Posts

Showing posts from December, 2010

Pengalaman Bukit Broga, Semenyih

Image
Posting kali ini saya akan menggunakan ayat pasif. Pemandangan pada waktu Subuh.. Tentu ramai yang menjumpai laman ini jika ingin mengetahui apa yang menarik di Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih. Pada posting kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang 14 jam disana berada disana. Perjalanan kami bermula jam 11 malam bermula dari Gombak. Kami menaiki kereta Perodua Myvi milik salah seorang dari anggota ekspedisi kami iaitu Norizwan atau nama manjanya ialah Kutik. Saya duduk didepan bersamanya manakala Sharidan dan Faizul duduk di bahagian belakang. Sebenarnya, kami ingin menaiki Bukit Batu Caves untuk mencari Cicak Otet. Tetapi menukar haluan secara drastik kerana inginkan lebih cabaran. Antara kami, tiada seorang pun tahu jalan mahupun keadaan di Bukit Broga. Namun dengan perasaan bersemangat dan "never say no", kami nekad untuk merasai suasana bukit yang sering menjadi bualan orang ramai itu. Tips laluan. Selepas anda melalui depan Kolej N...