Posts

Showing posts from June, 2007

Buruk Sangka

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapu turut lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa mecari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.. Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat2 mazmumah yang bersarang dihati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya.
Rasulullah s.a.w. dalam sebuah hadisnya menyatakan : "Ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati"
Riwayat Al-Bukhari Muslim
Buruk sangka dibahagikan…

Demam

Aku memacu laju motosikal ke tempat kerja. Kali ni aku lebih rasa perlu cepat sebab da lambat. Sampai je tempat kerja terus masuk ofis. Aku sebnarnya terlupa pada haritu nak bersyukur sebab selamat sampai. Kenapa la aku tak bersyukur dengan perlindungan yang diberikan Allah. Salam mak, minta duit, bawak wallet, handpon, pakai baju, pakai minyak rambut, kasut aku tak pernah lupa atau miss semenjak aku mula kerja. Terus aku berdoa supaya aku tak lupa lagi.
Tiba masa aku perlu mula kerja. huh, kerja aku duduk je. kadang-kadang aku bosan, iaitu terlalu bosan tak tau nak buat apa. Dalam duk2 buka pc, aku chattin. Ramai juga kawan yang online. Agaknya diorang sume tu tgh buat apa ye. Tapi, aku bosan kembali. Dan mula lah aku merepek, memikirkan apa nak buat pada masa akan datang.

Sepetang berlalu meninggalkan hiba
Merintis air mata bak sekelopak bunga kemboja
Kelu bila memikirkan siapakah ia
Tidak ku harap Puteri yang indah rupawan
Yang sentiasa menjadi idaman, para pemuda perasan
Aku hanya insan …

Mimpi Wanita

Image
Turn of pc

Detik malam pukul 1 pagi ana masuk ke kamar tidur. Menutup lampu bilik, mencapai handphone di meja solek dan mendengar radio IKIM.FM. Bukak je, dengar hadis nabi riwayat bukhari dan muslim. Dengar la dejjay cakap arab yang satu pun aku tak paham. Tiba-tiba aku mendengar rentak muzik yang pernah aku dengar sebelum ini. Dan masa yang sama terasa asyik mendengar intro tiba ada laungan, "ibu...". Tersentap jiwa ni. Aku mula menjengah ke siling rumah. Memikirkan, apa itu sebenarnya ibu?. Aku terus dengar lagu tersebut.

Kenapa aku letak gambar penguin bersama anaknya pula? Kenapa tak manusia? Sebab blog ini ditulis untuk manusia berfikir. Itulah kasih seorang ibu. Tidak mengenal hidupan. Haiwan juga bersikap pengasih. Kenapa kita tidak?


Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari ke…

Zuhud vs Wahan

Image
Assalamualaikum wbt..
Jalanku yang masih panjang. Tapi berapa panjang? Allahualam.. Harini dapat sikit ilmu dari kak zaiti tentang penyakit wahan. Penyakit ini adalah penyakit yang serius yang doktor mahupun jururawat tak mampu mengubatinya. Wahan berdiri pada maksud "Cinta dunia dan takutkan mati". Sesungguhnya diri ni baru je kenal istilah ni. Sungguh cetek pengetahuan ku.Rasulullah SAW bersabda: “Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang makan dengan rakus.”Sahabat bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam lemah dan musuh sangat kuat?” Sabda Rasulullah, “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak berarti dan tidak menakutkan musuh. Mereka ibarat buih di laut.”Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?” Jawab Rasulullah, “Karena ada dua penyakit yaitu mereka ditimpa penyakit Al Wahan.” Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu Al Wah…

Islam & Muslim

Image
Semua masyarakat Islam harus bijak memahami bahawa Islam adalah agama yang benar. Mengajar ilmu menerusi suluh Al-Quran, memandu akal manusia supaya kreativiti akal membawa kepada kebenaran. Kekuatan dan kelemahan pemeluknya bergantung setakat mana ilmu Islam difahami dan setakat mana ajaran Islam dihayati.

Sekiranya Umat Islam tidak mempunyai Ilmu, nilai penghayatannya terhadap Islam menjadi rendah. Islam adalah cara hidup. Bukan sekadar meletakkan Islam sebagai kepercayaan atau agama semata-mata. Islam adalah suatu agama yang menghasilkan cara hidup yang menuntut umatnya mempunyai ilmu dan sentiasa mengamalkan. Penegasan, tidak hanya mencari ilmu. Tetapi mengamalkan setiap masa. "Sia-sia apabila menghabiskan masa membaca demi pengetahuan sedangkan tidak beramal soleh. Orang yang mengamati Al-Quran sedar Allah memuji ilmu yang bermanfaat, tetapi ia mesti diamalkan. Buktinya, Al-Quran banyak menyebut solat, puasa, zakat, jihad dan taqwa berbanding ilmu. perhatikanlah!."

Islam …