Friday, July 24, 2009

Bahaya betul..

kelmarin (rabu, 22 Julai 2009).
Harini aku nak ke Pejabat bhgn sumber manusia dia Petaling Jaya sebab nak ambil surat pengesahan jawatan. Aku memutuskan untuk menggunakan jalan Lebuhraya Damansara-Puchong sebab ianya lebih mudah dan cepat kerana tak perlu masuk ke KL. Dari Batu caves, aku memulas pendikit dengan kelajuan sekitar 80km/h menuju ke destinasi. Semasa melalui Kepong, aku teringat seseorang iaitu kawan aku yang tinggal dikawasan ini. Di atas MRR2 tu aku dapat melihat KLCC, Menara KL dan bandaraya kerana jalan tersebut tinggi dari tanah. Lebih kurang 200 meter sebelum susur LDP, jalan tiba2 sesak. Kereta dari Kepong yang memasuki jalan utama membuatkan trafik bergerak perlahan kerana kepadatan kenderaan. Aku pun memutuskan untuk menggunakan lorong kanan berikutan lorongnya luas sedikit bagi aku yang menunggang motosikal. Jalan yang agak licin membuatkan aku lebih berhati2. Pagi ini, aku merasa tidak sedap hati entah mengapa agaknya..

Sedang aku menyusuri jalan itu, tiba2 keluar sebuah motor terus memasuki lorong yang aku gunakan. Allah!! pangg! sreeetTTT aku membrek cemas. Aku menarik brek tangan dan juga brek kaki dengan kuatnya. Aku menendang tanah untuk menstabilkan kedudukan aku diatas motor. Aku yang memakai selipar, bagai nak terputus tali selipar yang aku pakai. Aku juga dapat merasakan terjahan tu membuatkan lutut kiri aku tersentak kuat. Aku hampir terjatuh kerana perlanggaran itu. Aku dah melanggar seorang penunggang yang tidak beradab kerana menukar lorong tanpa melihat belakang. Mujur motosikal yang mengekori dari belakang, tidak menghentam belakang motosikal aku. Alhamdulillah..

Ironinya, aku langsung tak rasa nak marah pakcik tu. Aku meneruskan perjalanan seperti biasa bagai tiada apa yang telah terjadi. Cuma aku rasa gementar kerana terlalu cemas bila mengenangkan peristiwa perlanggaran tadi. Sepatutnya aku perlu marah atas kelalaiannya. Aku pun tidak tahu kenapa. Aku cuma berdoa semoga aku selamat sampai ke destinasi..

Balik dari kerja, aku cerita kepada emak. Reaksi mak? wallahualam..

************************************************************************************

Pagi tadi aku pergi ke damansara utama. Sebelum ke bank, aku singgah di kedai alat tulis untuk photostat dokumen yang diperlukan pihak bank. Semasa ingin membayar di kaunter alat tulis tersebut, aku menyeluk poket belakang seluar aku. Baik kiri mahupun kanan kosong!. Aku mulai kalut seketika. Aku bergegas berlari ke tempat letak kereta. Setibanya di kereta aku, tidak kelihatan beg duit aku diatas kerusi penumpang depan. Aku mulai pelik, kerana semasa memandu tadi aku meletakkannya disitu. Bila aku menundukkan kepalan ke pintu pemandu, aku menjumpai beg duit aku yang separuh terbuka diatas tanah. Rupanya tercicir semasa aku keluar kerata sebentar tadi.

Kata orang lalai, aku pun lalai juga..

Selepas menunaikan solat Jumaat, aku membawa kereta adikku ke bengkel untuk servis. Selepas servis, aku pergi ke tempat basuh kereta untuk membasuhnya pula. Sudah sekian lama aku hanya menggunakannya tapi tidak pernah basuh walau sedikitpun. Semasa hendak membayar, aku terkejut apabila bayarannya hanya RM7. Bagi aku, ia amat murah. Kerana tempat lain yang aku pernah pergi harganya sekitar RM9 - RM10. Selepas membayar aku terus pergi ke seri gombak.

Tujuan aku ke seri gombak ialah ingin membeli peralatan pejabat. Pejabat? ya, aku tiada bangunan atau pejabat sendiri. Tapi aku rasa tak mustahil untuk aku mewujudkannya. Aku ingin menggunakan konsep Small Office Home Office(SOHO). Di dunia IT kini, segala kerja2 dan transaksi kewangan baik jualbeli semuanya berada dihujung jari. Cuma apabila kita ingin menunaikannya sahaja perli ke mesin ATM kerana aku bukan pengguna kad kredit. Dari dulu lagi, ini yang aku idamkan. Sebuah pejabat sendiri yang tiada erti kata pejabat sepenuhnya. Pejabat aku juga mempunyai katil dan meja solek. itulah SOHO.

Baru2 ini aku menerima lagi permintaan. Alhamdulillah. Aku bersyukur, pada masa yang sama aku memikirkan bila aku nak berehat? aku sudah terlalu lama begini. Sibuk sepanjang masa. Sehingga mak mengatakan aku ni jika cuti bagai tidak cuti. Aku tak pandai menolak, sebab aku terpaksa menerima. InsyaAllah lepas habis ni, aku ingin berehat dan jadi seperti manusia biasa sahaja.

Tuesday, July 21, 2009

Reda buat seketika

Tarik nafas, hembus... Tarik.., hembus.. Alhamdulillah.. Aku masih lagi mampu bernafas dan berharap mampu meneruskan ibadah didunia ini. Ku lihat jam, sentiasa kedepan. Cukupkah masa yang ingin dikejar? wallahualam.

Sebaik sahaja server(seperti gambar disebelah), aku mula memikirkan adakah mampu aku lakukan sehingga ianya sempurna. Mungkin sebelum ini aku berpengalaman mengendalikan server, namun aku hanya menceburinya dengan agresif pada awal tahun ini. Dan pengalaman aku hanya mengendalikan user tak lebi
h dari 20 orang berbanding halaqah.net sekarang yang mencecah sehingga 400 user pada satu2 masa. Mustahil adalah subjektif, kerana ianya perlu di susuli dengan doa, usaha, tawakal dan istiqamah.

Server ini adalah kepunyaan halaqah.net yang disumba
ngkan oleh seorang hamba Allah swt bagi meneruskan halaqah.net terus berada di alam maya sebagai platform perkongsian ilmiah yang mudah dan santai. Dengan kehadiran server ini diharap dapat menampung pengguna halaqah yang kian bertambah dari hari ke hari. Halaqah tidak mampu lagi untuk terus berada dalam shared hosting dan sering di suspend kan kerana menggunakan resource sehingga melebihi had yang ditetapkan oleh pengendali webhosting.

Setelah menempuh pelbagai rintangan, akhirnya server ini bersedia walau tidak sepenuhnya untuk meneruskan perjuangan halaqah di alam maya. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam membantu saya dalam menyiapkan server ini. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi keizinan dan memudahkan segala kerja2 yang pada awalnya dianggap mustahil menjadi kenyataan. Tidak lupa kepada insan yang amat penting iaitu Ummi munaliza, ustaz Din, saudara Nursalim dan juga rakan lain yang turut membantu.

2 hari lepas, sempat aku pergi bermain bola atas jemputan en nazri untuk mewakili masjid an-
nur. Ikutkan tak mahu pergi, tapi oleh kerana aku sudah lama tak beriadah dan berjumpa kawan aku memutuskan untuk pergi bermain bersama mereka. Gambar sebelah ni dari kiri Sopi, aku dan abang aku no 2. Kami selalu bermain bersama dari kecil lagi. Jadi kami amat serasi apabila bekerja dalam satu pasukan. Masa gambar ini diambil sebelum permainan bermula. Muka nampak ceria jer. Kalau ambil gambar lepas main, muka kecut lesu kerana kepenatan. Tak molek lah.. he.. Perlawanan ini berkesudahan seri 2-2. Yang baju hijau kat belakang tu lah pengadilnya. Struktur permukaan padang yang keras membuatkan pergerakan dan larian aku terbatas. Macam pijak simen ajer.

Besok aku masuk kerja, dan akan kerja seperti biasa. Sekarang ni hanya perlu tengok2 keadaan halaqah moga berjalan dengan baik. InsyaAllah.. Esok juga aku perlu pergi ke Petaling Jaya untuk mengambil surat pengesahan jawatan. Moga hari esok lebih baik dari hari ini...

Thursday, July 16, 2009

Makan, makan dan makan...

Semenjak kebelakangan ni.
SELERA MAKAN AKU BERTAMBAH.
Aku pun kurang pasti kenapa.
Kebelakangan ni juga aku mengamalkan 2 biji sehari pil minyak ikan kod. Mak aku nasihat, amalkan makan vitamin untuk kesihatan badan. Ye lah, keadaan sekarang seperti cuaca, pemakanan dan perkara2 lain yang boleh menjejaskan kesihatan semakin membimbangkan. Oleh itu langkah pencegahan perlulah diambil.

Semalam, pagi2 lagi aku dah makan 4 sausage dan dibaluti dengan 4 keping roti. Aku bukan gelojoh, tetapi selera makan tu terlalu kuat. Selepas makan banyak tu pun aku tak mengah atau mencungap, siap aku boleh mengecat rumah dan setup server lagi. Kemudian makan tengah hari aku makan nasi penuh pinggan. Petang pula mak buat kuih "Akok" Kuih tu agak besar tapi aku makan 4 ketul jer. Aku nak makan lagi tapi teringat yang abah aku masih belum makan lagi kuih tu. Lalu aku beredar dari pinggan yang mengalas kuih tersebut sebelum menjadi makananku. Sebelah malam, aku makan nasi dan lauk sotong dan juga sayur kobis. Sebelum tidur, aku makan burger daging.

Harini pula, pagi tadi sebelum pergi keje aku makan 4 sausage dan 2 keping roti(kalini roti berkurangan) dan minum secawan milo. Beginilah aku, pagi2 lagi mak dah sediakan sarapan. Setiap hari lah. Aku balik dari kerja malam pun ada je hidangan yang menyelerakan. Makanan banyak, tapi aku tetap nampak kurus keding. Inilah perkara yang menghairankan aku dan juga keluarga. Tengah hari tadi aku makan bersama kawan di MTDC. Terlebih dahulu aku mulakan makan cucur udang sebiji yang agak tebal. Aku potong 4 pun nampak besar lagi. Kemudian aku makan nasi goreng pattaya dan air teh o ais pula. Pukul 6 tadi pakcik pengawal keselamatan kat ofis aku ni bawa kuih dari rumahnya. Aku makan karipap 1 jer. Kemudian tengok takda kawan2 lain makan yang lebih tu aku pun menghabiskannya. Kesian kuih, tak baik membazir.

Sekarang dah jam 6.40 aku masih berasa lapar. Kenapakah ini.. Sungguh misteri..

Sunday, July 12, 2009

Bersiap sedia

Nampaknya aku tak dapat nak sambung kisah lalu. Sebab dah berlalu..

InsyaAllah, bermula selasa ini hingga ahad depan aku akan melalui satu suasana yang getir dan kesibukan yang agak serius. Sebaik sahaja aku melibatkan diri bersama Top Tiara Sdn Bhd, aku mulai fokus untuk pengembangannya dimasa kini dan akan datang. Boleh jadi setiap hari aku ke pejabat. Tapi masuk ni dah 2 hari aku tak ke sana. Cuma mesej2 ajer.

Berikut merupakan kerja yang perlu disiapkan :

Cat Rumah, pasang lampu.
Bermula kelmarin, aku sudah mula mengecat bahagian tengah rumah iaitu disekitar tangga. Sebentar tadi aku sempat menyiapkan separuh ruang tamu berikutan kekurangan cat. Esok dan akan datang aku perlu menyiapkan seluruh tingkat bawah, dan ke tingkat atas. Kerja mengecat ini nampak mudah tetapi sebaliknya ia amat sukar seperti mengecat di celah dinding dan sudut. Kemudian perlu menampal lubang dan mengikis bahagian yang tidak rata. Bertambah sukar lagi apabila terpaksa mengeluarkan paku dari lubang dan wayar yang ada pada dinding. Esok, aku akan habiskan tingkat bawah. InsyaAllah.

Top Tiara
Syarikat yang baru ditubuhkan ini, memerlukan perhatian yang sewajarnya. Aku sebagai orang baru perlu memberikan komitmen untuk memajukan syarikat ini. Asal sebagai penyedia slide, ke salah seorang dari kepentingan syarikat. Ada beberapa kerja yang perlu dilakukan disini. Aku perlu belajar untuk membuat persembahan mengajar kepada pendengar.

Halaqah.net
Aku baru menerima email dari Dell yang mengatakan server yang aku tempah bakal dihantar pada atau sebelum 20 Julai 2009 ini. Walaupun persiapan agak kurang, insyaAllah aku cuba buat yang terbaik untuk halaqah memandangkan sudah lama aku bersamanya dan kini betul2 ia tenat dan memerlukan bantuan. Berbekalkan pengetahuan yang aku ada, aku akan cuba sedaya upaya untuk mengembalikan kestabilan web halaqah untuk memberi keselesaan kepada semua pengunjung yang semakin hari semakin bertambah. Kerja ini perlu disiapkan secepat mungkin kerana halaqah seringkali di "suspended" oleh syarikat hosting kerana menggunakan proses yang terlalu tinggi dalam shared server sehingga mengganggu web2 lain. Aku jangka ahad ni selesai semua. InsyaAllah..

Kampungwifi di Menara Masjid an-nur
Hampir sebulan aku ingin menyelesaikan perkara ini. Faktor peralatan yang terhad dipasaran membuatkan aku sukar untuk menjayakannya. Aku juga masih belum melihat keadaan didalam menara tersebut kerana kerja2 pemasangan perlu terlebih dahulu memastikan semuanya berada dalam keadaan selamat.

Bersiap sedialah!

Monday, July 06, 2009

Cerita silih berganti

Mula dari hari Rabu.
Aku pergi ke bank CIMB buka untuk tunaikan cek berpalang. RM118.00 sahaja. Aku tak pernah buat sebelum ni, mujur customer service dia baik hati dan banyak membantu. Minggu lepas, aku buka akaun baru pun dilayan semacam kanak2. Semua dia beri tunjuk ajar. Dikesempatan itu, aku pergi naik tingkat atas untuk mendapatkan maklumat mengenai pinjaman perumahan. Aku jumpa dengan cik Marina. Dia ceritalah itu dan ini. Kemudian dia minta aku ambil gambar rumah yang aku ingin beli itu.

Lepas tu aku menuju ke Plaza Lowyat di KL. Tujuan aku kesana adalah untuk mencari router baru bagi projek Kampungwifi yang aku bangunkan. Sekejap sahaja aku berada disitu kerana aku perlu bekerja sebelah malam. Aku menuju ke tempat aku meletakkan motosikal, aku ternampak seseorang yang seperti aku mengenali dirinya. Rupanya Johari. Itupun dia yang bagitahu nama dia. Tapi dia mengenali diri aku. Sekarang dia dah berisi, bulat dan sudah bekerja. Masa sekolah dulu kurus sahaja. Aku mengenali dia sewaktu berlatih bersama untuk pasukan bolasepak sekolah suatu masa dahulu. Oleh kerana dia budak junior, aku pun tak berapa ingat namanya.

Lepas tu aku menuju ke tempat kerja.

Khamis.
Seperti yang dirancang, aku pergi ke Serdang untuk mengambil gambar. Pertemuan telah dipersetujui dengan tuan empunya rumah.

Sibuk pulak nih. nanti sambung tulis.