Pengalaman Bukit Broga, Semenyih

Posting kali ini saya akan menggunakan ayat pasif.
Pemandangan pada waktu Subuh..

Tentu ramai yang menjumpai laman ini jika ingin mengetahui apa yang menarik di Bukit Broga yang terletak di daerah Semenyih. Pada posting kali ini, saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman sepanjang 14 jam disana berada disana.

Perjalanan kami bermula jam 11 malam bermula dari Gombak. Kami menaiki kereta Perodua Myvi milik salah seorang dari anggota ekspedisi kami iaitu Norizwan atau nama manjanya ialah Kutik. Saya duduk didepan bersamanya manakala Sharidan dan Faizul duduk di bahagian belakang.

Sebenarnya, kami ingin menaiki Bukit Batu Caves untuk mencari Cicak Otet. Tetapi menukar haluan secara drastik kerana inginkan lebih cabaran.

Antara kami, tiada seorang pun tahu jalan mahupun keadaan di Bukit Broga.

Namun dengan perasaan bersemangat dan "never say no", kami nekad untuk merasai suasana bukit yang sering menjadi bualan orang ramai itu.

Tips laluan.
Selepas anda melalui depan Kolej Nottingham, sila bersedia untuk ke kiri selepas lebih kurang 2 km.
Petandanya ialah Rabbit Funland.
Petanda tersebut betul2 berhadapan dengan pintu masuk ke kaki bukit.
Tiada papan tanda Bukit Broga disitu, yang ada cuma papan tanda merah yang memberi pesanan kepada pengunjung. Satu perkataan Broga pun tiada di papan tersebut.
Disitulah tempat letak kereta. Kemudian, pengembaraan bermula.

Cuma cara kami, kami meletakkan kenderaan betul2 di kaki bukit bersebelahan dengan kebun getah.

Oleh kerana kami bergerak pada waktu malam, satu biji kereta pun tiada. Tambahan pula, kami memang PERTAMA KALI pergi kesana TANPA sebarang pengetahuan.

Semuanya doa, dan tawakal.

Saya tiada perasaan takut hantu ke apa. Cuma saya risau serangan dari haiwan liar atau perompak.

Dalam kegelapan, kami cuma meneka laluan untuk mendaki. Kami sering mengambil langkah kanan, lorong kanan. Berbekalkan sebiji lampu suluh, saya mengetuai pendakian tersebut kerana saya mengetahui nama BROGA, bukan kerana saya tahu tempat itu. Itu sahaja kelebihan yang saya ada. hehe.

Suasana gelap, licin dan curam membuatkan kami lebih berhati-hati.

Ok, mari saksikan gambar-gambar menarik..

Saya dan Idan sedang menghayati pemandangan indah. Subhanallah..

Gambar ini pun indah. Diambil oleh Kutik. Yang macam pengganas tu adalah Faizul.

Memasang khemah. Pada waktu ini, kami merasakan sudah mencapai puncak tertinggi. Oleh itu kami memutuskan untuk tidur dan berehat sebelum pulang pada pagi esoknya. Namun, pada waktu Subuh, kami ternampak puncak seterusnya dan terus kami menukar rancangan dengan meneruskan pendakian ke puncak.
Berehat seketika sambil bergambar.

Berbekalkan roti dan kaya, menjadi makanan ruji sepanjang ekspedisi ini.


Alhamdulillah, akhirnya sampai kepuncak. Semua dalam keadaan sihat sejahtera. Cuma Kutik sering kepenatan semasa proses pendakian.

Kesemua gambar diambil semasa perjalanan turun dari puncak. Hanya gambar memasang khemah sahaja di ambil sewaktu berehat di puncak pertama pada jam 2 pagi.


Mak saya telefon bertanyakan khabar. "Poji atas bukit ni mak. Nak balik dah.." Sebenarnya saya menunggu panggilan seseorang untuk berkongsi cerita dan menceriakan waktu subuh.

Comments

Popular posts from this blog

Kepada pekerja syif macam saya khususnya

Cahaya Nasyid Muat Turun

Mimpi Wanita