Tuesday, July 31, 2007

Hidupku

Salam alaik..
maafla, harini posting lebih kepada peribadi. sebab tak tahu nak luah kat mana lagi cita ni..

Semalam genaplah satu bulan 2 minggu aku bekerja di server farm/datacenter Malaysia Technology Development Center(MTDC)-UPM. Berbagai perkara baru dapat aku belajar. Dari kosong, aku corakkan sedikit demi sedikit pengetahuan dalam bidang networking ni. Mula-mula masuk dulu rasa pening jer. Tengok buat configuration, ping sana sini trace cable, tape backup, server type, rack type, open zone switch, external punya, router yang besar, server tukun lembab, raid/scsi data, SAP dan firewall cisco yang aku tak pernah tengok seumur hidup depan mata dan juga server beharga lebih dari sejuta yang hanya sebesar 1m x 1m. Ditambah dengan kesejukan bilik server. Sekarang ni rasa da ok sikit sebab da biasa dan tak pakai baju sejuk lagi..

Dan sekarang aku pun sudah semakin memahami kerja-kerja di dalam ni. Mujur kerja aku ni mudah, tak pening nak fikir buat pelik-pelik macam programming(padahal aku majoring programming). Tapi apa yang aku kurang gemar ialah keadaan aku disini. Aku merasakan fikiran aku semakin hari semakin lembab. Aku rasa aku tak leh nak suite dengan pekerjaan ini memandangkan aku ni lebih kepada art dan juga software development. Mula-mula aku masuk sini pun aku da sedar aku ni dah terpesong dari apa yang aku belajar. Aku tak pertikaikan, rezeki Allah ada dimana-mana. Ada hikmah dengan apa yang aku lalui sekarang. Terutama pendapatan yang baik dan pekerjaan yang mempunyai terlalu banyak masa terluang yang membuka aku ruang utk menulis dan membaca perkara-perkara ilmiah berkaitan ilmu agama. Sebelum ni aku sentiasa sibuk dengan hal-hal perkomputeran. Alhamdulillah, inilah hikmah. Dan hikmah lagi, yang bestnya manager suruh aku devlop satu sistem entry untuk company ni dan juga web rasmi berteraskan web application. Tentulah open source yang aku guna. Semua tak nak buat, meh aku memang tengah tunggu je ni..

Tup tap aku kira tentang masa yang aku peruntukkan hanya di depan pc sahaja ialah sekitar 14 - 18 jam sehari. Jangan salah faham..., hanya Allah dan aku sahaja yang tahu apa aku buat depan pc. Memandangkan aku ni kerja yang perlu stay lama, tiada senaskah Al-Quran di ofis ni bukanlah alasan untuk aku tidak membaca dan mengamalkannya. ya, inilah teknologi. Aku baca melalui pc sahaja dengan penuh tatatertib. Cuma bezanya aku pegang mouse, tapi tidak naskah. Hari cuti barulah aku berpeluang memegang Kalam Allah di rumah dengan penuh bahagia membacanya.. oh mukjizat yang kekal..

Sekarang dalam perancangan adalah menulis novel seterusnya. Kepada Allah aku memohon keredhaan dan kurniakanlah ilham kepada ku untuk menghasilkan novel berbentuk islamik demi agamaMU ya Allah. Aku pun da mula buat kajian yang akan dimuatkan didalam novel akan datang. InsyaAllah, dengan izinya aku ingin tamatkan novel ni pada tahun greek 2007 ini juga. InsyaAllah..

Sunday, July 29, 2007

Kekeliruan antara Masjid Al-Aqsa dan Dome of The Rock

Saja nak kongsi.

Melihat pada gambar di kiri ni, tentunya ramai yang menyangka bahawa masjid di atas adalah Masjid Al-Aqsa. Jika diperhatikan dengan teliti, kita akan dapat melihat sebuah lagi kubah berwarna hijau yang kelihatan agak samar-samar. Percayalah, kubah yang berwarna hijau itulah Masjid Al-Aqsa yang sebenarnya.

Masjidil Aqsa merupakan kiblat pertama bagi Umat Islam sebelum dipindahkan ke Kaabah dengan perintah Allah SWT. Kini ia berada di dalam kawasan jajahan Yahudi. Dalam keadaan yang demikian, pihak Yahudi telah mengambil kesempatan untuk mengelirukan Umat Islam dengan mengedarkan gambar Dome of The Rock sebagai Masjidil Aqsa. Tujuan mereka hanyalah satu, iaitu untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Apabila Umat Islam sendiri sudah terkeliru dan sukar untuk membezakan Masjidil Aqsa yang sebenarnya. Maka semakin mudahlah tugas mereka untuk melaksanakan perancangan tersebut.

Lihat pula gambar di bawah, berikut adalah gambar sebenar Masjidil Aqsa pada jarak yang lebih dekat. Betapa jauhnya perbezaan antara Dome of The Rock jika dibandingkan dengan Masjidil Aqsa. Hanya Jauhari juga yang mengenal Manikam.

Berikut disertakan juga terjemahan daripada surat yang dikarang dan dikirimkan oleh Dr. Marwan kepada ketua pengarang "Al-Dastour" harian. Berhati-hatilah dengan perancangan zionist tentang Masjidil Aqsa. Jangan biarkan mereka berjaya dengan peracangan mereka.
Terjemahan surat Dr. Marwan:

Terdapat beberapa kekeliruan di antara Masjidil Aqsa dan The Dome of The Rock. Apabila sahaja disebut tentang Masjidil Aqsa di dalam media tempatan mahupun antarabangsa, gambar The Dome of The Rock pula yang dipaparkan. Sebab utama ia dilakukan adalah bagi mengabaikan orang ramai dimana ianya adalah perancangan Israel. Tinjauan ini diperolehi semasa saya tinggal di USA, dimana saya telah dimaklumkan bahawa Zionis di Amerika telah mencetak dan mengedarkan gambar tersebut dan menjualkannya kepada orang arab dan Muslim. Kadangkala dijual dengan harga yang murah bahkan kadangkan diberikan secara percuma supaya Muslim dapat mengedarkannya dimana-mana sahaja. Tak kira di rumah mahupun pejabat.

Ini meyakinkan saya bahawa Israel ingin menghapuskan gambaran Masjid Al-Aqsa dari ingatan umat Islam supaya mereka dapat memusnahkannya dan membina kuil mereka tanpa sebarang publisiti. Sekiranya terdapat pihak yang membangkang atau merungut, maka Israel akan menunjukkan gambar The Dome of The Rock yang masih utuh berdiri, dan menyatakan bahawa mereka tidak berbuat apa-apa. Rancangan yang sungguh bijak! Saya juga merasa amat terperanjat apabila bertanya kepada beberapa rakyat arab, Muslim, bahkan rakyat Palestin kerana mendapati mereka sendiri tidak dapat membezakan antara kedua bangunan tersebut. Ini benar-benar membuatkan saya berasa kesal dan sedih kerana hingga kini Israel telah berjaya dalam perancangan mereka.
Dr. Marwan Saeed Saleh Abu Al-Rub Associate Professor,
Mathematics Zayed University Dubai.

Wednesday, July 25, 2007

Harry Porter

Salam ceria kepada sahabat-sahabat seperjuanganku yang menegakkan agama Islam bersama.

Zaman modenan nampaknya sering mengelabui mata manusia-manusia yang sering sahaja menjadi bahana kelalain, kerugian dan kebodohan(3k) yang berpanjangan.

Baru-baru ini lahirla sebuah novel yang dirasakan hebat dan termasyur. Tapi adakah kita merasakan ia begitu betul-betul hebat? Itu dia harry potter. Cerita mistik yang penuh dengan keajaiban. Apa yang dikesalkan adalah segelintir muslim yang hanya berusaha mendapatkan senaskah buku yang tak berfaedah itu. Inilah suatu daripada bentuk kepuasan yang tak disedari keburukannya.

Kedai buku pula secara gila-gila menjual buku yang penuh dengan 3K tadi. Berpusu-pusu la manusia mendapatkannya. Cuba kita alihkan pula pandangan mata kita kearah kedai sebelah. Itulah dia kedai yang menjual kitab-kitab dan ilmu berunsurkan kefahaman Islam. Sedih, pilu dan terluka dek kelopongan dari buka kedai sampai tutup kedai. Yang menyedihkan ini adalah kebiasaan sebenarnya. Itulah jika dilihat keinginan segelintir muslim pada harini yang lebih kepada suatu bentuk yang penuh dengan khayalan.

Jika kita minat utk membaca sebuah cerita, tidak kurang hebatnya cerita mengenai kisah para nabi dan para sahabat dalam bentuk perjuangan(JIHAD! JIHAD!!, JIHAD!!) dan cara hidup berlandaskan Islam. Banyak kisah dan tauladan yang baik yang boleh diikuti. Sihat untuk dibaca dan diamalkan dalam kehidupan seharian. Anda boleh cuba mendapatkan satu jika tak percaya. Siapa lagi nak mempercayai kandungan Al-Quran kalau bukan orang islam sendiri. Apakah kita tak sedar? bangunlah wahai sahabatku-sahabatku diluar sana.

Tidak salah untuk kita membaca atau berhibur. Cuma kita perlu beringat setiap perkara mestilah mempunyai keseimbangan tertentu supaya kita tak terjerumus kearah 3K tadi. Apa yang di harapkan adalah memperkasakan ilmu-ilmu yang berfaedah dan bermanfaat. Lillahitaala. salah dan silap harap dimaafkan.

Monday, July 23, 2007

5 Perkara Indah Disebut

Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang lima perkara iaitu :

Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain.

Kegelapan hati ditokok dengan ransangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kataorang tua, "kuman seberang lautan nampak, gajah di depan mata tak kelihatan". Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dpaat memperbaiki kesilapan dan kekurangan kita. Menuding jari mengtakan orang tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tak betul.

Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tetapi 4 atau lebih lagi jari menuding kearah kita. Bermakna bukan orang itu buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan atau kekurangan diri kita sendiri. Jangan dok sebuk jaga tepi kain orang lain, kain sendiri terselak.

Moga kita semua terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumus kita ke dalam api neraka.

Saturday, July 21, 2007

Aplikasi kelainan

Baru-baru ini ana ada menghadiri sebuah bengkel penulisan novel di KL. Harap dapat kongsi sedikit ilmu yang melekat kat kepala ni kepada kesemua pembaca blog. Menulis ni adalah suatu perkara yang memerlukan sebuah pencetusan yang kritis. Namun ia tidaklah sebati dengan jiwaku. Tapi bila teringat balik tentang kelebihan yang Allah taala berikan kepada teman(saja tukar pula bhs perak) ni membuatkan teman berfikir panjang. Teman biasa buat kerja programming, lukisan vektor dan imaging skill. Secara jujur teman katakan tak pandai pun nak menulis blog apantah lagi menghasilkan novel(dengan izin Allah dapat juga memiliki sebuah novel sendiri).

Teman berfikir tentang aplikasi dalam diri. Dimana aplikasi kelebihan yang teman ada ditempat yang lain pula yakni pada bentuk penulisan yang baik. Teman lihat pada bahasa programming teman perlukan sebuah idea utk menggerakkan penjanaan web. Teman sentiasa memikirkan supaya apa yang teman buat adalah mengikut citarasa ORANG LAIN. Teman perlu menjadikan apa yang teman buat itu "smooth". Apa sahaja yang dicipta, sudah difikirkan utk mencetus sebuah kelainan.

Bengkel yang teman sertai kali ni betul-betul membuatkan teman berfikir panjang. Teman terasa kenapa lemah dalam mencetuskan sesuatu perkara baru, yakni bidang yang berlainan. Teman seorang yang fokus. ya, terlalu fokus boleh memperbodohkan diri sendiri tanpa disedari sebenarnya. Jadi, fokuslah dengan berhemat dan berpada-pada. Kalau tulis novel, sampai waktu solat berhenti la sekejap.

Kita lihat dimana apa-apa yang kita buat, cipta adalah sesuatu yang asli. Asli bermaksud adalah hak kita sendiri yang orang lain tak boleh ciplak/tiru. TApi boleh pakai ke orang-orang begini? Dan itulah Al-Quran, Allah ciptakan untuk manusia gunakan sebagai panduan di dunia. Dan dengan panduan itulah, kita dapat hasilkan apa sahaja yang kita lihat didepan mata kita sekarang. Begitu karya agungnya mukjizat yang diturunkan oleh Allah tu boleh guna sepanjang zaman.

Jadi, kita cuba guna pendekatan untuk berlapang dada dalam membaca blog teman yang tak seberapa ini. Cuba gunakan kelebihan ditempat yang pelbagai. IA tidak memudaratkan melainkan kita sendiri yang menyalahgunakannya. Contoh kau orang terer main keris, kemudian pergi bunuh manusia yang tak berdosa yang tak pandai nak guna keris. Dan dari ini, ana telah berfikir utk mengaplikasikan kelebihan yang ada utk dipelbagaikan cabangnya. Sebab kita tak nampak dimana yang sesuai utk kita memahami rentaktiviti kehidupan didunia. Ingat, dunia adalah tempat kita utk menjana amalan sebagai bekalan diakhirat kelak. Allahua'alam...

Friday, July 13, 2007

Tiupan Semangat Turki

Mahkamah Persekutuan Turki pada semalam Khamis 5 Jun 2007 akhirnya menolak rayuan Presiden (Sekular) Turki Ahmad Najdat Qaisar dan partinya Parti Rakyat Republik Sosialis Demokrasi untuk membatalkan pindaan perlembagaan Turki yang di cadang oleh Kerajaan Turki dan Parlimen agar pilihanraya memilih Presiden adalah melalui pemilihan langsung oleh rakyat Turki. Enam dari 11 hakim menyokong membatalkan rayuan Presiden Ahmad tersebut.Ini bermakna calon aliran Islam bagi Presiden, Abdullah Ghoul dari Parti Keadilan dan Pembangunan akan mendapat laluan untuk bertanding jawatan Presiden Turki melalui pemilihan langsung dari rakyat Turki. Dengan kebangkitan dan kesedaran Islam yang semakin memuncak dikalangan rakyat Turki terutama golongan belia, Turki yang sekian lama diperintah dan dididik oleh kerajaan secular peninggalan Kamal Ataturk yang menjatuhkan Khilafah islam pada tahun 1924, kini akan menyaksikan perubahan pimpinan yang bersejarah.

Sekiranya Abdullah Ghaul menjadi Presiden Turki, maka isteri beliau Khairunnisak akan menjadi wanita pertama Turki sebagai isteri Presiden yang memakai tudung bersama suaminya menjelajah merata tempat dan Negara mewakili wanita Turki, suatu yang digeruni oleh puak sekular Turki. Abdullah Ghaul sendiri adalah bekas Menteri Luar dan Perhubungan Negara-negara Islam pada tahun 1990an di bawah Perdana Menteri Najmuddin Arbakan. Ini bermakna beliau akan membawa Negara Turki yang selama ini menagih kesatuan dengan Negara-negara Barat di bawah Kesatuan Eropah kepada hubungan dan identiti yang lebih intim dengan Negara-negara Islam.


Presiden Ahmad yang berhaluan sekular dan partinya berhujah bahawa Turki mesti terus menjadi sebuah Negara sekular sejak ia mula diiklankan sedemikian oleh Kamal Ataturk pada tahun 1932. Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdoghan dan partinya yang berhaluan Islam walaubagaimanapun berpendirian bahawa Turki dan umatnya adalah Islam sejak berkurun lamanya dan hanya dipaksakan menerima system dan didikan sekular oleh penjajah Barat dan boneka-bonekanya. Apapun dakwaan berbagai pihak, Pilihanraya Umum pada 22 Julai ini akan menentukan sejauh mana semangat Islam yang telah tertanam di dalam diri dan masyarakat Turki terutama kaum belia setelah lama berdekad-dekad mereka hidup di bawah sistem dan pemerintahan kerajaan sekular.


Nilai kesedaran rakyat Turki sebagai suatu yang membanggakan dimana walaupun mereka dipaksa hidup dibawah Negara Sekular berpuluh tahun lamanya, namun usaha-usaha jahat terutamanya oleh Negara-negara Barat tidak mampu melenyapkan identiti Islam yang masih terpendam jauh dilubuk hati mereka. Kita masih ingat kisah-kisah pembunuhan ribuan ulamak, azan dalam bahasa Turki, Turki sebahagian dari Eropah dan sebagainya, namun berkat usaha gigih pendokong-pendokong Dakwah Islam melawan arus dan menghadapi tentangan, semakin ramai masyarakat Turki yang akhirnya kembali memahami dan menghayati Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan menyeluruh, bermula dari aqidah dan keperibadian diri hingga kepada pemerintahan dan sistem dalam Negara.


Jika keputusan Pilihanraya 22 Julai ini berpihak kepada Islam melalui Parti Keadilan dan Pembangunan, pimpinan Tayyip Erdoghan dan Abdullah Ghaul, maka kita mengajak umat Islam di rantau sini agar membuka mata dan mengambil pengajaran dari perubahan dan prestasi yang berlaku di Negara Khilafah Uthmaniah tersebut yang boleh disimpulkan dengan contoh-contoh berikut :1. Turki adalah Negara Islam yang paling kuat dirubah identitinya kepada Barat, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Kamal Ataturk dan kedudukan Negara tersebut yang hampir dan bersempadan dengan Eropah.


Namun ini tidak menghalang kesedaran dan penghayatan Islam dari bangkit di sana.2. Sistem perundangan dan pentadbiran di Turki sedikit sebanyak boleh dimenfaatkan ke arah memacu perubahan dan kemaraan Islam di sana. Namun begitu sistem ketenteraan Turki yang masih tunduk kepada arahan Barat tidak harus diabaikan kesan dan pengaruhnya.3. Sekiranya aliran Islam bangkit di Turki, maka nasig umat Kurdi di timur Turki akan lebih terbela dan gerakan dan slogan ke arah autonomi boleh dikurangkan pengaruhnya.


Ini penting agar umat Kurdi di utara Iraq kembali kepada prinsip kesatuan Iraq dan tidak menuntut autonomi yang akan memecahkan Iraq dan kekuatannya dalam berhadapan dengan Israel.Dari sedikit contoh-contoh di atas, jelas bahawa kebangkitan Islam di Turki atau dimana sahaja akan memberi kesan langsung dan tak langsung kepada umat Islam yang lain. Kita berdoa kepada Allah swt agar Dia memenangkan hamba-hambaNya yang bertaqwa dalam berdepan dengan orang-orang yang kafir dan munafikin. ”Wahai orang-orang yang beriman, berjihadlah kamu (berdepan) orang-orang kafir dan munafikin dan bersikap tegaslah terhadap mereka” (Al-Quran).