Wednesday, August 24, 2011

Ramadhon yang penuh warna warni

Lagi beberapa hari, selesai kita menjalani sebuah jalan, sebuah titian tarbiyah. Persoalannya, adakah kita tidak sabar untuk tiba di penghujung ataupun tidak sanggup untuk melepaskannya.


Sepanjang bulan yang mulia ini, ada beberapa aktiviti yang aku turut serta. Sekadar ingin berkongsi, moga semua dapat melakukan yang lebih baik dan berlumba-lumba untuk mengerjakan kebaikan seperti para sahabat.


Iftar di Pusat Pertuturan KIU, Pandan Indah


Sekolah ini merupakan sekolah khas yang cacat pendengaran untuk belajar bertutur. Mereka diajar bercakap beserta dengan isyarat tangan. Program ini merupakan program mini Halaqah.net.

Tahun ini merupakan tahun kedua aku menziarahi sekolah khas ini. Cuma pada kali ini berbeza dari tahun lepas(atau aku dah lupa). Sebaik sahaja tiba disana pada jam 6.30 petang, aku didengarkan dengan bacaan kalam suci oleh adik-adik khas yang menuntut di sekolah tersebut. Sungguh aku tertarik dengan bacaan mereka, biarpun tidak sempurna makhraj hurufnya nya namun usahanya itu menyedarkan kita yang sempurna pancaindera untuk melantunkan ayat-ayat Al-Quran setiap masa. Dengan nikmat yang Allah berikan pada kita, sebaiknya janganlah kita mengkufurkan nikmat tersebut dengan melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Cara terbaik untuk bersyukur nikmat tersebut adalah dengan memperbanyakkan ibadah dan bermuhasabah diri.


Iftar di Khaula Center, Paya Jaras


Sungguh mencabar perjalanannya. Sesat, hujan dan juga tidak tahu arah. Alhamdulillah, dengan kesabaran sampai juga di tempat yang ditetapkan. Pusat ini merupakan sebuah pusat pengajian agama dan juga kediaman tempat tinggal dalam satu bangunan. Ada tiga tingkat tidak salah, tingkat atas difahamkan kelas, yang bawah ruang tamu. Pusat ini dimiliki oleh mertua kepada ustaz zubir. Ustaz zubir adalah salah seorang pengajar aku kenal masa seminggu sebelum Ramadhon di Sekolah Islam Antarabangsa ADNI di Ampang. Dia juga merupakan guru talaqqi. Dia mengimamkan solat tarawih pada malam tersebut.


Time ni buka puasa makan dalam dalam dulang. Makan kambing dan ayam. Alhamdulillah..


Iftar di Pejabat(Bekerja)


Sepanjang 4 tahun berkhidmat untuk Sapura, inilah kali pertama aku mengimarahkan majlis berbuka puasa dan solat tarawaih di pejabat. Ini pun sebab aku adalah sebahagian dari komiti program ini. Sebenarnya jawatan baru aku ni dah berjauhan dari teknikal. Banyak kepada pengurusan majlis.


Mabit & qiam di Masjid Al-hidayah (lama)


Masjid lama ni last aku pergi sengan Shahrul. Aku dah tak ingat. Beberapa kali pusing. Mujur selepas bertanya barulah jumpa. Sampai je disana terus ada ta'lim dengan ustaz dari indonesia. Lupa aku namanya, tapi bahasanya agak sukar aku nak fahamkan sebab campur melayu+indon+english.


Iftar di Seri Perdana, Putrajaya (Bekerja)


Rumah perdana menteri kita ni besar betul. Isi dalamnya sungguh mewah dan banyak gambar2 perdana menteri dan isterinya digantung di dinding2 dalam bangunan tersebut. Tujuan aku datang kesini adalah atas tuntutan kerja. Majlis berbuka puasa dan khatam Al-Quran pada malam itu merupakan program yang dianjurkan oleh yayasan BAKTI yang di naungi oleh Rosmah. Tanpa disangka aku bertemu dengan Kak Fasih semula bersama anak2 muridnya. Dia dan anak muridnya dari sekolah pertuturan KIU duduk di meja belakang aku.


Majlis ini juga menemukan aku dengan salah seorang mangsa tragedi tanah runtuh di hulu langat yang melibatkan maahad tahfiz. Pelajar yang ada ni kakinya terpaksa dipotong demi menyelamatkan nyawanya. Tidak sabar menunggu dia menjadi dewasa, berjuang sebagai seorang pendakwah biarpun tidak sesempurna manusia yang kebanyakan.


Program akan datang insyaAllah..

Majlis berbuka puasa di pejabat Kencana Petroleum di Jln duta kot. Ni atas urusan kerja.

I'tikaf di masjid UIA

Majlis khatam Quran di Masjid Annur

Program "Singgah Tarawih" di Masjid-masjid di sekitar Gombak.



* InsyaAllah nanti aku terangkan apa pekerjaan aku sekarang ni.

1 comment:

fairuzniza said...

dah sampai paya jaras? area dekat2 sekolah sy dah tu. :)