Sunday, December 14, 2008

Fening

Semalam aku pergi melaka menziarahi kawan2 aku yang sama2 belajar kat kolej dulu.. Suma aku tengok tak berubah. Macam tu jugak..
Cerita pasal mengecat. Aku ni da masuk 2 minggu mengecat rumah. Tak siap2 sampai la sekarang nih. Sebab aku buat bila ada masa lapang jer. Nak upah orang buat kos dia mahal lak. Dengan cara berjimat aku cat sendiri jer la. Sambil tu boleh la nak asah2 bakat mengecat.

Yang sebetulnya nak cerita mengenai otak. Kebelakangan ni aku kerap sakit kepala. Kelmarin semasa main futsal aku terduduk sekejap sebab pening. Dulu aku penat macamana pun takkan pening. Sekarang kalo penat je terus rasa pening. Kadang taka penat pun leh pening. Kenapa yer. Esok la aku nak g klinik g cek apa yang berlaku dalam kepala aku ni...
Susah.. Aku kadang tak berasa selesa disebabkan otak yang tersekat pening sebab menghalang aku dari buat kerja termasuklah mengecat. Tapi semua perkara ada hikmah disebalik kejadian. Mungkin Allah nak suh aku rehat sikit dan kuatkan beribadat dari buat keje dunia jer. huhu..

InsyaAllah esok nak melawat HOR TPC central kat hospital selayang. Dengar khabar sakit macam2. Bila fikir balik, macamna la kalo kena kat aku sendiri. Wallahualam.. 

Friday, December 05, 2008

Proses kematangan

Balik dari kerja malam aku bersiap dan terus menuju ke hq di mines. Memang memenatkan kena datang kursus yang mula jam 9 pagi. Oleh kerana aku keluar jam 8.40pg, maka aku la orang terakhir yang sampai kat bilik kursus. Masuk je aku tengok takde la ramai pun. 18 orang jer. 

Aku, Zul dan din sahaja wakil dari datacenter. Lain2 yang ada ialah dari MIS dan Call Biz. Dorang ni meman hebat bersalji english nya kalau nak dibandingkan dengan aku yang tkedek2 lagi ni.. Diorang ni memang petah bercakap dan banyak idea.

Sebenarnya lebih kepada apa yang aku lalui sepanjang program 2 hari tersebut adalah pemikiran. Program2 yang sebegini aku anggap sebagai twist kita punya pemikiran dan cuci sikit apa yang kotor2 tu. Aku pun da lama tak sertai program2 gini. Sebab sebelum ni tiada pun yang sudi jemput.
Aku tertarik kepada soalan yang fasi tanya kepada aku. "apakah beza orang dewasa dan budak?". Aku jawab, mentaliti. Betulkah? sebenarnya jawapan nya adalah keperluan. Jadi jawapan aku kurang tak tepat.

Keperluan.
Pernah tak kita terfikir kenapa ianya keperluan? kita ambil contoh. Seorang bayi 7 bulan dihadiahkan oleh bapanya sebuah kereta proton persona warna blueberry tea. Perlukah bayi itu kereta tersebut? walau kereta kancil warna emas pun bayi tu tak perlukan kenderaan berenjin. Yang perlu mungkin kereta tolak atau stroller. Jadi apa yang dapat aku huraikan adalah keperluan orang dewasa dan budak muda macam aku adalah berbeza. Seperti seorang bapa mencari nafkah untuk keluarganya kerana ia satu keperluan dalam kehidupan dalam institusi kekeluargaan. Aku, aku hanya perlukan kehidupan yang selesa dan bahagia. Ok aku cuba memperincikan. Aku nak KEHIDUPAN YANG SELESA DAN BAHAGIA. Itu je la yang aku nak. itu keperluan aku stakat ni.

Apabila tajuk seterusnya membincangkan mengenai kehidupan manusia. Ia lebih menjelaskan tentang apa yang berlaku dalam kehidupan kita. Hurm..., ini aku nak cerita panjang sikit. Pernah tak kita terfikir tentang apa yang kita ada sepanjang kita hidup? kita buat kira2 atau congak apa2 yang ada dalam diri kita. Merujuk kepada graf dibawah, ia lebih menjelaskan pembahagian peratus dalam kehidupan.
Normal.
Manusia akan melalui pelbagai perkara yang tahap normal seperti berus gigi, minum, bersembang, belajar dan tak lupa menulis blog. hehe. Ini lebih merujuk kepada perkara rutin kita.

baik.
Dalam kehidupan kita, tak banyak perkara yang kita inginkan kita dapat kesemuanya. jadi peratusannya sekadar 5%. Sebagai contoh, tiba2 seseorang tawarkan pekerjaan yang amat baik dan sesuai dengan diri dan KEHENDAK kita. Dan diberikan pelbagai kemudahan walaupun kita hanya ada spm. Ataupun kita dapat anugerah dekan pada setiap semester(aku blaja kolej jadi takda anugerah).

buruk.
perkara2 yang tidak diingini atau tanpa diduga seperti kemalangan, jatuh bankrup, sering berhutang, ahli keluarga meninggal. Kiranya berkait dengan perkara2 yang amat menyedihkan.

Kita renungkan, perasan tak ini semua berlaku dalam kehidupan kita...

Seterusnya kami diarah berkumpul sebanyak 3 orang satu kumpulan dan setiap orang akan bertindak sebagai pendengar, penyelidik dan pencerita. Pencerita perlu menyuarakan masalah yang dihadapinya dan pendengar bertindak sebagai penasihat dan mengesyorkan sesuatu lebih kepada nasihat kepada pencerita. Selain itu penyelidik mencatatkan apa yang berlaku semasa conversation berjalan.

masalah.
Apabila tiba giliran aku untuk menjadi pencerita, aku perlu berfikir utk menguraikan masalah yang aku hadapi secara nyata sekarang. Kenapa aku perlu fikir tentang masalah? fikir punya fikir, sebenarnya aku tiada masalah pada masa ini. Suma terkejut. Biarpun semua orang mempunyai pelbagai masalah utk dikongsi. Ynag nyata nya mmg aku tidak mempunyai masalah baik dari apa pun. Sebelum ni aku hanya adalah masalah tempat kerja yang berjauhan. Cuma aku applikasi kan sifat bersyukur dan aku serap semua masalah2 aku dan menandakannya sebagai "selesai".

Sekarang ni aku hanya mengejar impian. ianya keperluan aku. Ini sahaja yang aku belum dapat lagi.
- Ijazah
- rumah
- isteri
- haji.

insyaAllah...

Gambar sekitar program..

Ni gambar bersama ahli kumpulan. Kitaorang punya presentation paper suma colourful. Suma kerjasama. macam wonderpet pula... haha


Ni masa giliran aku kena present. Kitorang buat kelainan suma ahli kumpulan pergi kedepan. Memang selau buat kelainan, itulah aku.


Ok masa untuk tidur. penat sangat..

Saturday, November 01, 2008

Hidup ceria itu satu kemestian yang perlu di cari

Have a nice day.

Mungkin bermaksud sesuatu yang menenangkan dan membahagiakan jiwa kita. Alhamdulillah dikesempatan ini saya mengambil sedikit masa pada jam 1 pagi untuk bercerita sedikit tentang kehidupan seorang lelaki berstatus bujang.. adoi.. hehe
Selepas balik kerja haritu(lama dah tak update blog ni) terus menuju ke majlis berinai kawan saya dari kecil iaitu Faizal. Walaupun agak penat tetapi menjadi kuat untuk berkongsi kemeriahan majlis tersebut. Masa tu kena la sandang beg laptop walaupun berat takut pula nak tinggal dalam kereta. Malam tu juga ada paluan kompang dan selawat.

Siang keesokannya iaitu hari ahad majlis kemuncak perkahwinan kawan saya ni. Ceria betul wajah dia. Maklumlah sudah mula merasa kemanisan dalam kehidupan dunia bersama isteri tercinta. Tengok je la sapa atas pelamin tu.. he..Nak kata cemburu, rasanya ada sikit. Ye la, kawan baik da selesai. Tuan punya blog ni pula asik dapat jemputan ke majlis kawin rakan2 jer..hehe. InsyaAllah.. Yang hairannya, isterinya bersanding tak pakai tudung pulak. Kebiasaannya pakai jer sebelum2 ni. Ni nak salahkan mak andam ke dia. Tepuk dada tanya iman lah wahai saudaraku..

Balik kerumah melihat wajah ceria seorang hamba Allah yang baru saja wujud di dunia ini untuk menempuh kehidupan untuk ke syurga.. Dunia umpama ladang untuk manusia bercucuk tanam(dengan beramal soleh). Ini merupakan cucu atau anak buah ke-8 saya.(nak tulis ke-8 pun duk kira2 tadi. ehhehe.) Makin besar la keluarga saya ni di warnai oleh kanak2 yang sihat wal'afiat.. Alhamdulillah.. ok snapshot untuk hari kedua baby ni :Subhanallah, sungguh sempurna ciptaan yang maha esa. Sy doakan anak buah saya menjadi insan yang beramal soleh didunia dan juga diakhirat. insyaAllah. Eh, nama dia Muhammad Fahman bin Mohd Fairoze iaitu anak abang saya yang ke-3. Anak sulung dan kedua dia kembar. Kenakalannya? hanya Allah yang tahu.. hehe.. Nakal2 pun tapi bila tanya sayang ke tak adik dia, diorang jawab sayang... Terharu pun ada..

Tengah tunggu dia nak buka mata, akhirnya hari ke-9 sempat ambil gambar dia buka mata. Lagi la comel. mai tengok..Subhanallah... mengelupas lagi kulit dia. Selama seminggu lebih dia duduk di rumah ayah mak saya. Sekarang dia da balik kerumah dia. Dah tak dapat tengok dah.. sedihnyer..

Ikutkan banyak je cerita nak tulis. Tapi sebab ada kerja nak buat sampai disini ajer la. InsyaAllah dimasa akan datang akan tambah lagi cerita.

eh, tadi dapat lagi kad jemputan kahwin...

*********************************************************************************

Persediaan dan perancangan.

- Program riadah & muhibbah belia 4B kampung melayu Wira Damai.
- Sekarang ni saya tengah sibuk membuat persiapan....dot.. dot.. dot... kira ada sebab la nak jeles.. hehe..
- Panggilan interview dengan Jabatan perkhidmatan Awam. Doakan saya. Sesungguhnya saya kena istikarah dengan tindakan saya kali ni. Sapura oh sapura(nama kompeni).
- Rombongan ke melaka atas urusan rasmi.
- Akhir sekali, dellantre dah nak delivery to public. InsyaAllah bulan ni.
- Esok pergi kajang, lepas tu pergi tengok Tuk Kan sakit kat hospital..
- Kena edit novel kelopak qaseh. Kak Rosma call semalam. Duk fikir nak cari masa mengedit balik short form..

Saturday, October 18, 2008

Syukran suma!

Alhamdulillah, hari yang dinantikan menjelma jua setelah beberapa persiapan dijalankan. Semua nya dengan sederhana menyediakan juadah kepada para tetamu selebihnya ialah riang tawa sanak saudara dan juga sahabat2 yang datang berkunjung kerumah. Terima kasih sumer!


Pagi2 lagi aku dah tolong mak mengemas rumah, angkat meja, angkat kerusi, basuh pinggan, sapu dan mop lantai, angkat kuali periuk dan sebagainya. Mula2 aku ingat satu menu jer, rupanya mak nak buat macam2. Adoi, aku rasa macam menyusahkan mak aku je kena masak banyak2. Tu yang aku buat je ape keje yg ada selain memasak sebab tak reti. hehe. Menu yang tersedia adalah Laksa melaka, roti jala, ketupat dan juga maccaroni. Punya kalut maccaroni tu terpekat sikit dari biasa. Takpela, habis juga akhirnya. Eh, ada lampe beger pula kat seblah kuih raya. Aku letak oil jenis ocean untuk rasa segar di ruang makan..Tetamu pertama sampai ialah N. Sebenarnya aku kira dah lama tak jumpa dia ni. Kebetulan semalam dia ada dirumah. Aku pun jemput dia datang. Dia ni kuat study betul, aku tgk dia punya mata pun kuyu jer. Oleh kerana dia datang sorang2, jadi pemalu la. Datang berdua pun malu juga. Ni ha ada 4 orang anak buah aku tengah kusyuk tgk kartun wonderpet "apa yg penting, kerjasama.." hehe. Bagus juga kartun tu sebab menyuruh kita bekerjasama setiap masa. N dan mak pun tgk jugak la tu. hehe..
Tetamu seterusnya ialah pasukan bola sepak Wira Damai. Dorang ni la sahabat susah senang aku dari kecil hinggalah besar. Keluarga aku sudah berada disini semenjak setahun sebelum kelahiran aku iaitu pada tahun 1985. Masa tu kampung ni tak semoden sekarang. Dulu jalan pun tak berturap, kereta tak byk. Sekarang sempit, penuh manusia dan kenderaan. Aku pun dah rasa fening.. Harap kemanisan ukhwah kami bertaut utk sentiasa bersama susah mahupun senang..

Kemudian rakan sekolah menengah tiba. Walaupun aku ni kira sekolah jauh dari rumah, diorang masih sudi melawat aku dirumah. Tima kasih kepada sapid yang mengepalai kwn2 skolah yang datang semalam. Sapid memang best.. Selepas itu makin ramai dan lagi dan lagi...

Oh aku lupa semalam juga Anak buah kepada bapa aku datang. Dia ni antara yang masih rapat lagi dan berhubung dengan keluarga aku. Nama dia Darul. Aku panggil dia Alang. Dia ni lah yang berjaya berdikari hidup sorang2 tanpa ibubapa dari kecil. Tengok dia datang bawak Lancer GT. Alhamdulillah, murah rezekinya mempunyai seorang isteri yang baik dan juga 2 orang anak yang comel. Isteri dia ada membawa buah tangan kek buatan sendiri. comel2 je kek dia.Ok, ini saja yang sempat saya tulis pada hari ini tentang apa yang berlaku semalam. Apa2 pun terima kasih banyak diucapkan kepada siapa yang sudi hadir ke teratak hamba.

*********************************************************************************

Tuesday, October 14, 2008

Jemputan ke rumah terbuka

Assalamualaikum wrt..

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di akhirat.

Sekarang kita telah berada di bulan Syawal, di mana umat Islam merayakan Aidilfitri dengan penuh rasa syukur dan gembira dengan kunjung-mengunjungi, ziarah-menziarahi saudara-mara, jiran tetangga dan sahabat handai. Di kesempatan inilah kita mengambil peluang untuk saling bermaaf-maafan di atas segala kesilapan dan kesalahan yang lalu. Dengan amalan tersebut akan mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan sesama kita umat Islam.

Kalau di bulan Ramadan yang baru lalu kita telah menampakkan peningkatan amal ibadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka sayugia ianya dapat diteruskan sehingga ke bulan-bulan berikutnya sepanjang masa. Janganlah setelah kita berjuang berhabis-habisan di bulan Ramadan untuk meraih ganjaran yang berlipat ganda dari Allah Subhanahu Wata'ala, tetapi apabila kita memasuki bulan Syawal ini dan bulan-bulan lain, kita kembali untuk melakukan dosa dan maksiat di dalamnya.

Oleh yang demikian dalam kita merayakan dan memuliakan bulan Syawal yang penuh dengan kemeriahan dan kegembiraan ini kita hendaklah terus-menerus melakukan amal ibadat untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu Wata'ala, umpamanya melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal.

Sempena Aidilfitri ini, saya dan sekeluarga mengadakan sedikit jamuan makan dan menjemput semua sahabat2 yang mengenali diri ini hadir ke rumah terbuka bertempat di :

Tarikh : 18 Oktober 2008
Jam : Selepas Zuhur
Tempat :
G 20, Kg Melayu Wira Damai,
68100 Batu Caves
Selangor.

klik sini untuk lihat peta

************************************************************************************

Antara menu yang disajikan ialah makaroni. Iaitu mee gandum berbentuk apentah susah nak sebut. Sebelum ini kawan2 saya pun ada suruh buat menu ni dan lagi. InsyaAllah ia akan disediakan seperti yang diinginkan. Inilah rupanya :


Sesiapa yang belum cuba, dialu2 kan..
Jumpa nanti yer.

Sunday, October 12, 2008

LAMP vs WISA

These day, human thought is unacceptable because too many influence from others who believe their opinion/needs/idea is the best way to create before implement. So selfish.

As IT personal, so i decide to share my knowledge with people who confuse to choose between :

LAMP - Linux, Apache, MySQL, PHP

WISA - Windows, IIS, MsSQL, ASP

As we know LAMP stands for Linux, Apache, MySQL, PHP, an alternative dynamic web platform, WISA is no doubt another good choice. WISA stands for Windows, IIS (Internet Information Services), MS SQL, and ASP.

The OS is platform on which all the other components run. Windows is easier to use, however, advanced controls needed to administer a dynamic web-site are often buried or only available by modifying configuration files. For small websites, the hosting server is not allowing us to access to OS level controls. For large websites, you have your own dedicated machine, or located in-house. So the choosing is based on other components we prefer.

The web server is the program that takes request for pages from a browser, interprets the request, and returns the results. IIS and Apache both are free. IIS is tightly integrated with Windows, and is easy to install, and is part of the default installation of Windows 2000/2003. Apache is open-source, meaning to advanced programmers can customize the way it runs and have more flexibility with if. Generally speaking, Apache is more secure than IIS, but its security features can sometimes be difficult to configure.

The database stores information that can be retrieved, stored, and manipulated by the scripting language. MySQL is a free database that can run on all OS. MS SQL costs $5000, can only runs on Windows, and is considered an enterprise-level database. MySQL is not as powerful as MS SQL, but is sufficient to almost all web application. If the difference in price may not be a factor in the decision if your website is to be hosted, as this is a cost to the hosting company. MS SQL is recommended while you anticipate using the database for non-web applications that need massive amounts of power, or if you are incorporating the features that are not available on MySQL.

Script is requested by a browser, the web server transfers control to a script engine which reads a program written in scripting language. PHP is a free scripting language and offers many OO features, integrated tightly with HTML, and is similar to other languages such as C++ and JavaScript. Active Server Pages (ASP) is not actually a scripting language, but is a Microsoft Technology that allows existing scripting languages to be used in a web context. ASP/VB is often said to be easier to program in than PHP. PHP has more standard features than ASP, most of which are open source such as shopping carts and web forums. However, to get functionalities in ASP one must purchase third party modules. The features on the free PHP are often better than ASP packages, but may be difficult to install and may have incomplete documentation.

In summary, I would recommend LAMP for most web sites because of its cost, since PHP’s simple web integration, and Apache’s security. I would recommend WISA for enterprise-level sits because of MS SQL Server’s raw power and Microsoft’s support services.

Now, we learn something in this blog. Not just writing my story.

Thursday, October 09, 2008

Sedih

Sedih = sad

Dikala aku kembali mengingati nostalgia di zaman persekolahan, semuanya sesuatu yang indah dan tidak mahu meninggalkannya. Bagaimanapun, semua sekadar memori yang terpahat di sanubari. Kebelakangan ni pula aku dengar lagu lama macam Francisca Peter dan Uji Rashid. Sebenarnya aku sekadar ingin berhibur dalam menenangkan apa yang tersirat di minda.

Ingat lagi zaman sekolah dulu, semua nya rajin. Beg tak payah kate la macam bawak bakul isi durian kat belakang. Berat2 pun pikul juga. Makin besar, makin malas nak bawak berat2. Bila da sampai sekolah menengah, pernah aku bawak buku sekeping sahaja. Tujuannya, buku tu akan mencatatkan apa yang dipelajari sepanjang hari persekolahan. Memang hebat, tapi bila suruh hantar buku, pastinya aku terpaksa lari kejap sebab buku ada sekeping kalo hantar karang nak tulis kat mana pula.

Yang pastinya, aku bukan lah budak baik.

Diwaktu petang masa zaman sekolah dulu, padang bola menjadi destinasi untuk menendang bola dan bergaul bersama kawan2. Dari tak sarung kaki sampai le mampu beli sepasang kasut bola. Mula2 takda duit tu yg guna bola getah. Itupun kongsi duit sorang singgit beli bola. Bola getah ni tau2 je la, pakai tak sampai sebulan tendang da pecah. Pastu kongsi lagi. Dulu pakai seluar panjang jer. Aku ingat lagi masa main wakil sekolah, sampai koyak2 seluar. Terima kasih kat mak yang sudi jahitkan seluar. Time ni memang kerap seluar koyak. Biasala, ganas dan aktif sangat.
Ubah, Ubah dan Ubah. Bila da masuk sekolah menengah, sudah mula mencuba guna seluar pendek. Masa tu tingkatan 5. Ye la, bila turun berlatih, semua kawan2 pakai seluar pendek. Aku sorang je pakai seluar panjang pastu lipat sket bagi senang tendang bola. Lama2 aku pun terjebak pakai seluar pendek. Bila kali pertama sarung seluar pendek, rasa gundah gulana dan rimas betul. Tak tenteram hati ni. Aku tak fikir dosa masa tu, cuma rasa geli geleman. Pastu ustaz aku suruh pakai tight kat dalam seluar pendek panjagnya sampai kebawah lutut. Ah.. Aku tetap tak biasa jugak. Last2 aku biasakan jugak ler. Tapi bila main bola kat rumah, aku tak pakai tight pun. Tu ler, makin besar makin banyak dosa. Pas da abes blaja baru le sedar, mula terfikir tentang hikmah. Senang je Allah nak tarbiyah kite. Aku pasan masa main bola waktu petang padang baru lepas hujan. Lumpur2 tu tak kena kaki aku pun, jadi senanglah nak mandi. Sebabnya seluar aku da tutup suma kat kaki. Tak payah guna banyak air nak basuh kat rumah. SubhanAllah.. Pastu barulah aku sedar..

Yang pastinya, aku bukan lah budak baik.

Ok la, sebnar punya sebenarnya adalah cerita tentang kawan2 masa sekolah dulu. Memang banyak berubah. Dari aku sedar yang besar dan jadi kecik, yang kurus da jadi gemuk atau berisi. Yang aku makin kurus. Itu hanya dari fizikal. Nak cerita tentang sesuatu yang menyentuh tatatertib dalam Islam.

Kebelakangan ni aku suka betul duk mencari kawan2 sekolah kat friendster, myspace dan facebook. Tidak lupa juga kat Google pun aku cari juga. Macam2 dah jadi. Ada tu dulu masa sekolah bertudung litup, sekarang dah lain. Aku pun tak faham la. Aku doakan semoga kawan2 aku mendapat hidayah-Nya. insyaAllah.. Allah tu maha penyanyang lagi maha mengasihi.

************************************************************************************

Petang tadi aku diajak oleh rakan ku zubir untuk menemaninya ke rumah terbuka di rumah rakan kerja nya. Aku pun ikutlah. Masa tu aku baru je sampai rumah balik dari kolej. Aku pun ikutlah. Sampai rumah kwn dia, aku pun masuk lah. Aku tengok ada 3 mak nyah yang turut menjadi tetamu. Sampai aku terfikir nak salam ke tak. Sebab aku takut bukan muhrim. Hehe. Aku salam jugaklah sebab dorang tu lelaki yang da celup jadi perempuan. Pakaian dorang memang kalah ler perempuan tulen. Siap dengan labuci nipis nampak dalam. Aku rasa nak gelak jer nampak baju dalam dia. Apela teruk sangat dorang nih. Tak bersyukur langsung. Tanda2 kiamat, Dunia akhir zaman, lelaki menyerupai wanita.

Oklah, kembali ke pejabat setelah lama bercuti. Bila la aku nak bawak sejadah baru ke opis?

************************************************************************************

Kenapa atas motor tadi tiba2 aku rasa nak bulan Ramadhan panjang lagi. Indahnya...!

Monday, October 06, 2008

Detik Syawal

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar, walilla ilham.

Pada malam sebelum menyambut ketibaan Syawal, aku dan sekeluarga berkumpul bersama selepas solat isyak untuk bersama-sama melaungkan takbir raya di rumah. Inilah kali pertama dapat bersama walaupun ada 2 beradik lagi tak dapat hadir sebab berada di perantauan. Inilah syoknya aku rasa Ramadhan pada kali ini berbanding sebelum ini. Aku dapat merasakan kemanisan ukhwah sesama mak ayah dan juga abang2(atas aku suma laki) pada tahun ini. Alhamdulillah, ku syukuri nikmat pemberianMu ya Allah..

Malam tu juga semua sibuk lah kemas rumah, Mak dan adik perempuan aku berada di dapur. Yang lain2 buat kerja rumah kemas sikit.

Di pagi Syawal, aku bersiap. Malam sebelum tu aku tidur awal dengan niat nak kumpul tenaga nak bawak kete ke Pahang sebab bali kahri je tak tidur sana. Tapi pejam punya pejam, tak boleh pejam. Asik tersedar jer. Pejam la lagi tak boleh jugak. Pastu tengok jam da pukul 4.30 pagi. Lalu aku berniat nak g masjid solat subuh. Ah ha, sekadar niat pastu sedar2 tengok jam da pukul 7pagi!. Raya kali ni pakai baju melayu lama jer. Tapi cantik lagi sebab jarang pakai. Sebab ada lagi yang lain pulak. Karang tempah lain rasa membazir. Pakai je la apa yang ada. Lagipun masih sempurna.

Kelainan, selepas selesai menunaikan solat sunat aidilfitri Aku, abah dan mak, fahmi, zirah beserta keluarga abang sulung aku isteri, anak bernama aina dan aqila beserta lagi keluarha abang no 2 isteri, anak bernama farrabi dan fazzari berkumpul dirumah. Pagi yang hening, semua menghulurkan tangan memohon maaf. Aku orang pertama menghulurkan tangan sebab aku tak rasa teragak2, lagi tak sabar je adela. Tahun ni macam tahun lepas, aku salam dengan kedua ibubapa tanpa rasa sedih dan bertutur dengan banyak. Aku rasalah, aku da biasa agaknya tiap hari pergi keje memang salam je sebelum keluar rumah. Abah mak pun jawab pendek je, "Abah/mak maafkan".. Cuma giliran Fahmi adik aku ni lama sikit kena nasihat sebab dia degil sikit. Sengih jer masa bersalaman tu. Degil2 pun kira bagus jugak adik aku sorang ni taddarus tiap2 malam sampai ke majlis khatam. Siap ngajo aku qiraat lagi. Inilah satu2 nya adik yg teman aku bergusti.

Tahun ni berjaya memecah tradisi apabila menyambut 1 Syawal di Pahang iaitu tempat kelahiran Ayahku. Sebaik sahaja selesai sesi bergambar(takda pulak gambar kat sini.), suma seperti nama tertera diatas bergerak menuju ke destinasi iaitu di Kampung Sempadan, Lanchang. Tempat pertama kami menziarahi dan membaca yaasin di pusara Arwah atuk sebelah abah aku. Best jugak, bila camni la dapat baca yaasin ramai2 duduk atas canvas. Panas2 pun rasa seronok jer. Nikmat.. Pastu ada la sorang pakcik ni nak pinjam sekeping buku yaasin. Aku pun bagilah. Jadi kami berkongsi sebab tak cukup. Kongsi pun bes jugak. Pepagi lagi Allah da bagi kita peluang beramal soleh. Alhamdulillah..

Rumah pertama dikunjungi adalah rumah Cik Norlia. Ibu tunggal ni merupakan sepupu 2 pupu(macamana da..) kepada Abah aku yang tinggal bersama ibunya Cu Esah(92 tahun). Kampung ni rumah sebijik2 macam banglo tanahnya. Rumah kampung macam biasa aja. Jadi tak de la nampak jiran2 sebab dipisahkan dengan hutan. Memang sunyi sikit, tapi orang ulang alik ke kawasan perkuburan tu meriah sikit agaknya.

Rumah kedua ke pekan kuala Kaung iaitu rumah Mak Lang Me'ah. Anak2 dia bagus. W'pun mak dia da kudung sebelah tangan dan sebelah kaki, masih menjaga maknya dgn sempurna. Tiap tahun aku memang datang umah ni mcm umah cik norlia juga. Abah aku pun da tak ramai sedara kat Pahang ni. Abah aku anak yatim piatu, dan sorang je anak yang ada sebab adik2 beradik lain da meninggal. Teringat pulak masa abah luahkan kekecewaannya kepada Cik norlia dan cu esah pada tahun lalu. "Saya ni dah takda siapa2 lagi, kenapa takda orang yang bagitahu saya kalau ada yang meninggal." dengan nada sedih. Aku tengok pun sedih.

Aku dan keluarga tiba dirumah jam 6 petang. Alhamdulillah, jalan tak jem lancar jer.

Sebnarnya aku ada lagi nak cerita. Nanti la..

Monday, September 29, 2008

Imbasan Ramadhan

2 hari lagi eidulfitri bakal menjelma menandakan tamatnya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Dan Aku rasa tahun ini baik sikit dari tahun lepas. Mungkin kerana aku lebih bijak mengatur masa pada tahun ini. Ok, mula imbas balik aktiviti yang dilalui sepanjang bulan ramadhan. Kalau tak tulis nanti tak ingat yer tak. Di petang yang agak mempunyai masa lapang ni akan mengeluarkan semua isi kerana tidak berapa berkesempatan untuk menulis sebelum ini.

Ramadhan kali ini juga merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di KLIA. Ni masa hantar abang aku la ni.
kemudian tahun ni aku tengok fahmi adik aku sorang ni rajin pulak buat kerja rumah. Kena suruh agaknya. Ada la sikit gambar dia tengah kipas ikan. Seb baik tak hangus. Ni pun kadang aku tak kerja aku join kipas. Tapi tolong kejap2 ajer..

Ramai orang kata kuih kat KL ni mahal.. Hurm, aku rasa lebih kurang sama je macam tahun sebelum ini. Percaya atau tidak, aku masih lagi beli kuih pada harga RM1 untuk 4 biji. Namun tak semua tempat dapat murah gini, masih ada yang mahal. Yang penting, pandai cari.. Ni la kuihnya. Nama dia tepung pelita. Mak aku suka makan kuih ni. Tak lupa juga Lai Chi Kang. Ni baru aku dapat beli semalam setelah sebulan mak aku nak. Aku cari selalu takda, habis jer.. Alhamdulillah semalam dapat juga cari setelah pergi sampai bazar di Keramat.


Terjadilah pada suatu petang sebelum aku pergi ke bazar di Serdang(waktu kerja). Masa nak amik helmet nampak pelangi di mesin photostat. MasyaAllah, indahnya proses pembiasan matahari dan pintu kaca kat opis aku tu. Ni la rupa dia..

Tahun ini juga Pengurus saya dikurniakan cahaya mata yang ke-4. Jangkaan isterinya bersalin selepas raya, tapi awal sedikit. Alhamdulillah, dapat anak perempuan. Apa-apa pun ucap tahniah kepada keluarga bos. Moga bertambah meriah le rumah tu yer. Err.., tak lupa tima kasih banyak ada increment tahun ni. Alhamdulillah. Bulan ni rezeki melimpah ruah. Itu satu tanda peringatan bagaimana kita menghadapinya kemudian. Kitorang kongsi duit kumpul berlikan hadiah. Ni la hadiahnya...

Masa dalam perjalanan menuju ke Shah Alam, Aku terlihat lapisan awan dan matahari yang menyinar. MasyaAllah, indah sungguh. Bulan Ramadhan ni macam banyak aku tengok benda yang indah2 jer. Bersyukur sangat dikurniakan pancaindera untuk melihat kebesaranNya. Mai le tengok gambau di atas federal highway. Tengah bawak kereta pun leh amik gambau. Jangan tiru ye aksi saya ni. Bahaya.


Macam2 yer tak yang dah berlaku. Dan yang terakhir di penghujung Ramadhan, aku cat rumah sikit. Cat yang mana ada lukisan paleolitik kat dinging. Aku ingat sikit jer, rupanya banyak yang kena conteng. Akibatnya gencatan pensel warna di aktifkan. hehe.. Ini bagi menjimatkan kos untuk membeli cat yang baru. Diakhir ni aku sudah mengeluarkan sedikit wang untuk disedekahkan kepada kanak2 di musim perayaan nanti. Tahun ni budjet tinggi sikit dari tahun lepas. Ikut kemampuan.. Ni ha baru bungkus semalam. Mujur dapat duit pecah dari kawan last minit. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan hambaNya. Sebelum ni aku tak sempat nak g cari. Nak buat baik Allah tolong je yer tak..
Di penutup saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Jika ada salah silap tu haraplah dimaafkan. Nanti perginya ramadhan jangan lalai pula yer. Ingat2 lah orang yang kurang bernasib baik. Sebab itulah hikmahnya kita berpuasa yer tak..

Thursday, September 18, 2008

Untuk kali kedua

Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

Gambau kat sebelah ni merupakan 2 keping tiket ke syurga. Tahun ini merupakan kali kedua aku bayar zakat fitrah dengan menggunakan hasil pendapatan sendiri. Sebelum ni tak kerja abah je yang bayar. Tahun ni kadar bagi negeri selangor ialah RM5.20. Sama seperti tahun lepas.

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sekejap je rasenye da masuk hari ke 20. Pejam celik pejam celik + berlari pakai kain ke masjid tak disedari masa berjalan dengan pantas. Meniti 10 malam terakhir Ramadhan, mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna dalam hidup. Berjemaah di masjid tak tentu kalau kerja malam, dan begitu sebaliknya.. sedih pun ada.

Masa nak bayar zakat tu, nazir tanya "kenapa bayar sorang, bukan kau da nikah ker aritu?"
aku pula jawab "eh bukan saya tu pakcik Buang, orang lain tu. Saya insyaAllah. hehe"
Tersengih je dia dan aku.
Dan suatu hari yang diizinkan, itu adalah t'jawab aku sama apa yang telah dilalui oleh abah ku sendiri.

Monday, September 15, 2008

The secret of the leaves

When it striking my eyes by it's own unique with harmonic color, but it still as a leaves, nothing special.

When ahead to the place, we will see a little insect playing around on the top and bottom. It's just played, not hiding as you think. It only left when rain falling down, but still comeback again. But when the leaves disappear, it lookin for another leaves.

Oh, some people thought that i was did something that they feel it as a worse thing in their life. Ok, my fault. So what XX want me to put the best thing in her life. May i know it? ACTUALLY, i'm not interested at all for that question. So the answer like i'm grabbing a piece of paper and throw it into the dustbin beside me.

Welcome, welcome as i'm joining the zig zag game aka YOYO to be a part of fool partner that always think life is about caring, sharing, spending, crying, this is what i can call "ING(i'm not insured my life at this company)" ON HER life. Hey, I'm not putting my foot and tight it with special rope with her leg for rest of my life. Pity of my 7 uk size.

JUST BECAUSE I DONT LIKE WHAT I DONT WANT IT TO BE HAPPEN WHEN THEY FEEL "DONT" IS JUST A WORDS D.O.N.T.S. - now i'm hate.

Bravo, bravo... knocking my door and feel chances in front of it. Forget it, it just your dreamin. Wake up! are drink when you sleep?. (because i saw air liur basi. hahaha).

In the spacious garden beside a beautiful lake. I saw a group of birds land on the grass playin with each other and... Elsewhere, it was only one snail climbed up on a small stone. It tryin to get to the top. So slow.

Friends..

Thursday, September 11, 2008

Seorang ayah

Balik dari kerja jam 8 pagi aku terus bergegas pergi mengambil adik perempuanku di Uniten untuk mendapatkan IC nya di JPN serdang. Nak kata mengantuk, memang mengantuk. Sebab aku belum tidur lagi.

Seperti yang dirancang, perjalanan ke KLIA memang agak memenatkan mungkin faktor aku baru balik kerja. Jalan yang begitu lapang. Ini adalah kali kedua aku pergi ke KLIA semenjak 1998. Pada masa itu aku sekeluarga menjemput abang sulung iaitu mohd faizal yang baru pulang belajar di us. Mana la nak ingat jalan lagi da lama dah...

Sepanjang hidup aku belum pernah lagi menaiki kapal terbang. Macamana yer rasanya..

Alhamdulillah..
Dengan izin Allah akhirnya abang aku no 2 ni dapat juga pergi ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Disaat terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan 2 anaknya, dia menguatkan semangat untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Aku sentiasa mendoakan keselamatan dan dipermudahkan lah segala urusan abangku ni. Rasa terharu pun ada masa tu..

Abang aku sudah bekerja di Sapura selama lebih 10 tahun dan atas jasanya pihak syarikat memberikan ganjaran untuk menunaikan umrah yang ditaja penuh oleh pihak syarikat. Aku baru kerja setahun, kena tunggu lagi 9 tahun agaknya baru dapat pergi free.. he...

Rombongan umrah ini disertai oleh 70 orang kakitangan sapura yang telah dipilih pada tahun ini. Dan ini adalah program tahunan yang dijalankan oleh pihak syarikat yang sangat prihatin terhadap anak majikannya. Tak menyesal la aku kerja sini. Dalam agreement pun ada tulis pasal bawa kakitangan tiap tahun(seorang sekali) ke Mekah untuk haji. Umrah tak pasti pula. Apa- apa pun diucapkan ribuan terima kasih kepada Sapura kerana sanggup berbelanja besar menaja jemaah ini. Rombongan ini di kendalikan oleh Agensi Andalusia Travel & Tours. Tauke dia ni depan aku amik gambar nih. Siapa lagi kalau tidak bukan iaitu ustaz Daud Che Ngah. Dia duk depan bagi penerangan tapi tak berapa dengar sebab bising. Moden juga ustaz ni pandai main kamera. Maklumla, sebelum ni tak pernah jumpa depan2. Kat tv adala... he.

Masa nak pergi tu, Akak ipar aku menitiskan air mata. Aku rasa hiba jer. Tengah sarat mengandung suami pula takde disisi. Anak dia pulak duk ejek, "eh mama keluarkan air mata. hahaha. mama nangis la. haha". Apela anak buah aku sorang ni. Memang nakal. Dari perasaan hiba bertukar menjadi ceria.

Salam perjuangan abangku!

Friday, September 05, 2008

Sihat

Alhamdulillah... keceriaan jelas terasa di hati dapat juga berjemaah menunaikan solat isyak dan terawih di rumah Allah pada hari ini. Harini cuti kerja jadi mempunyai ruang waktu untuk turun ke masjid bersama rakan2.

Pagi tadi pergi servis kereta. Kena RM139. Ades, airbag punya lampu belum selesai lagi. Apa ler, dah tegur tapi tak buat. Dah kena pergi lagi hari selasa pula. Paling sedih ada pula calar kat bumper depan dengan pembuka pintu. Nape la dia tak buat cermat2...

Tadi dah potong rambut. Selesa sikit kalau tak rimas dah. Tukang gunting pula bertongkat. Nak buat camana, dah takda calon lain yang sesuai.

Fakta Menarik.
Sebelum ni aku sentiasa gantung dan campak2 baju dalam bilik. Bukan sengaja sepahkan, cuma akan dikemaskan kemudian.
Ironinya, bilik aku sentiasa kemas.
Setelah disiasat, rupa-rupanya tukang kemas adalah anak buah ku nama aina. Tak sangka pula dia rajin.
negatifnya - oleh kerana terlalu rajin, abes semua barang2 perkakas komputer(bilik aku ni da macam bengkel komputer) jadi alat permainan mereka2 ni. Contoh : pemutar skru jadi senduk nasi. ades..

macam2 hal..

Wednesday, September 03, 2008

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Kemusykilan Agama Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN
Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal?

JAWAPAN
Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya.

Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya.

Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. Ini kerana ibadat itu bermaksud mentaati perintah Allah SWT dan tidak melakukan maksiat kepadanya.

Dalam hal ini konsep ibadat perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Secara umumnya ulama telah membahagikan ibadat ini kepada dua kategori, iaitu; ibadat umum dan ibadat khusus.

Ibadat khusus ialah ibadat yang difardukan ke atas setiap mukalaf untuk mengerjakannya, seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Sekiranya ibadat-ibadat fardu ini tidak dilakukan tanpa uzur syarie maka si mukalaf itu berdosa. Dosa yang menuntut supaya bertaubat dan taubat dalam meninggalkan fardu ini perlu diqada (diganti).

Manakala ibadat umum pula ialah apa sahaja perkara yang dilakukan oleh seorang hamba yang mukalaf yang membawa kepada kebaikan kepada dirinya, keluarganya serta masyarakatnya. Misalnya, berkerja mencari nafkah untuk diberi anak isteri dan ahli keluarga di bawah jagaannya, bergotong-royong membersihkan kawasan taman atau masjid atau surau, sehingga makan, minum dan tidur juga dikira sebagai ibadat umum.

Maksudnya, kerja saudara di waktu malam di bulan Ramadan juga ibadat. Yang penting saudara pasang niat, bahawa kerja yang saudara lakukan itu demi memelihara maruah diri dan keluarga dengan mencari rezeki untuk mereka. Mungkin saudara terkilan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih, tapi yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan saudara dalam rupa kerja.

Hal ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan Rasul-Nya akan melihat amal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata (untuk menerima balasan), lalu Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Taubah: 94).

Namun demikian, saudara boleh mengambil waktu rehat, atau membahagikan waktu rehat saudara kepada makan dan solat sunat tarawih di tempat kerja saudara. Mungkin waktu rehat yang diperuntukkan sejam, dalam sejam saudara boleh ambil 15 minit untuk makan dan yang selebihnya boleh bertarawih. Untuk melakukan tarawih sebanyak lapan rakaat berserta dengan witir dengan bacaan surah-surah lazim cukup 30 minit.

Apa yang penting bagi kita selaku umat Islam ialah menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan yang boleh membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.

SOALAN
Adakah kita perlu mengambil wuduk semula jika kita telah mengangkat takbir lebih daripada tiga kali?

JAWAPAN
Tidak perlu, ini kerana perbuatan mengangkat takbir lebih daripada sekali atau beberapa tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan wuduk. Maksudnya tidak perlu mengambil wuduk kalau takbir melebihi satu atau dua atau tiga, biarpun beberapa kali ini tidak membatalkan wuduk.

Cuma apa yang perlu ialah fokus dalam mengangkat takbir. Biasanya takbir dianggap tak sah kerana takbir itu tidak dapat disertakan dengan niat. Mungkin niat susah untuk disertakan maka dilihat takbir tak sah. Takbir tidak sah tidak bermaksud membatalkan wuduk.

************************************************************************************

Hari pertama berpuasa, sempat bersahur bersama keluarga. Hari sebelumnya ada buat kenduri doa selamat untuk abang saya no 2 yang akan menunaikan ibadah umrah pada 11 ramadhan ini. Syarikatnya iaitu SAPURA memberi tajaan umrah kepada pekerja mengikut giliran dan dijalankan pada setiap tahun. Pemergiannya ini secara solo kerana isterinya sarat mengandung anak ke-3 nya InsyaAllah. Saya mendoakan semoga setiap ibadahnya disana mendapat berkah tambahan pula di bulan Ramadhan..

Seperti biasa seperti tahun lepas. Tahun ini merupakan tahun kedua saya berpuasa sebagai seorang pekerja. Cuma pada tahun ini, saya keseorangan selama 12 jam berada didalam pejabat kerana kekurangan pekerja. Banyaknya kali pertama. Rasa nak list kan ajer.

- Pergi ke bazar membeli juadah berbuka puasa sorang.
- Berbuka puasa sorang.
- Bersahur sorang.
- Tak rasa penat kerja.

tu je kot. Saya berseorangan hanya bila waktu kerja sahaja. Di rumah tak. Ramai jer ade..

************************************************************************************

Sudah lama tak berkarya. Nak test.

Manusia,
Sudahlah tidak bersyukur,
malah masih meminta2 lagi apa yang terhidang,
ibarat menyuruh menyuap nasi ke mulut,
Sampai bila?
Agaknya masih seperti bayi tidak mampu berdiri sendiri.

Hidup yang penuh propaganda,
Kejap hilang kejap ada.
Yang berada sentiasa diatas,
Dan tentu yang kurang bersepai sahaja di lantai.
Sampai bila?
Agaknya masih bertakuk memikirkan langkah seterusnya.

Menghargai pancaindera,
lihat, dengar, bau, rasa dan sentuhan.
Yang keenam boleh tahu masa depan kononnya.
Atas pinggan tak sama isi dengan bawah pinggan.
Sampai bila?
Agaknya percaya bulat2 dengan kesabaran dapat apa yang diidamkan.

Khayal, sedih, berangan, menangis dan ceria.
Rupanya tak ikhlas untuk diri sendiri.
Sampai bila?

- -

Wednesday, August 27, 2008

Isutzu terjemah al-Quran ke bahasa Jepun

Harini nak kongsi satu cerita menarik tentan perkembangan ISLAM kini. Petikan ini terbaca pada tempoh hari. Adanya artikel ini disini ialah untuk berkongsi bersama rakan2 blogger yan tak berkesempatan baca surat khabar utusan. Saya semakin berminat cerita2 begini kerana kebelakangan ini saya banyak mendengar ceramah tentang kebangkitan ISLAM di barat. MasyaAllah...

APABILA menyebut tokoh-tokoh dan ilmuwan Jepun, apa yang terlintas tentulah kecanggihan dalam kemajuan teknologi pembuatannya yang kini telah menguasai kehidupan seluruh warga penduduk dunia.

Yang jarang, malah langsung tidak diperkatakan umum mengenai ketokohan warga negara matahari terbit itu ialah dalam pengkajian serta keilmuan Islam.

Sebaliknya warga Jepun diketahui terlalu kuat berpegang dengan spiritual warisan budaya tradisi yang berasaskan anutan agama Buddha (zed Buddha).

Toshihiku Isutzu (1914-1993) adalah nama agak asing untuk dikait atau diletak dalam senarai nama-nama sarjana dan ilmuwan Islam pada abad ini.

Begitupun kedudukan Isutzu di kalangan ahli akademik dan para sarjana yang terlibat dalam pengajian serta pengkajian Islam dunia masa kini agak istimewa.

Bagi ahli akademik dan pengkaji pengajian Islam dunia, Profesor Isutzu adalah ‘pendakwah’ dan ‘ilmuwan’ sebenar dalam menyebar serta mengembangkan pemahaman tentang Islam.

Kegigihan dan kemampuan Isutzu dalam mendalami Islam membolehkan beliau menterjemahkan al-Quran ke dalam bahasa Jepun memang wajar diberi penghormatan. Ini dilakukan pada tahun 1958.

Dalam bidang keilmuan, sukar untuk sesiapapun menyangkal malah menyaingi kemampuan Isutzu.

Keupayaannya menguasai dan mahir dalam lebih 20 bahasa milik bangsa-bangsa bertamadun utama dunia termasuk bahasa klasik Sanskrit, Hebrew, Persia, Cina, Turki dan Arab di samping pelbagai bahasa Eropah moden dianggap suatu misteri dan unik.

Terlibat dalam pembentangan pelbagai persidangan, syarahan, kuliah pengajaran, pengajian dan penyelidikan mengenai Pengajian Islam di universiti-universiti Asia, Asia Barat mahupun Eropah, nama Isutzu dicatat sebagai sarjana Islam sejati dalam sejarah hubungan Jepun-Muslim abad ini.

Menyedari betapa besar dan hebatnya semangat perjuangan serta sumbangan Isutzu terhadap Muslim di Jepun dan agama Islam keseluruhannya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk pertama kalinya mengadakan perbincangan khas mengenai pemikiran yang beliau wariskan itu.

Karya ilmiah hasil pemikir dan ilmuwan legenda Jepun dalam Pengajian Islam itu dibincangkan pada Persidangan Antarabangsa Sarjana Islam Masa Kini: Pembabitan Bangsa Jepun Dalam Pengajian Islam Melalui Legenda Toshihiko Isutzu.

Persidangan tiga hari itu dikelolakan oleh Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Kulliyyah Sains Kemanusiaan dan Penilaian Pemikiran Islam UIAM dengan kerjasama Yayasan Jepun.

Lebih 30 ahli akademik dan sarjana dalam pengajian Islam dari Malaysia, Jepun, Turki, Iran, India, Syria, Pakistan, United Kingdom dan Kanada terlibat dalam pembentangan yang berlangsung di bilik senat UIAM pada 5 hingga 7 Ogos lalu.

Hadir sama ialah Rektor UIAM, Prof. Datuk Dr. Syed Arabi Aidit.

Pada persidangan tersebut Prof. Dr. Mehmet Atalay berpendapat, Isutzu bukan jenis golongan orientalis.

Menurut beliau, Isutzu diibarat gabungan orientalis barat dan timur, tetapi tidak terpengaruh atau dipengaruhi budaya orientalis barat.

“Isutzu punya pendirian dan prinsip tersendiri malah merupakan intelektual terbaik dalam profesionnya serta mempunyai kepercayaan yang kukuh terhadap Islam.

“Kita mungkin boleh memaafkan kekurangan serta kelemahannya, tetapi tidak boleh melupa atau meminggirkan sumbangan hasil karya, pemikiran dan kajiannya mengenai Islam,” kata Dr. Atalay.

Malah pensyarah Universiti Istanbul, Turki itu menyifatkan Profesor Isutzu sebagai pelopor yang berpendirian dalam membicara serta menghasilkan kajian khusus terhadap falsafah dan ilmu kejiwaan (spiritual) keagamaan.

Menurut Dr. Atalay, Isutzu tidak seperti orientalis barat malah beliau tidak terpengaruh dengannya. Sebaliknya menghasilkan yang terbaik dalam profesion keilmuannya mengikut kefahaman, pengalaman serta pengamatan sendiri untuk dikongsi kepada masyarakat audiennya terhadap Islam.

Cuma beritahu beliau lagi, metodologi pengajian Islam itu sendiri perlu diteliti semula dengan lebih serius bagi mengelak konflik skop pengkajian kalangan sarjana orientalis dan bukan orientalis terhadap agama Islam.

Ini kerana tegas Dr. Atalay, sarjana dan ilmuwan Islam atau bukan Islam bebas untuk mengkaji mengenai Islam, tetapi mesti faham dan tahu membezakan antara yang tersirat dan tersurat dalam setiap isi kandungan al-Quran.

Isutzu pada fikiran Prof. Dr. Mohamed El-Tahir El-Mesawi pula, dianggap kurang memahami secara mendalam mengenai apa yang tersirat dalam kebanyakan kandungan al-Quran.

Kajian Isutzu menurut pensyarah di UIAM itu, terlalu dipengaruhi oleh pengalaman mendalam beliau terhadap ilmu kejiwaan atau spiritual penganut zed buddha serta agama semetik.

“Sikap dan cara berfikir serta kajiannya bersifat terlalu memahami keagamaan melalui kejiwaan dan budaya manusia penganutnya tanpa menyentuh secara mendalam mengenai bahasa al-Quran itu sendiri,” ujarnya.

Untuk itu tegas El-Mesawi, pemahaman yang mendalam terhadap al-Quran dan bahasa Arab sangat penting dalam metodologi Pengajian Islam.

Prof. Dr. Abdul Kabir Hussain Solihu pula berkata, memahami spiritual dan budaya agama semetik adalah jalan paling mudah untuk memahami al-Quran di kalangan yang tidak dilahirkan sebagai Muslim.

Isutzu menurut pensyarah UAIM itu, begitu menjiwai semangat spiritual dan budaya semetik terutama yang diamalkan kebanyakan Muslim.

Dalam masa yang sama tambah Abdul Kabir, beliau memahami al-Quran tetapi penjiwaannya sebagai pengamal spiritual zed Buddha sejak dilahirkan lebih kuat.

Tetapi dalam mertabat keilmuan Islam kata Dr. Abdul Kabir yang menjadi pembeza antara pemahaman spiritual dan budaya di samping kefahaman terhadap bahasa al-Quran adalah iman dan ketakwaan individu.

“Apa yang dilakukan oleh Isutzu adalah penghasilan analisisnya terhadap spiritual agama semetik, khususnya Islam dan zed buddha serta amalan budaya warisan penganut keagamaan yang pelbagai itu sendiri,” ujarnya.

Malah Prof. Dr. Ibrahim Zein berkata, pemikiran Isutzu relevan untuk semua khususnya ilmuwan dan sarjana Islam.

Kajian Isuztu bagaimana menurut beliau, lebih menjurus kepada bahasa al-Quran dalam aspek keajaiban, budaya dan tradisi, retorik serta kejiwaan manusia.

Bagi sarjana Jepun pula, Isutzu adalah satu-satunya legenda yang telah mewariskan keilmuan Pengajian Islam tidak ternilai harganya untuk bangsa mereka.

Lantaran itu Duta Jepun di Malaysia, Masahiko Horie menyifatkan Isutzu sebagai ‘bapa’ kepada rakyat Jepun dalam Pengajian Islam.

Profesor Dr. Isutzu menurut Horie telah digelar sebagai ‘Bapa Yayasan Pengajian Islam Jepun’ kerana sumbangan dan pembabitan besarnya dalam membantu masyarakat Jepun memahami dan mempelajari Islam secara spiritual.

Sementara itu, Prof. Kojiro Nakamura dari Universiti Tokyo pula memberitahu, zed buddha yang dijiwai dan diamal sejak kecil di samping falsafah orientalis yang dikajinya menjadikan Isutzu bersifat lebih merendah diri dalam keilmuannya.

“Yang jelas Isutzu telah mengenengahkan metodologi tersendiri secara toleran dalam analisis mengenai keajaiban pada kesamaan dan perbezaan semangat serta amalan spiritual dan budaya beragama,” jelasnya.

Prof. Yoshitsugu Sawai pula berpendapat, pemikiran Isuztu memperlihatkan kepada kita bagaimana falsafah ketimuran mempengaruhi amalan semetik kehidupan nyata manusia.

Pensyarah Universiti Tenri, Jepun itu berkata, pemikiran falsafah ketimuran yang diketengahkan oleh Isutzu adalah berpandukan kepelbagaian pemikiran dan budaya tradisi masyarakat timur yang diiringkan dengan kemajuan semasa.

Malah katanya, metodologi semetik dan falsafah timur pada perspektif Isutzu saling berkait kerana pengkajian serta pemikiran falsafahnya meliputi semua agama semetik serta cabangnya di samping agama lain termasuk Buddha dan Hindu.

Dalam pada itu, tidak ada ahli panel menyentuh mengenai keislaman mahupun keimanan ‘legenda Islam Isutzu’ yang mewariskan naskhah kitab suci al-Quran dalam bahasa Jepun untuk rakyat negara matahari terbit itu.

Sebaliknya, kebanyakan mereka membayangkan keraguan masing-masing terhadap akidah serta pendirian ‘ilmuwan Islam’ Jepun itu mengenai kalimah syahadahnya sebagai Muslim meskipun mengakui kehebatan ‘keislaman’ beliau.

Ini jelas seperti yang dikatakan oleh Pensyarah dari Universiti Kanada, Prof. Dr. Ibrahim Abu Rabi di mana menurut beliau: “Sesiapa pun berhak mengkaji dan memahami al-Quran serta Islam dan mengakui keunikan, kehebatan mahupun kebenarannya. Tetapi soal akidah dan ketauhidan diri ia perkara lain.”

Sebabnya kata Dr. Ibrahim, sesiapa yang mengkaji Islam dan al-Quran dengan berfikir serta membuat analisis, mereka akan menemui kebenaran yang hakiki.

“Itulah yang berlaku di Eropah selepas peristiwa 11 September, di mana lebih 20 peratus masyarakat Barat telah mendaftar mengikuti Pengajian Islam,” ujarnya.

Malah tambah beliau, keilmuan adalah kuasa paling dominan untuk menyekat dan mengatasi persepsi buruk bukan Islam terhadap Islam dan mengembalikan Islam pada kedudukan sebenar.

Sunday, August 24, 2008

Pengalaman

Dugh!!, dughh..!, duughh..!!.. bunyi Genset yang berfungsi malam tadi. Sebaik sahaja pintu enjin dibuka, bunyinya semakin kuat sehinggakan membingitkan gegendang telinga saya. Ini adalah kali pertama saya masuk kedalam kawasan Genset. Genset adalah merujuk kepada "electrical generator" yang berfungsi menghasilkan tenaga elektrik sebaik sahaja bekalan utama dari TNB putus. Lebih kurang generator di pasar malam cuma saiznya lebih besar kerana perlu membekalkan tenaga elektrik secukupnya untuk segala peratalan elektrik terutamanya server client yang terdapat di pejabat saya.

(gambar merujuk kepada Genset. Tapi yang ni yang kecik punya.)

Agaknya saya seorang yang terlepas dengan peringatan tentang gangguan elektrik pada malam tadi. Saya diberitahu sebaik sahaja sampai di pejabat jam 8.00 malam. Dan pada masa yang sama Saiful dari shift lain turut hadir bagi mengendalikan Genset tersebut. Kira malam tadi saya tidaklah keseorangan seperti hari2 sebelum ini. Maklumlah, semenjak setahun lebih saya disini, tidak pernah lagi saya menghaddapi perkara ini. Ini adalah satu pengalaman yang saya sukar untuk dilupakan. Saya dapat merasai sendiri bagaimana jika saya bekerja di bilik enjin di dalam kapal2 laut seperti kapal minyak yang perlu menyemak kelancaran enjin di bahagian enjin yang sangat besar.

Dikesempatan ini, Saiful menyatakan hasratnya untuk belajar bahasa programming PHP dan MySQL dengan saya. Walaupun saya tidak berapa ingat tentang koding ini, namun apabila cuba membuatnya kembali saya terasa makin seronok. Alhamdulillah, ingatan saya masih kuat untuk mengingati kembali tentang konsep programming yang sudah hampir 2 tahun saya tinggalkan.

Pagi ini semasa pertukaran shift, Fahmi bekas partner saya membuka cerita tentang cuti di musim perayaan aidilfitri nanti. Agaknya tahun ini macamana ya. Harap dapat kami bercuti kerana pada tahun lepas kami hanya berdua kerja selama 6 hari berturut dengan kadar shift 12 jam!.

*********************************************************************************************

Sebaik bangun tidur dan keluar dari bilik, anak kepada Jamaluddin iaitu cucu kepada sepupu ayah saya bertanyakan sesuatu pada saya. "Pak Lang kata nak amik tapi atuk(ayah saya) takda rumah.. Abi pergi konvo atuk mana ntah pergi". Apa saya nak jawab. Tengah mamai baru bagun tidur. Iyakan aja.. he..

Terasa perbezaan antara saudara dari melaka dan pahang. Melaka merujuk kepada keluarga sebelah ibunda saya, dan pahang meruju kepada keluarga ayahanda saya. Apa ya perbezaannya?

Perbezaannya adalah suasana.

Jika saudara dari melaka, kesemuanya AMAT petah bercakap tak kira la sesiapa dari kecik hingga sudah menjadi seorang nenek termasuklah ibunda saya sendiri. Dan suasana ini amat dirasai kerana ada sahaja perkara yang ingin dipercakapkan. Suasana begini meriah dan sangat membahagiakan jika semua dapat berkumpul sama.

Jika saudara dari Pahang, kesemuanya AMAT pendiam dan menjaga tatatertib dalam berbicara. Biasanya bercakap bila perlu dan seperti agak2 pemalu sedikit. Jikalau bergurau senda pun, bahasa yang dilontarkan kemas dan terhibur yang tidak semua peringkat faham akan fakta yang disampaikan termasuklah saya.

Perbezaan yang amat ketara. Hendak membiasakannya, boleh. Tapi hubungan adik beradik tetap akan berat ke melaka. hehe.. Contohnya, jika kami sekeluarga balik kampung ke Pahang, gurauan kami sekeluarga adalah Melaka. Tetapi apabila bertutur dengan saudara mara di sana, kami berubah! bukan berlakon jadi baik ke apa. Cuma kadang2 kita kena sesuaikan diri kita di tempat2 yang tertentu.

*********************************************************************************************

Dah lama tidak berjumpa rakan-rakan bolasepak saya. Nak ikutkan ada masa, sebenarnya sentiasa tiada masa. Cuma penyusunan masa tu yang penting.

*********************************************************************************************

Minggu lepas mak beritahu jika ingin daftar untuk menunaikan haji pada tahun ini dengan lembaga tabung haji, giliran kita akan sampai pada tahun 2022. WAH!, selepas wawasan 2020 iaitu pada umur 36 tahun. Tahun lepas rancang hendak pergi sebelum umur 30. Atau sebaik sahaja beristeri. Cewah.. Tapi itu adalah sasaran saya sebenarnya.

Thursday, August 21, 2008

50 panggilan telefon

Agak kalut sedikit pada hari ini kerana banyak permintaan terhadap saya pada harini. Pagi-pagi lagi dah tak dapat pergi keje. Kena berkejar ke Shah Alam sebab lepastu tak lama kena ambil abang di hospital Selayang nak selesaikan hal dia dengan doktor2 kat situ. Oleh kerana dia takleh jalan saya kena pimpin atau tolak kerusi roda dia. Pagi sahaja lebih kurang 20 call masuk tanya itu ini. Antaranya :-

soalan : fauzy kat mana?
jawapan : pejabat.
komen saya : alasan bila ada di pejabat, orang tidak akan menyuruh saya buat sesuatu perkara seperti memerlukan bantuan. Tetapi pada masa sama akan bertanya hal tersebut untuk menilai keutamaannya jika saya buat yang tu, tangguh kan yang lain kejap. Macam keep safe la. Bukan tak mahu tolong, takut tak mampu nak laksanakan tugas yang beratur nak kena siapkan. Hari ni je da delay projek nak kena design system sebelum masuk fasa analisa. Tips ni saya minta dari pengurus tempat saya bekerja semalam. Sebab saya dah mula terasa beban sedikit demi sedikit di kala saya sedang menjalankan tanggungjawab seperti biasa. Tu tak termasuk nak selesaikan hal pindah hak milik kenderaan dengan pihak ketiga.

Soalan : fauzy, saya mau u punya report sama geran motosikal WNY XXXX sebab pihak insuran mintak. Jumpa u dekat Giant baru caves situ ada Kentucky.
Jawapan : Ok, jumpa kat sana jam 2.
Komen saya : Ini dah cerita tiba2 pasal motor yang sudah 3 bulan tersadai kat bengkel untuk claim insuran atas kehilangan. Waktu ni tengah pandu kereta balik dari Shah Alam. Masa tu hujan lebat jem juga. Tiba2 wiper kereta pula tercabut. Nasib baik la tak tertanggal terus sampai tercicir. Dah berguris cermin depan. Yang peliknya apek ni dah lambat bagi respon untuk claim insuran moto tu. Geram..

Soalan : fauzy, boleh minta tolong tak. Kereta wira kau eksiden semalam. Teruk sampai nak kena 3-4 ribu nak baiki. Sebab insuran tu belum tukar nama lagi. Takpa tak pakai duit kau, insuran aja..
Jawapan : Driver dia ok tak?. Nanti saya uruskan dengan abang saya. Dia kerja. Saya pulak kat PJ ni. Apa-apa nanti saya bgtau.
Komen saya : Baru malam tadi bersembang dengan abang tu. Dia orang susah berhijrah dari kelantan ke perak. Kemudian rezekinya pula ada di KL. Saya pun buka cerita mengenai kejadian abang saya eksiden di susur masuk ke LDP dari kepong. Dia sendiri bgtau, "benda nak jadi, jadi juga". Yep, itu qada dan qadar. Selang sehari iaitu pada pagi ini, dia pula call minta bantuan untuk insuran. Benda yang sama, dia ulang kembali perkataan itu. Cerita lain, dia berhijrah ke KL pun kerja kilang. 12 jam letih sangat dengan gaji yang cukup makan ajer... Sambil tu dia boleh buat part time jual kereta amik komisen sikit. Terasa sungguh dia kata gini. Saya yang kerja pejabat pun kadang2 merungut penat. Inilah tarbiyah dari Allah yang datang spontan malam tu membuatkan saya menjadi insan yang lebih bersyukur.

Wednesday, August 20, 2008

Dan sesuatu, Blueberry Tea

Harini balik keje awal sedikit tidak seperti biasa. Sepanjang jalan teringat akan panggilan untuk temujanji mengambil sesuatu. Sesuatu yang menggembirakan.

Lagi nak cepat, lagi pula tiba2 jalan jem semacam. Dugaan suma tu.

Tuesday, August 19, 2008

Macamana kalau kita..

Selepas menunaikan solat fardhu Zuhur, bawa keluarga pergi melawat abang sulung saya yang berada di hospital Selayang. Harini dia dia menghadapi pembedahan buku lali kirinya kerana terdapat keretakan yang serius akibat daripada kemalangan jalanraya minggu lepas.

Sementara menunggu abang saya, kebetulan rakan sekolah rendah dan juga menengah saya berada di katil sebelah. Dia juga cedera agak teruk pada peha kirinya. Matanya kemerahan. Akibat yang sama, kemalangan semasa menunggang motosikal. Masing2 baru keluar bilik pembedahan dan sedang menahan sakit kerana kehabisan bius agaknya.

Anak abang saya, Aina dan juga Qila takut dengan situasi disana. Lagi2 nampak darah yang berada disalur air masuk ketangan tu. he.. Pastu lama2 ok sikit. Hampir sejam tunggu abang saya keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Saya cuba membayangkan jika saya berada di tempat tersebut. Saya sering menunggang motor pegi dan balik kerja. Sepanjang setahun ulang alik dari batu caves - Serdang, sudah 2 kali saya melihat sendiri mayat terbujur di tengah jalan. Memang menakutkan.

Ya Allah, kepadaMU ku memohon perlindungan...

Monday, August 18, 2008

Merintis dengan bermula

Alhamdulillah...
Syukur kehadrat ilahi dengan keizinannya dapat kami semua berkumpul bersama mengeratkan lagi ukhwah.

Biarpun hanya beberapa sahaja yang dapat hadir, namun apa yang dirasakan adalah satu permulaan yang sangat baik dari pelbagai sudut memandangkan ini adalah yang kali pertama diadakan secara rasmi biarpun agak santai.

Dimana disini mula titik tolak untuk program seterusnya yang bakal dijalankan bagi mengisi jiwa dengan sifat2 mahmudah. Walaupun bermula agak lambat, tapi semua setia menunggu ketibaan Ustaz Din iaitu selaku admin web halaqah.net. Sungguh saya kagum dengan seorang ustaz yang tiada latar belakang pelajaran Komputer mampu menghasilkan sebuah laman web yang bermanfaat hasil gabungan ilmu agama yang dipelajarinya. Itulah sebahagian kesempurnaan gabungan ilmu kurniaan Allah taala..

InsyaAllah, jumpa lagi dimasa akan datang. Syukran..

Setelah tamat program, bawa adik berjalan pusing KLCC. Penatnya alahai baru balik kerja pagi tu. Buat kuat je jalan ikut kehendak dia.

Monday, August 04, 2008

Ulantahun hari lahir ku ke 22

Akhirnya aku berkesempatan juga menulis pada hari ulangtahun kelahiran aku sendiri. Biarpun agak sibuk dengan kerja dan juga tugas, namun berkesempatan juga melayani rakan2 yang setia mengekalkan ukhwah. Tak lupa juga kepada kawan lama yang da lama tak contact. Macam tak caye je. Berikut adalah list yang sudi wish kat aku.

dayah
nurul
darwies
enor
niza

iwan
kupol

siti
kak zaiti
kak faseh
kak za
kak wani
hanif
marlina
zul

hannah
maryam
ain
alin (kawan dak atul)
hawa

mak andak

nadira

sapid
jana
alin
aleyya

hafiq
eppy
ani
aiza
nazrul
nadia

Nama di kumpulkan mengikut kumpulan tertentu kerana aku ni ada macam2 kawan. Tahun ni rasa wish makin berkurangan tak macam tahun2 lepas. Berduyun mesej masuk bila jam 12 tgh malam. Tapi skrg tak. Tu maknanya da semakin berusia.

Semuanya ucap lebih kurang "selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur dan dipertemukan jodoh".

adeh, bab jodoh ni lemah seket.. he.

semenjak masuk umur 22 tahun ini, aku sudah mulakan satu cara hidup baru iaitu mahu lebih berfikiran matang. Perangai budak2 pun macam da kurang sikit.

Wednesday, July 23, 2008

Akhirnya Wajah Baru dengan cendawan

Setelah lama menyepi akhirnya saya membuat keputusan untuk mengubah sikit wajah blog saya ni. Ini semua adalah gara2 mempunyai sedikit masa terluang dan kehadiran komputer baru untuk pejabat saya ni. Saya hanya menggunakan 2 perisian utama iaitu illustrator dan juga Photoshop..

Dimasa yang sama sedang giat membuat design konsep dan menu makanan untuk restoran buger untuk sebuah syarikat bumiputera. Yang lemahnya, klien saya tu nak suruh saya sediakan menu sekali. Apa yang aku tau makan ajer.. Lepas doa2 dapat ilham nak buat beger berkonsepkan perisa cendawan. Kiranya cendawan adalah menu tulang belakang mereka. Nama Restoran ini adalah KOJEK. Lalu tercetus la sloga, Kojek - When mushroom meet burger. (Curi idea dari web grafik Deviantart - when art meet application). Kiranya selepas ini menunya berasaskan cendawan. Tak sangka dapat kerja macamni. Ingatkan lukis kan ajer.. huhu..

Oleh kerana pemiliknya memang suka berniaga, jadi saya pun turut suka untuk memberi idea. Kerana saya tak akan rasa selesa kalau apa yang saya hendak hasilkan itu adalah sesuatu yang saya tak berapa gemar. Contoh sudah berlaku - Iklan minyak pelincir. adeh..
Saya merasakan konsep cendawan boleh menjadi sebuah makanan yang dapat menarik perhatian semua peringkat. Lagipun rakyat Malaysia suka makan cendawan termasuklah saya. (kali terakhir menu kesukaan saya mak masak cendawan tumis air.)

Nantikan kemunculannya dimasa akan datang..

mungkin saya ni terlalu bercita-cita tinggi. Tapi itulah saya.

Harini ingat nak pegi booked kereta. Pastu hujan tak jadi la..

Takpela yang itu. Harini maryam meluahkan perasaannya. Harap aku sudah buat yang terbaik untuk menasihatinya. 2-3 hari ni saya kerap tengok dan dengar orang menangis. Tapi saya sendiri tak menangis.

Ok, harap semua dapat meriahkan perhimpunan halaqian pada 17 ogos ini.

Wednesday, July 16, 2008

Gathering Halaqah.net


Assalamualaikum wrt..

Kepada semua yang membaca harap dapat menghadirkan diri di perhimpunan halaqian yang pertama kali dianjurkan sepanjang 2 tahun lahirnya forum halaqah.net.

Semoga urusan kita semua dipermudahkan olehNya...

berikut adalah butiran agenda yang ingin dijalankan.

TARIKH: 17 OGOS 2008
TEMPAT: MASJID AS-SYAKIRIN KLCC
MASA: 10-PG

TENTATIF PROGRAM:

10.00pg - Pendaftaran
+ Ucapan Mudir Halaqah
+ Suai Kenal - Muslimin sama muslimin begitulah muslimat.(asing)
+ Pelantikan Rasmi AJK Halaqah
+ Brainstorming ringkas tentang Matlamat dan tujuan Halaqah. Dan perancangan masa depan.
+ Memperkenalkan AJK Halaqah yang baru dilantik.

Penukaran akan dimaklumkan.

Datang bawa bersama teman dan juga ahli keluarga bagi menjayakan perhimpunan yang penuh makna ini.

Ini adalah kali PERTAMA dalam hidup saya mengendalikan dan berhimpun dengan sahabat2 yang berada di alam maya cyber ini. Sesuai dengan tema halaqah "ISLAM UNTUK SEMUA".

jom layari : http://halaqah.net/v10/index.php

Friday, July 04, 2008

Inilah dunia hari ini

Saya tidaklah pandai berbicara tentang politik tanah air. Tetapi menjadi kewajipan saya untuk mengambil tahu tentang senario yang berlaku sekarang.

Apa yang kita dapat lalui, seolah peperangan moden sedang berlaku dengan rancak masa ini dengan masing-masing fitnah menfitnah, membuka pekong dan memburukkan orang lain. Pada pendapat saya, perkara macamni tidak seharusnya berlaku dalam pemikiran moden yang lebih matang dan profesional. Namun, isi durian kadangkala tidak sama. Mungkin itu adalah suatu kepuasaan cuma yang tersiratnya, mahu menjatuhkan orang lain. Perkara ini akan berbalik, jadi tak siapa pun akan terlepas. Jawablah dengan tuhan kelak.

*************************************************************************************

Hari ini di pejabat tiba2 je ada buat penilaian prestasi. Mujur ada bos yang baik hati mudah hendak berbicara. Seorang demi seorang keluar masuk bilik meeting. Bila tiba turn saya, alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun agak ketakutan pada mulanya.

Sedihnya harini, terlambat ke masjid untuk solat Jumaat. Sampai2 je dengar baru iqamah. Tapi kurang la pahala sebab dah miss khutbah. Nasib baikla masjid UPM ada sediakan teks khutbah untuk makmum untuk dijadikan rujukan. sedih sangat..

Rasanya lepas ni memang nekad pergi sendiri je. Selama ni menumpang. Minggu lepas semua macam tak endah je jam da tunjuk pukul 1 petang. Masih relaks2 lagi surfing internet. Pastu pegi la jam 1.30 petang. Harini 1.40 baru nak pergi. Memang lepasni aku pergi sendiri la. Geram tul!

aku yang sangat geram.

Tuesday, July 01, 2008

Proses daripada niat

Saya rasa harini la balik rumah paling lewat oleh sebab berbincang bisnes dengan rakan busines dan juga rakan2 saya yang lain. Harini juga saya banyak berkongsi pandangan dengan leader saya iaitu cik Erli. Seorang wanita yang kuat bekerja, yang perjalanan dia dalam bisnes ini adalah sama sahaja seperti yang sedang saya lalui sekarang. Dan tidak hairan jika diizinkan Allah, saya bakal berada ditempatnya. Juga saya amat senang hati untuk berkongsi pengalaman saya yang tak seberapa dalam bisnes ini.

Walaupun saya kurang meletakkan komitmen didalam perniagaan ini kerana saya mempunyai pekerjaan lain, saya masih lagi mendapat sokongan dari rakan2 seperjuangan saya yang hari2 tidak putus memberi saya semangat untuk terus berjaya. Saya selalu berasa agak lemah jika berkeseorangan. Mujur ada sebuah komuniti yang wujud dalam hidup saya dan membantu saya dalam mencapai matlamat hidup.

Tadi banyak berbincang tentang kesungguhan dalam perkara yang kita niatkan. Kalini kami di seru untuk mendoublekan usaha yang telah dilakukan sebelum ini.

Sudah sampai masanya untuk memproses niat yang telah dicapai.

Sunday, June 29, 2008

Kerja membina web dan grafik

Yang berbahagia, tuan pengerusi majlis.

Nampaknya tuan pengerusi majlis sahaja yang bahagia. Saya yang duk mendengar ni duk mengangguk aja apa yang diucapkan oleh mc tu..

Sebenarnya kisah kerja didalam kerja.
Sebagaimana saya cuba memaksimumkan diri dalam pelbagai bidang dan cabang ilmu yang terbentang luas.

Kali ini cuma ingin senaraikan kerja-kerja yang saya sedang lakukan pada masa ini.
- Laman web DataOne Asia
- Laman web Narsqo termasuk la department2 nye.
- Laman web Pemuda PAS Kuala Terengganu

Kerja mengemaskini :
- Laman web BALADI
- Laman web MyMMC

Kerja-kerja grafik :
- Iklan Narsqo
- Kelab Kereta Barracuda

Saya seorang yang amat cerewet dalam menghasilkan lukisan. Jadi selalu akan ambil masa untuk siap sempurna. Sebenarnya tak la berapa sempurna pun..

Masa yang sama sedang memonitor wireless network kampungwifi.

Masa yang sama jalankan perniagaan. Selalunya pada sebelah malam. Itupun kalau tak kerja malam.

Dah 2 minggu aku tak ke masjid (kecuali jumaat). Pastu tadi tadi aku ternampak sebuah hadith di PUSRAWI. Ini hadith sebenarnya. (alhamdulillah, nasib baikla ada rujukan)

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda:

Barang siapa yang menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah akan menyukai pertemuan dengannya. Dan barang siapa yang tidak menyukai pertemuan dengan Allah, maka Allah tidak akan menyukai pertemuan dengannya. Aku bertanya: Wahai baginda, bagaimana dengan kebencian terhadap kematian karena semua kita membenci kematian? Beliau menjawab: Bukan begitu, tetapi seorang mukmin apabila diberi kabar gembira dengan rahmat Allah, keridaan dan surga-Nya, maka dia akan senang bertemu dengan Allah dan Allah akan senang bertemu dengannya. Dan sesungguhnya orang kafir apabila diberitahukan tentang siksaan serta kemurkaan Allah, maka dia akan membenci pertemuan dengan Allah sehingga Allah pun akan membenci pertemuan dengannya.

sumber : http://hadith.al-islam.com/Bayan/Tree.asp?Lang=ind&ID=934

Sebenarnya aku tak berapa ingat hadith tu. Biasala, dalam kereta sekali lalu. Sebab masa tu mindset dah terasa betul lama tak jejak kaki ke dalam Rumah Allah dan berjemaah solat fardhu.

Ya Allah, permudahkanla segala urusan ku...

Harini pagi jam 9 dapat panggilan dari abang saya. Mengajak bermain bolasepak untuk pasukan Masjid An-nur di pertandingan piala YB PKR. Lalu pergi la bermain kejap walaupun tak dapat main. Sebab sudah cukup orang. sedihnya... Kemudian balik rumah, makan cekodok pisang mak buat.

Esok nak tukar tayar motor sebab sudah botak dimamah usia. Lagipun ada paku terbenam ke dalam tayar. Cabut karang keluar angin. Cabut tak cabut, yang keluar duit juga... duit duit...

Saturday, June 28, 2008

Lukisan banyak makna

Mungkin segelintir dari kita memikirkan sesuatu yang mampu membuatkan kita menyebut "wah" apabila melihat sesuatu yang mengkagumkan. Boleh jadi kita akan merasa kurang senang dengan tindakan yang dicerminkan dirinya. Boleh jadi juga kita akan merasa geli hati dan bercampur geram.

Mudah saja, jika kita melihat lukisan disebelah ini, ia mencerminkan sesuatu yang lucu. Itu pada anda, tetapi tidak saya. Cuma sekurang-kurangnya saya sudah memberi peluang kepada anak-anak buah saya menyerlahkan bakat mereka dengan mencoret sebuah lukisan cetusan dari imaginasinya di almari pakaian saya.

Saya baru bangun tidur kerana bekerja sebelah malam sebelum itu. Celik mata yang kekaburan dek taik mata melihat rangka-rangka bewarna merah. Kemusyikilan hanya terjawab selepas membesarkan kelopak mata. Cuma anak mata tidak turut serta, kerana hari yang agak terang. Mulanya teringat bagaimana manusia di zaman paleolitk yang wujud antara tahun 50 000 SM - 10 000 SM. Pada dinding gua terdapat gambar-gambar yang dilukis oleh mereka untuk melahirkan idea dan perasaan mereka. Dan ini sudah pun terjadi sebaik sahaja saya memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang olehNya untuk menambah amal.

Mungkin sekarang sudah moden, guna pen maker dan juga pintu almari baju sudah cukup. Rasanya tak perlu lagi nak menggunakan batu untuk mencoret pada dinding gua. Cuma perlu mengalunkan tangan sahaja..

Yang kelakarnya, si penconteng tidak mengaku. Tetapi biasala budak kecil. Cuma tanya sorang-sorang (ada 4 anak buah untuk disoal siasat). Sebenarnya sudah pun tahu. Cuma tiada siapa yang ingin mengaku kerana takut akan salah.(bagusnya kalau takut berbuat salah dan menghindarinya). Bila ditanya, hanya seorang sahaja mampu memberi maksud pada apa yang tercatat di almari tu. Dah kantoi... hehe

Inilah yang dikatakan kelakar dan geram. Nak marah pun tak boleh sebab ada unsur lucu. Bila nak sebat, rasa tak sampai hati. Cukup la dengan mengangkat tali pinggang 90 darjah dari kepala mangsa.. hehe..

macam2...

Sekarang tengah fikir macamana nak padam...

Thursday, June 26, 2008

Kehebatan Atom Petanda Kekuasaan Tuhan

U dara yang kita gunakan bagi bernafas adalah terdiri daripada atom. Begitujuga makanan dan minuman juga terdiri daripada atom bahkansegala-galanya dalam tubuh manusia itu sendiri terdiri daripada atom.Segala objek yang kita lihat di sekeliling kita juga sebenarnya adalahproton yang bertindak balas pada elektron milik atom di dalam matakita.

Bagaimana pula dengan benda yangkita sentuh dan rasa? Semuanya sama. Tidak kira sama ada ia kerasataupun lembut, kasar ataupun licin, sejuk ataupun panas, semuanyaterdiri daripada atom dalam kulit kita yang bertindak balas dengan atompada setiap objek-objek itu.

Banyak orangmengetahui tubuh badan mereka, planet bumi, galaksi bahkan seluruhpelusuk alam terdiri daripada sejumlah atom-atom kecil. Namun merekamungkin tidak pernah terfikir berkenaan sistem dan kekukuhan unsurpaling asas pada setiap benda iaitu ‘atom’.

Realitinya, manusia berada sangat dekat dengan aturan yang palingsempurna itu sepanjang hidup mereka. Tambah menarik lagi, setiap satudaripada berjuta-juta atom ada pada kerusi yang kita duduk. Ia adasusunan dan sistem yang amat rumit sehingga setiap satu atom hanyadapat dihuraikan pada sebuah buku. Secara lazimnya, setiappengubahsuaian pada susunan semulajadi yang tiada tandingan ini akangagal dan susunan itu tetap dalam keadaan begitu tanpa sedikitkekurangan.

Susunan Pada Setiap Atom

S etiap atom terdiri daripada nukleus dan elektron-elektron yang berputar mengelilingi nukleus pada jarak yang bersesuaian.

E lektron adalah butir-butir zarah yang berputar di sekeliling paksinya.Di sekeliling nukleus itu sendiri sama seperti puataran 24 jam bumiyang berputar pada paksinya dalam proses melengkapkan putaran orbitselama setahun mengelilingi matahari. Sama juga seperti planet-planet,putaran elektron yang teratur pada orbitnya sangat menakjubkan tanpasekali pun berhenti.

P utaran dan pusinganberdozen-dozen elektron menyebabkan ‘lalu lintas’ yang amat sibuk didalam atom yang terlalu kecil untuk dilihat walaupun menggunakanmikroskop berkualiti tinggi. Namun pernahkah kita berfikir bagaimanaelektron-elektron yang berputar seperti sekumpulan satelit,mengelilingi nukleus itu tidak pernah sama sekali berlanggar antarasatu sama lain. Seandainya terjadi perlanggaran walaupun kecil di dalamatom, ia boleh mengakibatkan kesan yang sangat buruk.

N amun sehingga kini tidak pernah ada kemalangan yang terjadi. Semuanyaberjalan mengikut susunan dan aturan yang sempurna tanpa ada sedikitpun cacat celanya. Elektron-elektron yang berputar di sekelilingnukleus tidak pernah berlanggar antara satu sama lain walaupun dalamkelajuan 1000 kilometer sesaat, satu kelajuan yang tidak dapatdigambarkan. Kemampuan setiap elektron mengekalkan laluan masing-masingadalah amat menakjubkan.

P ersoalannya,mengapakah elektron-elektron yang sama di sekeliling satu nukleus adaorbit yang berbeza? Bagaimana ia mampu berputar mengikut orbitnya tanpapernah sekalipun tersasar? Bagaimana ia mampu mengelakkan perlanggaranataupun pergeseran antara satu sama lain dalam proses itu walaupundengan kelajuan yang sukar dibayangkan. Segala-galanya membawa kitakepada satu kesimpulan. Kebenaran yang berada di hadapan kita inimelibatkan unsur yang tiada tandingannya dan juga keseimbangan yanghebat. Ia adalah bukti kesempurnaan ciptaan Tuhan. Dalam ayat 88 surahan-Naml, Allah menyatakan, “Dan kamu lihat gunung-gunung itu, kamusangka dia tetap di tempatnya, padahal ia berjalan seperti pergerakanawan. Begitulah perbuatan Allah yang membuat sesuatu dengan kukuh;sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan".

A yat ini menjelaskan kepada kita hakikat mengapa atom bertindak danbersifat begitu. Ia adalah kerana Tuhan memberikannya kekuatan dankekukuhan yang tersendiri. Perkataan bahasa Arab pada “memberikannyakekuatan dan kekukuhan” ialah ‘atqana’ yang bermaksud 'bagimenyusun atau mengatur sesuatu benda bagi mendapatkan hasil yang palingsempurna’. Elektron-elektron di dalam atom berputar secara tetap dansempurna mengikut laluan yang ditetapkan oleh Tuhan. Hal ini samaseperti apa yang dinyatakan kepada kita dalam ayat tadi.

A tom-atom itu tidak pernah sama sekali tersasar walaupun sedikit.Apatah lagi apabila kita mengambil kira alam semesta ini, kita dapatmelihat segala yang terbentuk daripada jirim mereput secaraperlahan-lahan mengikut peredaran masa. Ia reput disebabkan olehfaktor-faktor luaran seperti terhakis, pecah dan akhirnya menjadisemakin berkurangan. Namun setakat ini, masih belum ada kerosakanataupun pereputan yang dapat dilihat di dalam atom selain daripadareaksi nuklear yang terhasil melalui perubahan yang sengaja dilakukan.Seperti yang dinyatakan dalam ayat tadi, atom itu diciptakan dalamkeadaan yang sangat kukuh.

Tenaga yang Hebat dalam Nukleus Setiap Atom

N ukleus-nukleus atom terdiri daripada proton dan neutron. Namun, apakahtenaga yang mengikat kedua-dua unsur halus itu dalam nukleus? Itulahyang dimaksudkan sebagai 'kekuatan tenaga nuklear’. Tenaga yangdinyatakan oleh hukum fizik sebagai tenaga hebat yang mengikatnukleus-nukleus atom.

T enaga inilah yangmengikat proton dan neutron seutuhnya. Tenaga ini amat berkuasasehingga ia mampu melekatkan proton dan neutron dalam nukleus. Dalammasa yang sama, ia memisahkan dan mengasingkan kedua-duanya. Sekiranyatenaga ini ada lebih kuasa pengikat, proton dan neutron akan bergabungantara satu sama lain. Sekiranya kuasa pengikat lemah, kedua-duanyaakan bertebaran dan atom akan hancur.

A pabila tenaga hebat dalam nukleus itu dibebaskan, atom akan berpisahdan pecah seterusnya menghasilkan tenaga yang menggerunkan dikenalisebagai tenaga nuklear. Semakin bertambah jumlah proton dan neutron,semakin besar saiz nukleus. Oleh hal yang demikian, semakin kuatlahmagnitud tenaga yang mengikat unsur-unsur halus itu.

P roses pemisahan tenaga yang mengikat proton dan neutron adalah sukarbagi nukleus-nukleus yang lebih besar. Apabila unsur-unsur halus ituterpisah antara satu sama lain, ia akan cuba untuk kembali bersamadengan tenaga yang lebih besar dan kuat, seperti satu spring. Tenagaini dianggarkan 1038 kali ganda lebih besar berbanding graviti. Dalamerti kata lain, beratus- ratus juta lebih besar tenaganya. Selagi manatenaga itu tidak diusik ataupun diubah, ia tidak akan mendatangkankeburukan. Namun dengan adanya campur tangan manusia, ia boleh menjadisatu tenaga yang mampu membinasakan berjuta-juta manusia.

P engekalan Tenaga Dalam Nukleus

T enaga luar biasa yang berada dalam nukleus setiap atom ini padaasasnya berupaya membahayakan berjuta-juta nyawa manusia. Sebenarnya,ia terbentuk melalui dua tindak balas atom yang berbeza. Tindak balasitu dikenali sebagai 'pembelahan' yang terbentuk melalui pemisahanataupun pembahagian nukleus. Manakala 'pelakuran' adalah penggabungandua atom yang berbeza menggunakan tenaga yang kuat. Satu tenaga yangbesar dan menakjubkan akan terbentuk melalui kedua-dua tindak balas ini.

S emasa eksperimen–eksperimen awal teknik pembelahan dijalankan,saintis ‘membedil’ nukleus dalam uranium-235 dengan neutron-neutronpada kelajuan yang pantas. Hasilnya, mereka mendapati satu keadaan yangamat menarik. Setelah neutron itu diserap oleh nukleus dalam atomuranium tersebut, ia menjadi tidak stabil. Pada masa itu, ada perbezaanjumlah antara proton dan neutron dalam nukleus seterusnya menyebabkanketidakseimbangan. Justeru, bagi menyelesaikan ketidakseimbangan itu,nukleus mula berpecah sambil mengeluarkan sejumlah tenaga bersamadengan unsur-unsur halus pada kelajuan yang sangat pantas.

Saintis ‘membidik’ neutron yang bergerak itu dengan cubaan bagi‘menembak’ satu daripada nukleus-nukleus dalam atom uranium. Semua inidilakukan bagi memecahkan satu daripada nuleus-nukleus atom dalamtimbunan atom uranium-235 sehingga pecah berkecai. Semasa ia berpecah,setiap nukleus membebaskan dua ataupun tiga neutron secara purata.Neutron-neutron ini kemudiannya menyerap nukleus-nukleus lain sehinggamenghasilkan tindak balas.

Setiap satunukleus uranium yang baru berpecah akan bertindak balas sama sepertiyang pertama. Seterusnya, satu siri pemecahan nuklear atau 'pembelahan'berlaku. Setelah sejumlah besar nukleus-nukleus uranium berpecah danterbelah, ia akan menghasilkan jumlah tenaga yang amat menakjubkan.

P roses pembelahan dan pemecahan nukleus-nukleus U-235 inilah yangmembawa kepada tragedi Hiroshima dan Nagasaki. Tragedi yang meragutberpuluh-puluh ribu nyawa orang awam. Oleh kerana bumi, seluruhatmosfera dan tubuh badan kita sendiri terdiri daripada atom, apakahyang dapat menghalang atom-atom ini daripada menghasilkan tindak balasseumpama itu. Apakah yang mampu menghalang kemusnahan seperti yangberlaku di Hiroshima dan Nagasaki daripada berlaku di tempat lain? Padabila-bila masa sahaja?

Bayangkan lebihkurang 100 trilion atom dimuatkan ke dalam satu kepala pin, apakah kitaboleh gambarkan bagaimana struktur stabil setiap atom berubahsebaliknya. Justeru, apakah ada alternatif lain yang dapat menghalangnuklear daripada memusnahkan seluruh alam semesta dalam masa yangpantas?

Neutron-neutron sekiranyabergerak secara bebas dalam alam iaitu bebas daripada sebarang nukleusatom, ia akan melalui satu proses yang dikenali sebagai ‘kemerosotanbeta’. Oleh sebab itu, jarang sekali didapati neutron yang bebas dalamalam semulajadi. Ia hanya ada pada tempoh yang sangat terhad. Justeru,neutron yang digunakan dalam tindak balas nuklear dibebaskanmenggunakan cara manual.

T uhan, penciptaalam yang tiada tandingannya ini sudah mencipta seluruh alam semestadengan sempurna. Seperti yang dinyatakan dalam ayat 100, surah Yusuf,“....Sesungguhnya Tuhanku maha lembut pada apa yang Dia mahu.Sesungguhnya Dialah yang maha mengetahui lagi maha bijaksana.” Tuhanmenciptakan atom, ada tenaga yang menggerunkan dalamnya. Tuhan jugamengawal tenaga itu dengan cara yang luar biasa. Dia menciptakan atomdalam satu sistem yang secara semulajadinya tidak mungkin rosak ataupunbinasa. Walaupun segala-galanya yang wujud di alam semesta ini akhirnyaakan berhadapan dengan kepupusan ataupun kebinasaan, atom tetap kekaldengan kukuhnya. Nukleus dan elektron-elektron yang berputar dengankelajuan yang tidak dapat dibayangkan menjadi bukti keindahan dankesempurnaan ciptaan Tuhan. Bukti kuasa Tuhan yang tiada tandingannya.

T enaga Atom dan Pembelahan Nuklear: Satu Keajaiban Al-Quran

Dalam surah al-An’am ayat 95, Allah menyatakan, “Sesungguhnya Allahmenumbuhkan butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah-buahan. Diamengeluarkan yang hidup daripada yang mati dan mengeluarkan yang matidaripada yang hidup. Yang memiliki sifat-sifat demikian adalah Allah.Tetapi mengapa kamu masih berpaling?”

I stilah “butir tumbuh-tumbuhan” (alhabbi) dan “biji buah-buahan” (annawa) dalam ayat di atas membawa maksud pembelahan atom. Terjemahan annawamenurut kamus termasuklah ‘nukleus, pusat, nukleus atom’. Tambahanpula, perumpamaan mengeluarkan yang hidup daripada yang matiditafsirkan Tuhan mencipta unsur daripada tenaga yang mati.Mengeluarkan yang mati daripada yang hidup pula boleh dikaitkan dengantenaga mati yang muncul daripada benda hidup kerana atom adalah sesuatuyang sentiasa bergerak. Ia juga disebabkan selain daripada “hidup”, alhayyi juga membawa maksud ‘aktif’ ataupun ‘bertenaga’. Dengan maksudnya “tidak hidup”, almayyit, diterjemahkan di atas sebagai ‘mati’, yang mungkin merujuk pada tenaga.

S aintis mendefinisikan tenaga sebagai kemampuan melakukan pekerjaan.Jirim adalah bahan yang melibatkan semua objek di bumi dan seluruh alamsemesta . Ia terdiri daripada atom dan molekul-molekul yang dilihatbergerak hanya menggunakan mikroskop elektron. Pada awal abad ke-20,Albert Einstein mengeluarkan teori menyatakan jirim mampu ditukarkankepada tenaga. Beliau juga mengatakan kedua-duanya saling berkait rapatpada peringkat atom. Ini boleh dikaitkan dengan mengeluarkan yang matidaripada yang hidup seperti yang disebutkan di atas. Dalam ertikatalain, mendapatkan tenaga daripada jirim yang sentiasa bergerak padaperingkat atom. Tambahannya, perkataan yukhriju membawamaksud ‘menghidupkan’. Ia juga membawa pengertian ‘mengeluarkan’ atau‘memancarkan’ seperti pancaran gelombang elektrik. Oleh yang demikian,istilah yang disebutkan dalam ayat ini mungkin sahaja menunjukkanbentuk tenaga yang didapati daripada atom.

S eperti yang kita tahu pada hari ini, nukleus atom boleh dipisahkandaripada komponen-komponennya. Berdasarkan pada teori Einstein, parasaintis berjaya mendapatkan tenaga daripada jirim melalui pembelahannuklear lewat tahun 1940-an. Kata kerja ‘bagi memisahkan’ padaperkataan faliqu dalam ayat di atas mungkin merujuk pada pemisahan nukleus. Seperti yang kita lihat, tenaga yang luar biasa danhebat dilepaskan apabila proses ini berlaku.


Dipetik dari laman Harun Yahya