ingin berhibur dalam menenangkan apa yang tersirat di minda. Ingat lagi zaman sekolah dulu, semua nya rajin. Beg tak payah kate la macam bawak bakul isi durian kat belakang. Berat2 pun pikul juga. Makin besar, makin malas nak bawak berat2. Bila da sampai sekolah menengah, pernah aku bawak buku sekeping sahaja. Tujuannya, buku tu akan mencatatkan apa yang dipelajari sepanjang hari persekolahan. Memang hebat, tapi bila suruh hantar buku, pastinya aku terpaksa lari kejap sebab buku ada sekeping kalo hantar karang nak tulis kat mana pula. Yang pastinya, aku bukan lah budak baik. Diwaktu petang masa zaman sekolah dulu, padang bola menjadi destinasi untuk menendang bola dan bergaul bersama kawan2...