Posts

Showing posts from February, 2008

Internet tanpa wayar di WIRA DAMAI

Image
Salam alayk.

Baru-baru ini saya agak sibuk menyediakan rangkaian internet dikawasan sekitar rumah saya. Saya mengambil masa untuk menelaah, menjalankan kajian, percubaan dan sebagainya bagi mewujudkan rangkaian internet dengan lebih luas dan stabil. Buat masa ini, saya masih dalam peringkat percubaan. Saya menggunakan wireless router seperti diatas. Namun ada beberapa kawasan masih lagi tidak diliputi oleh rangkaian internet atau masih lemah signalnya. Mungkin saya perlu menyediakan peralatan tambahan seperti antenna, AP, Range extender dan sebagainya.

Konsep yang saya anjurkan ialah akses internet yang jauh lebih murah berbanding yang disediakan oleh syarikat telekomunikasi lain dan lebih kepada perkongsian talian data. Saya hanya menggunakan Streamyx pada masa ini dan bercadang ingin menaiktaraf bandwith jika mempunyai pengguna internet yang ramai. Setakat ini saya hanya mempunyai seramai 4 orang yang terdiri dari rakan-rakan saya yang pada masa yang sama adalah klien eksperimen saya…