Obor-obor cinta Bahagian-3
Mesti aku dah lupa yang aku telahpun mencipta tajuk ini sebelum ni. Rentetan itu, aku berhasrat untuk menyambungnya semula. Obor-obor cinta mukadimah Obor-obor cinta Bahagian-2 Selepas selesai berkursus dan ujian HIV, kini fokus seterusnya adalah persiapan atau proses pernikahan. Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti jika dirujuk pada borang. Tidaklah sesukar mana, tambahan pula amat mudah apabila berurusan dengan pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Semua mesra-mesra belaka. Teringat satu petikan kata-kata dari daurah baitijannati pada awal tahun haritu. "Perkahwinan adalah ibadah, amal ibadah menjadi lebih fokus, lebih tenang dan lebih enak". Oleh kerana pada masa itu tidak semuanya masih bujang, jadi pemahaman dari sisi aku nampaknya agak kurang sedikit tetapi kesan kata itu amat mendalam kerana menyentuh akan hal-hal ibadah. Di usia muda ini, pelbagai ujian perlu ditempuhi. Ibadah sering terganggu dan kurang fokus serta lemah dalam penghayatan. Menjadi pemuda ...