Thursday, August 30, 2007

Aku melihat dari aspek kemerdekaan

Merdeka kah kita?

Ya, kita merdeka dari jajahan kolonial dan sebagainya.
Kita berbalik kepada zaman penjajahan, pelbagai perkara dijajah dan dibentuk untuk kita ikuti. Kehidupan di bumi sendiri menjadi seperti kehidupan di negara orang. Saat kemerdekaan, pelbagai perkara baru telah digubal bagi menyesuaikannya dengan masyarakat Malaysia yang asal. Maka Lahirlah perlembagaan persekutuan yang memperuntukkan undang-undang yang selaras dengan kehendak rakyat.

Kita lihat pada aspek pendidikan, begitu kuatnya penentangan terhadap penggunaan bahasa rasmi di sekolah Tanah Melayu dalam memperjuangkan bahasa melayu sebelum kemerdekaan. Sehingga takut bangsa-bangsa lain mahu mempertikaikannya lagi setelah ia bentangkan. Lalu dengan rasmi bahasa melayu diANGKAT dan Di PRAKTIKKAN penggunaannya di seluruh negara. Namun, setinggi mana di julang ia bukanlah sesuatu yang perlu diutamakan.

kemudian, bagaimana dengan Bahasa Melayu sekarang? ia hanya di tabalkan secara rasmi sebagai bahasa rasmi negara Malaysia. Ia telah di ANGKAT, tetapi semakin kurang penggunaannya. Maka, semakin terhapuslah perkara 102 perlembagaan persekutuan ini. Sedih... Lagi sedih bila di rojakkan. semakin lama, semakin hilang identiti sebagai negara Malaysia.

Tetapi, bagaimana dengan Islam? ia hanya di tabalkan secara rasmi sebagai agama rasmi negara Malaysia. Ia telah di ANGKAT, tetapi tidak di PRAKTIKKAN. Ini adalah masalah, yang menyumbang kepada kegagalan dalam segala aspek. Lama-lama angkat pun sudah tidak kelihatan. Seperti angkat tinggi kelangit, makin tinggi makin tak nampak dan malas nak mendongak lagi. Sekadar penyedap nama. Maka, semakin terhapuslah. Menangis.. Lagi aku menangis jika ia dipermain-mainkan, semakin hilang nilai keislaman dalam negara Malaysia. Inilah perjuangan yang belum selesai, bukan sekadar menangis sedih. Sebagaimana semangat patriotik, tinggikan lagi semangat jihad dalam diri.

"Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu[993], dan (begitu pula) dalam (Al Quran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik- baik Penolong."
Al-Hajj : 78

Selamat hari kebangsaan.

Wednesday, August 29, 2007

Berilah..

Klik terus untuk derma.
Sila baca dahulu butiran di :
Lebih lanjut Blog Islamic Relief
Malaysia web Islamic relief Malaysia

Thursday, August 23, 2007

MENGAPA OH MENGAPA?

MENGAPA OH MENGAPA?

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya. ..
...tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah,
dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya. ..
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa
bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat...
...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili!

Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi.. .
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya,
dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan. ..
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada akhbar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

Friday, August 17, 2007

Amalan minum air panas

Terima kasih kepada siapa yang sudi mengirimkan artikel ini di kala saya yang dalam kesibukan.

Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.

Secara logik..., mungkin ada kebenarannya. . Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.

:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup menambahkan amalan kepada Allah..

** Buat masa ni penulis sedang menjalankan kajian bagi mencari bahan penulisan untuk perkara lain yang tiada kaitan dengan blog. InsyaAllah. Jadi tak dapat kerap berblog secara kerap buat masa ini. **

Friday, August 10, 2007

Detik ditegur bersujud

Semasa ana sedang membaca hadith-hadith, ana terjumpa sebuah hadith yang mengingatkan ana kepada pesanan ayah ana kepada abang ana masa ana umur 8-9 tahun. Ayah hanya berkata, semasa bersujud, jangan jadi seperti anjing. Seperti kasar bunyinya, dan baru hari ini ana dapat tahu apa yang menyebabkan ayah berkata begitu. Mungkin ayah sudah jelaskannya, dan ana terlupa. Ana kongsikan kepada pembaca kenapa ayah ana berkata begitu :

Dari Anas r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Sempurnakanlah sujudmu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”
(hadith riwayat Muslim)


Huraian
Sebahagian daripada disiplin solat adalah melaksanakan setiap rukun solat dengan tertib dan sempurna bukan sesuka hati mengikut kehendak nafsu. Orang yang melakukan solat secara khusyuk boleh diibaratkan seperti sedang bermeditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah, bukannya pilihan manusia dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih daripada itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah. Salah satu kedudukan terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan itu darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza dengan sirshasana (headstand) yang dikenali juga sebagai Raja Yoga atau King of Yoga. Dalam kedudukan ini seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan di peringkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Ia sangat baik untuk kesihatan. Namun begitu kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Berbeza dengan sujud kebaikannya sama, tetapi sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Ringkasnya, solat adalah lebih baik daripada yoga mahupun meditasi kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin yang kuat. Seseorang yang hendak bersolat wajib membersihkan jiwanya dari kesyirikan terlebih dahulu sebelum memasuki solat untuk mengesakan Allah S.W.T.

terima kasih ayah..

Wednesday, August 08, 2007

Masjid di Alicante

Penulis meneruskan jelajah ke negara Sepanyol dari Palestin. Pada mulanya ingin menuju ke Lahsa di Tibet bagi kajian Muslim disana. Kajian telah melalui skop bagi negeri Kham dan Amdo yang terletak di utara dan timur Tibet. Tetapi bila difikirkan, seperti ada panggilan penting umat Islam di Sepanyol.

Penulis tiba di Alicante airport pada jam 4 petang(waktu Malaysia). sebaik sampai sahaja, penulis diberi kunci kereta oleh seorang pemandu yang diberikan oleh rakan penulis. Penulis terus menuju ke tempat letak kereta. Baru sahaja sampai, penulis terpaksa melaburkan EURO 15 bagi menanggung bayaran letak kereta. Selepas itu, penulis memulakan perjalanan..

Muslim di Alicante, Sepanyol, tidak dapat melakukan lagi solat jamaah di masjid. Satu-satunya masjid milik mereka, Masjid Alicante, bakal ditutup oleh pihak tertentu di Sepanyol. Alasan penutupan itu tidak dijelaskan secara terperinci oleh pihak berkuasa tempatan.

Dua pekan ini didiami Muslim telah menghantarkan surat permohonan penundaan penutupan masjid. Tetapi setelah imam masjid menemui pejabat pihak berkuasa tempatan, permohonan itu diterima. Hingga kini mereka tidak tahu mengenai alasan penutupan itu, kerana ianya adalah sah dan dengan keizinan, jadi tiada masalah.

Penutupan masjid tersebut sebenarnya harus dilakukan awal September akan datang. Hasil penyiasatan, penutupan baru akan dilakukan selepas Ramadhan tahun ini.
Dalam kenyataan yang disampaikan melalui media berita Sepanyol, EFE, pejabat kerajaan tempatan kota Alicante mengaku sudah pun mengirimkan surat perintah penutupan kepada ahli jawatankuasa masjid. Namun salah seorang warga Muslim setempat, Najid Khadim menyatakan belum menerima surat tersebut.

Khadim menyatakan, tiada masalah dari segi aktiviti yang dianjurkan oleh masjid. Kalau pun ada sedikit masalah, hanyalah berupa pintu darurat di salah satu sisi masjid yang diprotes oleh orang disekitar. mereka mendakwa, masjid itu menjadi tempat merekrut pengganas.
Masjid Alicante berdiri sejak lima tahun lalu. Masjid ini mampu menampung 500 jamaah. Pada bulan Ramadhan, masjid ini menjadi pusat kegiatan keagamaan Muslimin Alicante dan sekitarnya.

Di Sepanyol, pembinaan dan pengoperasian rumah ibadah tidak perlu memiliki izin tertulis. Namun hakikatnya, warga Muslim di sejumlah kota di Sepanyol kerap menemui kesulitan untuk membangunkan masjid bahkan untuk menunjukkan identiti mereka sebagai Muslim. Keadaan ini makin buruk selepasi peristiwa ledakan bom di sebuah kereta di Madrid pada Maret 2004 lalu.

Di Seville, proyek pembangunan masjid agung terpaksa dihentikan setelah warga sekitar menyatakan kebimbangan. Protes anti pembangunan masjid di Seville sudah sampai ke tahap yang ekstrem, dengan melemparkan kepala babi ke lokasi pembangunan masjid tersebut. Nauzubillah min zaalik...

Mari kita sama-sama mendoakan kesejahteraan umat Islam disana. Semoga kita semua dilindungi Allah swt..



sumber http://www.islamicawakening.com/viewnews.php?newsID=5686&

Monday, August 06, 2007

Perasmian blog peribadi

Assalamualaikum warahmatulah..

Sekadar cerita yang penulis lalui hari demi hari. Sebab rasanya tak sesuai jika pamerkan hal peribadi disini kerana objektif Nur Of Islam adalah membuka tirai kisah umat Islam di serata dunia dengan pengisian cara hidup, keamanan, kehidupan dan politik. Moga apa yang di hajati menjadi kenyataan. InsyaAllah...

ok, penulis mahu meneruskan penjelajahan seterusnya.

Sunday, August 05, 2007

Penemuan bernilai

Kali ini penulis terbang secara maya ke negara Palestin, bumi yang sering ditindas oleh rejim zionis. Penulis melawat sekitar masjid Al-Aqsa(harap tak keliru dimana sebenarnya masjid itu(boleh rujuk posting terdahulu)). Sedikit maklumat yang penulis dapat dari seorang teman yang berjuang menentang musuh Islam.

Saat ini, semua pihak menyadari bahwa Rejim Zionis lambat laun akan menghancurkan Baitul Maqdis. Rejim Zionis mendakwa, langkahnya itu bertujuan untuk membangunkan kembali Kuil Sulaiman yang berabad-abad lalu berdiri di bawah bangunan Masjid Al-Aqsha. Dalam pandangan kelompok radikal Yahudi, kerosakan itu merupakan syarat munculnya penyelamat utama. Namun hingga kini, rejim Zionis tidak mempunyai maklumat yang kukuh atas dakwaannya itu. Bahkan, kelompok Yahudi Ortodoks Baitul Maqdis beberapa waktu lalu menyatakan bahawa Masjid Al-Aqsha adalah milik ummat Islam. Di samping itu, mereka juga mengecam kerosakan yang dilakukan Rejim Zionis terhadap masjid ini. Secara umum, sejumlah besar orang Yahudi sebenarnya tidak meyakini bahawa masjid Masjid Al-Aqsha berdiri di atas binaan Kuil Sulaiman. Disini wujud PEMBOHONGAN BESAR yahudi laknatullah nak menghancurkan Islam.

Apa yang menarik perhatian, dalam operasi penggalian di Bab Al-Magharibah ini menemui peninggalan sebuah masjid kuno. Berkait dengan masalah ini seorang arkeologi Yahudi, Youfal Barouh, mengakui penemuan masjid ini pada tahun 2004. Menurutnya, masjid itu berkait rapat dengan masa kejayaan Ayoubi. Tetapi pihak pihak rejim zionis merahsiakan kebenaran ini. Rejim zionis juga merosakan tembih di sebelah barat Masjid Al-Aqsa dengan alasan untuk membina jambatan. Hal ini bertentangan dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBB bagi melindungi tempat bersejarah. Hal ini meliputi sejarah panjang dan pernah menjadi pusat semu agama samawi.

Seterusnya penulis terbang semula ke Malaysia untuk menulis blog supaya dapat di jelaskan kebenaran yang berlaku di Palestin. Semoga sinar menerangi setiap kegelapan.

Wednesday, August 01, 2007

Simpulan Sampul

Bismillah..

Lalu aku mendapat ilham, datangnya dari Allah. Agaknya dari doaku setiap hari..

Dengan ini, bermula la karya baru dari ana yang akan disiapkan dengan kudrat yang ada. InsyaAllah. Doakan ana.
Sunggguh misteri cerita "Simpulan Sampul" ini.
isinya, hanya akan diketahui kemudian apabila siap kelak. InsyaAllah.
doakan ana yer..

Ada rakan bertanya kenapa "Simpulan Sampul"? sebab sampul itu adalah penutup segala isi-isi yang penting yang tersimpul didalamnya. Selagi ia tidak dibuka, ia kekal misteri. Jika ia hilang, lenyaplah apa yang diharapkan...
sajak ku untuk Simpulan Sampul didalam satu simpulan:

Pergi belayar menyelami isi hati,
hati melayang mengingati kenangan yang indah,
Bukan khayal yang merosakkan,
Bukan lalai yang sentiasa rugi,
Cuma sebuah jalan dari semua jalan.
Bukanlah ku kejarkan sekadar keuntungan,
Aku pilih demi mencari kebenaran,
Ia adalah peringatan,
untukku yang sentiasa alpa,
di dunia yang sentiasa leka zamannya,
dalam mengejar cinta Hakiki.

Memandangkan banyak masa terluang di tempat kerja, diharapkan kalini ana dapat menumpukan perhatian untuk menghasilkan penulisan yang lebih baik insyaAllah. Terima kasih kepada sahabatku yang terlalu banyak membantu dalam penulisan yang pertama. Ia adalah pendorong untuk ana lebih agresif dalam bidang ini. Syukran..

Oleh kerana baru peringkat permulaan bagi penulis mentah macam ana ni, jadi tak mustahil akan mengalami masalah. Moga dipermudahkan..

"SIMPULAN SAMPUL" - fauzy