Posts

Berjalanlah di Bumi Allah yang Luas Ini

Seorang bijak bistari mengatakan : "Perjalanan (bermusafir) itu menghilangkan pelbagai kesusahan." Al-Hafiz Ar-Ramhurmuzi dalam bukunya Al-Muhdatsu Al-Faadhil menjelaskan beberapa faedah perjalanan yang bertujuan menuntut ilmu dan kenikmatan yang diperolehi daripadanya.Buku itu ditulis sebagai bantahan ke atas orang yang tidak suka melakukan perjalanan untuk menuntut ilmu,bahkan mencelanya. Ia berkata sebagai berikut : " Seandainya orang yang mencela mereka yang suka mengembara untuk menuntut ilmu mengetahui betapa nikmatnya pengembaraan tersebut, betapa besarnya semangat yang dirasakannya ketika meninggalkan tanah kelahirannya, dan kenikmatan yang dirasai oleh semua anggota tubuhnya pada saat memanfaatkan seluruh kesempatannya untuk melihat tempat yang baru dan rumah yang baru, pada saat melihat dusun-dusun kecil, pada saat melihat kebun-kebun dan tanah-tanah lapang, pada saa tmengenal bentuk muka bumi yang baru, pada saat melihat keajaiban pelbagai negeri, pada saat me...

Mahalnya Syurga

Abu Hurairah lah.a berkata. Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya orang pertama yang dihakimi pada hari kiamat ialah orang yang mati syahid. Di datangkan kepada beliau segala amalannya seterusnya dia akan disoal: Apakah yang telah kamu lakukan? Jawabnya. Aku telah berperang keranamu Ya Allah sehingga aku mati syahid. Di katakan kepadanya lagi: Kamu telah berbohong!. Malah kamu berperang supaya orang berkata kamu berani!, dan mereka telah pun mengatakan (di dunia),kemudian diseret mukanya dan dicampakkan ke lubang neraka. Kemudian didatangkan pula seorang penuntut dan penyampai ilmu (pendakwah) yang juga merupakan pembaca al-Quran. Kemudian dihadapkan kepadanya segala amalan yang telah dilakukan di dunia, dan dia mengakuinya. Justeru itu dia ditanya: Apakah yang telah kamu lakukan? Jawabnya. Aku telah belajar dan mengajar ilmu. Aku juga membaca al-Quran, semuanya keranamu Ya Allah. Kemudian Allah menjawab: Bohong!, bahkan kamu belajar supaya orang kata kamu ‘alim, d...

Halaqah

Image
Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikum Ke HALAQAH.NET Islam untuk semua. Semoga dimanfaatkan bersama. Baru-baru ni ada perbincangan nak tubuhkan komuniti halaqah, Jawatankuasa. Kita eratkan lagi ukhwah sesama muslim. Firman Allah yang bermaksud "Jangahlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia[139]. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." Al-Baqarah ayat : 2

Kunci Kejayaan

Image
Ingin tahu kunci kejayaan hidup? Berfikirlah positif. Ya, berfikiran positif dapat membuat anda maju dan berjaya. Dengan fikiran yang positif, anda dapat menjalani segala sesuatu tanpa dibebani oleh seribu fikiran buruk. Anda juga terhindar dari perasaan takut dengan kegagalan. Jalan di depan anda pun akan selalu terasa lapang. Anda Ingin Tahu Bagaimana Langkah Berfikiran Positif Itu? Bangkitkan Motivasi Membangkitkan motivasi diri yang kuat dan menambah wawasan yang memperkuat berfikiran positif merupakan langkah penting. Pengukuran kualitatif motivasi dapat dilakukan dengan memberikan pemisalan negative case jika suatu tujuan tidak tercapai. Misalnya, renungkanlah kemungkinan jika anda tidak diterima kerja? Dari jawapan anda, anda dapat memprediksi dan merasakan seberapa kuat motivasi anda untuk diterima kerja. Yakinlah Boleh Kelemahan motivasi acapkali disebabkan oleh fikiran negatif tentang kemampuan diri sendiri, atau tentang mekanisme gerak kehidupan. Cubalah untuk membangkitkan ...

Membetulkan Niat Menuntut Ilmu

Oleh : DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN (pensyarah Bahagian Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM)) Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : "Daripada Ka'ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: "Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka." (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn `Umar, al-Hakim daripada Jabir bin `Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma'rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.) Tujuan menuntut ilmu agama adalah untuk keluar dari kejahilan demi mencari kebenaran dan berpegang kepadanya. Juga untuk menegakkan kebenaran dan membelanya. demikian tugasan dan tangg...

Cahaya Nasyid Muat Turun

Panduan : Klik kanan dan "save target as". Halaqah Analisa Saujana Keluarga Bahagia Permata Ayah Bonda Keluarga Bahagia 2 Mirwana Hikmah Kembara Brothers Epilog Seorang Hamba Yusuf Islam Father And Son (ft Ronan Keating) My Mother God Is The Light Artis Tak Tahu.. No One But Allah Membangun Bersama Islam De Hearty Ayah Nilai Kasihmu Indahnya CiptaanNya

Cinta Sejati

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai, akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut dengan baik. Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya. CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan. Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan menyayangi kawan kerana ...