Posts

Showing posts from 2010

Pengalaman Bukit Broga, Semenyih

Image
Posting kali ini saya akan menggunakan ayat pasif.
Pemandangan pada waktu Subuh..

Tentu ramai yang menjumpai laman ini jika ingin mengetahui apa yang menarik di Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih. Pada posting kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang 14 jam disana berada disana.

Perjalanan kami bermula jam 11 malam bermula dari Gombak. Kami menaiki kereta Perodua Myvi milik salah seorang dari anggota ekspedisi kami iaitu Norizwan atau nama manjanya ialah Kutik. Saya duduk didepan bersamanya manakala Sharidan dan Faizul duduk di bahagian belakang.

Sebenarnya, kami ingin menaiki Bukit Batu Caves untuk mencari Cicak Otet. Tetapi menukar haluan secara drastik kerana inginkan lebih cabaran.

Antara kami, tiada seorang pun tahu jalan mahupun keadaan di Bukit Broga.

Namun dengan perasaan bersemangat dan "never say no", kami nekad untuk merasai suasana bukit yang sering menjadi bualan orang ramai itu.

Tips laluan.
Selepas anda melalui depan Kolej Nottingh…

Susah nak nafas

Baru habis buat proposal. Sebenarnya tak siap sepenuhnya lagi. Sesungguhnya memang aku cukup tak reti nak sediakan proposal ayat berbunga-bunga ni. Nak bagi pula kat syarikat well established. Bab kerja admin ni lemah gemalai.

Kalau tak buat, melepas. Mana pembantu yang sudi?

Terkedek-kedek juga la buat. Satu persatu ayat. Paling sensitif bila buat kontrak. Aku renung satu persatu walau mata dah kelabu.

Hamba duit kah aku ni? Sesungguhnya aku dah takda minat nak makan gaji. Serebelum, sereberum serta medula oblongata dah memberontak nak kan suatu perubahan. Nak tak nak, aku kena teruskan dengan apa yang aku buat sekarang. Aku kena kuat. Sesekali mesti aku terfikir,

"Kan best aku tak buat suma ni. Boleh lepak dengan aman.."

Aku rasa tu bisikan syaitanlah.

Tadi bincang dengan Abangah. Maybe dia akan sertai aku membangunkan Tunas. Aku impikan sesuatu yang indah. "Jumpa di puncak kejayaan!," dia tersenyum bila aku cakap begini. Tadi pula aku fikir nak bagi Fahmi atau Zirah…

Diberi peluang

Image
Syukur, alhamdulillah.Aku masih diberi peluang. Jawapan "boleh" biarpun singkat, amat bermakna bagi aku. Ungkapan itu perlu aku terima dan kendalikan dengan cermat, agar dapat memelihara hati yang sentiasa berubah-ubah warnanya.
Terkadang, merah. Terkadang, hitam..
Mungkin inilah peluang untuk aku memperbaiki apa yang telah rosak. Berbekalkan air siraman nur cinta dan keihkhlasan, moga dapat kembali menjadi sang putera yang menemani puteri di taman hati.
************************************************************************************* "Cek, kecekk..!! " "Bukan main lagi kau orang bergaya yer depan kamera". Kata aku kepada 3 orang anak buah ku yang comel dan riang.
Bantal hilang, selimut renyuk, tak lupa bantal peluk terlipat dua akibat dilanyak oleh mereka.

"Ok dah amik gambar, semua pergi turun bawah". Ujar aku sambil menuding jari ke anak tangga.
"Amiklah lagi sekali pak tam. Tak best la amik sekali je.." Kata Qila, adik kepada Aina dan…

Kecantikan, yang mana satu cantik?

Balik dari kerja tadi, sahabat lama aku Idan menjemput aku ke dewan untuk makan malam. Majlis perkahwinan adiknya adalah pada esok hari, aku ni kira yang terawal makan. hehe.
Malam ni tiba2 rindu kat blog. Dah cat baru, jadi bila fikir2 semula kena kembali istiqomah menulis macam dulu.
Tengah makan2 tadi, duduk pula depan pelamin. Cantik betul pelaminnya. Sofa putih ala inggeris tinggi dari ketinggian aku yang tinggi ini. Ditambah pula dengan pasu ala inggeris. Tembakan lampu malap2 romantis gitu. Pendek kata, semua ala keinggerisan dan menyedapkan mata.
Aku suka cantik. Seorang pereka design macam aku perlu lah ada sifat sebegini. Kalau tak, sukar nak tawan hati si pembeli.
Duduk belek sana sini, sesaat tidak terfikir ia perlu. Sampai harini aku masih mencari apakah penting peranannya. Ditambah dengan otak bisnes aku. Kos pelamin sebegitu dijadikan modal untuk mengembangkan lagi sayap perniagaan aku adalah sesuatu yang sangat baik. Bila perniagaan sudah berkembang, pasti memerlukan peker…

"Symptom" of the broken heart

Apakah yang akan terjadi sekiranya,
Allah swt menarik sifat kesabaran yang ada dalam diri...
Pastinya, porak perandalah dunia. Pasti manusia menjadi bengis. Pasti manusia menjadi kejam. Pasti manusia menjadi tamak haloba. Pasti manusia menjahamkan satu sama lain. Pasti dan pastinya segala kemungkaran akan terjadi jika sifat ini ditarik.
Tertinggal satu, PASTI tiada lagi perasaan kasih sayang..
Bersyukurkah kita?
Dengan rasa kasihan Allah kepada hambaNya, dikurniakan sifat yang mampu membawa manusia berada di landasan syurga.
Di antara perkara yang mudah dicerita, susah diamalkan ialah sifat sabar. Kerana sabar itu ada hubungannya dengan hati, hati ada perasaan. Lidah tidak ada perasaan, cuma ada sentuhan.
Kasih sayang penyubur kesabaran..

Ekspressi aka warkah buat kejiranan

Image
"Wira Damai."
Difahamkan kepada saya, ia diambil sempena "wira dah mai" dalam loghat Kedah yang bermaksud wira sudah datang. "Wira" di definisikan sebagai status bekas tentera yang telah bersara dan tinggal di kawasan kampung yang tercinta ini. Loghat tersebut begitu kerap didengari di kampung ini kerana majoriti pesara tentera disini berasal dari utara semenanjung. Kesemua penduduk kampung ini terdiri daripada bangsa melayu yang beragama Islam.

Cuma kebelakangan ini sudah mula dihuni oleh orang Indonesia.
Kampung Bahtera, Kampung Seri Tanggang, Kampung Sepakat Jaya, Kampung Laksamana dan Pinggiran Seri Gombak merupakan jiran terdekat Kampung Ini. Kampung Seri Tanggang merupakan Kampung yang paling unik kerana penempatannya didirikan di lereng-lereng bukit Batu Caves. Pernah saya singgah sebentar di sebuah rumah yang terdapat disitu, dimana ketenangan, redup dan dingin dapat dirasai kerana berjirankan batu kapur. Namun Kampung ini telahpun dirobohkan kerana …

Mindset

Harini, semalam, lusa dan tulat.

Lama sungguh tak menyambung tulisan kat sini. Sekarang dah establish syarikat sendiri. Lihat harini, indah khabar dari rupa. Itu harini, untuk 12 bulan akan datang wallahualam. Tiap perkara yang kita lakukan harini, menjadi penyebab apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Kesimpulannya, lakukan dengan istiqomah dan cuba berjalan tanpa mempedulikan noktah. Dipermikiran lain, seringkali aku agak berbelah bagi. Komitmen dengan pekerjaan sekarang atau perniagaan yang sedang dijalankan.

Selepas 3 tahun bersama dan memakan gaji, aku mula berkira-kira. Apakah yang aku dapat pada harini dari tindakan aku sepanjang 3 tahun yang lepas. Selepas buat kira2, aku merasakan motivasi aku semakin berkurangan. Aku tidak bekerja semata-mata kerana wang. Langsung tidak ia sebagai matlamat utama. Cukup bulan bayar hutang bukanlah prinsip kehidupan aku. Yang aku cari keredhaan, keberkatan, dan nilai2 yang berfaedah. Mujur ada buat kerja diluar sedikit. Sedikit sebanyak …

Not actually my last post

I got so many story to write down here. For me, is not really must. I think peoples nowadays have a better choice in their life.

I'm just received show cause letter from the management of company 2 days ago. I dont have a choice, must take it or leave the company. Now its time to reply the letter.

I'm not afraid. Yes really i'm not totally afraid if i'm losing my job. But deep in my heart, i'm afraid if peoples around me especially my family effected by this matter. So i decide to doa to Allah.

This 4th paragraph no need "i" to rectify all those thing.

Really thanks and syukur, my N still with me and she never said no to keep show her hand.

What's next.

Kemampatan waktu

Jika hendak diikutkan, semakin hujung Ramadhan, semakin sibuk kita sebagai manusia mengumpul harta. Bekerja keras hingga tidur pun tak cukup. Dibezakan, sibuk mengumpul harta dunia vs harta akhirat.

Sibuk dunia
Apabila penyakit wahan melanda umat akhir zaman ini, semuanya serba tak kena. Tertarik saya pada berita bunuh diri dan kes murtad dikalangan umat Islam untuk dikaitkan pada posting kali ini. Akhbar semalam "jadi jutawan Ramadhan". Seorang peniaga menjual kuih dan kek. Diceritakan 3 bulan sebelum menjelang Ramadhan, sudah sibuk2 menyiapkan makanan untuk dibungkus dan dijual khas pada bulan Ramadhan. Kalau kita ambil kisah para sahabat, 3 bulan yang mendatang itu, mereka menjalani latihan dan mempersiapkan diri untuk menempuhi bulan Ramadhan yang hanya datang sekali sahaja dalam setahun.

Bunuh diri, pun sebab terlalu duk fikirkan dunia. Mencintai manusia yang bersifat sementara melebihi cintanya kepada Allah. Jika tidak pun, mengalami kerugian dalam perniagaan dalam sekeli…

Obor-obor cinta bahagian-2

Tekedek.. kedek.. dekdekkk... Subhanallah.. Tayar motor aku ni pancit rupenyer. "Eloklah sekali pancit. Dari aku tukar tayar tahun lepas tak pancit2 lagi. Aku yang da lama tak demam pun da demam dah. Seminggu pulak tu tersadai kat rumah". Kata aku kepada motor. Aku pun menunggang perlahan-lahan menuju ke stesen minyak dengan harapan boleh pam. Tayar jenis tiubless ni kalau pancit dia masih tahan lagi dan tak mudah rosak kerana tebal.

Setibanya aku di stesen minyak, aku pun ambil pam dan cuba pam. Aku klik pada "tayar pancit", tapi masih tidak boleh juga. Sebab lubang angin besar. Aku semak tayar sambil guling2 kannya, ternampak sekeping besi terpacak di tayar. Boleh tahan besar jugalah. Sebelum ni paku, kali ni lebih hebat lagi.

Ramadhan banyak mengajar erti memanipulasi kesabaran.

Aku pun menuju ke kedai motosikal. Kawan aku dah tunggu kat sana. Aku pesan suruh tauke kedai jangan tutup lagi. Maklumlah, hari ahad jam pula dah 7 lebih yakni hampir waktu berbuka. Pelan2…

Obor-obor cinta

Image
Panggg!!!. Ambik kena pelempang sedas. Memang sakit tambah bengang ar terhadap pelempang tersebut. Kesakitannya dari pipi boleh turun ke hati. Jika tidak di kawal dengan baik, meleburlah ukhwah yang telah terbina buat sekian lama. Nak ganas lagi, berdendam pula dengan si pelempang tersebut. Maka akan lahir hasad dengki, dendam kesumat dan sebagainya seiring dengan kehendak syaitan.

Perkara paling mulia yang mudah(tersangat mudah sebenarnya) kita lupa, sabar.

Dimanakah letaknya kesabaran seseorang itu? Bulatkan jawapan yang betul.
A. Di rumah kawan saya yang tinggal di Sri Gombak.
B. Terletak pada huruf "S"
C. Di dalam bakul motor saya yang pancit semalam.
D. Di kedai roti jala Cik Milah di bazar Ramadhan

*Jawapan tiada diatas la cikgu..

Tertarik pada sesi kuliah hadith pagi tadi, orang yang kuat beramal terbahagi kepada 2. Pertama, pandai. Kedua tak pandai dan memandai2. Bagaimana jika beramal tanpa ilmu. Ia umpama seseorang yang main hentam sahaja pada jawapan diatas kerana tidak …

Doa punya doa.. + istighfar lagi..

Image
Tak sedap badan kalau miss sehari tadarus kat masjid kat umah aku ni. Sebab, tiap kali bertadarus, aku dapat belajar untuk memperbaiki bacaan. Rasa rugi kalau miss sehari, buatnya satu surah tu ada benda baru untuk dipelajari. Tak ke rugi...


Masa malam pertama Ramadhan, bacaan aku kira boleh bagi gred C lah. Hari kedua C lagi. Semakin hari semakin merosot bacaan aku. Selalu salah atau miss sebut huruf. Kadang mcm gelabah. Dari aku baca laju, langsung jadi perlahan dan tersekat2.

Malam ke-6, aku perbanyakkan istighfar untuk lebih rasa ikhlas dan mengikuti sunnah. Sebab aku takut lahir sifat riak untuk menunjuk2 menghadiri tadarus. Riak ni walau kecik, rosak susu sebelanga. Tak terima amalan kita.. nauzubillah..

Malam ke-7
Tak meningkat. Pun aku rasa tersekat dan rasa mcm tak kena aja dengan aku. Nak kata terlebih konpiden, aku rasa jauh la sekali sebab lain2 lebih hebat. Ni satu masalah, orang lain lebih hebat aku rasa aku ni kecik sangat.

Malam ke-8
Barulah aku lebih jelas, sifat rendah dir…

Makan atau memakan

Image
Vroom...., Vrrooom.. Sambil menundukkan kepala bagi geseran rintangan angin lantas dapat menambah kelajuan motosikal berwarna putih aku. Brr.. tek.. tekkk.. bunyi motor aku yang bergegar akibat kerapuhan dek ditelan zaman. Oppss, traffic light bertanda merah di depan! Terus aku menekan brek sambil mendongakkan kepala bagi menambah rintangan angin lantas dapat mempercepatkan proses berhenti pegun. Mujur brek aku mencengkam dengan baik.

Agak lama aku menunggu lampu tersebut untuk bertukar warna. Aku lihat jam, seperti aku sudah membazirkan waktu di jalanraya dengan hanya berhenti tanpa berbuat apa-apa disitu. Kalau makan pun dah kenyang.

Terpaling aku ke arah satu iklan.
"Zakat, sudahkah anda menunaikan zakat? Sucikan harta anda dengan mengeluarkan zakat" Bagus betul iklan dari Pusat zakat selangor ni. Mentarbiyah pemandu2 yang berhenti lama disitu. Iklan ini boleh dilihat di lampu isyarat bersebelahan dengan JUPEM di Jalan Semarak.

Inilah kuasa iklan atau media. Ia mudah menyerap…

Orang balik masjid, aku baru nak pergi..

Image
Ramadhan pada tahun ni, aku dan rakan di pejabat mengambil keputusan untuk mengubah sedikit jadual kerja. Maklumlah kerja shift 12 jam, jadi aturan masa itu sangat penting. Waktu tugas kebiasaan ialah secara 8pg-8mlm-8pg telah ditukar ke 9pg-9mlm-9pg bagi melonggarkan sedikit masa kepada aku dan juga kawan2 dalam menjalani ibadah di bulan Ramadhan ini. Waktu tersebut adalah yang terbaik setelah difikirkan, memandangkan lokasi kami yang berbeza2. Seperti aku, terpaksa mengambil masa hampir sejam untuk ketempat kerja.

Masa aku kerja di mines, sempat juga lah solat fardhu isya' dan bertarawih berjemaah di masjid berdekatan rumah kerana dapat pulang awal mcm pekerja biasa yang lain. Jika shift siang sebegini di UPM, memang tak sempat lah gamaknya. Sampai rumah sahaja dah jam 10 malam.

Berbalik kepada tajuk, maksudnya masih lagi tergantung. haha. Ceritanya begini. Tiba sahaja dirumah terus aku bersiap untuk bertadarus di masjid. Pada masa itu orang sudah mula berpusu-pusu keluar masjid s…

Manisnya gula kerana adanya lidah, manisnya amal kerana adanya...

Fuuhhhh.. mengeluh aku sebab aku tak tahu apa aku nak mengeluh dah. Datang Ramadhan membuatkan aku merasa penuh rasa syukur. Allah masih lagi memberi aku peluang untuk menyucikan hati yang kehitaman ini. Nafas yang sentiasa berkitar secara percuma. Dikurniakan bulan yang tiap amalnya digandakan tambah lagi hari yang lebih baik dari seribu bulan.

"Nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan."

Para sahabat telah siap sedia sebaik menjelang bulan Rejab dan Syaaban sebagai persiapan menyambut Ramadhan. Diumpamakan, bulan Rejab masa untuk manusia menanam benih. Kunjungnya Syaaban untuk manusia menyemai benih-benih tersebut supaya terus subur. Penyudahnya Ramadhan untuk manusia menuai nikmat-nikmat Allah yang tidak berbilang banyaknya. MasyaAllah.

Ramadhan, masih lagi kedengaran pembuangan bayi. Comel, bersih, suci. Apakah kesalahan yang dilakukannya. Suka aku pada haiwan, yang kasih sayangnya melampaui kemampuan manusia yang dikurniakan akal fikiran yang berganda istimewa.

Bula…

Pembaharuan

Tanggal 12 Jun 2010 merupakan tarikh yang agak istimewa dalam hidup aku. Pada hari tersebut juga bermulanya satu pekerjaan "makan gaji' yang baru bagi diri aku. Sebab aku katakan makan gaji kerana kerja tersebut memang aku dah lakukan secara part time diluar waktu kerja. Cuma berbezanya adalah rakan kerja, dan juga pelanggan. Rakan kerja rata2 professional, tak perlu nak disebutkan jawatan. Bermacam ragam perihal manusia dapat aku kenal.

Mungkin agak pelik, kenapa aku mengatakan bahawa kerja baru yang agak memenatkan ini adalah suatu pekerjaan yang aku anggap istimewa. Ia sangat istimewa kerana aku sering dan perlu berinteraksi dengan setiap orang tanpa mengira pangkat. Aku boleh jalan2 kesana kemari dan juga dapat meluaskan lagi ikatan ukhwah. Kerja pada kali ini adalah sebagai support desktop utk lebih kurang 600 user.

Masa pandu kereta pulang dari serendah tadi, aku terfikir sejenak tentang pekerjaan baru aku ni. Dahulu aku support untuk server. Tetapi pada kalini, support u…

Ingin bermula berdikari

Jam 10.30 tadi aku bersiap untuk ke Majlis Perbandaran Subang Jaya. Pada mulanya, dalam pemikiran aku Subang Jaya merupakan tempat yang sibuk atau aku suka menggelarkan sebagai "Super Sibuk". Tanggapan aku meleset sama sekali kerana sepanjang perjalanan, trafik bergerak lancar. Semasa melalu jalan Persekutuan, aku masuk ke lorong motor. Sudah sekian lama tidak menggunakan lorong tersebut kerana kali terakhir ialah pada tahun 2003. Lorong motor tidak seperti dahulu lagi. Permukaan jalan lebih rata dan lebar. Cuma di beberapa kawasan masih lagi berlekuk. Dahulu lebih teruk, disetiap lorong pasti jalan berlekuk dan sempit.

Setiba aku disana, aku terus pergi ke kaunter pertanyaan. Maklumlah, satu apa tak reti. Aku terpaksa datang kesini kerana penukaran nama cukai pintu perlu dibuat dalam kawasan kerajaan tempatan. Selepas selesai, aku terus balik ke rumah tanpa singgah kemana-mana. Sampai dirumah aku tertidur...

Aktiviti masa lapang

Image
Pada hari sabtu lepas, aku pergi ke Pusat pertuturan Kiu di Kampung Pandan. Sekolah khas untuk kanak-kanak yang kurang pendengaran. Kehadiran aku disana adalah untuk membantu mengecat bangunan sekolah tersebut. Pada hari tersebut, seramai 3 muslimin hadir bagi kerja-kerja mengecat dinding. Terdiri daripada Rahman, Hadi dan aku sendiri. Tidaklah cat untuk keseluruhan. Lebih kurang 40% bangunan ini di cat oleh Halaqian pada minggu lepas dan sambungannya pada kali ini. Aku tidak dapat menghadirkan diri pada program gotong royong yang lepas kerana hari tersebut jatuh pada hari aku bekerja.


sukarelawan HALAQAH.NET sedang melakukan kerja kerja mengecat



adik adik dari sekolah ini yang sedang tuisyen




sebelum


selepas


sebelum


selepas


sebelum


selepas


calon-calon UPSR...doakanlah kejayaan mereka


keseluruhan bangunan sekolah yang telah di cat

Kredit to Rahmanw yang ambil gambar ni.

Latihan tanpa wayar

Image
Dari tajuk memang tak pasti apa maknanya. Sebenarnya pagi tadi aku pergi kursus mengenai Wireless LAN. Aku sedikit rasa kecewa sebab kursus itu lebih kepada pengenalan produk dan peluang perniagaan dalam rangkaian internet tanpa wayar. Aku suka berniaga, tapi aku kursus sebagai anak majikan. Jadi tetapan minda(mindset) tu aku ubah sekejap. hehe. Ada juga sedikit pendedahan mengenai teknologi terbaru yang sudah pun di lancarkan, cuma masih baru lagi di Malaysia. Ia adalah 802.11n. Kebiasaan wireless router yang kita beli di kedai komputer adalah berprotokolkan A,B dan G sahaja. Jika ada N pun itu merupakan versi belum dikemaskini atau pun lebih dikenali sebagai Draft. Protokol N mampu mengendalikan data 10 kali ganda dari biasa iaitu sehingga 600Mbps. G hanya 54Mbps sahaja. Network port pada komputer kita pun hanyalah 100Mbps. Pada program tersebut lebih banyak diterangkan bahawa suatu hari nanti wifi akan mengambil alih sistem rangkaian internet berwayar di komputer kita semua. Hurm, …

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Image
Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس

Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Pagi ni aku buka halaqah, aku tertarik dengan tajuk yang macam aku tulis tajuk kat sini. Kadang aku fikir, tak kesian ke wanita kepada lelaki yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk berkahwin dengan si dia. Dan lelaki akan merasa tertekan pada masa yang sama perasaan itu tidak ditunjukkan dan akan mendiamkan diri.

Aku cuba quote kan komen2 yang telah dibalas di tajuk ini.

Apa pula kaitan tanggungjawap seora…

Sebenarnya rindu

Malam tadi aku cuba meluahkan seperkara yang aku rasa sudah terlalu lama dipendam. Perkara itu satu sahaja, iaitu rindu. Aku rindu saat masa lalu bergurau senda, hidup semacam indah keluarga yang subur dengan kasih sayang sekalipun dialam maya. Hidup tanpa sempadan, tapi batas amat dititik beratkan.

Aku luahkan pada beberapa hamba Allah. Nampaknya yang betul-betul faham adalah ustaz dan kak Wahida sebab mereka melalui sama seperti apa yang deria aku rasa, dengar dan alami. Aku rindu saat lalu walaupun aku hingga kini agak kurang pasti bilakah ianya akan terjadi semula. Hampir 4 tahun aku bersama halaqah.net yang sentiasa memenuhi ruang hidup yang penuh keceriaan. Ingat lagi suatu masa dulu dimana sering mengungkapkan "moga sihat dan ceria". Namun nampaknya agak tidak kelihatan. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada diri aku? ringkas dan mudah aku dah nampak sesuatu yang tidak biasa.

Aku mencari konklusi, adakah penambahbaikan adalah boleh merubah segalanya. Bagi aku, inilah…

Solo dan reaksi muka ketat dalam jemaah

Petang tadi aku tanya mak, mak buat goreng pisang ke kat dapur. Mak menjawab tidak kerana pisang yang ada masih terlalu mudah untuk dimasak. Tiba-tiba aku terasa yang aku merindui keledek goreng, lantas aku sampaikan keinginan aku kepada emak. Mujur keledek ada dan petang tadi mak sempat menggoreng keledek. Alhamdulillahh..

Keluar dari rumah, jiran aku teriak "Hai orang dah balik keje nak pergi keje ker.." Aku senyum dan menjawab yang aku kerja pada malam ni.

Semasa enak memulas pendikit motosikal aku diatas jalanraya menuju ketempat kerja, sebuah kereta menghimpit aku pada susur ke Petaling Jaya. Pemandu kereta itu melambai tangan sebagai isyarat maaf. Sebenarnya aku tak ada rasa nak marah pun kerana jalan disitu agak sibuk.

Biasa saja dan Kalimah

Kebelakangan ni aku rasa agak serba tak kena, dan kadangkala aku rasa hidup ni semakin kurang isi-isi penting.

Sabtu lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian anak kepada sepupu aku. Umur sekitar 1 tahun lebih, anak bernama Rafi Adam telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 petang pada hari tersebut. Sebelum tu ada dikhabarkan dengan penyakit demam panas yang dialaminya. "Usah ditangisi, sepatutnya perlu rasa bersyukur kerana anak ini pasti ke syurga." Kata ustaz yang membaca doa selepas jenazah selamat di kebumikan.

Jenazah siap dimandi dan dikafankan di Sarawak dan dibawa pulang dengan keranda kedap udara. Apa yang pasti aku melihat keranda terpaksa dibuka dengan menggunakan skru. Kemudian, ada satu lagi lapisan kepingan logam yang di gam untuk menutupi keranda tersebut. Di dalam keranda terdapat kusen, pasir dan sudah tentu jenazah yang telah di kafankan. Aku fahamkan banyak prosedur terpaksa dilalui untuk membolehkan jenazah dibawa terbang balik ke Melaka. Alhamdulillah,…

Berat hati memandang, berat lagi dipikul

Hujan mulai turun dengan permulaannya sekadar renjisan dan semakin aku bergerak ke selatan, ia nampaknya semakin lebat. Hujan itu rahmat, jika tidak dikurniakan rezeki sekalipun ia pasti ada hikmah disebaliknya ; barngkali terselindung tanpa sedar.

Aku mengambil keputusan untuk memakai seluar hujan dan dipakai di stesen KTM bersebelahan dengan Masjid negara. Pada masa itu hujan kelihatan tidak terlalu lebat lalu aku memutuskan untuk terus memulas pendikit motosikal ku ke tempat kerja. Sebaik sahaja melepasi Nirvana, aku ternampak sebuah motosikal yang di tunggangi oleh sepasang suami dan isteri. Kelihatan kaki kecil di atas riba isterinya yang membonceng di bekalang. Rupanya ada seorang anak kecil sekitar umur 3-4 tahun terhimpit diantara kedua orang tuanya tanpa memakai topi keledar. Mungkin untuk mengelakkannya terkena hujan. Aku memotongnya dan melihat lagi keluarga itu, tidak ku sangka ada seorang lagi budak lingkungan umur seperti tadi duduk di bakul sambil menutup kepala dengan t…

Nak terus disini memblog

Aku merasakan, seperti ditempelak oleh rumah lama. Lepas berfikir lanjut, aku memutuskan untuk terus menulis blog disini. Aku ingin mencipta sempadan diantara perniagaan dan peribadi. Seronok kalau bercerita tentang kehidupan. Blog ini lah bakal menjadi satu medan untuk aku melunaskan idea yang terbenak di fikiran..