Posts

Showing posts from March, 2008

Jumpa Antenna

Image
Alhamdulillah.. Selepas beberapa tempoh yang agak padat kalini akhirnya saya mendapat pelbagai jenis penyelesaian dalam membangunkan rangkaian internet wifi di kampung saya ini. Dari pengetahuan yang tiada langsung, dapat dipelajari selok belok walaupun tidak banyak harap dapat dimanfaatkan kepada semua. Langkahan pertama, saya menempah sebuah antena yang tenaganya 10dbi daripada seorang penjual di internet. Meniaga di internet sungguh menguntungkan sebenarnya. Tidak perlu buka kedai urus sewa, elektrik, air mahupun menggaji pekerja yang ramai. Di hujung perbincangan, kami memutus untuk berjumpa di stesen LRT Melati. Sedang menunggu penjual, kawan saya menegur saya dan dia agak terkejut. "poji, cuba kau tengok ni." sambil menudingkan jarinya ke suatu arah. Wajahnya seperti sedang mempersoalkan tentang apa yang dilihatnya."Apa dia. hurm.." saya menjawab semula. Saya terus menoleh dan melihat papan tanda hentian Bas Rapid KL. Pada mulanya agak tidak perasan kerana tul...