Posts

Showing posts from May, 2007

Musuh-musuh Islam

Image
Kawasan yang dikenali sebagai dunia Islam terdiri daripada negara-negara yang majoritinya terdiri daripada orang-orang Islam. Ia bermula dari Maghribi dan Mauritania di Barat sehinggalah ke Indonesia di Timur. Majoriti terbesar, dalam 1 bilion, yang men­diami kawasan tersebut beragama Islam. Sejak lebih 200 tahun, mereka telah berhadapan dengan pelbagai jenis serangan, penindasan, dan keganasan malah pernah dibunuh beramai-ramai hanya kerana mereka beragama Islam. Ini disebabkan ramai orang-orang Islam yang hidup di bawah rejim bukan Islam yang bencikan Islam.Apabila kita melihat dunia Islam hari ini, kita akan dapat melihat dengan jelas usaha menghancurkan, menindas dan menghapuskan umat Islam di Bosnia, Algeria, Tunisia, Eritrea, Mesir, Afghanistan, Turkistan Timur, Chechnya, Thailand, Filipina, Myanmar dan juga Sudan. Jika dilihat secara sepintas lalu, umat Islam di kawasan-kawasan yang berbeza itu sedang berhadapan dengan musuh-musuh yang ber­lainan. Orang-orang Serbia…

Ladang Tanaman

Image
Golongan yang benar-benar beriman adalah golongan yang menganggap dunia sebagai ladang tanaman untuk akhirat kelak. Mereka menginsafi setiap saat kehidupan di dunia sepertimana firman Allah swt yang bermaksud :
"Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan yemi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?"
An-'am ayat 32

Tidakkah kita merasainya?
Barangan mewah, dunia. Apakah ertinya? itu kerja dunia yang bukan untuk akhirat. Bekalan yang sepatutnya yang difikirkan yang segalanya kerana Allah. Kaya harta bagaikan kosong sen! Seluruh impian mereka hanyalah untuk mengisi uncang perut dengan makanan yang lazat, kenderaan yang cantik, perempuan yang gebu, tidur yang nyenyak dan gelaran yang kosong!

Mereka bersenang-senang dengan angan-angan khayalan
Sedangkan segala pemberian adalah ujian
Mereka mendakwa telah mengharungi…

Hayat Sedekah

Image
Hayat Sedekah. . .Rasulullah saw bersabda:
"Takutilah kamu akan api neraka sekalipun hanya dengan (bersedekah) setengah butir tamr (kurma)". (Bukhari dan Muslim)

Firman Allah swt:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka...
Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka brgembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang benar."
(Surah At-Taubah-ayat 111)

Perjanjian Allah swt dari sedekah sipemberi:

Keberkatan hidup seseorang yang bersedekah akan mendapat kesucian daripada sejumlah harta yang dia miliki. Ini termasuk Allah akan mengelakkan hartanya daripada kecurian atau hilang. Perniagaannya sentiasa dalam keuntungan dan dia akan terhindar daripada penyakit bahaya. Usianya akan dipanjangkan oleh nikmat sedekah dan rezeki yang diperoleh.

Keberkatan pada akhir hayat, seseorang yang gemar bersedekah akan diambil rohnya dengan segala kesenangan t…

Berjalanlah di Bumi Allah yang Luas Ini

Seorang bijak bistari mengatakan : "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesusahan."

Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya.Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu,bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut :

" Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara untuk menuntut ilmu mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saa tmengenal bentuk muka bumi yang baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat mel…

Mahalnya Syurga

Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:

Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal:

Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid.

Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka.

Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran.

Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya.

Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan?
Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah.

Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, dan kamu …

Halaqah

Image
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum Ke HALAQAH.NET
Islam untuk semua. Semoga dimanfaatkan bersama.
Baru-baru ni ada perbincangan nak tubuhkan komuniti halaqah, Jawatankuasa.
Kita eratkan lagi ukhwah sesama muslim.

Firman Allah yang bermaksud
"Jangahlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia[139]. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Al-Baqarah ayat : 2