Beralih kerja atau hangin
4 Bulan yang lalu..
Semasa sedang memandu kereta melalui hadapan surau Mahyon Kg Bahtera, aku menerima panggilan telefon dari supervisor
"Fauzy, En ..... Nak jumpa" Katanya.
"Bila, harini ker?. Harini saya cuti. Kalau nak jumpa saya, Jumaat boleh la." Jawab aku.
"Nanti aku try set dengan dia" Jawab Supervisor aku.
Maka, hari Jumaat pun tiba. Sampai je di pejabat terus aku pergi berjumpa dengan GM. Susah aku nak cerita sebab pejabat aku ni hierarki dia berselirat. Atas bos ada bos, ada bos lagi, senior bos, bos besar pula. Oleh itu, aku pendekkan cerita..
Akhirnya aku bertemu dengan GM bagi unit komunikasi korporat kumpulan Sapura, perempuan. Aku yang selebet terasa macam salah masuk kandang. Dari tempat wayar, skru, cd bersepah, komputer tecabut dan pemandangan jalan raya yang sarat
ke
tempat yang bersih, kemas, cantik, teratur, pekerja ber'slang' inggeris melayunya serta ada pemandangan tasik Mines resort yang indah. Apa yang dia nak ialah :
1. Jaga website korporat
2. Jaga portal
3. Jaga sistem cuti
4. Jaga diri masing2...
Status aku pula :
1. Dipinjam sekejap ke situ sebab xde orang lain leh buat dan tunggu staf baru masuk.
Tapi dia tak cakap, kalau staf baru tu masuk adakah aku akan dikeluarkan. Tapi aku tak kesah sebab aku difahamkan akan dipindahkan dari UPM ke Mines untuk jadi web developer bersama Faizal dan tinggalkan kerja shift serta-merta. Surat apa2 takda, terus pergi bawa diri.
Mula2 tu aku sering pergi balik dari unit IT dan ke tempat baru aku tu sebab aku tak official kat tempat baru tu. Baru hari kedua, GM di unit tu suruh aku duduk terus sini sebab senang nak bincang hal-hal yang berkaitan. Lalu, aku pun duduk.
Duduk sehingga ke hari ini.
Kerja aku pada harini, lebih kepada pengurusan majlis. Itulah kerja aku sekarang.

Comments