Tahun yang meniggalkan cerita
2007 meninggalkan seribu kesan keatas diriku pada hari ini. Aku menamatkan apa yang cuba digapai sepanjang tahun. Aku menamatkan pengajian diploma seawal januari tiba, kemudian mula tidak teratur dengan tujuan yang bakal dikejar lagi. Melihat kembali bulan diwaktu malam, tidak selalunya terang untuk kekal bersama menemani aku.
Aku menganggur selama enam bulan dengan keadaan terhoyong hayang. Sebaik bangun tidur aku sering memikirkan apa langkahan seterusnya untuk aku meneruskan kehidupan di alam nyata setelah melalui mimpi-mimpi yang caranya seperti bulan, tidak selalunya indah.
Pengangguran membuatkan diri aku serba tak kena. Aku mula terputus dengan dunia maya, kerana tiada akses internet dirumah. Buntu sepanjang masa. Sehinggalah aku berfikir dengan waras, itulah masanya aku perlu mendekati Allah.
Selepas rumahku dipasang kelengkapan untuk berinternet, aku kembali aktif di halaqah.net. Aku sudah mula merancang untuk memperluaskan lagi dakwah IT. Jadi aku buat pelbagai latihan untuk lebih memahami cara yang sepatutnya dengan bimbingan rakan di luar sana. Dalam masa ini juga aku mengambil upah untuk membaiki komputer dan membina laman web.
Kehidupan agak 'ter'ceria kembali apabila aku ditawarkan bekerja di sapura. Alhamdulillah, ya Allah maha pemurah lagi maha penyayang kepada hamba-hambaNya ini. Detik itu bermula sudah aku menjelajah dunia yang serba baru yang penuh dengan tanggungjawab. Aku sudah mula mengatur perbelanjaan sendiri. Sehingga kini aku masih belajar untuk lebih berjimat cermat.
Tahun ini kali pertama di eidulfitri aku tidak mengalirkan air mata bersalam dengan mak dan ayah. Tetapi eiduladha tahun ini pula membuatkan aku begitu hiba sebaik mendengar "Labbaik Allah humma labbaik Labbaik la sharika laka labbaik Innal hamda Wan-ni'mata Laka walmulk Laa sharika lak.".
“SESUNGGUHNYA rumah ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadah kepada Tuhan-Nya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia. Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliannya; di antaranya ialah) makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah, iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk. (Surah Al-Imran ayat 96-97)
Walaupun aku tak berkesempatan kesana, namun hatiku betul-betul ingin mendekatinya. Ditambah pula dengan cerita keadaan disana oleh rakanku Maryam yang berada di Riyadh pada musim haji tempoh hari. Sehinggalah suatu malam aku bermimpi menjejakkan kaki di masjidil haram menghadap baitullah.
Tiba masanya. InsyaAllah..
kesimpulannya,
Kini aku mula mengerti apa itu alam dewasa.

Comments