Posts

Showing posts from August, 2010

Obor-obor cinta bahagian-2

Tekedek.. kedek.. dekdekkk... Subhanallah.. Tayar motor aku ni pancit rupenyer. "Eloklah sekali pancit. Dari aku tukar tayar tahun lepas tak pancit2 lagi. Aku yang da lama tak demam pun da demam dah. Seminggu pulak tu tersadai kat rumah". Kata aku kepada motor. Aku pun menunggang perlahan-lahan menuju ke stesen minyak dengan harapan boleh pam. Tayar jenis tiubless ni kalau pancit dia masih tahan lagi dan tak mudah rosak kerana tebal.

Setibanya aku di stesen minyak, aku pun ambil pam dan cuba pam. Aku klik pada "tayar pancit", tapi masih tidak boleh juga. Sebab lubang angin besar. Aku semak tayar sambil guling2 kannya, ternampak sekeping besi terpacak di tayar. Boleh tahan besar jugalah. Sebelum ni paku, kali ni lebih hebat lagi.

Ramadhan banyak mengajar erti memanipulasi kesabaran.

Aku pun menuju ke kedai motosikal. Kawan aku dah tunggu kat sana. Aku pesan suruh tauke kedai jangan tutup lagi. Maklumlah, hari ahad jam pula dah 7 lebih yakni hampir waktu berbuka. Pelan2…

Obor-obor cinta

Image
Panggg!!!. Ambik kena pelempang sedas. Memang sakit tambah bengang ar terhadap pelempang tersebut. Kesakitannya dari pipi boleh turun ke hati. Jika tidak di kawal dengan baik, meleburlah ukhwah yang telah terbina buat sekian lama. Nak ganas lagi, berdendam pula dengan si pelempang tersebut. Maka akan lahir hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya seiring dengan kehendak syaitan.

Perkara paling mulia yang mudah(tersangat mudah sebenarnya) kita lupa, sabar.

Dimanakah letaknya kesabaran seseorang itu? Bulatkan jawapan yang betul.
A. Di rumah kawan saya yang tinggal di Sri Gombak.
B. Terletak pada huruf "S"
C. Di dalam bakul motor saya yang pancit semalam.
D. Di kedai roti jala Cik Milah di bazar Ramadhan

*Jawapan tiada diatas la cikgu..

Tertarik pada sesi kuliah hadith pagi tadi, orang yang kuat beramal terbahagi kepada 2. Pertama, pandai. Kedua tak pandai dan memandai2. Bagaimana jika beramal tanpa ilmu. Ia umpama seseorang yang main hentam sahaja pada jawapan diatas kerana tidak …

Doa punya doa.. + istighfar lagi..

Image
Tak sedap badan kalau miss sehari tadarus kat masjid kat umah aku ni. Sebab, tiap kali bertadarus, aku dapat belajar untuk memperbaiki bacaan. Rasa rugi kalau miss sehari, buatnya satu surah tu ada benda baru untuk dipelajari. Tak ke rugi...


Masa malam pertama Ramadhan, bacaan aku kira boleh bagi gred C lah. Hari kedua C lagi. Semakin hari semakin merosot bacaan aku. Selalu salah atau miss sebut huruf. Kadang mcm gelabah. Dari aku baca laju, langsung jadi perlahan dan tersekat2.

Malam ke-6, aku perbanyakkan istighfar untuk lebih rasa ikhlas dan mengikuti sunnah. Sebab aku takut lahir sifat riak untuk menunjuk2 menghadiri tadarus. Riak ni walau kecik, rosak susu sebelanga. Tak terima amalan kita.. nauzubillah..

Malam ke-7
Tak meningkat. Pun aku rasa tersekat dan rasa mcm tak kena aja dengan aku. Nak kata terlebih konpiden, aku rasa jauh la sekali sebab lain2 lebih hebat. Ni satu masalah, orang lain lebih hebat aku rasa aku ni kecik sangat.

Malam ke-8
Barulah aku lebih jelas, sifat rendah dir…

Makan atau memakan

Image
Vroom...., Vrrooom.. Sambil menundukkan kepala bagi geseran rintangan angin lantas dapat menambah kelajuan motosikal berwarna putih aku. Brr.. tek.. tekkk.. bunyi motor aku yang bergegar akibat kerapuhan dek ditelan zaman. Oppss, traffic light bertanda merah di depan! Terus aku menekan brek sambil mendongakkan kepala bagi menambah rintangan angin lantas dapat mempercepatkan proses berhenti pegun. Mujur brek aku mencengkam dengan baik.

Agak lama aku menunggu lampu tersebut untuk bertukar warna. Aku lihat jam, seperti aku sudah membazirkan waktu di jalanraya dengan hanya berhenti tanpa berbuat apa-apa disitu. Kalau makan pun dah kenyang.

Terpaling aku ke arah satu iklan.
"Zakat, sudahkah anda menunaikan zakat? Sucikan harta anda dengan mengeluarkan zakat" Bagus betul iklan dari Pusat zakat selangor ni. Mentarbiyah pemandu2 yang berhenti lama disitu. Iklan ini boleh dilihat di lampu isyarat bersebelahan dengan JUPEM di Jalan Semarak.

Inilah kuasa iklan atau media. Ia mudah menyerap…

Orang balik masjid, aku baru nak pergi..

Image
Ramadhan pada tahun ni, aku dan rakan di pejabat mengambil keputusan untuk mengubah sedikit jadual kerja. Maklumlah kerja shift 12 jam, jadi aturan masa itu sangat penting. Waktu tugas kebiasaan ialah secara 8pg-8mlm-8pg telah ditukar ke 9pg-9mlm-9pg bagi melonggarkan sedikit masa kepada aku dan juga kawan2 dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Waktu tersebut adalah yang terbaik setelah difikirkan, memandangkan lokasi kami yang berbeza2. Seperti aku, terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk ketempat kerja.

Masa aku kerja di mines, sempat juga lah solat fardhu isya' dan bertarawih berjemaah di masjid berdekatan rumah kerana dapat pulang awal mcm pekerja biasa yang lain. Jika shift siang sebegini di UPM, memang tak sempat lah gamaknya. Sampai rumah sahaja dah jam 10 malam.

Berbalik kepada tajuk, maksudnya masih lagi tergantung. haha. Ceritanya begini. Tiba sahaja dirumah terus aku bersiap untuk bertadarus di masjid. Pada masa itu orang sudah mula berpusu-pusu keluar masjid s…

Manisnya gula kerana adanya lidah, manisnya amal kerana adanya...

Fuuhhhh.. mengeluh aku sebab aku tak tahu apa aku nak mengeluh dah. Datang Ramadhan membuatkan aku merasa penuh rasa syukur. Allah masih lagi memberi aku peluang untuk menyucikan hati yang kehitaman ini. Nafas yang sentiasa berkitar secara percuma. Dikurniakan bulan yang tiap amalnya digandakan tambah lagi hari yang lebih baik dari seribu bulan.

"Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan."

Para sahabat telah siap sedia sebaik menjelang bulan Rejab dan Syaaban sebagai persiapan menyambut Ramadhan. Diumpamakan, bulan Rejab masa untuk manusia menanam benih. Kunjungnya Syaaban untuk manusia menyemai benih-benih tersebut supaya terus subur. Penyudahnya Ramadhan untuk manusia menuai nikmat-nikmat Allah yang tidak berbilang banyaknya. MasyaAllah.

Ramadhan, masih lagi kedengaran pembuangan bayi. Comel, bersih, suci. Apakah kesalahan yang dilakukannya. Suka aku pada haiwan, yang kasih sayangnya melampaui kemampuan manusia yang dikurniakan akal fikiran yang berganda istimewa.

Bula…