Beringat lah kita

TEMUBUAL dengan penasihat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Amirullah Haji Abdullah mengupas mengenai persoalan pengguna Islam hari ini. Beliau bercakap soal cabaran baru pengguna Islam di Malaysia.

1) Sila jelaskan penubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)?

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ditubuhkan pada Jun 1997. Pada tahun 2005, PPIM mendapat anugerah tempat kedua dalam persatuan bukan kerajaan yang aktif di Malaysia. Peranan PPIM ialah memperjuangkan hak dan menyedarkan pengguna yang lain. Setrusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya kepada ekonomi Malaysia.

Kita harus peka bukan pekak terhadap produk yang dijual di Malaysia sejauh mana halal dan sucinya produk tersebut. PPIM juga telah membuat jaringan sesama ummah dengan www. bluemosquefater nity. Umat Islam yang berniaga boleh menjual barang di laman web ini namun begitu ada sumpah menjual barangan yang halal serta membeli barangan umat islam sahaja.

2) Bagaimanakah kita boleh mengetahui sejauh mana makanan itu suci dan halal?

Tanggungjwab untuk memastikan makanan itu suci dan halal banyaknya dipikul oleh seorang ibu. Sekiranya anak makan makanan tidak halal ibu yang bertanggungjawab terhadap pemakanan anak tersebut. Sebagai contoh nenek saya dahulunya sebelum memasak sayur dibasuh sayur itu dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad s. a. w dahulu. Makanan yang halal dan suci memberi kesan terhadap pembesaran dan kebijaksanaan seseorang. Contohnya anak Malaysia iaitu Muhammad Syahril cemerlang di Amerika Syarikat.

3) Apakah kesan sekiranya makanan yang dimakan tidak halal dan suci?

Kita dapat lihat sekarang pelbagai jenayah melibatkan melayu. Kita boleh lihat sebagai contoh penyakit remaja pada masa sekarang ialah pembuangan anak serta ada juga berita menyiarkan anak VIP gugurkan kandungan. Selain itu remaja Melayu sekarang mudah terikut dengan budaya Barat. Apabila kita lihat remaja ada sesetengah yang menggunakan simbol rock dengan penggunaan jari.

Sebenarnya simbol itu adalah melambangkan kambing jantan serta simbol syaitan. Bagi remaja heavy metal simbol bintang sebenarnya adalah simbol Zionis dan sekiranya di jampi dengan jampi Mephisto, iblis akan wujud. Kesinambungan gugur kandungan yang saya perkatakan di atas, terjadinya anak luar nikah ini semua berpunca dari makanan tidak halal dan bersih. Kes murtad juga timbul. Sesungguhnya orang muslim perlulah berdoa supaya rezeki yang di cari itu adalah halal dan suci. Doa orang muslim adalah tiang agama. Apabila makanan yang dimakan itu tidak halal mahupun suci doa kita tidak akan diterima oleh Allah taala.

4) Negara Malaysia terkenal dengan kepelbagaian makanan. Jadi bagaimanakah kita hendak mengetahui makanan itu bersih, suci dan halal?

Memang saya tidak nafikan Malaysia memang kaya dengan makanan. Namun begitu ada pihak yang mengambil kesempatan dalam isu halal ini. Saya sendiri pernah nampak papan tanda kedai ditulis Pork Free Ditangkung Halal. Disini kita boleh lihat sewenang- wenangnya mereka memperkotakkatikkan isu halal. Ada juga kedai menggantung ayat Quran supaya pelanggan Islam datang makan ditempat mereka. Terdapat juga isu ayam campur babi yang kami dapat selongkar.

Apabila kita hendak pergi ke tempat makan perlulah melihat tanda halal yang dikeluarkan oleh JAKIM. Selain itu orang Islam juga pelulah menyokong barang buatan orang Islam itu sendiri. Usaha umat Islam penting dalam menitik beratkan makanan yang halal di makan.
Firman Allah
"Sesungguhnya Aku tidak merubah nasib
sesuatu kaum kecuali mereka merubah
nasib mereka sendiri".

Kita perlu membina kekuatan dalaman dengan kesungguhan. Ada 7 cara untuk membina kekuatan dalaman iaitu kesedaran, niat, agenda, perancangan, perlaksanaan, berterusan dan sekarang iaitu apa yang berlaku pada masa sekarang.

5) Apakah cabaran umat Islam sekarang dan apakah nasihat Amirullah dalam mempertahankan hak kita sebagai umat Islam?

Umat islam sekarang menghadapi pelbagai cabaran sejajar dunia globalisasi ini. Cabaran baru umat islam ialah Genetic Modification (GMO) dan GE (genetic engineering). GMO ini adalah perubahan terhadap genetik haiwan sebagai contoh ayam yang tiada bulu dan ada juga pakar saintis menggunakan teknik GMO dalam pembuatan janin. Teknik genetik ini ada kesan penyalahgunaan kepada makanan. Seterusnya manusia juga menjadi mangsa akibat teknik genetik terhadap makanan.

Kita sebagai pengguna ada 8 cara dalam mempertahankan hak. Hak kepada segala keperluan asas, hak kepada keselamatan diri, kah ke atas segala informasi, hak membuat pemilihan, hak untuk bersuara, hak mendapat ganti rugi, hak mendapat pendidikan pengguna dan hak untuk hidup dalam keadaan bersih, sihat dan selamat. Kita sebagai umat Islam perlu pegang kepada beli sesama ummah jual kepada semua.

Sekiranya ada pertanyaan dan maklumat lebih lanjut layarilah www.muslimconsumer. org

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita