Sunday, January 24, 2010

Siapa Kata Bila duit Hantaran Rendah, lelaki tidak hargai Perkahwinan?

Sesungguhnya perempuan yang baik itu adalah yang rendah maharnya…..
Sabda Rasulullah SAW

” خير النساء أحسنهن وجوها أرخصهن مهورا “

أخرجه أبن حبان من حديث أبن عباس


Ertinya : “ Sebaik-baik wanita adalah yang elok rupanya dan yang paling rendah kadar maharnya

” ابركهن اقلهن مهرا “

Ertinya : “ Seberkat-berkat wanita ialah paling sedikit maharnya”

Rasulullah SAW juga bersabda maksudnya :

“Sebaik-baik maskahwin ialah yang lebih rendah “. ( Riwayat Abu Daud )

Dan sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya “.
( Riwayat Ahmad )

Pagi ni aku buka halaqah, aku tertarik dengan tajuk yang macam aku tulis tajuk kat sini. Kadang aku fikir, tak kesian ke wanita kepada lelaki yang kurang berkemampuan tetapi berkeinginan untuk berkahwin dengan si dia. Dan lelaki akan merasa tertekan pada masa yang sama perasaan itu tidak ditunjukkan dan akan mendiamkan diri.

Aku cuba quote kan komen2 yang telah dibalas di tajuk ini.

Apa pula kaitan tanggungjawap seorang lelaki dengan nilai duit hantaran tu? Ikut syariatkah jika nilai wang hantaran tu diletakkan tinggi-tinggi? Lagipun wang hantaran tu nak buat apa sebenarnya? Adakah alasannya kerana sekarang harga barang-barang mahal,maka nilai wang hantaran pun jadi tinggi?

Rasanya tak logik langsung ada kaitan antara nilai wang hantaran dengan tanggungjawap seorang suami dan menghargai sebuah perkahwinan. Sebenarnya nilai wang hantaran tinggi tu lebih menyukarkan perkahwinan untuk dilangsungkan saja. Semakin tinggi nilainya semakin sukar untuk seorang lelaki berkahwin. Tambahan jika ibu bapa letakkan nilai wnag hantaran ikut kelulusan anak. Macam ikut kelayakan jawatan pula, SPM dikelaskan dalam N17 atau N19, gajinya sekian-sekian, Diploma DGA 29 atau DGA32,gajinya lingkungan ini,ijazah pula DG 41 atau U48 gajinya banyak ni, MA (master) gaji lagi tinggi dan PhD pula gajinya begini...

Agaknya kebanyakkan (bukan semua) ibu bapa sekarang ikut standard nilah dalam meletakkan nilai hantaran anak perempuannya...

Melalui pengamatan aku, ianya memang sudah pun terjadi dan sudah menjadi trend masakini.

saya setuju dgn kata2 air mata kasih.. xde kaitan pun seseorang lelaki dengan nilai hantaran... bagi saya hantaran yg tinggi tu trend saja, makin banyak makin tinggi la nilai status seseorang wanita.. KONON NYA... AGAKNYA LA kesian org dulu2 kan.. berapa mahal sgt la hantaran orang tua kita, tapi kita lihat kebahagian mereka yg tiada tolok bandingan.. nilai hantaran yg tinggi tidak menjamin kebahagiab rumah tangga.. pesan buat semua: jangan la materialistik sangat... hidup ini hanya sementara dan dunia ini hanya pinjaman. penuhkan la dengan amal ibadat

Ini saja aku dapat kongsi.

Thursday, January 21, 2010

Sebenarnya rindu

Malam tadi aku cuba meluahkan seperkara yang aku rasa sudah terlalu lama dipendam. Perkara itu satu sahaja, iaitu rindu. Aku rindu saat masa lalu bergurau senda, hidup semacam indah keluarga yang subur dengan kasih sayang sekalipun dialam maya. Hidup tanpa sempadan, tapi batas amat dititik beratkan.

Aku luahkan pada beberapa hamba Allah. Nampaknya yang betul-betul faham adalah ustaz dan kak Wahida sebab mereka melalui sama seperti apa yang deria aku rasa, dengar dan alami. Aku rindu saat lalu walaupun aku hingga kini agak kurang pasti bilakah ianya akan terjadi semula. Hampir 4 tahun aku bersama halaqah.net yang sentiasa memenuhi ruang hidup yang penuh keceriaan. Ingat lagi suatu masa dulu dimana sering mengungkapkan "moga sihat dan ceria". Namun nampaknya agak tidak kelihatan. Apa sebenarnya yang telah berlaku kepada diri aku? ringkas dan mudah aku dah nampak sesuatu yang tidak biasa.

Aku mencari konklusi, adakah penambahbaikan adalah boleh merubah segalanya. Bagi aku, inilah dikatakan revolusi. Manusia itu sendiri tidak kekal didunia ini. Maka segala yang terjadi itu merupakan fitrah dan aku harus menerimanya atau erti kata redho. Moga Halaqah.net terus sukses dan dipacu di landasan Al-Quran dan Sunnah..

********************************************************************************

Kepincangan remaja masakini, beberapa pihak sering menuding jari. Aku tergerak hati untuk merakamkan kata2 penting dan ditulis disini untuk peringatan bersama. "Dirumah, cikgu kepada anak itu adalah Ibubapa. Apabila keluar rumah dan ke sekolah, gurunya pula adalah cikgu nya. Tamat sesi persekolahan anak tersebut akan keluar ke kampung-kampung. Maka cikgu nya adalah ketua kampung(difahamkan pemimpin), dan apabila keluar ke negeri lain, guru mereka adalah pemimpin. Maka apa yang ingin dibentuk adalah dari kepimpinan. Selagi mana ia tidak mengikut corak Islam, masakan mungkin ianya mampu menjaga sahsiah anak-anak mudah masakini".

Rentetan dari apa yang aku fahami disini, aku membuat sedikit konklusi. Mudah sahaja, dari ibubapa lagi pendidikannya sudah lemah. Bagaimana yang lain2? itulah realiti kehidupan masakini. Dipalit dengan keindahan dunia yang bersifat sementara. Peranan adalah perlu diwujudkan bagi setiap individu. Bukan keseorangan sahaja.

******************************************************************************

Lepas isyak aku ke Rawang kejap mencari rezeki.. InsyaAllah..

Wednesday, January 20, 2010

Solo dan reaksi muka ketat dalam jemaah

Petang tadi aku tanya mak, mak buat goreng pisang ke kat dapur. Mak menjawab tidak kerana pisang yang ada masih terlalu mudah untuk dimasak. Tiba-tiba aku terasa yang aku merindui keledek goreng, lantas aku sampaikan keinginan aku kepada emak. Mujur keledek ada dan petang tadi mak sempat menggoreng keledek. Alhamdulillahh..

Keluar dari rumah, jiran aku teriak "Hai orang dah balik keje nak pergi keje ker.." Aku senyum dan menjawab yang aku kerja pada malam ni.

Semasa enak memulas pendikit motosikal aku diatas jalanraya menuju ketempat kerja, sebuah kereta menghimpit aku pada susur ke Petaling Jaya. Pemandu kereta itu melambai tangan sebagai isyarat maaf. Sebenarnya aku tak ada rasa nak marah pun kerana jalan disitu agak sibuk.

Tuesday, January 19, 2010

Biasa saja dan Kalimah

Kebelakangan ni aku rasa agak serba tak kena, dan kadangkala aku rasa hidup ni semakin kurang isi-isi penting.

Sabtu lepas, aku dikejutkan dengan berita kematian anak kepada sepupu aku. Umur sekitar 1 tahun lebih, anak bernama Rafi Adam telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4 petang pada hari tersebut. Sebelum tu ada dikhabarkan dengan penyakit demam panas yang dialaminya. "Usah ditangisi, sepatutnya perlu rasa bersyukur kerana anak ini pasti ke syurga." Kata ustaz yang membaca doa selepas jenazah selamat di kebumikan.

Jenazah siap dimandi dan dikafankan di Sarawak dan dibawa pulang dengan keranda kedap udara. Apa yang pasti aku melihat keranda terpaksa dibuka dengan menggunakan skru. Kemudian, ada satu lagi lapisan kepingan logam yang di gam untuk menutupi keranda tersebut. Di dalam keranda terdapat kusen, pasir dan sudah tentu jenazah yang telah di kafankan. Aku fahamkan banyak prosedur terpaksa dilalui untuk membolehkan jenazah dibawa terbang balik ke Melaka. Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan Allah swt...

Tadi aku dapat sekeping mesej dari ibunya(sepupu aku) "Salam ucapan bbyk time kasih kepada semua yang banyak membantu, mendoakan dan memberi dorongan dari saat Adam sakit sehingga adalam selamat kembali ke pangkuan Allah. Adam anak yang sangat membahagiakan kami kehidupan kami. Anak yang baik. Anak yang dilindungi + dirahmati Allah.. Kami redha kerana kami tahu dia telah dijanjikan syurga. Moga kami dapat berjumpa Adam disana nanti".

**********************************************************************************

Isu kalimah Allah ni, merupakan isu terkini. Pelbagai pendapat kerana pemikiran manusia ini pelbagai ditambah lagi dengan hujah2 dan dalil yang meyakinkan. Cukup mudah jika kita meleraikan dari konteks pemahaman dan tauhid.

Untuk mukmin :
[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
[2]
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
[3]
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
[4]
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
Surah Al-ikhlas.

Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa tiada masalah kalimah tersebut digunakan oleh agama Kristian. Walhal kalimah tersebut telah pun digunapakai oleh agama lain sebelum ini.

Untuk Kristian :
Tuhan mereka ada 3 iaitu trinity
Tuhan terbahagi kepada 3 jenis : Tuhan bapa, tuhan anak, dan tuhan holy spirit.
Dalam bible ada tertulis mengenai tuhan ada hidung, mulut dan boleh letih lepas menciptakan bumi.
Tuhan mati dan hidup semula.(tuhan boleh mati ker?)

Oleh itu, pemahamannya amat berbeza untuk orang Islam dan juga kristian.

Sunday, January 10, 2010

Berat hati memandang, berat lagi dipikul

Hujan mulai turun dengan permulaannya sekadar renjisan dan semakin aku bergerak ke selatan, ia nampaknya semakin lebat. Hujan itu rahmat, jika tidak dikurniakan rezeki sekalipun ia pasti ada hikmah disebaliknya ; barngkali terselindung tanpa sedar.

Aku mengambil keputusan untuk memakai seluar hujan dan dipakai di stesen KTM bersebelahan dengan Masjid negara. Pada masa itu hujan kelihatan tidak terlalu lebat lalu aku memutuskan untuk terus memulas pendikit motosikal ku ke tempat kerja. Sebaik sahaja melepasi Nirvana, aku ternampak sebuah motosikal yang di tunggangi oleh sepasang suami dan isteri. Kelihatan kaki kecil di atas riba isterinya yang membonceng di bekalang. Rupanya ada seorang anak kecil sekitar umur 3-4 tahun terhimpit diantara kedua orang tuanya tanpa memakai topi keledar. Mungkin untuk mengelakkannya terkena hujan. Aku memotongnya dan melihat lagi keluarga itu, tidak ku sangka ada seorang lagi budak lingkungan umur seperti tadi duduk di bakul sambil menutup kepala dengan tuala; JUGA TIDAK BERTOPI keledar. Bukan apa, tapi sudah banyak kali aku melintasi mayat yang terbujur di bahu jalan di kawasan itu.

Pertama : Aku rasa simpati atas keluarga tersebut kerana tidak berkemampuan untuk menggunakan kereta.
Kedua : Aku rasa geram kenapa anak dia tak dipakaikan topi keledar. Menjaga keselamatan diri adalah dituntut dalam ISLAM.
Ketiga : Aku rasa geram lagi sebab ibubapanya tak berhenti seketika untuk berteduh. Kesian lihat budak kecil kena hujan lebat. Demam karang susah pula.

Cuma situasi ketiga aku tidak pasti kerana mungkin ada sebab sebaliknya keluarga tersebut meneruskan perjalanana walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Seterusnya. Oleh kerana sudah terlalu lebat dan bagai bersabung nyawa menunggang motosikal di jalan raya yang kelajuan kenderaan rata-rata 90km/j, aku memutuskan untuk berhenti berteduh buat seketika di bawah satu jejambat berhampiran dengan salak selatan 3 km dari tol Sungai Besi. Perasaan untuk berteduh semakin kuat gara-gara air hujan sudah mulai memasuki baju hujan yang aku pakai.

Setibanya aku di jejambat tersebut, aku melihat satu keluarga juga sedang berteduh. Mataku meliar mencari-cari dimanakah motosikalnya? Ada 6 orang satu biji motor pun takda. "hairan, hairan.." Bisik hati kecilku sebelum memberhentikan motosikal. Sebaik sahaja aku mematikan enjin motosikal, ternampak sebuah van yang di letakkan di bahu jalan. "Oh, itulah yang mereka naiki."

*Adoi, kawan aku datang panggil tadi terus ilang idea nak taip!

Friday, January 08, 2010

Nak terus disini memblog

Aku merasakan, seperti ditempelak oleh rumah lama. Lepas berfikir lanjut, aku memutuskan untuk terus menulis blog disini. Aku ingin mencipta sempadan diantara perniagaan dan peribadi. Seronok kalau bercerita tentang kehidupan. Blog ini lah bakal menjadi satu medan untuk aku melunaskan idea yang terbenak di fikiran..