Harini balik keje awal sedikit tidak seperti biasa. Sepanjang jalan teringat akan panggilan untuk temujanji mengambil sesuatu. Sesuatu yang menggembirakan.
Lagi nak cepat, lagi pula tiba2 jalan jem semacam. Dugaan suma tu.
Pejam celik pejam celik sekejap aje dah 10 bulan masa berlalu. Aura dia tak sama macam selepas tunang. Aura nak kahwin ni dia lain sikit sebab rasa diri ni mcm belum cukup perfect untuk bergelar seorang suami. Hari pun bakal menjelang tiba, persiapan itu ini. Bulan syawal lepas, bukanlah bulan yang sesuai untuk kembali kesini. Program tersusun rapat. Ditambah pula dengan pekerjaan yang sudah lari dari tajuk. Bercerita tentang nak berkahwin ni, memang seronok. Tapi pernah tak kita terfikir apa yang seronoknya. Selalunya orang seronok bila ada isteri sebab nak peluk time tido, nak pillow talk, nak kawal nafsu, makan pakai terjaga, diri lebih terurus. Sebenarnya kita terlupa yang isteri tu adalah amanah dari Allah swt. Persoalannya, sejauh mana kita menghargainya. Isteri - isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu; dan bertaqwalah kepada Allah serta ketahuila...
Lagi beberapa hari, selesai kita menjalani sebuah jalan, sebuah titian tarbiyah. Persoalannya, adakah kita tidak sabar untuk tiba di penghujung ataupun tidak sanggup untuk melepaskannya.
Sepanjang bulan yang mulia ini, ada beberapa aktiviti yang aku turut serta. Sekadar ingin berkongsi, moga semua dapat melakukan yang lebih baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan seperti para sahabat.
Iftar di Pusat Pertuturan KIU, Pandan Indah
Sekolah ini merupakan sekolah khas yang cacat pendengaran untuk belajar bertutur. Mereka diajar bercakap beserta dengan isyarat tangan. Program ini merupakan program mini Halaqah.net. Tahun ini merupakan tahun kedua aku menziarahi sekolah khas ini. Cuma pada kali ini berbeza dari tahun lepas(atau aku dah lupa). Sebaik sahaja tiba disana pada jam 6.30 petang, aku didengarkan dengan bacaan kalam suci oleh adik-adik khas yang menuntut di sekolah tersebut. Sungguh aku tertarik dengan bacaan mereka, biarpun tidak sempurna makhraj hurufnya nya ...
4 Bulan yang lalu.. Semasa sedang memandu kereta melalui hadapan surau Mahyon Kg Bahtera, aku menerima panggilan telefon dari supervisor "Fauzy, En ..... Nak jumpa" Katanya. "Bila, harini ker?. Harini saya cuti. Kalau nak jumpa saya, Jumaat boleh la." Jawab aku. "Nanti aku try set dengan dia" Jawab Supervisor aku. Maka, hari Jumaat pun tiba. Sampai je di pejabat terus aku pergi berjumpa dengan GM. Susah aku nak cerita sebab pejabat aku ni hierarki dia berselirat. Atas bos ada bos, ada bos lagi, senior bos, bos besar pula. Oleh itu, aku pendekkan cerita.. Akhirnya aku bertemu dengan GM bagi unit komunikasi korporat kumpulan Sapura, perempuan. Aku yang selebet terasa macam salah masuk kandang. Dari tempat wayar, skru, cd bersepah, komputer tecabut dan pemandangan jalan raya yang sarat ke tempat yang bersih, kemas, cantik, teratur, pekerja ber'slang' inggeris melayunya serta ada pemandangan tasik Mines resort yang indah. Apa yang dia nak ialah : 1. Ja...
Comments