Saturday, May 28, 2011

Turun Padang Semula


Setelah 6 bulan, aku kembali kesini semula.
6 bulan ini juga pelbagai kisah telah berlaku.
Dari saat manis, hingga ke pahit.

1001 kisah, mungkin sukar untuk ditulis kembali.

Minggu lepas aku dikejutkan, pemergian sahabat yang paling hampir dengan diri aku. Muda, 24 tahun dah bertubuh seorang ahli sukan. Namun, ajal itu lebih tepat masanya tanpa mengira apakah yang ada pada jasadnya. Meninggal ketika sedang bermain bola sepak
yang baru sahaja 2 minit bermula. Diatas padang itu juga, nafas terakhirnya yang terakhir.

Begitulah janji Allah, sangat tepat yang tercatat didalam Al-Quran. Setiap yang bernafas PASTI akan mati. Mati itulah penamat segalanya. Satu noktah yang menjadi penanda amal di padang mahsyar.

*Tengah feeling menulis kawan dah panggil g makan. Adoi..

Ok bersambung semula.

Peribadi :
Sepanjang 6 bulan ini, berlaku beberapa bibit penting dalam hidup. Paling ketara ialah selepas bertunang pada 1 Januari lalu. Sebaik sahaja selesai urusan ini, aku terus memikirkan apakah persiapan terbaik sebelum bergelar suami kepada seorang isteri. Pasti tanggungjawabnya berbeza seperti bujang. Aku mulai fokus menambah pengetahuan sebagai langkah persediaan sebelum memimpin keluarga sendiri. Aku ingin bertemu semula dengan keturunan ku di syurga nanti sepertimana firman Allah swt dalam surah At-Tuur

Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahal
a amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya. (At-Tuur 52:21)

Pada ayat ini, sungguh terkesan terhadap diri aku semasa sesi tadabbur 2 minggu lepas. Alangkah indahnya pada masa itu, bertemu dengan semua yang aku sayang. Namun persoalannya, layakkah aku untuk ke syurga. Tidak aku mahu api neraka.

Pertemuan pada minggu lepas, sahabat aku menunjukkan satu buku. Berkulit hitam dan becorakkan api. Tajuknya sahaja sudah menggetarkan jiwa.
"Mengintip ngerinya neraka". Banyak ayat-ayat didalam AQ yang menerangkan tentang keadaan api neraka. Cumanya, dari kita mungkin masih lagi tidak menyedari tentang kedahsyatan yang sebenarnya kerana jahil. Sudah la jahil, tapi masih menyombongkan diri untuk mengambil tahu akan kebenaran.

Perniagaan :
Alhamdulillah. Tahun ini merupakan tahun rancak bagi perniagaan yang telah aku jalankan. Sejak ditubuhkan pada tahun lepas, kini produk aku sudah mula menembusi negeri Johor. Ini adalah rezeki, yang Allah telah tetapkan bagi hambaNya. Seringkali aku diuji sepanjang aku berniaga. Namun itu bukan satu alasan untuk semangat terus luntur dan terus berhambakan kemalasan.

Pekerjaan :
Sebenarnya aku telah pun menanam satu tekad untuk berhenti bekerja makan gaji pada tahun ini sekiranya tiada sebarang perubahan pada diri aku dalam konteks kerjaya professional. Alhamdulillah, sudah 2 minggu aku telah ditukarkan ke tempat lain. Tempat baru, pekerjaan baru dan fokus yang lebih jitu serta potensi yang lebih besar. Yang paling menarik, inilah pekerjaan yang aku inginkan dari mula-mula aku menjejakkan kaki kesini.

Walaupun di syarikat yang sama, namun portfolio pada kali ini lebih menarik. Aku amat hargainya. Terima kasih buat boss aku en nazri dan en sani yang banyak membantu untuk memberi aku peluang yang lebih baik. Dari aku aku sedari usaha mereka ini dari dulu lagi, cuma aku yang tidak mahu berubah. Harap disuap. Inilah sikap yang perlu dikikis.

Sebenarnya aku cukup cemburu dengan kawan aku, yang kini merupakan partner bagi perkerjaan baru aku ini. Aku cemburu kerana dia melibatkan dri dalam pembangunan sistem. Seringkali aku mengidamkan dapat bekerjasama dengan dia. Kadang2 kesian juga aku melihatnya melakukan banyak pekerjaan pada satu masa. Rasa macam nak tolong. Pada kalini, betul2 aku datang membantunya dan kami amat serasi bekerja bersama. Alhamdulillah.