Posts

Showing posts from August, 2008

Isutzu terjemah al-Quran ke bahasa Jepun

Harini nak kongsi satu cerita menarik tentan perkembangan ISLAM kini. Petikan ini terbaca pada tempoh hari. Adanya artikel ini disini ialah untuk berkongsi bersama rakan2 blogger yan tak berkesempatan baca surat khabar utusan. Saya semakin berminat cerita2 begini kerana kebelakangan ini saya banyak mendengar ceramah tentang kebangkitan ISLAM di barat. MasyaAllah...
APABILA menyebut tokoh-tokoh dan ilmuwan Jepun, apa yang terlintas tentulah kecanggihan dalam kemajuan teknologi pembuatannya yang kini telah menguasai kehidupan seluruh warga penduduk dunia. Yang jarang, malah langsung tidak diperkatakan umum mengenai ketokohan warga negara matahari terbit itu ialah dalam pengkajian serta keilmuan Islam. Sebaliknya warga Jepun diketahui terlalu kuat berpegang dengan spiritual warisan budaya tradisi yang berasaskan anutan agama Buddha (zed Buddha). Toshihiku Isutzu (1914-1993) adalah nama agak asing untuk dikait atau diletak dalam senarai nama-nama sarjana dan ilmuwan Islam pada abad ini. Be…

Pengalaman

Image
Dugh!!, dughh..!, duughh..!!.. bunyi Genset yang berfungsi malam tadi. Sebaik sahaja pintu enjin dibuka, bunyinya semakin kuat sehinggakan membingitkan gegendang telinga saya. Ini adalah kali pertama saya masuk kedalam kawasan Genset. Genset adalah merujuk kepada "electrical generator" yang berfungsi menghasilkan tenaga elektrik sebaik sahaja bekalan utama dari TNB putus. Lebih kurang generator di pasar malam cuma saiznya lebih besar kerana perlu membekalkan tenaga elektrik secukupnya untuk segala peratalan elektrik terutamanya server client yang terdapat di pejabat saya.

(gambar merujuk kepada Genset. Tapi yang ni yang kecik punya.)

Agaknya saya seorang yang terlepas dengan peringatan tentang gangguan elektrik pada malam tadi. Saya diberitahu sebaik sahaja sampai di pejabat jam 8.00 malam. Dan pada masa yang sama Saiful dari shift lain turut hadir bagi mengendalikan Genset tersebut. Kira malam tadi saya tidaklah keseorangan seperti hari2 sebelum ini. Maklumlah, semenjak setah…

50 panggilan telefon

Agak kalut sedikit pada hari ini kerana banyak permintaan terhadap saya pada harini. Pagi-pagi lagi dah tak dapat pergi keje. Kena berkejar ke Shah Alam sebab lepastu tak lama kena ambil abang di hospital Selayang nak selesaikan hal dia dengan doktor2 kat situ. Oleh kerana dia takleh jalan saya kena pimpin atau tolak kerusi roda dia. Pagi sahaja lebih kurang 20 call masuk tanya itu ini. Antaranya :-

soalan : fauzy kat mana?
jawapan : pejabat.
komen saya : alasan bila ada di pejabat, orang tidak akan menyuruh saya buat sesuatu perkara seperti memerlukan bantuan. Tetapi pada masa sama akan bertanya hal tersebut untuk menilai keutamaannya jika saya buat yang tu, tangguh kan yang lain kejap. Macam keep safe la. Bukan tak mahu tolong, takut tak mampu nak laksanakan tugas yang beratur nak kena siapkan. Hari ni je da delay projek nak kena design system sebelum masuk fasa analisa. Tips ni saya minta dari pengurus tempat saya bekerja semalam. Sebab saya dah mula terasa beban sedikit demi sedikit …

Dan sesuatu, Blueberry Tea

Image
Harini balik keje awal sedikit tidak seperti biasa. Sepanjang jalan teringat akan panggilan untuk temujanji mengambil sesuatu. Sesuatu yang menggembirakan.

Lagi nak cepat, lagi pula tiba2 jalan jem semacam. Dugaan suma tu.

Macamana kalau kita..

Image
Selepas menunaikan solat fardhu Zuhur, bawa keluarga pergi melawat abang sulung saya yang berada di hospital Selayang. Harini dia dia menghadapi pembedahan buku lali kirinya kerana terdapat keretakan yang serius akibat daripada kemalangan jalanraya minggu lepas.

Sementara menunggu abang saya, kebetulan rakan sekolah rendah dan juga menengah saya berada di katil sebelah. Dia juga cedera agak teruk pada peha kirinya. Matanya kemerahan. Akibat yang sama, kemalangan semasa menunggang motosikal. Masing2 baru keluar bilik pembedahan dan sedang menahan sakit kerana kehabisan bius agaknya.

Anak abang saya, Aina dan juga Qila takut dengan situasi disana. Lagi2 nampak darah yang berada disalur air masuk ketangan tu. he.. Pastu lama2 ok sikit. Hampir sejam tunggu abang saya keluar dari bilik pembedahan. Alhamdulillah, semuanya selamat.

Saya cuba membayangkan jika saya berada di tempat tersebut. Saya sering menunggang motor pegi dan balik kerja. Sepanjang setahun ulang alik dari batu caves - Serdang…

Merintis dengan bermula

Image
Alhamdulillah...
Syukur kehadrat ilahi dengan keizinannya dapat kami semua berkumpul bersama mengeratkan lagi ukhwah.

Biarpun hanya beberapa sahaja yang dapat hadir, namun apa yang dirasakan adalah satu permulaan yang sangat baik dari pelbagai sudut memandangkan ini adalah yang kali pertama diadakan secara rasmi biarpun agak santai.

Dimana disini mula titik tolak untuk program seterusnya yang bakal dijalankan bagi mengisi jiwa dengan sifat2 mahmudah. Walaupun bermula agak lambat, tapi semua setia menunggu ketibaan Ustaz Din iaitu selaku admin web halaqah.net. Sungguh saya kagum dengan seorang ustaz yang tiada latar belakang pelajaran Komputer mampu menghasilkan sebuah laman web yang bermanfaat hasil gabungan ilmu agama yang dipelajarinya. Itulah sebahagian kesempurnaan gabungan ilmu kurniaan Allah taala..

InsyaAllah, jumpa lagi dimasa akan datang. Syukran..

Setelah tamat program, bawa adik berjalan pusing KLCC. Penatnya alahai baru balik kerja pagi tu. Buat kuat je jalan ikut kehendak dia.

Ulantahun hari lahir ku ke 22

Akhirnya aku berkesempatan juga menulis pada hari ulangtahun kelahiran aku sendiri. Biarpun agak sibuk dengan kerja dan juga tugas, namun berkesempatan juga melayani rakan2 yang setia mengekalkan ukhwah. Tak lupa juga kepada kawan lama yang da lama tak contact. Macam tak caye je. Berikut adalah list yang sudi wish kat aku.

dayah
nurul
darwies
enor
niza

iwan
kupol

siti
kak zaiti
kak faseh
kak za
kak wani
hanif
marlina
zul

hannah
maryam
ain
alin (kawan dak atul)
hawa

mak andak

nadira

sapid
jana
alin
aleyya

hafiq
eppy
ani
aiza
nazrul
nadia

Nama di kumpulkan mengikut kumpulan tertentu kerana aku ni ada macam2 kawan. Tahun ni rasa wish makin berkurangan tak macam tahun2 lepas. Berduyun mesej masuk bila jam 12 tgh malam. Tapi skrg tak. Tu maknanya da semakin berusia.

Semuanya ucap lebih kurang "selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki dan panjang umur dan dipertemukan jodoh".

adeh, bab jodoh ni lemah seket.. he.

semenjak masuk umur 22 tahun ini, aku sudah mulakan satu cara hidup baru iaitu mahu lebih berfikiran …