Saturday, May 31, 2008

Perkahwinan

Bismillah...

Dengan cuti sebanyak 4 hari,

Harini rasa begitu penat menjalani beberapa aktiviti. Semalam sebaik sahaja sampai di kampung di Melaka, terus menolong di kenduri kahwin. Dan buat kali pertamanya aku menjadi seorang jurukamera video. Tak pernah lagi sentuh benda-benda ni. Malam akad nikah tu pengalaman terbaik agaknya. Oleh kerana peranan aku perlu hampir dan fokus kepada bakal suami(dah sah da sekarang alhamdulillah), jadi apa yang dia buat kena la rakam pada malam tu. Sebelum tu disuruh mengucao kalimah syahadah, rukun nikah dan nasihat2 lain. Beberapa kali juga nak sebut "aku terima nikahnya dengan mas kahwin ............". Sehingga bakal suami ni ditenangkan dengan berhibur bagi mengurangkan tekanan. Akhirnya buat kali ke berapa kurang pasti baru la selesai menjadi suami isteri yang sah. Kemudian si suami ni membaca sebuah teks sebagai perjanjian memegang amanah sebagai seorang suami.

Tiba esoknya, jamuan seperti biasa. Ramai juga orang hadir memeriahkan majlis. Hari pula cerah dan ceria memudahkan lagi orang ramai menziarahi majlis ini.

Sebenarnya tadi terfikir apabila ada seorang makcik ni 'order' air basuh tangan. Aku rasa macam tak sesuai jika hendakkan layanan dari hujung rambut ke hujung kaki. Biarpun dia sebagai tetamu, seharusnya dia juga boleh memainkan peranan sebagai tetamu yang turut sama membantu melancarkan majlis ini. Ini hanya membuatkan aku berfikir dengan bebas sahaja. Hurm, macam2...

Aku sampai di rumah pada jam 6.30 petang. Selepas solat maghrib, aku pergi pula ke hotel di Kuala Lumpur bagi majlis makan malam bersama rakan2 masa sekolah menengah. Bila tengok masing2 sudah berubah. Ada yang kembang, ada yang kecut dan ada yang sudah berkahwin dan membawa anak. Meriah sungguh bila sudah lama tak jumpa. Masa ice breaking tu aku cuba perkenalkan diri semula. Tak semua kenal kerana berlainan kelas. Hanya ingat rupa tapi tak pernah bertegur. Faktor adalah mungkin kerana aku agak pendiam. Cuma pada malam ini aku agak lantang bersuara dan perkataan2 yang keluar dari mulut agak lebih tersusun berbanding suatu masa dulu.

Aku dikatakan makin kurus.
- Ini disebabkan banyak buat kerja sampai tak ingat nak makan. Berat menyusut dengan drastik semasa berada di kolej dahulu. Cuma sekarang semakin seimbang. Dan hikmahnya, aku berlari semakin laju dalam aktiviti sukan.

Aku dikatakan sudah lain.
- Ini mungkin kerana faktor usia. Dulu muka aku agak bulat + tembam + licin dan seakan kebudakan. Cara membawa diri mungkin juga.

Aku dikatakan semakin tinggi.
- Yep. Masa sekolah dulu aku yang paling rendah. Kalau beratur masa perhimpunan, depan sekali adalah tempat aku.. kira macam da booked. he...

itu sahaja la..

Saturday, May 10, 2008

Penziarah Laut.

Penziarah Laut.

Lambaian kaabah membuatkan ku kepingin,
Hanya merindui suatu hari merasai kaki sudah berpijak di tanah haram,
Melihat kiblatku, merasai kebesaran Allah.

Aku melihat dengan penuh rasa syukur,
Mata yang mampu melihat, hati yang mampu menilai, jiwa yang mampu berdikari dan otak yang mampu berfikir dengan waras.

Andai kata akulah siput, perlahan mana tidak akan ku putus asa,
dalam menuju ke syurga,
adakah landasan ku betul?, sekali lagi biarlah aku bermula agak perlahan.
Kerana aku bukan jenis yang cepat dalam menangkap.

Aku membuka dan melihat tapak tangan sendiri, tapak tangan mak dan tapak tangan ayah. Tapak tangan ayah yang kasar,
Tapak tangan ibu yang lembut,
Tapak tangan aku yang.....
Aku tidak bercerita tentang fizikal, cuma membuat kan kita berfikir.
Kenapa aku merujuk kepada tapak tangan. - suatu kewajipan.

Jika ditanya kenapa "Penziarah Laut", bibirku melentur senyum lalu berbisik hati, hanya itu sahaja aku mampu masa ini.

Aku melihat lautan kerana kagum.


*esok membongkar nasib PTPTN ku...

Monday, May 05, 2008

Kos sara

Saya cuma ingin melahirkan dukacita terhadap kenaikan harga beras baru-baru ini. Kejadian ini telah saya saksikan sendiri semasa membeli beras di sebuah pasar raya berhampiran rumah saya. Kenaikan yang cukup mengecewakan saya yang selaku perkerja swasta yang tidak dinaikkan gaji seperti apa yang dinikmati oleh pekerja-pekerja kerajaan.

Cerita ini terdetik semasa bersembang dengan rakan baru-baru ini.

Kenaikan demi kenaikan dirasai sama sekali oleh seluruh penduduk dunia walaupun yang berada di negara maju. Yang turun hanyalah hujan, nikmat serta rezeki dari Allah swt.

Bermuka ceria wajah - wajah pekerja kerajaan dan tidak ketinggalan juga meremangnya bulu roma mereka selepas permintaan CUEPACS di persetujui oleh parlimen. Silapnya adalah, tumpuan mereka terlalu nipis mengecil. Adakah seluruh rakyat Malaysia bekerja dalam sektor awam.(bukan saya). Apabila gaji sudah sedap dinikmati, dacing kembali mengimbangi kenikmatan yang dirasai oleh kakitangan awam yang baru sahaja ingin merasai nisbah pendapatan dan perbelanjaan seharian dengan jurang yang berbeza jauh. Kembali kepada fitrah, semua bersifat sementara.

Pekerja swasta pula mula "terkehel" dengan fenomena yang luar biasa ini. Tempiasnya cukup dirasai kerana gaji mereka tidak dinaikkan seperti kakitangan awam. Dan pada masa selepas itu perubahan harga barang yang mendadak sehingga membebankankan hidup.

Untuk pemahaman, kos sara hidup yang tinggi akan mempengaruhi kos operasi sesebuah syarikat tempat kita bekerja. Sekaligus akan mengurangkan defisit keuntungan jika pengembangan syarikat tidak dijalankan.(oops, GLC rasanya ok jer.). Dan pada masa yang sama kita akan ada di awangan sedang berkhayal akan dinaikkan gaji sedangkan syarikat sering memikirkan untuk mengurangkan kos operasi. Ini bakal mewujudkan satu masalah pengangguran tersohor jika tidak buang pekerja, maka tidak akan ambil yang baru.

Yang baru tamat belajar harap memahami ketidakseimbangan ekonomi di Malaysia. Perlu difahami tidak seimbang kerana masalah-masalah kepimpinan dan juga sikap tamak haloba peniaga tertentu.

Belajar kerana Allah. Bukan sebab nak kerja gaji banyak semata-mata.
Dan yang baru kerja tu dapat gaji jangan nak membazir. Kerja naik motor sudahla..

kereta 1 orang 1 biji. Kalau 1000 orang keluar nak pergi kerja macam kat KL ni, berapa luas kawasan yang digunapakai. Juga minyak yang dibakar.

Saturday, May 03, 2008

Bersama keluarga

Cerita semalam.
Seluruh ahli keluarga ku ada dirumah. Termasuk la anak-anak mereka bagi mereka yang sudah berkahwin. Apa yang dirancang, adalah makan malam bersama.

Bila sudah ada ramai budak-budak, mulalah macam-macam hal. Gelas terbang, pinggan terbalik, air tumpah dan sebagainya berlaku dengan sengaja. Kemudian ada berguling atas lantai, masuk bawah meja merangkak kemudian lari-lari pusing meja untuk beberapa kali. Macam marathon pun ada. Apa nak buat, dulu aku kecil pun agaknya nakal macam tu..

Seronok rasa nak kembali jadi budak kecil. Jam pun tak jalan kebelakang...

Inilah aku rasa kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Bukan mudah nak semua ada sekaligus. Inilah masanya bersenda gurau kembali megeratkan ukhwah. Alhamdulillah, dengan izin Allah segalanya berjalan dengan baik.

Cerita sebelum malam.
Pada petang semalam, aku pergi bermain bola sepak persahabatan di kem Batu Cantomen. Oleh kerana datang pun sudah lewat, aku hanya dimasukkan pada separuh masa kedua. Alhamdulillah, aku berjaya membuat gerakan untuk 3 gol walaupun tidak menjaringkan sebarang gol. Pasukan kami menang 6-0.

Padang agak becak kerana baru lepas hujan lebat. Bila sampai rumah, tergerak hati nak basuh kasut bola. Sebenarnya aku teringat masa zaman sekolah dulu. Basuh kasut, kemudian kapur kan ia. Itu kisah lama..

*Sebenarnya aku macam terfikir sesuatu. Beringatlah. Jangan lupa fauzzury, jangan...