Monday, September 29, 2008

Imbasan Ramadhan

2 hari lagi eidulfitri bakal menjelma menandakan tamatnya umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Dan Aku rasa tahun ini baik sikit dari tahun lepas. Mungkin kerana aku lebih bijak mengatur masa pada tahun ini. Ok, mula imbas balik aktiviti yang dilalui sepanjang bulan ramadhan. Kalau tak tulis nanti tak ingat yer tak. Di petang yang agak mempunyai masa lapang ni akan mengeluarkan semua isi kerana tidak berapa berkesempatan untuk menulis sebelum ini.

Ramadhan kali ini juga merupakan kali kedua aku menjejakkan kaki di KLIA. Ni masa hantar abang aku la ni.
kemudian tahun ni aku tengok fahmi adik aku sorang ni rajin pulak buat kerja rumah. Kena suruh agaknya. Ada la sikit gambar dia tengah kipas ikan. Seb baik tak hangus. Ni pun kadang aku tak kerja aku join kipas. Tapi tolong kejap2 ajer..

Ramai orang kata kuih kat KL ni mahal.. Hurm, aku rasa lebih kurang sama je macam tahun sebelum ini. Percaya atau tidak, aku masih lagi beli kuih pada harga RM1 untuk 4 biji. Namun tak semua tempat dapat murah gini, masih ada yang mahal. Yang penting, pandai cari.. Ni la kuihnya. Nama dia tepung pelita. Mak aku suka makan kuih ni. Tak lupa juga Lai Chi Kang. Ni baru aku dapat beli semalam setelah sebulan mak aku nak. Aku cari selalu takda, habis jer.. Alhamdulillah semalam dapat juga cari setelah pergi sampai bazar di Keramat.


Terjadilah pada suatu petang sebelum aku pergi ke bazar di Serdang(waktu kerja). Masa nak amik helmet nampak pelangi di mesin photostat. MasyaAllah, indahnya proses pembiasan matahari dan pintu kaca kat opis aku tu. Ni la rupa dia..

Tahun ini juga Pengurus saya dikurniakan cahaya mata yang ke-4. Jangkaan isterinya bersalin selepas raya, tapi awal sedikit. Alhamdulillah, dapat anak perempuan. Apa-apa pun ucap tahniah kepada keluarga bos. Moga bertambah meriah le rumah tu yer. Err.., tak lupa tima kasih banyak ada increment tahun ni. Alhamdulillah. Bulan ni rezeki melimpah ruah. Itu satu tanda peringatan bagaimana kita menghadapinya kemudian. Kitorang kongsi duit kumpul berlikan hadiah. Ni la hadiahnya...

Masa dalam perjalanan menuju ke Shah Alam, Aku terlihat lapisan awan dan matahari yang menyinar. MasyaAllah, indah sungguh. Bulan Ramadhan ni macam banyak aku tengok benda yang indah2 jer. Bersyukur sangat dikurniakan pancaindera untuk melihat kebesaranNya. Mai le tengok gambau di atas federal highway. Tengah bawak kereta pun leh amik gambau. Jangan tiru ye aksi saya ni. Bahaya.


Macam2 yer tak yang dah berlaku. Dan yang terakhir di penghujung Ramadhan, aku cat rumah sikit. Cat yang mana ada lukisan paleolitik kat dinging. Aku ingat sikit jer, rupanya banyak yang kena conteng. Akibatnya gencatan pensel warna di aktifkan. hehe.. Ini bagi menjimatkan kos untuk membeli cat yang baru. Diakhir ni aku sudah mengeluarkan sedikit wang untuk disedekahkan kepada kanak2 di musim perayaan nanti. Tahun ni budjet tinggi sikit dari tahun lepas. Ikut kemampuan.. Ni ha baru bungkus semalam. Mujur dapat duit pecah dari kawan last minit. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan hambaNya. Sebelum ni aku tak sempat nak g cari. Nak buat baik Allah tolong je yer tak..
Di penutup saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Jika ada salah silap tu haraplah dimaafkan. Nanti perginya ramadhan jangan lalai pula yer. Ingat2 lah orang yang kurang bernasib baik. Sebab itulah hikmahnya kita berpuasa yer tak..

Thursday, September 18, 2008

Untuk kali kedua

Mengeluarkan Zakat
Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.

Gambau kat sebelah ni merupakan 2 keping tiket ke syurga. Tahun ini merupakan kali kedua aku bayar zakat fitrah dengan menggunakan hasil pendapatan sendiri. Sebelum ni tak kerja abah je yang bayar. Tahun ni kadar bagi negeri selangor ialah RM5.20. Sama seperti tahun lepas.

"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah, supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu manjadi ketenteraman bagi mereka, dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui." - Surah At-Taubah (ayat 103)

HIKMAH DISYARIATKAN ZAKAT

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:
  1. Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  2. Membersihkan diri pembayar zakat.
  3. Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  4. Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  5. Mengurangkan perasaan irihati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  6. Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  7. Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  8. Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.
  9. Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.
  10. Melahirkan rasa tenang dan tenteram dalam hati dan jiwa pembayar zakat.
Sekejap je rasenye da masuk hari ke 20. Pejam celik pejam celik + berlari pakai kain ke masjid tak disedari masa berjalan dengan pantas. Meniti 10 malam terakhir Ramadhan, mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna dalam hidup. Berjemaah di masjid tak tentu kalau kerja malam, dan begitu sebaliknya.. sedih pun ada.

Masa nak bayar zakat tu, nazir tanya "kenapa bayar sorang, bukan kau da nikah ker aritu?"
aku pula jawab "eh bukan saya tu pakcik Buang, orang lain tu. Saya insyaAllah. hehe"
Tersengih je dia dan aku.
Dan suatu hari yang diizinkan, itu adalah t'jawab aku sama apa yang telah dilalui oleh abah ku sendiri.

Monday, September 15, 2008

The secret of the leaves

When it striking my eyes by it's own unique with harmonic color, but it still as a leaves, nothing special.

When ahead to the place, we will see a little insect playing around on the top and bottom. It's just played, not hiding as you think. It only left when rain falling down, but still comeback again. But when the leaves disappear, it lookin for another leaves.

Oh, some people thought that i was did something that they feel it as a worse thing in their life. Ok, my fault. So what XX want me to put the best thing in her life. May i know it? ACTUALLY, i'm not interested at all for that question. So the answer like i'm grabbing a piece of paper and throw it into the dustbin beside me.

Welcome, welcome as i'm joining the zig zag game aka YOYO to be a part of fool partner that always think life is about caring, sharing, spending, crying, this is what i can call "ING(i'm not insured my life at this company)" ON HER life. Hey, I'm not putting my foot and tight it with special rope with her leg for rest of my life. Pity of my 7 uk size.

JUST BECAUSE I DONT LIKE WHAT I DONT WANT IT TO BE HAPPEN WHEN THEY FEEL "DONT" IS JUST A WORDS D.O.N.T.S. - now i'm hate.

Bravo, bravo... knocking my door and feel chances in front of it. Forget it, it just your dreamin. Wake up! are drink when you sleep?. (because i saw air liur basi. hahaha).

In the spacious garden beside a beautiful lake. I saw a group of birds land on the grass playin with each other and... Elsewhere, it was only one snail climbed up on a small stone. It tryin to get to the top. So slow.

Friends..

Thursday, September 11, 2008

Seorang ayah

Balik dari kerja jam 8 pagi aku terus bergegas pergi mengambil adik perempuanku di Uniten untuk mendapatkan IC nya di JPN serdang. Nak kata mengantuk, memang mengantuk. Sebab aku belum tidur lagi.

Seperti yang dirancang, perjalanan ke KLIA memang agak memenatkan mungkin faktor aku baru balik kerja. Jalan yang begitu lapang. Ini adalah kali kedua aku pergi ke KLIA semenjak 1998. Pada masa itu aku sekeluarga menjemput abang sulung iaitu mohd faizal yang baru pulang belajar di us. Mana la nak ingat jalan lagi da lama dah...

Sepanjang hidup aku belum pernah lagi menaiki kapal terbang. Macamana yer rasanya..

Alhamdulillah..
Dengan izin Allah akhirnya abang aku no 2 ni dapat juga pergi ke tanah suci bagi menunaikan umrah. Disaat terpaksa meninggalkan isteri yang sarat mengandung dan 2 anaknya, dia menguatkan semangat untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Aku sentiasa mendoakan keselamatan dan dipermudahkan lah segala urusan abangku ni. Rasa terharu pun ada masa tu..

Abang aku sudah bekerja di Sapura selama lebih 10 tahun dan atas jasanya pihak syarikat memberikan ganjaran untuk menunaikan umrah yang ditaja penuh oleh pihak syarikat. Aku baru kerja setahun, kena tunggu lagi 9 tahun agaknya baru dapat pergi free.. he...

Rombongan umrah ini disertai oleh 70 orang kakitangan sapura yang telah dipilih pada tahun ini. Dan ini adalah program tahunan yang dijalankan oleh pihak syarikat yang sangat prihatin terhadap anak majikannya. Tak menyesal la aku kerja sini. Dalam agreement pun ada tulis pasal bawa kakitangan tiap tahun(seorang sekali) ke Mekah untuk haji. Umrah tak pasti pula. Apa- apa pun diucapkan ribuan terima kasih kepada Sapura kerana sanggup berbelanja besar menaja jemaah ini. Rombongan ini di kendalikan oleh Agensi Andalusia Travel & Tours. Tauke dia ni depan aku amik gambar nih. Siapa lagi kalau tidak bukan iaitu ustaz Daud Che Ngah. Dia duk depan bagi penerangan tapi tak berapa dengar sebab bising. Moden juga ustaz ni pandai main kamera. Maklumla, sebelum ni tak pernah jumpa depan2. Kat tv adala... he.

Masa nak pergi tu, Akak ipar aku menitiskan air mata. Aku rasa hiba jer. Tengah sarat mengandung suami pula takde disisi. Anak dia pulak duk ejek, "eh mama keluarkan air mata. hahaha. mama nangis la. haha". Apela anak buah aku sorang ni. Memang nakal. Dari perasaan hiba bertukar menjadi ceria.

Salam perjuangan abangku!

Friday, September 05, 2008

Sihat

Alhamdulillah... keceriaan jelas terasa di hati dapat juga berjemaah menunaikan solat isyak dan terawih di rumah Allah pada hari ini. Harini cuti kerja jadi mempunyai ruang waktu untuk turun ke masjid bersama rakan2.

Pagi tadi pergi servis kereta. Kena RM139. Ades, airbag punya lampu belum selesai lagi. Apa ler, dah tegur tapi tak buat. Dah kena pergi lagi hari selasa pula. Paling sedih ada pula calar kat bumper depan dengan pembuka pintu. Nape la dia tak buat cermat2...

Tadi dah potong rambut. Selesa sikit kalau tak rimas dah. Tukang gunting pula bertongkat. Nak buat camana, dah takda calon lain yang sesuai.

Fakta Menarik.
Sebelum ni aku sentiasa gantung dan campak2 baju dalam bilik. Bukan sengaja sepahkan, cuma akan dikemaskan kemudian.
Ironinya, bilik aku sentiasa kemas.
Setelah disiasat, rupa-rupanya tukang kemas adalah anak buah ku nama aina. Tak sangka pula dia rajin.
negatifnya - oleh kerana terlalu rajin, abes semua barang2 perkakas komputer(bilik aku ni da macam bengkel komputer) jadi alat permainan mereka2 ni. Contoh : pemutar skru jadi senduk nasi. ades..

macam2 hal..

Wednesday, September 03, 2008

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Kemusykilan Agama Bersama
Mohd. Farid Ravi Abdullah
Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS)

SOALAN
Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal?

JAWAPAN
Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya.

Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya.

Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. Ini kerana ibadat itu bermaksud mentaati perintah Allah SWT dan tidak melakukan maksiat kepadanya.

Dalam hal ini konsep ibadat perlu difahami dalam konteksnya yang luas. Secara umumnya ulama telah membahagikan ibadat ini kepada dua kategori, iaitu; ibadat umum dan ibadat khusus.

Ibadat khusus ialah ibadat yang difardukan ke atas setiap mukalaf untuk mengerjakannya, seperti solat lima waktu sehari semalam, puasa bulan Ramadan, menunaikan ibadat haji dan sebagainya. Sekiranya ibadat-ibadat fardu ini tidak dilakukan tanpa uzur syarie maka si mukalaf itu berdosa. Dosa yang menuntut supaya bertaubat dan taubat dalam meninggalkan fardu ini perlu diqada (diganti).

Manakala ibadat umum pula ialah apa sahaja perkara yang dilakukan oleh seorang hamba yang mukalaf yang membawa kepada kebaikan kepada dirinya, keluarganya serta masyarakatnya. Misalnya, berkerja mencari nafkah untuk diberi anak isteri dan ahli keluarga di bawah jagaannya, bergotong-royong membersihkan kawasan taman atau masjid atau surau, sehingga makan, minum dan tidur juga dikira sebagai ibadat umum.

Maksudnya, kerja saudara di waktu malam di bulan Ramadan juga ibadat. Yang penting saudara pasang niat, bahawa kerja yang saudara lakukan itu demi memelihara maruah diri dan keluarga dengan mencari rezeki untuk mereka. Mungkin saudara terkilan tidak dapat menunaikan solat sunat tarawih, tapi yakinlah bahawa Allah SWT tidak akan mensia-siakan amalan saudara dalam rupa kerja.

Hal ini jelas dalam firman Allah SWT yang bermaksud: Allah dan Rasul-Nya akan melihat amal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan nyata (untuk menerima balasan), lalu Dia menyatakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. (al-Taubah: 94).

Namun demikian, saudara boleh mengambil waktu rehat, atau membahagikan waktu rehat saudara kepada makan dan solat sunat tarawih di tempat kerja saudara. Mungkin waktu rehat yang diperuntukkan sejam, dalam sejam saudara boleh ambil 15 minit untuk makan dan yang selebihnya boleh bertarawih. Untuk melakukan tarawih sebanyak lapan rakaat berserta dengan witir dengan bacaan surah-surah lazim cukup 30 minit.

Apa yang penting bagi kita selaku umat Islam ialah menghidupkan malam-malam Ramadan dengan amalan yang boleh membawa keberkatan dan rahmat Allah SWT.

SOALAN
Adakah kita perlu mengambil wuduk semula jika kita telah mengangkat takbir lebih daripada tiga kali?

JAWAPAN
Tidak perlu, ini kerana perbuatan mengangkat takbir lebih daripada sekali atau beberapa tidak termasuk dalam perkara yang boleh membatalkan wuduk. Maksudnya tidak perlu mengambil wuduk kalau takbir melebihi satu atau dua atau tiga, biarpun beberapa kali ini tidak membatalkan wuduk.

Cuma apa yang perlu ialah fokus dalam mengangkat takbir. Biasanya takbir dianggap tak sah kerana takbir itu tidak dapat disertakan dengan niat. Mungkin niat susah untuk disertakan maka dilihat takbir tak sah. Takbir tidak sah tidak bermaksud membatalkan wuduk.

************************************************************************************

Hari pertama berpuasa, sempat bersahur bersama keluarga. Hari sebelumnya ada buat kenduri doa selamat untuk abang saya no 2 yang akan menunaikan ibadah umrah pada 11 ramadhan ini. Syarikatnya iaitu SAPURA memberi tajaan umrah kepada pekerja mengikut giliran dan dijalankan pada setiap tahun. Pemergiannya ini secara solo kerana isterinya sarat mengandung anak ke-3 nya InsyaAllah. Saya mendoakan semoga setiap ibadahnya disana mendapat berkah tambahan pula di bulan Ramadhan..

Seperti biasa seperti tahun lepas. Tahun ini merupakan tahun kedua saya berpuasa sebagai seorang pekerja. Cuma pada tahun ini, saya keseorangan selama 12 jam berada didalam pejabat kerana kekurangan pekerja. Banyaknya kali pertama. Rasa nak list kan ajer.

- Pergi ke bazar membeli juadah berbuka puasa sorang.
- Berbuka puasa sorang.
- Bersahur sorang.
- Tak rasa penat kerja.

tu je kot. Saya berseorangan hanya bila waktu kerja sahaja. Di rumah tak. Ramai jer ade..

************************************************************************************

Sudah lama tak berkarya. Nak test.

Manusia,
Sudahlah tidak bersyukur,
malah masih meminta2 lagi apa yang terhidang,
ibarat menyuruh menyuap nasi ke mulut,
Sampai bila?
Agaknya masih seperti bayi tidak mampu berdiri sendiri.

Hidup yang penuh propaganda,
Kejap hilang kejap ada.
Yang berada sentiasa diatas,
Dan tentu yang kurang bersepai sahaja di lantai.
Sampai bila?
Agaknya masih bertakuk memikirkan langkah seterusnya.

Menghargai pancaindera,
lihat, dengar, bau, rasa dan sentuhan.
Yang keenam boleh tahu masa depan kononnya.
Atas pinggan tak sama isi dengan bawah pinggan.
Sampai bila?
Agaknya percaya bulat2 dengan kesabaran dapat apa yang diidamkan.

Khayal, sedih, berangan, menangis dan ceria.
Rupanya tak ikhlas untuk diri sendiri.
Sampai bila?

- -