Pembaharuan

Tanggal 12 Jun 2010 merupakan tarikh yang agak istimewa dalam hidup aku. Pada hari tersebut juga bermulanya satu pekerjaan "makan gaji' yang baru bagi diri aku. Sebab aku katakan makan gaji kerana kerja tersebut memang aku dah lakukan secara part time diluar waktu kerja. Cuma berbezanya adalah rakan kerja, dan juga pelanggan. Rakan kerja rata2 professional, tak perlu nak disebutkan jawatan. Bermacam ragam perihal manusia dapat aku kenal.

Mungkin agak pelik, kenapa aku mengatakan bahawa kerja baru yang agak memenatkan ini adalah suatu pekerjaan yang aku anggap istimewa. Ia sangat istimewa kerana aku sering dan perlu berinteraksi dengan setiap orang tanpa mengira pangkat. Aku boleh jalan2 kesana kemari dan juga dapat meluaskan lagi ikatan ukhwah. Kerja pada kali ini adalah sebagai support desktop utk lebih kurang 600 user.

Masa pandu kereta pulang dari serendah tadi, aku terfikir sejenak tentang pekerjaan baru aku ni. Dahulu aku support untuk server. Tetapi pada kalini, support utk desktop. Utk pemahaman, pada mulanya dulu aku support satu benda yang orang ramai bergantung kepadanya. Tetapi kini aku support benda yang ramai ni untuk bergantung kepada server. Macam dah terbalik.

Sebelum masuk kerja baru ini, aku sering berfikir tentang masa depan kerjaya ini. Pada mulanya aku seakan sempit memikirkan skop kerja ini. Kemusykilan ini terlerai selepas aku berchating dengan bos tempat aku kerja ni. Dia lah yang menjelaskan kesemua yang terbuku di dalam hati aku ni.

Tahun ni sebenarnya banyak yang aku buat, dan aku tinggalkan. Pendek kata aku sedang memperbaiki diri. Sebagai muslim, kita wajib memperbaiki amalan kita setiap masa.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita