Hari yang kosong.

Dengan rasa kecewanya, hari ini aku telah memutuskan yang harini sebagai hari "Aku takda apa menda pun". Tulisan kat dalam gambar ni tak sesuai sebenarnnya untuk aku yang tiap hari ada je kerja nya. Takda istilah tiada kerja dalam sehari. Cuma harini memang aku betul2 berehat. Walaupun dalam masa yang sama aku masih merancang apa yang perlu aku buat lepas ni.

Selepas membuat perhitungan, ada beberapa kerja yang perlu disiapkan. Aku dah tak boleh berehat ketika saat genting begini. Perjuangan harus diteruskan. Antaranya ialah :
1. Selesaikan sistem hotspot menggunakan wifidog. Sebenarnya dah hampir jadi, cuma ada beberapa keperluan yang tak cukup. Berkaitan server yang berkomunikasi dengan client. Semalam aku baru je selesaikan upgrade versi baru. Alhamdulillah, dalam tergedek2 cari cara nak buat akhirnya jumpa.
2. Upgrade coverage untuk wireless dalam projek Kampungwifi yang aku buat tu. Ada user dan bakal user. Sasaran berikutnya adalah di kawasan penduduk apartment saujana. Haritu dah buat tak jadi. Kalini insyaAllah. Tadi dah buat sikit persediaan untuk unit luar. Esok siang kalau tak hujan boleh pasang terus.
3. Pergi ke melaka interview orang. Bila fikir2 semula, macam tak percaya je pada usia 23 tahun dah menemuduga orang yang baru nak minta kerja. Memang aku perlukan pekerja dalam syarikat aku yang baru je nak hidup. Free lance je cari student sebab murah sikit nak upah. Ada beberapa tugas nak kena bahagi2 kan berikutan dellantre.com dah nak dikembangkan sebab banyak menda masuk tapi tak lepas nak keluar. Tak lepas tu maknanya tak siap lah. haha..
4. Minggu ni aku ada perjumpaan 2 kali dengan client yang berbeza dan juga projek yang berbeza. Memang tak cukup tangan. Buat sorang2 jadilah masuk angin keluar asap kalau langgar due date. aiyo..

Ironinya, dalam kesibukan buat kerja sempat pula aku menulis. Niatnya nak tulis dan dijadikan novel. Kalini nampak kesungguhan kerana ia nampak seperti kitaran hidup yang sempurna.

sibuk - menulis - sibuk semula - rehat. Kiranya dalam satu hari tu ada progress. Itu yang penting. Tajuk rahsia. Dah siap baru leh bagitau.. hehe..

Mudah-mudahan segala urusan aku dipermudahkan OlehNya...

*************************************************************************************

Tadi aku g klinik hantar abah kaki tercucuk paku. Paku karat pula tu. Aku dah mula risau semenjak abah jatuh pengsan kat dapur minggu lepas. Ni pula paku. Mujur takda apa2. Alhamdulillah. Ya Allah, lindungi lah keluargaku dari kecelakaan..

*************************************************************************************

Ampil balik kedah harini. Anaknya Amar haziq demam pula. Lepas hantar klinik terus balik kedah. Siap bawak balik gulai tempoyak tu. Isk2...

banyaknyer aku tulis harini...

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita