Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Kemusykilan Agama Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN
Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal?

JAWAPAN
Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya.

Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya.

Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. Ini kerana ibadat itu bermaksud mentaati perintah Allah SWT dan tidak melakukan maksiat kepadanya.

Dalam hal ini konsep ibadat perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Secara umumnya ulama telah membahagikan ibadat ini kepada dua kategori, iaitu; ibadat umum dan ibadat khusus.

Ibadat khusus ialah ibadat yang difardukan ke atas setiap mukalaf untuk mengerjakannya, seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Sekiranya ibadat-ibadat fardu ini tidak dilakukan tanpa uzur syarie maka si mukalaf itu berdosa. Dosa yang menuntut supaya bertaubat dan taubat dalam meninggalkan fardu ini perlu diqada (diganti).

Manakala ibadat umum pula ialah apa sahaja perkara yang dilakukan oleh seorang hamba yang mukalaf yang membawa kepada kebaikan kepada dirinya, keluarganya serta masyarakatnya. Misalnya, berkerja mencari nafkah untuk diberi anak isteri dan ahli keluarga di bawah jagaannya, bergotong-royong membersihkan kawasan taman atau masjid atau surau, sehingga makan, minum dan tidur juga dikira sebagai ibadat umum.

Maksudnya, kerja saudara di waktu malam di bulan Ramadan juga ibadat. Yang penting saudara pasang niat, bahawa kerja yang saudara lakukan itu demi memelihara maruah diri dan keluarga dengan mencari rezeki untuk mereka. Mungkin saudara terkilan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih, tapi yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan saudara dalam rupa kerja.

Hal ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan Rasul-Nya akan melihat amal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata (untuk menerima balasan), lalu Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Taubah: 94).

Namun demikian, saudara boleh mengambil waktu rehat, atau membahagikan waktu rehat saudara kepada makan dan solat sunat tarawih di tempat kerja saudara. Mungkin waktu rehat yang diperuntukkan sejam, dalam sejam saudara boleh ambil 15 minit untuk makan dan yang selebihnya boleh bertarawih. Untuk melakukan tarawih sebanyak lapan rakaat berserta dengan witir dengan bacaan surah-surah lazim cukup 30 minit.

Apa yang penting bagi kita selaku umat Islam ialah menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan yang boleh membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.

SOALAN
Adakah kita perlu mengambil wuduk semula jika kita telah mengangkat takbir lebih daripada tiga kali?

JAWAPAN
Tidak perlu, ini kerana perbuatan mengangkat takbir lebih daripada sekali atau beberapa tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan wuduk. Maksudnya tidak perlu mengambil wuduk kalau takbir melebihi satu atau dua atau tiga, biarpun beberapa kali ini tidak membatalkan wuduk.

Cuma apa yang perlu ialah fokus dalam mengangkat takbir. Biasanya takbir dianggap tak sah kerana takbir itu tidak dapat disertakan dengan niat. Mungkin niat susah untuk disertakan maka dilihat takbir tak sah. Takbir tidak sah tidak bermaksud membatalkan wuduk.

************************************************************************************

Hari pertama berpuasa, sempat bersahur bersama keluarga. Hari sebelumnya ada buat kenduri doa selamat untuk abang saya no 2 yang akan menunaikan ibadah umrah pada 11 ramadhan ini. Syarikatnya iaitu SAPURA memberi tajaan umrah kepada pekerja mengikut giliran dan dijalankan pada setiap tahun. Pemergiannya ini secara solo kerana isterinya sarat mengandung anak ke-3 nya InsyaAllah. Saya mendoakan semoga setiap ibadahnya disana mendapat berkah tambahan pula di bulan Ramadhan..

Seperti biasa seperti tahun lepas. Tahun ini merupakan tahun kedua saya berpuasa sebagai seorang pekerja. Cuma pada tahun ini, saya keseorangan selama 12 jam berada didalam pejabat kerana kekurangan pekerja. Banyaknya kali pertama. Rasa nak list kan ajer.

- Pergi ke bazar membeli juadah berbuka puasa sorang.
- Berbuka puasa sorang.
- Bersahur sorang.
- Tak rasa penat kerja.

tu je kot. Saya berseorangan hanya bila waktu kerja sahaja. Di rumah tak. Ramai jer ade..

************************************************************************************

Sudah lama tak berkarya. Nak test.

Manusia,
Sudahlah tidak bersyukur,
malah masih meminta2 lagi apa yang terhidang,
ibarat menyuruh menyuap nasi ke mulut,
Sampai bila?
Agaknya masih seperti bayi tidak mampu berdiri sendiri.

Hidup yang penuh propaganda,
Kejap hilang kejap ada.
Yang berada sentiasa diatas,
Dan tentu yang kurang bersepai sahaja di lantai.
Sampai bila?
Agaknya masih bertakuk memikirkan langkah seterusnya.

Menghargai pancaindera,
lihat, dengar, bau, rasa dan sentuhan.
Yang keenam boleh tahu masa depan kononnya.
Atas pinggan tak sama isi dengan bawah pinggan.
Sampai bila?
Agaknya percaya bulat2 dengan kesabaran dapat apa yang diidamkan.

Khayal, sedih, berangan, menangis dan ceria.
Rupanya tak ikhlas untuk diri sendiri.
Sampai bila?

- -

Comments

Popular posts from this blog

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Harry Porter