Posts

Berpindah

Projek baru.. sesiput

Salam Eidulfitri.

Image
Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. Tapi Islam tak pernah meninggalkan kita. Pada minggu lepas, aku menghadiri majlis berbuka puasa bersama bekas pelajar semasa menuntut di SEMENTAS. Majlis ini diuruskan oleh Aimi dan rakan2 nya yang lain. Rasa lama sangat tak jumpa semua ni. Kali terakhir adalah pada tingkatan 5 dahulu. Tapi yang sama, sifat kebudak budakan masih tertanam didalam diri semua yang hadir. Mungkin kerana teringat kembali zaman persekolah suatu masa dahulu. Pelajar cina pun turut hadir bersama berbuka puasa walaupun dorang tak puasa. "Kau orang buka puasa ni dah baca niat puasa tak semalam?" Tanya aku dengan nada gurau.. he. Dalam gambar tersebut dari kiri ialah hafiz. Dia ni dah bernikah dah. Tapi nampak muda lagi. Dia datang bersama zaujahnya. Sebelah dia yang berkacamata tu namanya Nasrun. Aku tak sangka yang dia ni anak kepada wartawan melodi iaitu Nas Ahmad. Yang berjanggut tu pula Nasir. Dia ni dari tadika sampai la ke sekolah menengah sama dengan ak...

Ilmu baru

Image
Animasi 3D merupakan satu industri multimedia yang berada di tahap teratas sekali dalam elemen2 yang diterapkan. Seperti yang kita ketahui, elemen multimedia mengandungi imej, animasi dan bunyi. Gabungan ke-3-3 elemen ini bakal membentuk suatu produk multimedia yang hebat. Inilah yang aku pernah pelajarai semasa di bangku kolej suatu masa dahulu. Kita telahpun terpikat dengan satu multimedia drama UpinIpin dan movie Geng yang dihasilkan oleh Team las copaque. Oleh itu, industri ini semakin mendapat perhatian oleh semua pihak. Jika ianya diteruskan, kita tidak lagi dapat menonton artis2 berpakaian seksi dan juga bersentuhan bukan mahram. Selepas seminggu memuat turun perisian bersaiz 2.4Gb, akhirnya pada hari ini aku sempat menginstall perisian Autodesk 3ds Max Design studio. Setelah sekian lama memendam perasaan iaitu dari zaman kolej lagi, pada kali ini aku cuba merealisasikan cita2 aku untuk menceburkan diri dalam bidang animasi 3D. Semasa di kolej dahulu, aku mencuba perisian bernam...

Merdeka dalam erti kata

Image
Penggeledahan berlaku di laman wikipedia sebentar tadi. Tercari-cari erti kemerdekaan yang sebenarnya. Adakah erti merdeka itu sesuatu yang pasif? dengan erti kata bebas dari penjajah. I said no kata orang putih. Itupun sudah mengambil bahasa penjajah. "Merdeka is a word in the Malay language meaning independ ence. It is derived from a Sanskrit word used to designate former Portuguese and Dutch slaves from India in the East Indies, whence the Malay meaning of "free(dom)" is derived. The term was significant during the anticolonialist and pro-independence movements of the colonies of Malaya, Singapore and Indonesia, in the history of Malaysia, the history of Singapore and in the history of Indonesia. It became a battle-cry for those demanding independence from the colonial administrations of the United Kingdom and Netherlands." Secara ringkas, cuba perhatikan satu kotak di dalam rumah. Kotak yang bergambar dan bersuara itu dipanggil Televisyen atau TV. Perkataan Te...

Harini Ini dalam sejarah

Image
BUAT PERTAMA KALINYA dalam sejarah aku bekerja selama lebih 2 tahun, inilah hari pertama pc yang aku gunakan di pejabat tidak ada sambungan internet. Walhal kerja aku adalah untuk memastikan talian trafik internet bergerak lancar setiap MASA!. Sehinggakan email yang merupakan alat perhubungan formal diantara pelanggan dan syarikat juga terputus. Betul2 sejarah. Sebenarnya, bukan aku je takde tenet. Satu pejabat takda internet. Semuanya buntu kehulu kehilir mencari ilham. Hoh, mencari ilham dengan bersembang tentang memancing, bolasepak, pasal kampung, pasal raya dan pelbagai lagi. Bukan curi tulang, tapi kerja kami memang perlu talian internet!. Aku?, dengan selambanya aku bermain game ni walau bos ada duduk kat sebelah.. Sejarah lagi satu inilah dia, bermain game depan bos dalam waktu kerja. Oleh kerana tiada kerja, mereka pulang lebih awal dari biasa iaitu pada jam 3 petang. Tapi aku tak boleh balik awal berikutan kerja aku adalah standby sehingga jam 8.30 malam. Di bulan Ramadhan ni...

Fakta Tangisan

Image
Duk semak posting satu persatu kat halaqah tadi, aku tertarik dengan posting yang dihantar oleh ummi. Ia berkenaan menangis. Oleh sebab itu aku memutuskan ingin meletakkan ia disini. Marilah kita sama2 menghayatinya. Menangis adalah fitrah manusia tetapi sebab tangisan akan memberikan harga dan nilai tersendiri. Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, malah menciptakan sebab tercetusnya tangisan. Banyak air mata mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata, mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering. Ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Seperti sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti! Kalaulah air mata itu terkepung, seperti air hujan, banjirlah dunia ini. Menurut Ibnul Qayyim ada beberapa jenis tangisan antaranya ialah: # Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati. # Menangis kerana rasa takut. # Menangis kerana cinta. # Menangis kerana gembira. # Menangis kerana menghadapi penderitaan. # Menangis kerana terlalu sedih. # Men...

Ahlan Ya Ramadhan

Image
InsyaAllah, esok aku dan semua umat Islam di muka bumi ini akan mula berpuasa. Jadi, istilah madrasah digunakan di dalam banner ini bermaksud dimana bulan Ramadhan adalah tempat kita mengasah skill kita untuk menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah taala. Umpama sekolah adalah tempat kita belajar. Dengan erti kata lain ialah Ramadhan adalah tempat untuk kita meningkatkan iman dan juga taqwa. Seperti mana firman Allah swt di dalam surah Al-baqarah ayat 183 : "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" Oleh itu marilah kita sama2 memanfaatkan kehadiran bulan ramadhan yang penuh bermakna pada tahun ini. Moga amalan pada kalini lebih baik dari sebelum2 nya. Seperti yang aku rancang pada sebelum ini, aku telahpun meninggalkan kerja2 tambahan atau kerja sambilan aku buat sementara waktu bagi merasai kemanisan pada tahun ini. Kerja2 aku hanya akan disambung selepas Ramadhan insyaAllah. Jadual...