Posts

Showing posts from May, 2011

Turun Padang Semula

Image
Setelah 6 bulan, aku kembali kesini semula. 6 bulan ini juga pelbagai kisah telah berlaku. Dari saat manis, hingga ke pahit. 1001 kisah, mungkin sukar untuk ditulis kembali. Minggu lepas aku dikejutkan, pemergian sahabat yang paling hampir dengan diri aku. Muda, 24 tahun dah bertubuh seorang ahli sukan. Namun, ajal itu lebih tepat masanya tanpa mengira apakah yang ada pada jasadnya. Meninggal ketika sedang bermain bola sepak yang baru sahaja 2 minit bermula. Diatas padang itu juga, nafas terakhirnya yang terakhir. Begitulah janji Allah, sangat tepat yang tercatat didalam Al-Quran. Setiap yang bernafas PASTI akan mati. Mati itulah penamat segalanya. Satu noktah yang menjadi penanda amal di padang mahsyar. *Tengah feeling menulis kawan dah panggil g makan. Adoi.. Ok bersambung semula. Peribadi : Sepanjang 6 bulan ini, berlaku beberapa bibit penting dalam hidup. Paling ketara ialah selepas bertunang pada 1 Januari lalu. Sebaik sahaja selesai urusan ini, aku terus memikirkan apakah persiap...