Wednesday, June 29, 2011

Bersih atau kotor

Aku bukan pro-gov mahupun pro-pembangkang malah aku bukan orang tengah.

Sejauh mana yang kita faham dengan kebersihan.
Adakah jasmaninya, adakah rohaninya.
Ada yang menyifatkan perhimpunan "bersih" adalah satu jihad.

Apakah betul faham dengan erti jihad. Atau sekadar menyombongkan diri untuk lebih mengetahuinya.

Rata-rata, suka mengikut-ikut. Dah berapa ramai aku jumpa dengan penyokong fanatik pembangkang. Kutuk bukan main. Tapi bab solat hampeh. Asas tu, belum hal lain lagi. Cerita bukan main lagi itu salah ini salah. Isu keruntuhan akhlak tak sebut. Yang suka sebut,
  1. TAK adil
  2. Rasuah
  3. Penipu wang rakyat
  4. Kerajaan tamak haloba
  5. Kerajan gelap duit.
  6. Kerajaan kikis duit rakyat.
  7. Kerajaan letakkan banyak beban kepada rakyat.
  8. Kerajaan zalim
  9. Kerajaan pembelit
  10. Kronisme
Yang menarik, siap bagi bukti. Kononnya, abang/kakak dia kerja dengan agensi kerajaan. Banyak tahu selok belok semua penipuan itu. Terutama rasuah.

Sepatutnya kita memikirkan, bagaimana ingin memantapkan individu seterusnya, ummah. Jadi semua yang kita benci2 tu mudah-mudahan terhakis sikit demi sedikit dengan melahirkan umat acuan Al-Quran.

Friday, June 17, 2011

Obor-obor cinta Bahagian-3

Mesti aku dah lupa yang aku telahpun mencipta tajuk ini sebelum ni. Rentetan itu, aku berhasrat untuk menyambungnya semula.

Obor-obor cinta mukadimah
Obor-obor cinta Bahagian-2

Selepas selesai berkursus dan ujian HIV, kini fokus seterusnya adalah persiapan atau proses pernikahan. Ada beberapa prosedur yang perlu diikuti jika dirujuk pada borang. Tidaklah sesukar mana, tambahan pula amat mudah apabila berurusan dengan pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak. Semua mesra-mesra belaka.

Teringat satu petikan kata-kata dari daurah baitijannati pada awal tahun haritu. "Perkahwinan adalah ibadah, amal ibadah menjadi lebih fokus, lebih tenang dan lebih enak". Oleh kerana pada masa itu tidak semuanya masih bujang, jadi pemahaman dari sisi aku nampaknya agak kurang sedikit tetapi kesan kata itu amat mendalam kerana menyentuh akan hal-hal ibadah. Di usia muda ini, pelbagai ujian perlu ditempuhi. Ibadah sering terganggu dan kurang fokus serta lemah dalam penghayatan. Menjadi pemuda yang hebat, adalah pemuda yang sentiasa berusaha memperbaiki amal nya. Pada masa inilah ganjaran yang bakal diterima hebat. Nak kongsi satu hadith ni :

“Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu; Imam (pemimpin) yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, Aku takut kepada Allah, seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya”. (Riwayat at-Tirmidzi)

Huraian nya boleh dirujuk ke sini : http://hadis.cikedis.com/tujuh-golongan-manusia

Sekarang sedang mempersiapkan barang-barang hantaran.

Banyak ujian baru-baru ini.

Seorang mukmin yang diberi harta yang banyak ia akan bersyukur, manakala jika dikurangkan hartanya dia redho.

Tuesday, June 07, 2011

Nama Jalan, Lorong Berlian 6

Kampung Melayu Wira Damai
Setibanya di rumah pada hari rabu minggu lepas, aku ternampak satu papan tanda berwarna biru. Sedikit musykil dan sedikit mempersoalkan. Nama jalan ini sebenarnya sudah lama di cadangkan, cuma pada harini telah menjadi kenyataan. Alhamdulillah, selepas ini mudah bagi orang ramai dari luar untuk mencari rumah di sekitar Kampung Melayu Wira Damai. Namun, terdapat satu lagi masalah. Masalah nombor rumah yang masih tidak di gunapakai. Hanya beberapa rumah dari ratusan biji rumah disini tidak mempamerkan no rumah. Keadaan ini masih menjadi satu masalah kepada penghuni sediada yang tidak mempamerkan nombor rumah.

Pekerjaan
Untuk hari ke-3 aku berkeseorangan di pejabat. Hari jumaat yang lepas aku pergi ke pameran minyak dan gas Asia. OGA 2011. Teringat aku yang pc fair juga dibuat disini. Cuma beza pada kali ini adalah syarikat yang membuat pameran semuanya besar2 belaka. Bermacam teknologi kejuruteraan minyak dan gas yang aku tidak tahu disini. Sedikit demi sedikit aku cuba membaca beberapa fliers dan brochure yang ada. Yang menarik, aku banyak melihat syarikat bumiputera yang sedang meningkat naik. Sebagai contoh, Alam maritim, Kencana Petroleum, RAAF, Petra, Kendali AJ dan tak lupa syarikat yang aku kerja iaitu Sapura. Mereka ni menggunakan bahasa Melayu sebagai nama syarikat. Begitu juga aku, menggunakan nama TUNAS Technology sebagai jenama dalam industri teknologi maklumat.


Ziarah keluarga sahabat
Pada hari sabtu lepas, aku, akh aiman, akh jufri dan akh daus pergi bertemu dan berta'ruf dengan keluarga calon zaujah akh daus. Kiranya ini merupakan langkah pertama untuk mengenali keluarga calonnya itu.

Bertempat di Bentong, Pahang, tempat tinggal keluarga tersebut terletak di lereng bukit yang di sekitarnya merupakan tanah perkuburan cina sehinggakan ia kelihatan dari pekan lagi. Suasana nyaman, melintasi sungai jernih, hijau dan mendamaikan. Daerah ini juga, mengingatkan aku kembali kepada arwah Shaufi yang mana disini merupakan kampung halamannya. Aku terdiam dan merenung seketika di sebuah padang bolasepak berhadapan dengan masjid yang mana pernah aku melihat arwah dan seorang lagi sahabat iaitu faizul bermain bola disitu. Aku dan akh jufri duduk ditepi padang, sambil menikmati cendol dan buah-buahan yang dijual di sekitar kawasan itu.

Melihat jam ditangan, semakin menghampiri zohor. Namun tidak kedengaran sebarang bunyi dari masjid. Aku dan akh Juf pun terus pergi ke masjid dan menunaikan solat. Selepas selesai, aku pun menuju keluar namun anak mata aku tertarik dengan satu keadaan. Kelihatan hamba Allah sedang berjemaah, mungkin kerana terlewat mengikuti imam tadi. Comel ku lihat imam ini. Rasanya usia imam ini sekitar 5-7 tahun. Makmumnya juga sebegitu. Berjubah, matanya tunduk dan merenung ke tempat sujud. Subhanallah, comelnya.

Tak comelnya, tiba2 kawan2 dia yang lain datang mengacau. Seorang tarik kopiah, seorang lagi seolah psiko imam tersebut. Kemudian semakin ramai kwn2 nya datang mengacau. Teringat pula masa aku kecil2 dulu, beginilah keadaannya. Aku pun tidak menghalang dan lihat dari jauh galagat tersebut. Ni gambar sebelum. Gambar masa tengah kacau aku tak sempat nak ambil :

Selepas selesai bertemu keluarga tersebut, kami menuju ke tempat perkelahan iaitu sungai Chamang. Inilah agendanya, bertemu keluarga tersebut dan juga rehlah. Kami membawa set bbq kesana. Semua khuatir dengan keadaan ayam yang telah diperam sekian lama, terbiar didalam kereta.

Perjalanan dari masjid mengambil masa sekitar 20 minit melalui jalan berliku-liku disertakan pula dengan keadaan jalan yang sempit dan hampir dengan gaung. Jalan tersebut juga kelihatan sedang dibaik pulih selekohnya. Kelihatan juga bekas tanah runtuh yang menakutkan. Berhati-hati kami menyusui laluan tersebut untuk menikmati air terjun yang hebat diperkatakan sebelum kami merancang kesini.

Kederasan air disana begitu kuat sehingga kan kami dapat menikmati keaslian bunyinya sebaik sahaja tiba disana. Banyak keluarga yang datang beriadah, berkelah di bibir sungai tersebut. Lantas kami menikmati bbq. Kalini, aku jadi tukang masak kerana takut kesihatan tidak begitu mengizinkan untuk menyertai mereka didalam sungai yang dingin itu. Sebenarnya aku merancang agar sihat untuk keluar pada keesokan harinya.

(actually dah masuk hari ke-3 aku tulis posting ni)

Bila mak dan abah nak balik ni..
Aku rindukan saat bersama keluarga..

Wednesday, June 01, 2011

Persoalannya..

Iman turun, iman naik.
Iman turun, Iman turun.

Ombak besar dunia yang sering melanda kita, seakan pesta yang berleluasa.
Sedikit dari kita, tidak memikirkan. Apakah yang terbaik bila berada "disana".

Sementara sihat.
Sementara kuat.
Sementara... Bernafas..

Pulang dari kerja tadi, seperti biasa keletihan.
Sempat dengar azan. Tapi rasa tak larat untuk ke rumah Allah.
Aku pun memutuskan untuk bersolat di rumah.
Masa sedang tilawah, aku dengar azan.
"Aih, da masuk waktu isyak ker. Awat cepat beno yeop." Bisik hati kecil aku.
Aku pun memalingkan biji mata ke arah jam dinding. Oppss, terlupa yang jam dinding aku hanya menunjukkan jam 11 sahaja setiap hari semenjak kehabisan bateri tempoh hari.
Ku lihat jam di telefon. Baru pukul 8.05mlm. Kenapa azan cepat. Lepas duk dengar azan tu betul2, rupanya ada kuliah kat masjid. Sedap semacam alunan suara dia. Lain macam je aku rasa.

Bergegas aku g masjid.

Masuk masjid, aku tengok ada seorang sheikh arab tengah bagi ceramah. Sebelah dia penterjemah. Jemaah pun ramai, tapi tak seramai solat jumaat. Maybe yang tambahan ramai ni orang2 kes macam aku jugak kot. Baguslah sheikh ni, pengisian dia nasihat2 aja. Suruh buat amal basic untuk kekalkan iman turun naik.
  1. Solat 5 waktu
  2. Puasa isnin dan khamis
  3. Qiam, 5 minit pun boleh asalkan bangun.
Nampak mudah, tapi amatlah berat bagi umat akhir zaman ni termasuklah aku. Tapi tiap perkara yang kita usaha untuk kebaikan, malaikat mendoakan dan Allah permudahkan jalan. InsyaAllah. Yg pntg sentiasa mengingatiNya.

Di opis tadi :
Punya lah sunyi. Separuh hari aku berkeseorangan dalam pejabat. Semua pergi ke exhibition. Walaupun orang takde, tapi kerja tetap ada malah makin bertambah.

Tambah
tambah lagi.

Esok bertambah lagi agaknya. Yang tak best, semua nak cepat. Tapi aku senang, mana yang dapat siap cepat tu, itulah cepat.

Persoalannya, nak cepat macamana?