Saturday, May 23, 2009

Tempahan kejayaan melalui derita

Sejenak aku berfikir, adakah mustahil untuk aku meneruskan kajian dengan menggunakan peralatan baru. Adakah mustahil untuk aku berjaya memudahkan kesemua yang aku perlu tempuhi. Adakah mustahil untuk aku menggarapnya. Yang hanya aku perlu katakan ialah TIDAK.

3 hari yang lalu, aku dan sahabatku pergi ke Plaza Lowyat di KL. Dengan harapan ingin mencari router baru yang jauh lebih murah dari router yang aku gunakan sebelum ini. Dengan kos yang rendah, aku terdedah kepada risiko mutu dan kebolehupayaan router tersebut. Dan dengan jaminan yang lebih pendek, iaitu setahun sahaja apa2 kemungkinan boleh terjadi. Ditambah lagi dengan kurangnya kajian dan pengalaman dari orang lain untuk dijadikan bahan rujukan, bakal menyukarkan lagi kajian aku pada kalini. Namun, hanya aku perlu katakan ialah YA, Aku mesti teruskan.

Aku pasti boleh buat.

Alhamdulillah, setelah 2 jam berhempas pulas, pada ianya selamat di "flash" kan perisiannya dengan menggunakan perisian pihak ketiga iaitu DD-WRT versi 24 SP1. Memang merumitkan sehingga sampai satu tahap aku kebuntuan. Dengan doa dan usaha, aku istiqamah dengan apa yang aku dah mulakan.

Aku pasti kerana aku yakin.

Tak ramai yang tahu mengenai teknologi mengubah perisian2 wireless. Yang tahu, plug in dan terus guna. Jadi tak perlu nak fikir lanjut.

************************************************************************************

Semalam aku pergi bermain bola pada jam 9 malam. Dengan keadaan padang yang agak gelap kerana kerosakan lampu, bagai nak peninglah duk mencari bola. Ditambah lagi dengan keletihan mengejar dan menendang bola. Aku banyak melepaskan peluang menjaringkan gol sekaligus mengecewakan pemain lain dalam pasukan masjid An-nur.

Gambar disebelah adalah akibat diterjah dari hadapan(dalam keadaan berlaga kaki sama kaki). Tapak kasut pemain tersebut mengenai tulang kering di kaki kiri aku. Inilah kali pertama aku mendapat luka yang mempunyai radius yang agak besar. Kalau sebelum ni kecil2 aja. Kat bawah ni la antara rupa tapak kasut bola. Yang tajam2 tu lah yang kena kat kaki aku. Bagi yang tak biasa, memang agak menyeramkan. Tapi bagi aku, itu perkara biasa dan tidaklah terlalu sakit. Lagipun perlagaan tersebut bukan lah niat jahat, ia tidak disengajakan. Inilah sahaja sukan yang aku main dari kecil sehinggalah sekarang. Aku mempunyai kenalan yang ramai pun dari sukan ini.

Esok aku perlu pergi kerja. Dan perlu keluar ke subang pula.

Harini bagher sms aku bertanyakan tentang wireless. Tempoh hari dia berubah fikiran, harini dia berubah semula. Selasa ni nak pergi mengusik dia. hehe..

Wednesday, May 20, 2009

Bukan gila kini, masa untuk berubah

Pada suatu masa dahulu, kita mungkine digelakkan jika bercita2 untuk menjadi seorang yang hebat. Ia mudah dikategorikan oleh masyarakat sebagai sesuatu yang "gila". Tetapi pada hari ini, ianya 100% tidak mustahil. Kini setiap pelbagai peluang terhidang, yang perlu dibuat hanyalah menggarapnya sahaja dengan cara berhemat. Bukannya gelojoh. Sebabnya, kegolojohan bakal mengundang padah dan ianya bersifat sementara atau hangat2 tahi ayam.

Mungkin idea Tun Dr Mahathir pada suatu masa dahulu dianggap "gila" kerana ingin mempunyai kenderaan nasional sendiri. Lihatlah sekarang..

Lagu dibawah ini memberi semangat atau motivasi untuk kita semua untuk lebih berdaya saing. Sebagai umat Islam, kita tidak boleh cepat berpuas hati dan berserah 100% kepada Allah SWT tanpa meletakkan usaha yang dilipatgandakan. Ianya mestilah seiring untuk terus melakar kejayaan. InsyaAllah sesuatu yang diniatkan untuk kebaikan mendapat keredhaanNya...

Tajuk Lagu : Menawan Dunia(Khas versi Proton exora)
http://www.mediafire.com/?mtjhy4muyhm - download MP3



Tidak gentar
Tidak pernah jiwaku terketar
Apa jua yang merintang
Ku pasti jua bertahan (pastinya Proton bertahan)
Dan teguh ke depan
Mengibarkan sayap impian bergemerlapan
Meluncur pergi ke hala persada nan tinggi

Chorus
Kini ku menawan dunia
Telah ku gagahi pawana
Menung dan khayalku bukan lagi sekadar fantasi
Kini ku dipandang dunia
Telahku langkahi hampa dan lara
Dan ternyata kan ku
Menjangkau sejauh jua

Yang mustahil mampu diubah
Yang samar pasti tersuar cahayanya
Biar lesu kaki melangkah
Jangan sekali mengalah

Nyata kini Proton (menawan dunia)
Terbuktilah Proton (dipandang dunia)
Pasti sudah Proton (menawan dunia)
Nyata kini Proton (dipandang dunia)

*************************************************************************************

Semalam kepala aku pening tahap tertinggi. Tak pernah kena macam tu. Lepas bangun subuh tu terus ok. Alhamdulillah..

Monday, May 18, 2009

Komunikasi tergeliat

Pada sabtu lalu, rakan kerja ku mohd ridzuan telah kembali ke rahmatullah selepas hari diberikan rawatan di hospital. Sama2 kita sedekahkan Al-fatihah kepadanya. Pemergiannya meninggalkan seorang isteri tercinta yang baru dinikahinya tidak sampai setahun.

Selepas tamat pengkebumian jenazah di kajang, aku terus pulang kerumah. Dalam perjalanan pulang, aku rasa tergamam dan sedih kerana aku merasakan dekat dengan kematian. Sekali lagi aku diuji semasa melalui jalan di hadapan bangunan Sapura di The Mines. Seorang penunggang motosikal maut dan di selimuti oleh plastik hitam. Kelihatan darah merah masih mengalir ke bahu jalan..

Innalillah wainnailaihirojiun..

**************************************************************************************

Baru-baru ni aku mendapat seorang lagi pelanggan wireless yang baru. Namanya Bagher, seorang warga Iran yang menuntut di UIA peringkat PHD. Dia baru 3 bulan disini, dan perlu menghabiskan 5 tahun untuk tamat pengajian. Dia tinggal menyewa di sini bersama seorang isteri dan juga seorang anak kecik yang amat comel. Bulat mata anak pak arab nih. Geram aku tengoknyer.. MasyaAllah..

"MasyaAllah" adalah suatu ungkapan yang sering digunakan oleh Bagher dan rakannya Muhammad. Aku diberitahu oleh Muhammad yang orang Malaysia ini menyebut MasyaAllah kerana melihat benda yang buruk sedangkan maksudnya lain. Tergelak seketika. Aku cuma terangkan perspektif masyarakat di Malaysia yang tidak jelas akan penggunaan kalimah tersebut.

Masa duduk2 tu isteri Bagher hidangkan minuman jus oren(made in Malaysia yer). Aku lihat rumahnya terurus biarpun masih ada lagi barang didalam kotak yang masih belum dipunggah. Bagher dan Muhammad tinggal berjiran dan masing2 sudah berkahwin. Aku ingat bujang lagi. Sebab pak arab ni muka hensem jer. Awet muda kot..

Pastu tiba2 ada ym kawan dia popup kat skrin laptop gambar obama. Aku pun tanyalah "kawan awak suka obama ker?, kenapa tak letak gambar perdana menteri awak ahmadinejad?". Dia pun terangkan mengenai pemerintahan ahmadinejad disana. Bagher merupakan puak sunni yang sentiasa ditindas dan tidak diperlakukan adil oleh kerajaan yang dimonopoli oleh puak syiah. Dia juga terangkan rakyat Malaysia mungkin memandang Perdana menteri mereka itu seorang yang bagus tetapi sebaliknya lain yang berlaku. Sehingga dia menceritakan betapa sukar hendak jalankan aktiviti keagamaan, pembinaan masjid, majlis rasmi dan lain2 yang berkaitan dengan amalan ahli sunnah. Dari air mukanya tampak yang begitu ikhlas dia menceritakan pengalamannya di tanah air mereka sendiri. Aku tumpang sedih je la..

Aku suka bila dia cakap "Orang Iran selalu melanggar peraturan." Sebab tadi dia cakap gitu pada sudut positif. Dan pada masa yang sama dia cakap puak syiah selalu langgar peraturan dari sudut negatif.

Selepas sembang2, aku semakin mengetahui dunia luar sedikit demi sedikit. Mungkin Bagher dan kawannya adalah insan yang pertama aku kenal sebagai orang luar(foreign) yang aku perlu hadapi secara berdepan. Dialog mereka pun lembut2 suka senyum pastu selalu sebut MasyaAllah pastu senyum.

Erk, sebenarnya perbualan aku semua dalam bahasa inggeris. Itulah tajukanya "komunikasi tergeliat" sebab aku merangkak cakap omputih sebab tak paham bahasa iran iaitu parsi. Nak taknak kena cakap jugak dan kena paham. Tadi la sikit aku jem sebab tak ingat "dawai" kalo dalam bahasa inggeris tu aper. Aku sebut unused wire jer. hehe.

Thursday, May 14, 2009

Aku dan digit 100

Sudah 5 hari berlalu aku menanggung rasa derita yang seringkali mengganggu kehidupan aku. Kesakitan geraham sebelah kanan membuat aku merasakan amat kurang selesa. Tambahan lagi aku mula rasa lesu dan tidak bermaya. Pada malam ini, kemuncak tubuh aku semakin lemah dan kudrat ku semakin lumpuh. Semuanya semakin dirasai kerana aku kini sedang bekerja, pada sebelah malam..

Mungkin posting yang ke-100 membuatkan aku bermuhasabah kepadaNya akan kesibukan yang melampau aku dalam mengejar duniawi. Mungkin Allah mahukan aku berehat sebentar, dan seimbangkan antara dunia dan akhirat(ni aku terfikir masa basuh pinggan tadi). Aku semakin terlupa, terlupa yang semua ini hanyalah pinjaman semata-mata. Tak lama lagi mungkin esok akan ku pulangkan kesemuanya...

Bak status YM azrul sahabatku "overclocking myself, its hurt".

Pada posting yang keseratus ini, aku lebih banyak memikirkan "Jangan melebihi jangkaan sesuatu yang dijangka" atau orang putih nya "do not exceed expectation that has been expected". Kerana menurut pengalaman aku, ia menemui kegagalan dikala aku melakukannya. Biar pun diantara masa kita perlu futuristik, namun aku siapalah aku untuk menemui sentuhan futuristik. Aku lebih sedar yang aku mempunyai kekurangan, iaitu aku masih tidak berkenan dengan ilmu hisab sehinggalah sekarang.

Aku yang ingin mengeksploitasi ilmu kendiri,
Dikala aku merasakan kenapa matematik sering menjadi penghalang terhadap kemajuan yang aku capai. Baik dari bangku sekolah, subjek matematiklah yang aku sering ketinggalan dan mencatat keputusan yang paling RENDAH dalam setiap ujian. Adakah ini takdir, tidak. Ia adalah kerana diri aku sendiri yang tidak melihat matematik sebagai potensi untuk lebih kedepan. Inilah yang aku rasakan bari-baru ini. Aku tidak ingin lari lagi dengan matematik, aku perlu tempuhinya juga untuk menggarap potensi yang terhidang. Kini aku membuang noktah, dan menyambungnya dengan menekan "koma".

Aku perlukan rehat.
Sambil2 dengar bacaan yasin oleh ustaz din(alhadhie di halaqah.net) dan nasyid Algebra.

Oh aku rindukan kedamaian.

Esok mungkin aku ke klinik.

Semalam, aku dimaklumkan oleh rakan kerja tentang anjuran solat hajat di surau berdekatan pejabat. Solat hajat ditujukan kepada rakan kerja ku Mohd Ridzuan Bin Ghazali yang kini berada di ICU dalam keadaan koma dan menggunakan alat bantuan pernafasan. Aku difahamkan keadaannya begitu tenat. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan bagi sahabatku, berikanlah ia kesihatan dan kesempatan untuk terus beribadah kepadaMu ya Allah. Ringankan lah bebanannya..

Sunday, May 10, 2009

Paintball

Sabtu lepas, Mymmc.net iaitu laman portal untuk bekas pelajar Telekom menganjurkan aktiviti paintball bersama ahli-ahlinya. Permainan ini memerlukan kepantasan dalam setiap gerakan. Latihan perang juga merupakan satu sunnah dimana zaman nabi dulu berperang untuk menegakkan ajaran ISLAM. Oleh itu, latihan perang dapat mengurangkan debaran dan ketakutan kepada kita dalam mengendalikan senjata untuk berhadapan dengan musuh. Cuma bezanya dulu tak pakai pestol dan senapang mcm sekarang. Itulah antara hikmahnya. Bila kena tembak tu memang sakit. Ada tu sampai lebam kena kat tangan, leher, peha dan lain2 tempat. Mujur aku tak kena tembak sepanjang permainan. Aku main pun berhati2, menyorok dengan kerap, cuba menembak dari posisi yang selamat dan bergerak dengan sepantas yang boleh.

Jam 3 petang, aku sampai dirumah. Dengan keletihan baru balik dari kerja dan terus ke Shah Alam untuk main paintball ni, aku amik keputusan untuk duduk dirumah dan berehat. Kemudian dapat call dari kawan ajak main bola petang tu. Aku menolak. Kemudian dapat lagi call ajak main bola pada jam 9 malam di Kepong, cuma kalini aku teringin nak main sebab lama tak main bola dek kesibukan kerja.

Yang tak bestnya, permainan dibatalkan pada malam tu gara2 pihak pengurusan padang tidak mendapat tempahan untuk menyewa padang pada malam itu. Jadi pulanglah dengan hampa. hehe.

Harini masuk kerja dengan rasa mengantuk teramat sangat.

*************************************************************************************

Fakta menarik :
Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku?

Monday, May 04, 2009

Diluar pagar

Inilah yang dikatakan bak pepatah "Buah Cempedak diluar pagar". Ni aku jumpa masa pergi kajang semalam. Memang betul2 luar pagar. Subhanallah. Kalau mak aku dapat mesti petang tu dia buat cempedak goreng. Tapi apakan daya hanya mampu melihat. hehe.

Sebelum tu aku duk cari la rumah. Punya la pusing2.. Pening kepala cari. Akhirnya jumpa.. Ok jugak rumah tu kaler kuning. Tak renovate apa2 lagi. Suasana dia yang paling aku suka sebab sunyi dan tenang. Membuatkan aku rasa bahagia jer berbanding tinggal di KL yang penuh dengan kesesakan setiap hari. Kalo lah aku ada kuasa veto, memang aku nak rumah ni. Sebab kurang dari 10 km sahaja dari ofis. Berbanding sekarang perlu ulang alik ke ofis sepanjang 40 km SEHALA. Restu ayah bonda perlu aku utamakan. Aku akur keputusan mereka untuk tidak menzahirkan niat memiliki rumah tersebut. Pasti ada hikmahnya.

Masa duduk2 kat sekitar depan rumah tu, aku tengok tayar kete pancit. Aku tak rasa terkejut. Cuma rasa malas nak kotorkan tangan tukar tayar spare. Jadi aku ambil keputusan untuk bawak kereta ke stesen minyak dan pam. Harini baru lah aku hantar kedai tayar. Melayang rm5..

Tadi aku keluar pergi beli cermin bilik air. Balik tu aku ternampak ada lelong barang komputer. Aku pun singgah. Nampak pulak LCD murah. Aku keluarkan duit dan terus beli. Memang nak pakai sebab nak buat kerja grafik. Cuma tak berkesempatan nak ke KL untuk beli..

Esok mungkin aku keluar lagi bawak mak pergi beli barang. Nak beli apa aku tak tau. Aku bawak jer. Maybe anak2 buah aku ikut sekali. Kenalah belanja dorang ais krim.. Tak pun nampak kedai ais krim terus aku lari. Jimat RM2 aku.. haha

Saturday, May 02, 2009

H1N1

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan penyakit baru yang di gelar selsema babi atau bahasa omputihnya swine flu. Selepas dikejutkan dengan Japanese Encephalitis (JE) dan virus Nipah yang disebarkan daripada babi, demam Coxsackie, Sistem Pernafasan Akut Teruk (SARS), kini selesema babi menjadi ancaman terbaru penduduk negara ini.

Allah SWT telah tunjukkan bahawa ada hikmahnya kenapa Babi itu diharamkan bagi orang2 Islam. Ada diantara dari kita mungkin tidak perasan akan hal ini. Virus merbahaya ini menjadi ancaman kesemua penduduk di dunia. Sekaligus mesej tentang keburukan babi itu disampaikan.
Mesir telah mengarahkan untuk membunuh kesemua babi yang kira-kira 250,00 ekor didalam negara mereka. Tindakan berani ini tiada belas kasihan kerana ia melibatkan ancaman kepada manusia.

Di Malaysia, kehadiran virus H1N1 ini pernah dikesan secara tidak langsung menerusi kehadiran antibodi spesifik terhadap virus tersebut.

Kehadiran virus H1N1 tersebut dikesan menerusi suatu kajian pemantauan yang dijalankan menerusi projek kerjasama antara UPM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) pada tahun 2005-2007.

Kajian tersebut mengambil lebih daripada 700 sampel sera dan cecair kerongkong telah di ambil daripada babi yang diternak secara komersial di Semenanjung Malaysia.

Menurut Dr. Abdul Rahman, hasil kajian menunjukkan sebanyak 12 peratus daripada babi tersebut didapati positif bagi antibodi terhadap virus H1N1.

Namun, ujian pengasingan virus dari sampel cecair kerongkong gagal mengenal pasti kehadiran virus babi H1N1.

Apakah kerajaan Malaysia masih mendiamkan diri? Hapuskan je la babi-babi yang ada kat malaysia nih.

***********************************************************************************

Tadi aku baru potong rambut. Potong sendiri je tengok cermin. Memang senget2 tapi nak buat camana. Tukang potong sibuk pula arini.

Petang tadi aku main bola. Kemudian nampak ada 6 orang budak muda yang aku tak penah nampak dalam kampung ni main sama. Lalu aku bertanya kat sorang tu. Rupanya diorang suma pelajar UIA. Tinggal menyewa kat kampung ni. Aku rasa macam suka pulak. Sebab rasa macam ada jugak kawan student kat sini. Boleh la nak tukar2 pendapat. Dan yang paling penting nak tanya dorang nak internet ke tak.. hehe