Kepada pekerja syif macam saya khususnya
Kemusykilan Agama Bersama Mohd. Farid Ravi Abdullah Pengarah Institut Kajian Hadis, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) SOALAN Saya bekerja secara syif di sebuah syarikat. Dalam sebulan, biasanya dua minggu saya bekerja waktu malam. Bolehkah saya mengambil masa bekerja iaitu kira-kira sejam setiap malam Ramadan untuk menunaikan solat sunat tarawih. Adakah gaji yang saya terima semasa mengerjakan solat itu dikira halal? JAWAPAN Saudara tidak boleh menggunakan waktu kerja untuk beribadat sunat. Walaupun hukum menunaikan solat sunat tarawih ini sunat muakkad. Namun apabila bertemu dengan suatu yang wajib maka gugurlah tuntutan sunat muakkad. Ini kerana kerja yang dipertanggungjawabkan dengan bergaji wajib ditunaikan mengikut lunasnya. Sekiranya syif saudara bermula jam 8 malam dan habis jam 7 pagi, maka itu adalah waktu saudara diamanahkan berkerja dan jam berkerja itu dibayar imbuhannya. Dalam pengertian ibadat yang luas, saudara termasuk dalam golongan yang beribadat. In...
Comments